Wednesday, August 29, 2012

Cerita Hari Raya Part 1

As I mention earlier, tahun ni Ayu beraya di rumah in law dahulu. Since in law memang menetap di KL, suasana kampung memang tidak terasa lansung. *sobs*sobs* Raya pertama hari tu dihabiskan dengan menziarah kaum keluarga 5rz yang tidak pulang ke kampung. Kira depa pun sama meraikan Hari Raya di KL. Pagi2 raya, masa bersalaman dengan in law especially dengan mak mertua, terus menangis sebab teringat kat mak yang beraya di kampung belah ayah. Peluk mak mertua teresak-esak sebab terkenangkan mak sendiri lepas tu masuk bilik dan terus bersalaman dengan 5rz. Patut salam suami dulu baru salam in law. Aiseh! After salam ngan 5rz, terus capai phone and call mak n ayah utk minta maaf. Pun menangis juga. 




Lepas tu ke kubur dan berjalan raya ke sana sini. Tapi suasana raya semestinya x semeriah sekiranya berada di kampung halaman sendiri. Lepas tu dok tengok dekat instag dengan fb, sedara mara dok upload gambar raya di kampung. Berdas-das Ayu komen. Pastu sedih sebab I was not there. 


This is tradition in ayah's family. Sedih sebab I was not there :'(

Raya kali ni adalah raya yang pertama Faris. Ayu plak seronok sebab dapat kumpul duit raya untuk Faris. Ehem Ayu pun dapat duit raya dari 5rz 2 hari sebelum raya. Seronok! Hehe :p

Second raya paling boring sebab dok umah je. Hmm ape lagi nak bercerita pun Ayu tak tau. Tunggu entri raya part seterusnya plak la. Raya ke 3 best sebab dapat balik kampung halaman. Barulah rasa suasana kampung tu. Best2 :D 

{From Ayu with ♥}

Sunday, August 26, 2012

Selamat Aidilfitri

*This is sticky mode entry. Please scroll down for more fresh updates.*



Ayu ingin menyucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh dunia. Maaf zahir dan batin sepanjang Ayu membebel-bebel dalam blog ni. Berhati-hati di jalan raya ok? Biar lambat, asal selamat dan, ingatlah orang yang tersayang. *Ecewah!*

{From Ayu with ♥}

Friday, August 17, 2012

Persiapan Raya

Hari last bekerja sebelum cuti raya. Itu pun half day. Dato' kasi perlepasan awal but my boss said, "by 1130, you all can go already." =) This year, Ayu akan beraya di rumah mertua dulu di KL then baru balik ke kampung halaman ayah dan mak Ayu di Negeri Sembilan. Kampung mak and ayah Ayu both dekat Negeri Sembilan. Hmmm tahun ni kira raya pertama Ayu di KL. Ayu tak pernah merasa beraya di kota. Before this, semua balik kampung. Last year punya raya pun pagi raya di rumah mertua tapi lepas Subuh terus bertolak ke Negeri Sembilan. So, beraya di KL tu tak berapa merasa sangat. This year baru nak merasa. Tapi, raya di kota ape la best kan? Best lagi raya di kampung halaman. Huwaaaaa. *sobs*sobs* Kampung 5rz plak di Penang tapi macam tak balik Penang je since September nanti ada cousin dia kawin. So, balik time tu jela

Tahun ni second raya as a wife and first raya as a mother. Wee~~ Last year, Ayu beraya sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang bakal ibu. Tapi, tak siapa tahu I was pregnant by then. Siapa yang tau tu, tau la. Overall, Ramadhan tahun ni Ayu berganda-ganda penat. Sebab bf kan Faris kot. Ramadhan dulu, Ayu puasa sambil mengandung. Walaupun pregnant, tapi Ayu tinggal puasa selama 4 hari sebab Ayu muntah teruk. Time tu tengah2 pregnant la katakan. Tapi puasa tahun ni lagi berganda penatnya. Puasa time menyusu lagi mencabar dari puasa time pregnant. Ayu dah rasa both. =) Jadi, sesiapa yang pregnant tu, selagi boleh tahan, tahan la sebab nanti korang nak menyusu baby, lagi la penat, haus semualah. 


