Assalamualaikum.
Actually Ayu nak sambung cerita pasal my second CTG right after my post about the first CTG tapi masya-Allah that day yang Ayu nak post tu, I had my bleeding plak. Hari tu hari Khamis 22 March 2012. Supposedly Ayu still kerja that day. Kira last day kerja before cuti panjang la. Tapi pagi hari Khamis tu, 5rz demam plak. Rasa kesian nak suruh dia hantar Ayu pergi kerja pagi tu. So, I text ed my boss cakap Ayu nak cuti je. Petang Khamis tu plak Ayu dah start bleeding. At the same time, wan (nenek) Ayu masuk wad dekat Seremban. Ayu dah start panic dah but panic2 pun still x pergi hospital lagi tu. Sebab time tu Ayu bleeding je. X banyak pun. Sakit contraction pun x de lagi. Sebab tu Ayu fikir tak pelah hold dulu nak pergi hospital tu.
Then malam tu pulak nak mandi, Ayu tengok, Ayu dah x bleeding tapi sakit contraction tu starts dalam 2300 hours macam tu. So the whole night x boleh nak tdo sebab menahan sakit contraction. 5rz tanya nak g hospital x? Ayu ni kesian plak dekat dia sebab dia demam. Time tu plak dah pagi buta nak suruh dia drive pergi hospital macam tak sampai hati. So, Ayu tahan la sampai ke pukul 3 pagi. Sekali 5rz suruh siap2 nak pergi hospital. Bila dia dah siap tukar baju semua, Ayu plak cakap
"Jap. Rasa macam nak buang air besar"
"Memang la sakit nak bersalin rasa macam tu. Cepat siap"
"Jap. Sayang try g toilet dulu"
And memang Ayu buang air besar. 2 kali. Then 5rz tanya
"Dah ok?"
"Dah"
"Sakit punya la teruk nak buang air besar je?"
Ayu diam and 5rz sambung tdo. Ayu still tak boleh tdo sebab kejap2 rasa sakit tu datang balik. Ayu bangun dari katil, jalan2 dalam bilik. Ni sebab Ayu rasa sakit contraction tu kurang bila Ayu berdiri berbanding time Ayu baring. Sampai la esok paginya (23 March 2012), kami siap2 nak ke hospital. Ayah and mak Ayu pun teman Ayu skali ke hospital. Pagi tu nak ke hospital pun jammed. Yela hari bekerja kan. Ayah drive guna lampu hazard sebab Ayu dah sakit sangat.
Bila sampai hospital, terus ke wad kecemasan and daftar. Then nurse buat CTG and Dr perempuan plak datang buat VE (vaginal exam) kat Ayu. Ooo my. Benda ni la yang paling Ayu takut. Time Dr seluk tu Ayu tak ready so alamatnya sakit!!!!!!!!!!! Dalam pada sakit tu Ayu sempat tarik nafas dalam2 but still rasa sakit then Ayu jerit!
"Dr!!!!!!!!!!!"
"Ok baru 2 cm. Puan check up dengan siapa?"
"Prof Zainul"
"Saya akan call Prof Zainul sekarang and tengok Prof cakap ape."
.....................
"Prof ada kenduri sekarang. Dia boleh datang petang nanti. Prof suruh masuk wad dulu."
"Terima kasih Dr"
Then nurse masuk and dia kasi baju and kain untuk tukar. Time nak tukar tu darah Ayu mengalir. Yela after kena seluk kan. Then nurse tu kasi pad sekali untuk Ayu pakai.
|
Time ni dah buka 2 cm and the contraction's pain tu Ayu still boleh tahan |
After that Ayu pun tunggu la dalam wad sampai la Prof sampai kul 1600 macam tu and first thing first, Prof tanya
"Nak ambik epidural x?"
"Tak nak"
"Ok saya check bukaan dulu"
"Prof! prof! prof!!!!!!!! Tolong prof!!!!!!!!!!!!!!"
"Still 2 cm. Nak ambik epidural tak?"
"X ada long term effect ke?"
"X dela"
"Kalau saya ambik, nanti tak rasa sakit ke ape?" Soalan cam ntah pape kan? ^-^
"Bukan la x rasa ape2, cuma the pain will be reduce. Saya wat VE tadi tu pun awak x tahan. Tadi tu tahap kesakitan dia out of 10 time bersalin nanti, VE tu baru 0.5 tau."
Adeh. Bincang punya bincang, 5rz suruh je Ayu ambik epidural.
Then dalam 1800 hours, nurse datang masukkan ubat dekat punggung supaya Ayu dapat buang air besar siap2. Then 1830 - 1900 hours, bermulalah perjalanan Ayu ke labour room. Before that dah siap2 salam mak ayah semua minta maaf. *sobs*sobs* Sedih bercampur dengan perasaan takut dan nervous!
