Monday, January 30, 2012

The Manhattan Fish Market

Kali ni nak review pasal The Manhattan Fish Market plak. Dah lama teringin nak mam sini tapi tak dapat2 gak. Alhamdulillah last 2 weeks dapat juga merasa. Actually 5rz suruh pilih nak dinner mane. Dalam fikiran Ayu ada 2 je. Satu, Sri Ayuthaya and another one is Fish Manhattan ni la. Last2 Ayu nak try Fish Manhattan dulu. 




So, we went to Mid Valley after work. We want to ordered Grilled Flamming Lobster Platter tapi time tu lobster tak de la plak. So tukar la order to this one


Manhattan Flamming Seafood Plater. Ada nasi dekat bawah, chips, sotong, fish, vege, udang and satu lg tu x tau. Hahaha :D
Cream of Mushroom & Seafood Chowder. Sup mushroom lagi sedap. Terima kasih.
Choclate Milkshake & 7 Up tapi 7 up x de gambar

Sedap! Tapi tak habis. Huhu. Masing2 tak berapa lapar sangat. So, Ayu tapau bawak balik. Sekali sekala mam sini memang best. And now, they having a promotion. Murah sangat. 

Prosperity Feast for 4 for RM108. That lobster tu saja harga dia RM109.90. So kalau order prosperity feast ni dah boleh save banyak dah. Boleh ajak kawan2 or family members.




Dessert dia Ayu tak merasa lagi. Teringin tapi time tu perut sudah berat. Karang muntah plak. So tak pelah. Maybe next time. So, siapa yang tak try lagi Fish Manhattan ni, try la. Sedap! =)

{From Ayu with ♥}

Friday, January 27, 2012

Wedding Review (The Check List)

Another short entry. My kind of wedding check list. This check list helps me a lot to prepare my wedding. At least it keeps track on which one yang tak settle lagi. Sorry kualiti gambar amatlah tidak memuaskan. Click dekat picture untuk clearer view.


My Wedding Expenses

Ni penting untuk kira potential guest yang akan datang

Ayu start monitor ni from Dec 2010. Before this tak ambik pusing pun. After July onward, period dah tak datang. Hee~~~


I still got my own check list now. It's called baby check list. =) 


{From Ayu with ♥}

Wednesday, January 25, 2012

Wedding Review (DIY Corsage)

Just a short entry. I make my own corsage. Tapi yang sedihnya, Ayu terlupa nak distribute corsage tu among family members before the receptation. Ayu teringat pun time Ayu nak ke dewan. Time tu dekat rumah dah memang tak ada siapa dah. Family semua dah ada dekat dewan. Nak suruh kawan Ayu, Niza distribute kat family Ayu, rasa macam dah terlambat. So, that corsage masih tersimpan rapi dalam laci Ayu up until now.

It's very easy to do this corsage. All that I need are: 
  1. Manila kad (cari yang keras sikit)
  2. Gam uhu
  3. Bunga for decoration (Ayu recycle bunga hantaran time tunang dulu. So dah save kat situ)
  4. Small pin (You can get RM 0.10 per pin)
  5. Printer

This are the final product.


Untuk family Ayu, Ayu buat line tepi warna silver while untuk family 5rz, line tepi warna purple.


Itu saja untuk post kali ini. My DIY corsage yang lupa untuk digunakan. Huhu....

{From Ayu with ♥}

Friday, January 20, 2012

Wedding Review (Pelamin)

As I mention earlier, my pelamin pun Ayu ambik dari butik yang sama iaitu Alfinaz. Sila sila. Sila click sekarang tengok macam2 jenis pelamin butik ni ada. Harga pun sangat berpatutan. Pelamin Ayu simple2 saja tapi cukupla bagi kami. Cantik di mata kami. Tema tetap sama iaitu purple silver. 


Our pelamin inspired by this. Taken from Alfinaz's website

Ayu request nak seat sekali. Tak mau duk asing2 dengan 5rz. So that nanti Ayu bolehla posing rapat2 dengan 5rz. Hehehe gatai! Tapi time Ayu booking tu, semua kerusi yang boleh duduk sekali tak banyak choice. Yang Ayu berkenan pulak cuma available warna hitam je. Tak kan la kerusi warna hitam sedangkan tema Ayu purple silver. So, Ayu terpaksa choose single chair. *sobs*sobs*

Then bila Ayu datang untuk first fitting tu, Ayu ternampak kerusi baru yang duduk sekali. Terus tanya Sola berapa harga bagai. Tapi masa tu budget sangat tight walaupun untuk top up another RM 100 - RM 200 for my kind of chair. Then Sola cakap

"Tak pelah, Aku kasi kau kerusi sampan tu free. Tapi design yang macam tu la. Kau nak tak?"
"Sampan?"

