Wednesday, February 29, 2012

Kad Nikah Dah Siap =)

One thing yang menyusahkan adalah kad nikah (kalau nikah di Selangor) kena buat di Shah Alam. Ayu nikah area Keramat but somehow Keramat tu bukan under KL but under Selangor. In fact time Ayu settlekan urusan nak kawin dulu, Ayu buat dekat cawangan Gombak dekat AU2 tu, which is much more nearer to my place compared to nak went all the way ke Shah Alam. Tapi tu lahai kad nikah ni harus dibuat di Shah Alam sahaja. Duh....

I was the one who gets excited to do the kad nikah but not 5rz. Tiap kali ajak pergi Shah Alam buat kad nikah, ada je alasan dia kasi tak mau ke sana. Jauh la bagai. All this while, I just carry around photocopy of my sijil nikah. Me ok! Not him! Sampai dah nak terkoyak rabak dok dalam purse lama2. 

Then one fine day tu Ayu fikir, nanti insya-Allah dah selamat bersalin nak daftar nama anak, sure kena ada sijil nikah/kad nikah. So, dengan alasan tu Ayu ajak 5rz pergi settle kan kad nikah and alhamdulillah terbuka juga hati dia nak buat kad nikah. Weee~~~ Let's see the procedure (for those yang nikah di Selangor sahaja)

Bahan2 yang diperlukan (dah macam nak memasak plak) :p
  1. 1 keping gambar suami isteri ukuran passport. For Selangor, lelaki tak diwajibkan pakai songkok but perempuan wajib pakai tudung.
  2. Salinan sijil nikah lelaki dan perempuan.
  3. Duit bayaran RM 40 untuk 2 kad.
Cara2nya adalah :p
  1. Bawa semua bahan2 di atas and pergi ke bangunan Sultan Idris Shah (yang berhadapan dengan Masjid Besar Shah Alam tu) Pergi ke menara selatan.
  2. Then tinggalkan IC/lesen ke kaunter untuk dapatkan pass masuk. Pass ni korang akan guna as an access card. Macam nak pergi kerja yang ada staff card tu.
  3. Pergi tingkat 4. Sampai sana terus ke kaunter (tak payah ambil nombor bagai) and cakap nak buat kad nikah. Korang kena isi satu borang hijau plak.
  4. Lepas isi borang hijau tu, sent back to the counter together with all the bahan2 yang telah disebutkan tadi. Then tunggu jap sementara diaorang nak check something.
  5. After that, dia akan kasi 1 resit bayaran. Keep that receipt and your card will be ready in 5 working days. Please called first before you come to collect.
  6. Thank you *tetiba*
Dah selesai masalah kad nikah ni. In my purse, no more lipat2 salinan sijil nikah tu. Suka :D 


Sorry gambar blur. Ni bahagian depan and bahagian belakang ada details pasangan
{From Ayu with ♥}

Monday, February 27, 2012

Motherhood Expo, KLCC (24-26 Feb 2012)

Been waiting for this a long time. Finally last weekend ia datang kembali. :D We went there on Saturday and as as usual I've already list down all the important things that I wanna buy. This time around, we just spend +- 2 hours saje dalam expo ni. Not like last time where we spent like half day dekat expo saja. 

Kalau tanya expo dekat KLCC dengan dekat Mid Valley hari tu mana best? I think from booth wise, Mid. Tapi bagi Ayu, dekat KLCC pun not bad cuma booth tak banyak je. Let's review the expo  
  1. Jenama besar like Medela tak took part but Avent and Pigeon ada. Kat Mid hari tu and akan datang ni I don't think booth Pigeon akan ambil bahagian. So, Ayu grab apa yang ada dekat Pigeon sebab dah alang2 ada dekat KLCC tu. The best part was, I got 2 feeding bottles for FREE. Me likey =) Baru ingat nak beli satu lagi feeding bottle sekali dah dapat free, so tak payah la beli.
  2. Storage bottles jenama Bumble Bee was so cheap. Even cheaper dari yang dijual di Mid dulu. Dulu dekat Mid, 10 bottles dijual dengan harga RM 25. Dekat KLCC, RM 22 dah boleh dapat 10 bottles. Ada jugak booth yang jual RM 21.90 for 10 bottles. 
  3. Booth Pureen macam biasa sesak. Tapi choice of baju2 sama je dengan time Mid hari tu. 
  4. Bedding set from Bumble Bee was expensive compared to last time dekat Mid Valley, way cheaper.
  5. Kali ni choice of stroller and car seat banyak sangat. My fav model, Quinny pun took part. Even jenama Elle pun ada. Minat dengan satu stroller Elle ni tapi tidak menepati piawaian 5rz iaitu 3 roda. 5rz nak 3 roda sebab senang nak kawal katanya.
  6. Diapers yang ada cuma jenama Drypers and new brand called Whoopee. Whoopee ni dijual dengan harga yang sangat murah. 78 pcs (klu tak silap) for RM20 and even for all sizes pun harga still sama. Ayu dapat tau kelembutan kain Whoopee ni sama je dengan jenama Mammy Poko. I don't know sebab Ayu tak test la plak. Jenama Drypers plak, standard price. Newborn 54 pieces for RM 25. I bought this one but I think I'm not gonna stick for 1 brand only. Maybe nak test2 dulu yang mana better. Dari booth Drypers ni, Ayu dapat free blanket warna pink lagi. :D
B4 balik check dulu apa barang yang dah di aim nak beli tapi lupa nak beli. Oh ye, Itu je yang kami beli. Tak banyak pun

