Showing posts with label Dining Review. Show all posts
Showing posts with label Dining Review. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Dining Review: D'Kayangan Steamboat, Shah Alam on My Birthday

Assalamualaikum.

Sambungan review makan2. Hari tu dah review pasal lunch treat on my birthday. Kali ni dinner treat, still on the same day. Sebelum 5rz buat reservation, 5rz dah tanya Ayu siap2. I ok je. Dia kate, nak makan dekat revolving restaurant x bolehlah. Almost RM 300. So it's down with either hotel or steamboat ni. Since 5rz tanya pasal steamboat, I follow jela dia bawak pergi steamboat tu ha. We made reservation sebab according to 5rz tempat packed. But time kami sampai x lah pack mana. So2.


Concept dia buffet. RM 37 ada sen2 per pax. For kids kalau above 5 years baru kena bayar. Tempat dia ada dalam & luar. Kami duduk dalam dengan harapan ada aircond sejuk tapi bahangnyaaaaa. Sekarang pun tengah panas kan? What to do? Panas dunia. Tapi memang serius panas. Dengan bahang steamboat lagi. Masya-Allah memang x tenteram makan duk lap peluh je kerja kami. Anak2 pun sorang 'good boy' dok usik itu ini sorg cranky sebab panas agaknya. Lagi berpeluhlah kami.

Kawasan persekitaran



Korang kena bayar dulu then baru makan. Pilih jela korang nak makan ape then masak dekat tempat duduk masing2. Settled. Choices of menu memang pelbagai. Kami x pandang pun nasi ke, mee, ke ape semua. Seafood je kami ambik. Almost 2 hours dinner, alhamdulillah kenyang perut suka hati. Kekekeke. Ayu just makan udang, prawn, udang, prawn. Itu jela duk ulang2. 

Macam2 pilihan sayur

Ini Ayu x berapa berkenan sebab open sometimes lalat hinggap takut bawa penyakit

Pelbagai sos

Recommended? Oh yes! Boleh google D'Kayangan Steamboat. Not sure kalau dia ada branches lain tapi kami pergi yang dekat Seksyen 13, Shah Alam. Insya-Allah nak pergi lagi kalau ada rezeki. Cuma yang x best was kawasan dalam dia agak berbahang. Maybe next time kena duduk dekat luar kasi angin luar sejukkan badan sikit. Tapi kalau hujan? Hmmm nasiblah. Oh satu lagi yang x best, bahan2 mentah like udang sotong etc etc semua dia orang letak open air gitu (macam dalam gambar). Kadang nampak ada lalat hinggap. Ada pekerja yang halaukan lalat2 tu and of coz ada lilin diletakkan tengah2 tu tapi kadang Ayu tengok lalat tu hinggap lama jugak. Takut bawa penyakit, itu saja. The rest was all fine.   

Last but not least. Jangan membazir ye
      
{From Ayu with ♥}

Tuesday, March 29, 2016

Dining Review: NY Steak Shack on My Birthday

Assalamualaikum.

It was my birthday last Sunday actually but seriously nothing special. Celebrate makan2 je. 5rz nak belanja makan dekat Shah Alam but dinner so I suggested to have lunch dekat NYSS sebab selalu tengok Cha makan sana. Saja nak try. Ikutkan memang nak Menate but since Menate dh pernah try 2 kali, hey why not give NYSS a try.

We went to Mid Valley sebab nearest to our place. Kebetulan ada baby fair. Pun jalan2 skali. I ordered Rib eye steak medium rare for me, lamb chop medium for 5rz & fried chicken fingers for Faris. 2 side dishes boleh pilih ikut suka hati. 

Budak ni nangis sebab kena marah. Naughty sangat kan?



