Assalamualaikum.
Hampir sebulan juga Ayu tak update blog kan? Hmmm wat to do? Keadaan tidak berapa mengizinkan. Macam Ayu cakap dalam post2 lepas, draft psl wedding review ada dalam 8 dah siap. Cuma tak sempat nak letak gambar je. Later2 la. Sekarang ni tengah mood raya :D
Insya-Allah raya tahun ni semestinya berbeza dengan tahun2 sebelumnya. First time beraya bersama suami. Persiapan raya? Satu pun x buat lagi. Insya-Allah Sabtu ni kami akan start beli ape yang patut sekali arung. Harap mampu la mengharungi kesesakan lalu lintas mahupun kesesakan orang ramai. Dan harap juga masih ada baju yang berkenan di hati.
Persiapan kuih raya pulak, macam kebiasaannya beli saja. Every year Ayu buat kek tapi this year rasa tak kot dengan keadaan tak larat la. (Alasan!)
Raya di mana? Insya-Allah, malam raya di rumah mertua dan pagi2 raya selepas subuh terus bertolak ke kampung belah ayah Ayu. Insya-Allah raya tahun ni, semua adik beradik Ayu berkumpul sekali dekat kampung belah ayah. Wee~~~ Dapatla tangkap gambar 1 happy family =)
Tapi yang sedihnya pulak, this year tak balik kampung mak la. Hmmm.... Ayu dah berangan dah nak pergi open house rumah pak ngah dekat kampung mak tu. *sobs*sobs* Then insya-Allah raya ke 3 pulak bertolak ke kampung 5rz. Kebetulan ada orang nak kawin dekat kampung 5rz raya ke 5 nanti. Me loike!
Okla. Ayu just nak mintak maaf di atas segala kesalahan Ayu sepanjang Ayu ber blog dalam ni. Mana tau ada entry2 Ayu ataupun ayat2 Ayu yang buat korang terasa. Maafkan Ayu ye? To those yang balik kampung tu, drive safety during this festive season. Dan juga, Selamat Hari Merdeka juga.
{From Ayu with ♥}