Sola pun tunjuk la kerusi design sampan tu. Oh suka! Perfect for me. Pandang 5rz supaya 5rz pun setuju. 5rz jenis tak kisah so yeay, dapat pun duduk rapat2 atas pelamin. *Ahaks*


Tak faham nape kerusi ni dipanggil kerusi sampan *_*

Then nampak pulak artificial flowers for the pelamin yang lagi cantik dari yang Ayu pilih before this.

"Sola. Tu bunga baru ke?" Kalau nak bunga tu, kena tambah berapa?" (Ayu ni bukan ada duit pun tapi suka nak tanya2 juga)
"Hmm.... kau nak ke pompuan?"

Ayu senyum je.

"Kejap aku tengok date kau ada orang booking tak bunga tu" Sambil Sola keluarkan buku dia.

Dah memang rezeki Ayu. Dapatlah bunga tu. Alhamdulillah. =) 

Bunga artificial Ayu sepatutnya sama design dengan yang gambar mula2 sekali Ayu letak. Tapi Ayu tukar  dengan bunga yang dalam gambar ni secara FOC :D


Tiba hari yang dinanti. Orang butik datang untuk pasang pelamin dekat dewan. Once orang butik dah sampai dewan, Ayu terpaksa tunggu pelamin siap dari pukul 3 sampai la maghrib. Fuhhh penat. Dah la pagi tu Ayu ke Masjid Jamek buat inai. Dengan bridal suite tak habis kemas lagi. Sebab tak de siapa yang nak tunggu orang pelamin, Ayu la terpaksa tunggu. Nasib dewan tu ada bilik VIP. Sempat la Ayu tertidur atas sofa sementara tunggu pelamin siap. Bila pelamin dah siap pasang, Ayu bayar balance duit dekat butik tu. 


Pastu Ayu ternampak carpet pink atas pelamin Ayu. Balik rumah, Ayu called Sola.


"Sola. Carpet pink tu you charge tak?"
"Yang tu boss aku kasi kat kau free je tau."


Carpet pink tu sepatutnya kena charge juga. Tapi dah rezeki Ayu en. Alfi kasi FOC juga. Tq en. Alfi =)


Masya-Allah baik hati sangat en. Alfi ni. Banyak benda dia kasi free. Memang tak berkira. Alhamdulillah rezeki, rezeki. 

Sapa2 nak gunakan khidmat Alfinaz, Ayu sangat2 recommend. Korang deal la dengan Sola. Dia baik sangat. And boss butik ni, en. Alfi pun baik sebab dia jenis tak berkira dengan Ayu.

Walaupun gambar ni gelap tapi Ayu suka tengok set up dia

{From Ayu with ♥}

Monday, January 16, 2012

Wedding Review (Reception Attire)

Now comes to reception attire pulak. Both 5rz and I punya baju reception adalah dari butik Alfinaz. Baju Ayu adalah baju baru manakala baju 5rz baju yang memang sedia ada. Tau berapa dia charge untuk satu baju baru? Untuk baju Ayu saja, dia charge less than RM1k. Kain, upah jahit all included. Murah tak? Tapi untuk dapat that kind of price, korang kena ambik pelamin dengan butik ni sekali. So, yes my pelamin dari butik yang sama. 

Ayu deal dengan Sola and the owner of this butik, encik Alfi. En. Alfi tiap kali Ayu pergi butik, nampak garang tapi sebenarnya dia baik sangat layan each customers dia. Kadang nak cakap dengan en. Alfi takut2 tau. Selalu kalau apa2, Ayu chatting dengan en. Alfi through fb.  

I had this one concern about my baju. Lambat siap and I was so worried. Actually bukanlah lambat sangat siapnye. Ayu just takut tak sempat siap je since kain semua Sola kata dibeli dari Indonesia. So boleh dikatakan selalu jugalah Ayu chatting dengan en. Alfi tanya baju den bila siap bagai. Nasib en. Alfi ni sabar melayan karenah Ayu.

Bila Sola called cakap baju dah siap untuk fitting, barulah Ayu lega. Alhamdulillah baju siap juga. Semuanya mengikut cita rasa Ayu. Adalah dalam 1 2 benda tak berapa ikut sangat. Like Ayu request nak kain putih and manik purple and I don't want a long train. Tapi hasilnya, dia buat manik pink + purple and my train wah... Panjang! Mula2 tengok baju, dah merungut dekat 5rz. 