Personal view, my daging was liyat! X feel makan! Rasa menyesal. Lamb 5rz ok sedap sampai Faris pun makan. Sayur yang ada dekat meal 5rz pun sedap. Mashed potato was so banyak tapi cepat muak. Banyak tu sampai 5rz pun x habis nak makan. Aku apetah lagi. Tapi sedaplah mashed potato dia. Cuma muak. Aku punya side dishes pun ok cuma daging liyat!!! Fried chicken fingers OMG why goreng sampai cam tu skali? Hangus! Cam mana budak2 nak makan oiii? Apparently, kami x buat complaint pulak regarding the matter. Faris pun agaknya dah kenyang makan lamb 5rz, dia x usik pun chicken fingers tu. Air plak Ayu order banana choc shake. Ok sedap.

Inilah daging yang liyat itu. Tapi sayur brokoli & corrot tu sedap. Lembut je

Ini ok memang sedap. Daging lembut.

Tengoklah kehangusan itu. Masya-Allah

Bila dah ordered hari tu baru ternampak rosemary chicken. Not sure nak repeat makan sini lagi ke x sebab rosemary tu macam memanggil-manggil. Tapi mengenangkan kenangan pahit daging liyat tu rasa cam, no more already. Hahaha. Will see.

Ok itu je nak review kali ni. Nanti review tempat yang 5rz bawak dekat Shah Alam plak. Next.     

{From Ayu with ♥}

Friday, March 18, 2016

Kacang Pool Larkin, JB Trip - Day 3 (Part 1)

Assalamualaikum.

Dah sampai hari ketiga. Last day in JB. Last day x de plan ape2. Memang semata nak balik ke KL je. Macam biasa breakfast dulu then naik bilik, barulah kami start packing balik. Dah siap semua still ada time before check out. Check out time is at 12 pm tapi sebab aku mengantuk sangat, aku called and mention nak late check out. So dia kasi sampai pukul 2 pm. X delah aku tdo nyenyak mana pun. Ada anak 2 org, sorg terlebih aktif, sorg pun nak ke arah aktif cam abang dia jugak. Tidur ayam jelah aku.

Bukan main payah ha budak 2 orang ni!




Muka cheeky Faris. Adik follow the flow saje


At last, photo paling decent.

Sebelum check out, aku dah set nak makan kacang pool. Kacang Pool ni kalau x silap yang paling famous ialah Kacang Pool Haji. Berdekatan dengan balai Bomba Larkin. Waze saje insya-Allah jumpa. Tempat dia macam a very small food court. Sebelum makan kacang pool, aku tertanya-tanya amende kacang pool ni? Selalu tengok gambar pun x leh nak agak ape yang dalam mangkuk tu. Bila dah rasa barulah tau apekah dia kacang pool ni.

Ini kedai dia

Yang dalam mangkuk tu rasa dia macam inti yang kita nak buat murtabak tu ha. Haaaa lebih kurang cam tulah. Ada rasa daging, chicken stok, bawang etc. Selalunya kacang pool ni makan dengan roti tebal. X sure plak ape nama roti tu. Roti tebal tu aku je sesaja panggil. Rasa roti? Rasa rotilah. Lol! Macam roti bakar. X keras. Crispy gitu. Cicah dengan kacang pool, perrrggghhhh menjilat mulut! Dalam kacang pool juga ada sebiji telur mata-mata untuk melihat si pemakan selera ke tidak makan kacang pool tu. Ok x kelakar. 

Malas nak rotate. Inilah dia. Alahai terliurrrrr

Perah lemon baru sedap!
ABC

Mula2 aku ambik 2 sets. 1 untuk aku, 1 utk 5rz. Lepas tu aku rasa ehhhh sedap sangat ni. Nak 1 lagi tapi without roti. Pun boleh. Harga 1 set, RM 6. Dah naik. Dulu aku baca dekat blog2 RM 4 je/set. Kalau x nak dengan roti pun sama harga, RM 6. Bezanya, kacang pool tu kau dapat 2 senduk. Banyak sikit lah kuah kacang pool tu. Eh dia bukan kuah kacang tau. Seriously sedap. 

Cuma yang aku x berapa pasti, kenapa nama dia kacang pool? Anyone?    