Masa dalam labour room, nurse datang pasangkan CTG test. Sementara tunggu Dr Amir (who in charge for the epidural), Ayu terpaksa la menahan sakit contraction yang amat sangat. Masya-Allah sakit contraction ni paling sakit la Ayu rasa. Ayu dah x de tenaga dah nak menahan sakit contraction. Dah la Ayu x mam pape (sebab x de selera) Dengan semalaman dah sakit contraction tapi still tahan2 dekat rumah. Later came Dr Amir kasi epidural. After that Ayu dapat rasa bahagian pinggang Ayu ke kaki terus kebas. Effect epidural ni, Ayu rasa gatal2 bahagian badan. Gatal sangat2. X pela. Janji Ayu tak rasa sakit contraction tu. After that Ayu lena tido. Best giler dapat tdo walaupun sekejap. Time Ayu tdo, 5rz naik ward nak mam. Kesian jugak tengok dia tunggu Ayu dalam labour room lama2. Sampai tertido tido Ayu tengok dia.
Entah macam mane dalam pukul 2100 hours, my epidural dah macam tak work dah. Sakit contraction datang lagi. Ayu menjerit-jerit panggil nurse. Nasib baik 5rz dah ada teman Ayu dalam labour room. 5rz complain nape epidural x jalan. Yela kita bayar mahal for that drug. Kalau x jalan, what's the point having it? Tunggu la Dr Amir datang untuk tengok what's wrong with my epidural. Nak tunggu Dr Amir pun punyala lama. Sementara tu nurse datang kasi alat yang hisap2 gas tu bila sakit contraction datang. Effect sedut2 gas ni plak, Ayu akan rasa pening and nak muntah. Hee macam2 kan? Then suddenly bushhhh.... Apekah?
"B. Air ketuban sayang dah klua"
Panggil nurse and nurse check bukaan. Lama tunggu baru bukak 4 cm! Prof Zainul plak akan ambik case yang jalan dah bukak 9, 10 cm. Ayu dah x de tenaga dah ni. Kejap2 5rz kasi air untuk Ayu minum tapi tu pun Ayu x lalu sebab takut nak terkencing. Boleh cam tu? Tapi actually nurse akan datang untuk ambik air kencing kita. X payah bangun ke ape bagai. Dia akan sumbatkan tiub dekat bawah kita then terus kita kencing. Sound scary tak? Dengar je scary but bagi Ayu x sakit pun. So, so la. Time 4 cm tu Ayu cakap ngan 5rz nak c-zer nak c-zer sebab tak tahan sakit dah ni. 5rz pujuk2 cakap sabar la tahan sikit. Jalan dah buka tu. Bila bukaan 7 cm pun Ayu mintak lagi. Nak c-zer, nak c-zer. Pun 5rz x kasi juga. Oh sedih! :(
Later, barula Dr Amir datang tambah my epidural. Kaki rasa kebas gila! Lagi kebas dari before. Tapi epidural ni, bila dah last2 nak meneran nanti, dia x akan kasi effect juga. So tahan jela. Dalam 0000 hours, nurse checked bukaan and alhamdulillah dah bukak 10 cm. Nurse called Prof then 0145, Prof pun datang. I saw the nurse dah siap2kan all the things for my delivery. Time tu Ayu cakap dalam hati 'this is it'.
Ape lagi. Kangkang luas2 then boleh plak Prof cakap
"Mana nye? X nampak pape pun? Hmm... kita tunggu jela kat sini lama2"
Adoi Ayu dah rasa down dah time tu. Nampak macam Prof perli Ayu tapi actually Prof Zainul ni ok orangnye. Nurse banyak kali ajar Ayu cara nak teran. When I got the right technique, memang senang la nak teran. Senang disini, I can feel that something is going out.
The nurse pun very supportive. Bila dia nampak kepala or rambut baby, diaorang selalu cakap
"Ha.. Pandai. Teran lagi, teran lagi"
Then I heard Prof said, ni dalam 2 kali push lagi ni insya-Allah boleh keluar. And yes with 2 push, the baby dah keluar. But actually bila orang tanya berapa kali push, I will say more than 5 push. Bila dah lega, Ayu tanya 5rz
"Baby dah klua ke?"
5rz senyum and angguk. 5rz dapat potong tali pusat baby and after that nurse kasi baby dekat Ayu and said
"Sebut baby ape tu?"
Ayu sambut baby tapi diam membisu. Nurse tanya soalan yang sama then baru Ayu jawab
"Baby boy"
Menangis Ayu tengok baby Ayu selamat. Alhamdulillah. Then prof keluarkan uri. After that dia masukkan kan tangan dia kat bawah Ayu tu nak korek ketulan darah. Time tu Ayu tak rasa ape dah. Then kena jahit lagi. Pun tak rasa apa. Bukanlah tak rasa lansung. Of coz Ayu rasa jarum and benang tu semua tapi kalau nak tanya Ayu, sakit ke x? Ayu akan jawab sakit contraction lagi la sakit bagi Ayu. Masya-Allah.
Then Ayu di bawa ke ward and my baby dekat nursery. Tamat sudah pengalaman bersalin untuk kali ini. =)
ps:// Lengkap sudah hidupku sebagai seorang perempuan. Alhamdulillah
|
Before discharge |
{From Ayu with ♥}