"Ala nape train dia panjang? And nape guna manik pink ni? Hari tu sayang request nak purple"
"Cantik ape"



The long train

Tidaklah tak cantik. Cuma tak mengikut kehendak Ayu. Tapi bila Ayu try pakai, that manik pink tu memang sangat kena dengan manik purple. Cuma Ayu tak berapa berkenan dengan train. Actually mak Ayu dah pesan supaya jangan wat train panjang2. So, Ayu ikut nasihat mak. Sekali dah jadi baju, nak buat macam mane kan? First fitting hari tu baju longgar (eceh nak cakap aku dah kurus sebelum kawin la tu!) So masa try tu terasala lebarnye. Wife en. Alfi terus ketatkan baju on the dot sementara Ayu cari kasut and veil yang sesuai. Pantas diaorang buat kerja. :D 

Alhamdulillah ramai juga yang puji cakap baju Ayu cantik. Terima kasih. Ayu pun suka baju Ayu. Hee~~ For baju 5rz plak, tak buat baru since dia jenis tak kisah design ape pun. So, pakai yang sedia ada. Oh tiba2 teringin nak 5rz dress up macam ni sekali lagi. Eh, tapi BUKAN untuk kawin sekali lagi ok!!!!!!! 

Adakah Ayu puas hati dengan butik ni? Puas hati sangat dengan service dia. And I also recommended this butik to my friends yang tanya 'mana Ayu tempah baju?'



Red Carpet dah senget2 sebab diaorang tengah gulung carpet tu.


Oh lupa nak mention. Kalau tengok dekat website dia, nampak macam classic sikit la. Tapi try pergi butik dia. Masya-Allah macam2 design yang cantik2 ada. Harga pun sangat berpatutan dengan budget yang ciput seperti kami ni. 5rz pun dah plan nak suruh adik dia ambik butik ni time adik dia nak kawin nanti. Hee~~

ps:// Hari ni nak kena timbang berat badan. Kalau naik more than 1 kg, esok kena call doc and dapat mc untuk minum air gula. Huwaaaa. Hopefully berat Ayu tak naik more than 1kg. After work nanti nak pergi timbang berat badan. Wish me luck.

{From Ayu with ♥}

Tuesday, January 10, 2012

Wedding Review (Catering)

Assalamualaikum semua.

Ayu nak continue with my wedding review. Heee~~ lambat benor nak habis wedding review ni. Ok now pasal catering which I had a problem ever since [post]. To summarize it all vendor catering tipu kami. Kata nak kasi walkway FOC but last min cakap tak boleh FOC and banyak putar belit cerita. Ok itu saja problem yang Ayu tau before reception. That's why I have to struggle wat my own walkway, of course with the help of others [post]. And I have decided right after reception nanti, nak slow talk with this vendor. Yela nape wat orang macam ni kan? I thought the only problem with this vendor was the walkway, but when the day comes, Ayu tengok ada je benda yang dia janji nak kasi tapi tak ada depan mata den ni ha. I know benda tu benda kecik je but Ayu memang dah sakit hati pasal walkway tu. So segala benda yang vendor ni wat silap sikit, Ayu akan terus terasa hati. *sobs*sobs* 

Masa Ayu dekat meja beradab, Ayu tengok air Ayu. Memang Ayu request nak air laici (sama dengan air minuman tetamu) Cuma beza air tetamu dengan pengantin adalah, air pengantin vendor ni janji nak kasi buah laici sekali. Tapi at the end, tak ada walau sebiji pun buah laici. Ape cite? Like I said before, buah laici je kot. Small matter. Tapi at the first place saya dah terasa. Nak buat macam mana kan? 


Bukti air pengantin tak ada buah laici

Ayu ada plan nak slow talk dengan vendor catering ni right after majlis. Tapi time tu dah penat sangat dah. So tak sempat nak jumpa makcik catering ni. So I decided nak email makcik tu later2. Later2 tu sampai sekarang Ayu tak email and complaint. You know why? Simple. Sebab saya baik hati *ecewah!* Hahaha. The reason was because of this





Ayu memang tak berkesempatan nak tengok macam mana rupa dewan Ayu before the reception. Time Ayu berarak pun Ayu tengok memang dewan sudah dipenuhi dengan tetamu. So I don't know how the dewan looks before the arriving of the guests. Tapi bila Ayu belek2 gambar dari cousin 5rz and saw those pics, buat hati Ayu berkata 'eh, cantik dewan aku ni' Well at least cantik and good enough for me. 