{From Ayu with ♥}

Wednesday, March 16, 2016

Kilang Bateri, JB Trip - Day 2 (Part 3)

Assalamualaikum.

Lepas balik dari makan murtabak cheese, kami terus balik hotel. Dekat hotel masing2 malas nak bawa both kids untuk swimming. Sudahnya rehat2 saja. Nak klua makan malam tu pun agak malas. Tapi sebab aku insist juga, 5rz pun bawa. Itu pun undecided nak dinner dekat mana. Mula2 suggest makan dekat Danga Bay. 5rz kata situ mahal sebab tempat perlancongan. Aku cakap x pelah. Sekali payah nak parking semua so kami lalu jela kasi aku puas hati. 

Dung dang dung dang, pergilah ke Kilang Bateri. Ini pun suggested by my friend dalam fb. Terima kasih semua. Waze saje ye. Dekat sini memang kami banyak guna waze. Hehehe. 

Main entrace

Havoc gak tempat ni


Basically kilang bateri ni asalnya memang sebuah kilang bateri. Unik nama dia kan? Tapi sekarang kilang ni bukan beroperasi membuat bateri. Bentuk luar memang macam kilang. Dalam dia ada macam food court at one side & another side ada booth2 jualan. Dalam ada aircond jangan risau kalau korang tertanya-tanya 'x panas ke dalam kilang?' 







Aku pun x tahu nak makan ape sebenarnya. Aku belikan bubur untuk Faiz tapi sesambil tu aku cuit makan jugak. 1 mangkuk bubur tu kami kongsi 3. Aku, Faris & Faiz. Paling banyak makan si Faiz la. Dia memang selera sangat bab2 makan ni. Aku tambah order 2 mangkuk acah2 boat noodle. X sedap oiii. Memang x setanding ngan boat noodle. 5rz plak ambik nasi dengan sup tulang. Sup tulang x sedap. Aku ada mention dekat 5rz kalau teringin nak rasa sup tulang ZZ tu cakap la, kita pergi sana. Tapi dia x nak. Sekali dia tengok x de ape yang menarik perhatian dia, beli jela sup tulang ngan nasi. Pastu Faris beli 2 cups of ice cream. And of coz kegilaan aku skrg. Air cup besar. 

Over dose konon! X sedap pun sebab dia tambah gula!
Selesai semua kami balik hotel semula. Tiada agenda ape2. Just nak rehat2 dalam bilik.
{From Ayu with ♥}

Monday, March 14, 2016

Murtabak Cheese Special, JB Trip - Day 2 (Part 2)

Assalamualaikum.

Ok sambungan after dah penat bermain dalam Puteri Habour Theme Park. Kita late lunch hari tu. Teringin nak murtabak cheese yang sangat terkenal dekat JB ni. Kami pergi dekat Kampung Kurnia punya. Mungkin ada banyak tempat tapi aku yang decide nak kesini since kawan aku pun suggest dekat sini. Again, waze saje insya-Allah jumpa. 

Nah harga siap2

Main agenda memang nak makan murtabak cheese. 5rz tanya kenyang ke makan murtabak je? Aku ok je. Dia memang x boleh kalau x de nasi. So dia pun orderlah nasi ayam.


Tempat masak ada 2 ye. Ini tempat masak untuk yang nak tapau. Tempat masak untuk yang walk in dekat belah hujung (tiada dalam gambar)

Yang x bestnya dekat sini x delah pulak jual ABC. Aku teringin murtabak cheese with ABC. X apelah. Bedal jela. So sedap x? Sedap...... I like. Memang x kedekut cheese dia. Setandinglah dengan harganya. Sampai sekarang teringat.  Gambar murtabak cheesee manaaaaaa?


Tengok tu cheese meleleh-leleh. Kami ambik murtabak cheese special ayam

Tarik jangan x tarikkkkkkk




Gambar ni paling tempting!
Itu saja kali ni.  


{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...