Friday, July 27, 2012

2nd CTG




Yes I know I ni dah selamat melahirkan lama dah. Tapi x kira! Nak juga cerita pengalaman 2nd CTG ni. Memang nak sangat cerita pengalaman 2nd CTG ni right after wat entry on 1st CTG [post] tapi tula tak menyempat. Terus beranak. 

My EDD on 24th March 2012 and my 2nd CTG ni was on 19 March 2012. Time buat CTG tu, Prof Zainul kate contraction dah ada cuma tak kerap. Tapi kan, time tu Ayu tak rasa pun contractionnya. Graf je naik tapi entah kenapa Ayu tak rasa pape pun. Even Prof sendiri kata

"Saya rasa awak ni lambat lagi ni"

After selesai 2nd CTG tu, prof pun berbincang la dengan both of us. 

"So EDD 24th March, kalau tak bersalin juga, awak nak buat ape?"
"Saya tak nak induce prof"
"Kalau macam tu, kalau by 24th awak tak bersalin lagi, saya kasi masa 1 week. On 26th March awak datang balik hospital and kita buat CTG test lagi. Kalau by 26th awak still boleh tahan, saya kasi awak pilih tarikh mana awak nak bersalin but not more than 31st March" (Kira prof kasi lewat 1 week saja)


Line atas heart beat baby and line bawah adalah contraction

Contraction den yang paling tinggi tu. Actually time tu tak rasa macam contraction pun. Nape ada gunung gak?

Bila ada contraction, heart beat baby pun patutnya naik. That means is normal =)

Actually kan, we both planned, kalau baby still tak klua2 on 26th March tu, I'm ready for induced on 27th March. My birthday kan? Boleh share2 gitu. Sekali, ha contraction datang on 22 March dan Faris selamat juga dilahirkan on his EDD, 24th March 2012. Ada fakta menarik mengatakan, hanya 5% sahaja bayi yang dilahirkan pada EDD nya. So, Faris belongs to 5% tadi tu la. :*)

{From Ayu with ♥}

Wednesday, July 25, 2012

My First Instagram

Dah ada account instagram. Yahooooo. (Jakun!) Start buat instagram after dah ada iPad. Dulu tengok je kawan2 yang lain upload instagram diaorang melalui twitter / fb. Teringin juga masa tu tapi Ayu ni masih menggunakan hp bergotah-gotah. Bukannya pakai hp yang canggih manggih pun. Masih setia dengan hp itu walaupun 5rz banyak kali suruh tukar. As long as I can call, received calls, sms, took pictures (walaupun asyik blur je gambarnye kan), buat alarm kejutkan den bangun pagi2 and banyak la heh. So far, guna dulu hp tu. Insya-Allah bila ada rezeki lebih nanti, barulah tukar yang baru.


This is my first instagram. 




My two heros. Muax!

Bergedik gedik-an


Meh sesiapa yang ada instagram, jom add2 Ayu yang jakun makun ni. :D 


{From Ayu with ♥}

Monday, July 23, 2012

Desperate Housewife

I'm a BIG fan of Desperate Housewife. Tak kisahla season ape pun. Dari dulu, tak pernah missed. But, since I gave birth to Faris, I started to missed the series. Dah la dalam tv kate final season plak tu. Let's recap how did I missed the series. Gave birth to Faris on Saturday. Next Tuesday at 2230 hours ada Desperate Housewife at 8tv (as usual) But I didn't stayed to watch the series. Penat lepas bersalin tak habis lagi. Dengan nak uruskan Faris lagi kan? So skipped 1 episode. Then skipped another episode one by one. You see. Bila dah ada anak ni, rancangan tv, Ayu dah tak selalu tengok dah. Even tho it's my favorite show. Kadang buka tv and tengok HBO. Next movie tu ada cerita yang menarik untuk ditonton. Tapi korang ingat, boleh get ready tunggu depan tv sampai cerita tu start? Mana boleh. Baby kalau dah nangis minta susu ke etc2 bagai tak kan nak suruh dia tunggu kan? So, ya. Ayu ni memang lama sangat dah tak tengok tv.