Fyi, dewan ni juga di deco oleh vendor catering. And look at the cover meja and ribbon kerusi tu. Actually Ayu request, cover meja semua buat warna putih + silver and ribbon kerusi please buat selang seli. Maknanya purple,silver,purple,silver. But then dia buat lain plak. Dia letak kalau cover meja warna putih + silver, ribbon kerusi akan jadi warna purple and kalau cover meja warna putih + purple, ribbon kerusi akan jadi warna silver. (Korang paham ke tak den cakap ni?) For me, memang this vendor suka hati je wat ikut cara dia tapi the outcome still good for me. Even Ayu rasa, memang lagi cantik dia buat setting macam ni compared to my setting. So, Ayu puas hati sangat2 dengan service pasal deco.

One more thing yang ok dengan service catering ni of course the lauk. Ayu dengar ramai kata sedap. Yang tak sedap, Ayu tak dengar. Hahaha. So okla. Despite of kekurangan some services dia (walkway and buah laici tak de), service lain still ok.

So that is why I decided to let go saja (tak email complaint cakap pasal walkway and buah laici tu) But if you asked me did I recommend this vendor or not? Ikhlas dari hati, tidak. Tapi, itu sudah rezeki Ayu ada some problems with this vendor. Rezeki orang lain2. Mungkin orang lain yang menggunakan khidmat vendor ni tak de problem. That's all.

{From Ayu with ♥}

Thursday, January 5, 2012

Am My Tummy Not Obvious To You?

Semalam back from work naik LRT coz 5rz tak dapat nak fetch. Selalu time naik LRT mesti susah nak dapat seat. Yela sebab time peak hours kan? Pergi kerja and balik kerja. But back then ok la sebab ada reason yang munasabah (the tummy was not that obvious) Tapi semalam rasanya kalau sekali pandang pun orang boleh agak Ayu ni prengnant. Kalau buncit sekali pun agak2la besar macam tu. 

Korang agak2 den buncit ke den pregnant? Haha soalan! :D Ini adalah saya semalam. Obvious kan saya pregnant?

Boleh tak from the moment I walked inside the LRT, no one even care to give me their seat. I saw this one man who was just duduk in front of me. Selamba baca paper. There's another guy berdiri sebelah Ayu. Depan dia ada seorang perempuan tengah duduk and diaorang bersembang-sembang. Must be his wife or friend. Tak kisah la siapa pun. At first I thought tak pelah maybe perempuan tu pun pregnant. Bila sampai kat destinasi diaorang, Ayu tengok nan hado pregnant nye. Kalau nak kata perempuan tu tak nampak Ayu pregnant pun, dah tentu2 laki yang berdiri sebelah Ayu tu boleh nampak Ayu ni pregnant. Or maybe perempuan tu sakit? Perempuan tu pregnant but her tummy tak show lagi? Don't know. 

Ni dio laki wat2 tak nampak nih! Tengok tangan den kombang semangkuk.

Tapi yang Ayu hangin sangat dengan lelaki yang baca paper tula. Boleh wat2 tak nampak plak. Dari mula Ayu naik LRT sampailah ke destinasi Ayu, berdiri sepanjang masa. Tak dapat peluang nak duduk pun. That took about 9 stations all together. Tak prihatin lansung! 


{From Ayu with ♥}

Wednesday, January 4, 2012

Quick Update

Assalamualaikum.

First entry in 2012. Weehoo. Actually I've dfart out 1 entry for closing the 2011 but x habis. Therefore, tak publish la. Never mind then. Selamat tahun baru 2012 (still belum terlambat)

Today, 4th January 2012 adalah birthday mak Ayu. Happy bday mak. Dah wish masa turun nak breakfast tadi. Hari ni juga first day of working in 2012 since semalam Ayu still cuti. Bila dah cuti, email surely la banyak nak kena clear kan. Biasala tu. I will be very busy this week as the exam will be held this weekend.

Eh company den ni nan hado kasi new calendar ke? Payah la nak plan pape without calendar. Diary pun nan hado. Ape cite? CNY pun den tak tau bilo? Bila eh? Later nanti Ayu kena google gak la satu calendar. Susah wat keja macam ni.

Oh yes. Ape azam baru korang? Tahun ni Ayu pun ada azam baru gak but insya-Allah, I want to keep it to myself jela. Malu cakap kat sini kalau tak jadi. *kuang3x*

Anyhow, banyak benda juga yang Ayu nak update like my trip to Penang, another visit to the clinic (ada cerita sedikit sedih?risau? di sini) cerita saya daftar dekat hospital for my delivery nanti (ini cerita risau, cuak dan takut kot) saya dah ketagih twitter (duhhh orang lain dah lama kot!) and etc. Later on that when I got free time.

Congrats to kak red sebab dah dapat baby boy sebagai penutup 2011. Tahniah, tahniah!

Ok bye. Assalamualaikum.

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...