I think tu je kot nak update. Next expo insyaAllah kalau Ayu masih larat, nak ke Mid Valley punya plak on 9-11th March 2012. Kat sana I think Mommy Poko surely ada since dia main sponsor for that event (rasanya) Ramai kata better pakai Mommy Poko dari Drypers but we'll see how. Lain orang lain gaya kan? Tapi Ayu tetap nak merasa gak la Mommy Poko 1 fine day nanti. 

Oh ye. Actually ramai jugak mommies2 dari group yang ke Motherhood Expo hari yang sama Ayu pergi cuma tak de jodoh nak bertemu je. Yang banyak kteorang jumpa was kawan 5rz. Huhu.... Next expo, lets? Sekali den dah nak beranak cam mane?

{From Ayu with ♥}

Friday, February 24, 2012

Pengalaman Minum Air Gula

Assalamualaikum.

First entry for February 2012. :p

Nak cerita pasal Ayu kena minum air gula. Actually air gula ni kena minum for pregnant lady yang berat badan naik mendadak time pregnant. My Dr said, 1 month max weight adalah 2kg. If exceed that limit, kena minum air gula untuk monitor kandungan gula dalam badan (correct me if I'm wrong ye. Saya bukan doctor nak cerita details about this)

So, ada satu bulan tu my weight naik 3 kg. Tapi my Dr kasi masa lagi. She said

"Tak pe. After 1 week kita tengok you naik berapa kg. If not more than 1kg, then no need to minum air gula"

And during that check up juga my Dr said that my baby songsang. I was worried. But my Dr said

"Ayu. I'm more worried about your weight daripada breech ni. Wait until you in 36 weeks then baru kita boleh tau you boleh deliver normal ke tidak"

Ok la doctor. So, Ayu pun mam macam biasa. Tak diet. Time pregnant2 nak diet ape kes kan? Ayu baca review, ramai cakap muntah balik la ape la bagai bila minum air gula ni. So, lagila buat Ayu takut nak minum air gula ni.

Satu malam tu Ayu tak boleh tido la plak. Esok plak kerja. Huwaaaa bangun pagi rasa ngantuk yang amat sebab malam tu tak boleh nak tido! Then cakap ngan 5rz. 

"Nak ambik MC la. Nak minum air gula"

Actually kalau minum air gula ni, depa kasi time off slip je tapi since Ayu dah cakap nak MC, dia bagi je. Hee~~ Tengok, Ayu surrender sendiri untuk minum air gula sebab nak dapatkan MC. Ala kebetulan Ayu try check my weight pun dah exceed 2kg tapi x banyak. Tak pela. Buat aje.

Nasib baik malam tu Ayu ingat pukul berapa last sekali Ayu minum. Sebab Dr pesan suruh puasa pukul 10 malam sebelum minum air gula. Sebab nak check my blood time puasa and after minum air gula. Since Ayu start puasa pukul 2330, Ayu datang klinik lambat la sikit supaya lambat sikit time Ayu berpuasa tu.

After Dr ambik my blood, then baru Ayu minum air gula. Sekali doctor kasi 2 cawan la. 

"Ala... 2 cawan ke kena minum?"
"Ha'ah..... Tak dela. Satu air kosong"

Gelas belah kanan tu air gula. (My right ok not your right) 1 cawan tula kena minum air gula


Sebelum Ayu nak minum tu, Ayu celup jari nak rasa dulu. Then cakap ngan 5rz

"Hmmm rasa air gula la" ^_^

Then minum dengan sekali tenguk supaya Ayu tak muntah balik. Kalau muntah balik kena repeat all over again tau. Berjaya dengan sekali tenguk walaupun tengah2 tu Ayu dah rasa manis sangat2. Lepas minum air gula, kita dibenarkan minum air kosong je. Then wait for 2 hours and come back untuk ambik another blood test. The result alhamdulillah ok.

Ok la tu. At least dapat merasa minum air gula ye dok? Haha :D




ps://Sape pergi motherhood expo starting today until this Sunday? Me are going :D 

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...