Coming back to Desperate Housewife. Ayu rindu sangat nak tengok final season tu. So I told 5rz

"B tolongla carikan syg mana nak tengok Desperate Housewife. Syg tengok kat  youtube tak dela."

Sekejap je 5rz jumpa link. Yang penting free. I think ramai je yang tau mana nak cari kan cuma den ni ha yang masih tak tau nak cari di mana. Sampai la 5rz save link tu and I'm a happy wife / mother. :D Sekarang, boleh la tengok my favorite show tanpa perlu ikut siaran di tv. Kat tv pun I guess dah tamat dah cerita ni kan? Ayu je belum tengok habis lagi. Satu hari, Ayu dapat tengok 1 episode. Itu pun Ayu tengok sambil pump malam2. 

What I like most about Desperate Housewife ni adalah friendship yang diaorang ada (Bree, Gabrielle, Susan and Lynette) I always wondering, among those 4 housewives, karektor siapa yang lebih kurang dengan Ayu?




Bree : Master of cooking (baking to be exact). Always want to be perfect among others, but turns out, hidup dia tak perfect sangat pun. Ajar anak displin konon2 nak jadi a perfect family but anak perempuan dia lari dari rumah and her son jadi gay. 




Gabrielle : The smallest among others. Slalu tengok Carlos (husband dia) angkat dia gitu je. The richest one, the cantik one, the glamorous one, the sexiest one. Walaupun dia ni mata duitan, but she always by her husband's side. Contoh, time Carlos jadi buta sekejap, dia still setia jadi isteri kepada Carlos. Kata je tak nak anak but end up, ada 2 anak. Besar2 plak tu. Lain sangat dengan dia yang slim melim. Bekas model la katakan. Tapi masa zaman Carlos buta tu, Gabrielle chubby and sedikit tidak terurus (no make up, no fancy clothes etc) Rasa chumel sebab suddenly karektor dia berubah 100% Slalu kantoi ngan Carlos kalau dia sembunyikan apa2. Bila terkantoi tu, kelakar sangat. Macam2 alasan dia bagi. Padahal dah terkantoi tu! 




Susan : The clumsy one I would say. And not to forget, orang yang paling tak pandai nak simpan rahsia. Dia ni sorang je yang ada 2 anak with different husbands. Yang lain semua ada anak with the same husband. 




Lannate : Family type. Paling ramai ada anak. Yang sulung kembar lagi. Selalu rasa keputusan yang dia buat untuk husband dia betul tapi sebenarnya tak. A bit of queen control tapi padanla dengan Tom yang jenis tak kisah pada mulanya. Try to be supportive to her husband tapi dalam hati, dia tak setuju sangat pun dengan ape yang husband dia nak wat (example : want to learn Chinese, want to further study etc)  

So, which one are you? Anyway, here's the link if you missed the whole episode of this show.
  1. Mula2 buka link ni  http://watchseries.eu/serie/desperate_housewives Click the link that you want to watch.
  2. Then akan klua banyak2 link macam kat bawah ni. (Tengok gambar kat bawah nanti) Korang pilih je mana satu yang boleh tengok. Semua link adalah episode yang sama saje. Yang membezakan cuma dia cepat loading and boleh tengok ke tak. Itu saje.
  3. Then, enjoy your movie :D
Sorry blur

ps:// All pictures except yang atas ni, Ayu ambik dari google.
pss:// How's your Ramadhan this year?


{From Ayu with ♥}


Friday, July 20, 2012

Another Version of Banana Choc!

When I went to Wangsa Walk for a movie 2 weeks ago [post] I saw gerai Hot & Roll. Try la tengok menu2 yang ada. Tetiba ternampak Banana Roll ke ape ntah nama dia (sorry tak ingat). Terus order satu. Nak gak rasa. Mana tau rasa seakan-akan sama ngan time kat Krabi dulu. Hee~~

Not bad gak kedai dia. Orang ramai beratur

Agak2 korang macam mane rasa dia? Sedap? Wrong!!! Tak dela tak sedap lansung but, Ayu buat sendiri lagi sedap. Ayu pernah cita my version of banana choc kan? [post]. But anyway, bagi siapa yang nak melepas rindu nak mam banana choc ni, boleh la try ke kedai Hot & Roll. Mana tau tekak korang rasa sedap plak kan?

Banana Roll ni ada 2 jenis roti. Satu yang tebal and satu yang crispy tu (nipis sikit roti dia). Mine was the crispy one. Insya-Allah nanti nak try the tebal one plak.





{From Ayu with ♥}

Monday, July 16, 2012

Mittens Kena Pakai Sampai Bila?

29 June yang lepas, bersamaan dengan Faris berumur 3 bulan 5 hari, Ayu tanggalkan mittens dia. Kira now Faris dah tak pakai mittens. Buka mittens pun after ke klinik cucuk him at 3 months. Sebab nurse yang check Faris tu tanya

"Ni dah berapa bulan ni?"
"3"
"Kenapa pakai sarung tangan lagi? Buka la. Kasi dia pegang and rasa benda2. Belikan dia mainan yang dia boleh pegang"

Actually Ayu pun tak tau umur berapa patut kita tanggalkan mittens. Ada yang after pantang terus cabut kan? Ada yang after sebulan. Macam2 la. Ayu plak memang tak tau bila masa yang sesuai. Pastu plak, Ayu tak reti nak potong kuku Faris. Takut wooo. Selalu suruh my SIL tolong buatkan je. Tapi bila nurse dah suruh buka mittens dia tu and kebetulan my SIL was not at home, I have to potong sendiri kuku Faris. Otherwise nanti calar la muka anak bujang den. Bought the gunting untuk potong kuku baby. Memang senang! Tak susah rupanya nak potong kuku Faris. Susah dari segi dia dok gerak2 tangan dia ke sana sini jela. Tapi boleh je potong kuku dia time dia tengah tido. Senang sikit dia tak berapa nak gerak. 




So now Faris dah tak pakai mittens. Asyik la dok hisap2 jari dia. Semua jari dia nak masuk dalam mulut. 




Ini tabiat dia time menyusu. Suka pegang rambut dia. Time menyusu je dia wat macam ni. Tak tau kenapa


Pastu suruh dia gengam jari Ayu, oh heaven nya perasaan itu. Hehe. Another thing, kami dah tak pakaikan barut dekat Faris lagi. Alhamdulillah so far after buka barut tu, perut dia tak kembung. :) Socks plak bila nak kena buka? Tapi kaki Faris cepat sejuk la. Maybe after 6 months baru buka socks ke? 

{From Ayu with ♥}

Friday, July 13, 2012

Faris's First Movie

Last weekend we went out to see Amazing Spiderman. This is by far the first movie after I gave birth. Not to mention, also the first movie for Faris too. Actually dah lama dah 5rz ajak Ayu tengok wayang and Ayu pun ada teringin nak tengok wayang time lepas pantang hari tu. Tapi tula bila fikirkan Faris, takut menganggu orang lain plak. It's not that I can't leave him with my mom or MIL, tapi tula. Seboleh-bolehnya Ayu tak nak bercerai susu lagi dengan Faris. Selagi boleh bagi direct, Ayu bagi direct je. Yang Ayu pump and simpan wat stock tu untuk bekalan time Ayu kerja je.

Ooo my tembam nye aku!!!!!!!!!!

Yeay Faris pandang camera!



We bought the tickets online and booked for couple seat yang terletak di belakang and tepi sekali. Ini untuk memudahkan Ayu klua masuk in case Faris merengek or nangis ke what-so-ever. I don't have problem kalau dia nak menyusu time wayang nanti sebab dah tentu2 time tu dah gelap.

Before the movie starts

As if he said "Ok jom masuk panggung"




So let's see how Faris behave throughout the journey.
  • Before klua umah dah susukan dia. Sampai Wangsa Walk dia dah tido. Then kami pergi lunch dulu but time tu Ayu puasa. So duduk jela tunggu 5rz and Ain (my lil sis) abis lunch.
  • Before masuk panggung Faris dah bangun and it's time for susu again but we distracted him by bawak jalan2 dulu. Sebab time tu panggung kami tak buka lagi. Nak menyusu kat mane? Wangsa Walk tak de bilk menyusu. Sekian! 
  • Lepas masuk panggung terus susukan Faris and he's a good baby boy. Dah kenyangla katakan :D
  • Faris pun tengok wayang sama2 and he's been very good until suddenly dia poo2. Hehe.
  • I went out to changed his diapers. Tukar kat luar hall je. Tukar pampers dalam stroller adalah sangat susah okeh!
  • Then Ayu masuk panggung balik and continue tengok movie, so does Faris. 
  • Lama lepas tu, Faris poo2 lagi for the second time. Aiyok! 
  • I went out again but this time Ayu masuk ladies tukar pampers kat sana. But the changing process still dibuat didalam stroller. Susah lahai. Dengan time nak tukar pampers tu Faris dok rengek2. Tak tau sebab ape. Time tukarkan pampers dia kat luar hall ok diam je. 
  • Then sambung tengok wayang balik and time tu Faris dah rengek2 balik sebab dia dah ngantuk.
  • Ayu susukan dia skali lagi sampai la dia tido.
  • I pass Faris tu 5rz and Faris tdo dengan nyenyak sekali. Tetiba bunyi action dalam cerita tu plak wat Faris terkejut. Apa lagi. Terus menangis and time tu, 5rz plak bawak dia klua panggung and pujuk dia. Time ni cerita pun dah nak abis dah.
  • Bila Faris dah tenang, 5rz masuk panggung balik but dia terpaksa berdiri untuk dukung Faris. Faris nak didukung. Kalau letak dalam stroller dia nangis. So, berdirila 5rz sampai habis cerita tu. Tapi tak lama pun 5rz berdiri.
  • Lepas movie habis, Faris tdo dengan lenanya. Hai la anak. Time movie poo2 twice and only sleep after movie habis. Hehehe :p 
So overall, I enjoyed the Amazing Spiderman even though terpaksa klua masuk panggung. It's a new experience for three of us. Insya-Allah next time nak bawak lagi. As long as kita tak ganggu orang lain, it should be fine. That why kena ambik seat belakang and tepi sekali. 
 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, July 11, 2012

The New iPad =)

Bought the new iPad3 on Celcom's offer. Actually, 5rz the one yang dapat offer, tapi Ayu yang beli. Not all people dapat offer macam ni. Bila tanya kenapa, orang Celcom cakap certain people je dapat this kind of offer. Remeber my post yang before 5rz took off to Sabah? [post] Kami tergesa-gesa and terkejar-kejar sebab nak tanya details about the iPad's offer la. Actually hari yang sama tu terus nak angkat dah tapi both of us tak de cash. Debit plak dia accept Maybank je. Both our gaji masuk dekat bank selain Maybank. Nak g kluakan duit plak jauh. Plus 5rz dah lambat nak ke airport time tu. So, ok la tak ambik on that day. Tunggu 5rz balik dari Sabah baru pergi ambik.

One thing yang bagusnya, the device should be delivered in 2 weeks time. Kira bila kita dah sign up package ngan Celcom tu, the iPad tak boleh dapat terus. Kena tunggu 2 minggu baru iPad tu sampai. 5rz balik dari Sabah last Monday. Went to Celcom on the next day, Tuesday. I assume the iPad will be delivered somewhere on 18th or 20th July. Tapi, last Friday 5rz called

"Sayang. iPad dah nak sampai"
"Eh? Bukan 2 minggu ke?"
"Entah. Ada orang called cakap nak hantar iPad kat rumah"

Nasib baikla time tu my mom was at home. Dah macam beli online plak kan?





So yes. The iPad dah selamat tiba, syukur. Nak beli accessories dia masya-Allah mahalnya! Pastu still tak jumpa2 lagi cover idaman kalbu iaitu warna pink. Kalau ada pun harga membunuh tau tak? Cover pink saje RM 281? Pengsan!!! Kalau ada yang murah and ada warna pink plak, sudah kehabisan stok. So the device still not covered properly. Duk jela dalam plastik tu ha. Pastu screen protector tu plak, pun mahal sampai RM 50. We just bought yang lappy punya screen protector RM 15 then potong cantik2. Cantik ke? Janji tak calar. Senang cite semua costly la heh. 

By the way, we still figure out on how to use the device. Macam2 Ayu dah install. Instagram la, Astro on the go la. Banyak la! Oh yes. Tengok tv pun boleh. Kang ada jugak yang ngulat tengok tv time kerja pulak kang:D *hiks* Suka suka suka!


ps://Maaf la ye. Entry jakun ni. >_<

{From Ayu with ♥}

Monday, July 9, 2012

When To Put Faris In His Coat

Update : Wrong spelling! It's COT and not COAT. 


First entry in July 2012

5rz pernah tanya

"Bila nak letak Faris dalam coat?"
"Tunggu umur dia dah 3 bulan la"

But now dah lebih 3 bulan pun, masih tido sekatil dengan kami. Faris duk tengah2 antara ayah and ibunya. Entahla. Tak sampai hatila nak letak Faris dalam coat. The coat still in the same room with us but jauh sikit (macam jauh sangat je ayat kan?) Maksud jauh disini, coat tidak berada di selah katil ayah dan ibu. 5rz nak tukar posisi coat ke my side but Ayu tak nak. Reason : Menghalang jalan nak ke toilet. So, let it be coat kat tepi tingkap sana tu.

Alasan utama tak nak kasi Faris tido dalam coat adalah disebabkan situasi macam ni

After feed Faris tengah malam, Faris automatically akan sambung tido balik. Bila dia dah lena tido dalam dakapan Ayu, I have tu bangun dari tempat tido Ayu, jalan nak ke coat. Ayu takut time nak jalan ke coat and nak letak kan Faris dekat coat tu nanti, Faris akan bangun. Lagipun, macam sekarang, once Faris dah tido, kadang dia dok gerak2 lagi minta ditepuk-tepuk bontot dia. Minta didodoi la senang cite. So kalau letak dia kat coat tu nanti, macam payah je nak dodoi kan dia. Yela, bila Faris tido sebelah Ayu, Ayu boleh baring sambil2 dodoikan dia. Ni kalau dia dalam coat, dah tentu Ayu kena berdiri sambil dodoikan Faris kan? Dah la Ayu pun ngantuk nak tido. Esok tu kerja lagi. (Oh banyak plak kau punya alasan!)

In fact, tempat tido dia lebih kurang macam dalam gambar bawah ni. Letak tilam ni dekat tengah2 katil kami.

Source : Google

Kaki Faris dah hampir tak muat kalau nak tutup kelambu tu. Hampir ye bukan tak muat terus. I think kalau betul2 tak muat nanti, he should sleep in his coat then, kot? At least kalau dalam coat, boleh letak kelambu yang besar tu. Yela tu kan? Sekali tak sampai hati jugak! Huhu.... Soon or later, kena letak Faris dalam coat juga.

But but but. Ada satu hari tu, first time la dia tido dalam coat tu. Itu pun secara kebetulan. Every time after bath kan Faris, Ayu akan letak Faris dalam coat dia untuk dia main2 dalam tu. Sementara tu, Ayu boleh mandi kan? Sekali bila Ayu klua toilet, tengok dia dah lena tido. Ayu pun tutup la kelambu supaya nyamuk tak geget. Lena juga la dia tido dalam tu.


Ni first time dia tido dalam coat


Second time

One day, one fine day, I should put Faris in his coat juga supaya bagi chance ayah and ibu dia cuddle2 time tido. Eh? Hehe :p

Cuba korang kongsi cerita sikit. Anak korang, korang letak dalam coat/playpen etc time umur dia berapa?

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...