This is last year and I was 3 months pregnant =)


Bangga jap. 3 bulan pregnant pun still can fit my nikah attire :p

Persiapan Syawal pun ala kadar je. Tak tau la kenapa semua tak ada mood. Persiapan Faris je yang rancak berjalan. Pastu bila 5rz dok baca entry ni cakap "Yeke ala kadar? Tengok semangat je." Ni pun after work ni nak singgah mall cari kasut raya Ayu. Since pregnant hari tu, heels dah tak pakai. Lepas tu collection heels semua ntah hilang ke mana. Kena start kumpul balik. Habis la 5rz dok geleng2 kepala baca entry ni. Anyway, I'm sure ramai warga kota dah start balik kampung lama dah kan? Ayu je semangat datang kerja gitu. *hiks*hiks*

{From Ayu with ♥}

Tuesday, August 14, 2012

First Time Merasa Baskin Robin

Is it worth it to q panjang2 to get a scoop of an ice cream? No comment but 5rz and I went there to get one. 5rz and Ayu x pernah merasa Baskin Robin ni. *jakun* Mula2, 5rz malas nak pergi but after Ayu pujuk2, last2, dia ikutkan aje. 

After iftar and Maghrib di rumah, kami ke JJ AU2 (sorry, I still loved to called JJ instead of Aeon)

Sampai terkeluar-keluar orang yang beratur

No giliran kami

In between, Ayu sempat masuk nursing room untuk bf kan Faris. 5rz takes turn q for the ice cream. Nasib sementara Ayu bf kan Faris, 5rz tak sampai lagi ke kaunter nak collect ice cream tu. Rezeki.

Almost there baybeh!

Memang sedap la ice cream dia. Banyak lagi ice cream lain yang Ayu x pernah merasa. *jakun lagi* Tutti Fruti la, Haagen Dazs la ape lagi? Sape nak belanja Ayu makan semua2 ni? 

Mine. 5rz punya lagi sedap. Dia ambik Chocolate.


{From Ayu with ♥}

Monday, August 13, 2012

Iftar at Royal Bintang

Went there on weekend. Actual plan was to buka puasa dekat Revolving Restaurant tapi mahalnya lahai. Mayb next time, insya-Allah. Itu pun kebetulan Ayu nak ke Ikea to buy some stuffs. Memang plan buka jela di mana2 dekat Ikea/Curve/OU etc. Kebetulan 5rz offer buka puasa dekat Royal Bintang since dulu dia pernah makan dekat situ. Ikutkan aja sebab time tu pun dah 15++ hours. Takut booking dah penuh. Alhamdulillah mungkin rezeki kami, still available. 





By the way, tu Padini depan tu ada sales ye. Dapat rembat 1 seluar kerja :D


So sementara tunggu waktu berbuka, kami jalan di Ikea mencari barang. Kemudian ke Tesco. Dan seterusnya masuk Curve keluar Curve, masuk Curve keluar Curve. Ha gitu la. 


Stop kejap untuk bf Faris

Kat Curve ada nursing room. So senang =)

See. Faris can sit. *clap*clap*



By the time kami ke Royal Bintang tu, orang dah ramai. Duduk dulu sekejap then 5rz cakap

"Baik pergi ambik makanan sekarang. Nanti orang lagi ramai"

I went to ambik makanan sementara 5rz jaga Faris. X sempat nak snap makanan yang disediakan. Orang ramai berpusu-pusu, berebut-rebut nak ambik makanan. X kan time2 tu aku nak sibuk snap2 gambar kan? Nanti makanan habis, ha melepas la kau. (Tapi actually dia refill balik makanan yang dah habis)

So, best x makan kat sini? X! So2 saje. 3 out of 5. Choice tak banyak. Kambing x sedap. ABC pun x sedap sebab kena buat sendiri. Bubur lambuk x sedap. Air sojuk ado duo jo. Tebu and soya. Mane juices? Nan hado! Oh kesian. :'(

Ape yang sedap? Puting roti dia! Masya-Allah. Selama ni Ayu tak berapa makan pun puding roti ni. Hari tu kebetulan ambik puding roti untuk kasi 5rz rasa. Sekali, ha berebut laki bini nak habiskan puding roti tu. Serius sedap! 5rz yang selalu makan puding roti pun cakap sedap. Lagi ape lagi yang sedap? Itu jela. The rest biasa2 je.

Despite of their foods yang Ayu rate 3 out of 5, services dia pulak sangat tip top. Tak tau la kan sebab kami di serve oleh boss yang in charge pada hari tersebut. Feeling2 artis gitu. *hiks* Services sangat bagus cuma sayang their foods kurang sikit.

Lagi yang membuatkan Ayu kecewa adalah sebab fresh orange, chocolate fountain and oyster x de. 5rz cakap

"Agak2 la bayar brape nak makan macam2." Haahaha :D

Tak tau la selera korang cakap sedap plak kot kan? Pape pun, x mo dah makan sini. Tapi datang untuk makan puding roti disini adalah berbaloi. Adeh, teringat-ingat plak. So berapa bayaran yang dikenakan untuk buffet Ramadhan ni? RM 65++ per pax.


Nama laki den dia salah eja. Padahal kitaorang yg tolong eja kan. Still salah lagi

{From Ayu with ♥}

Tuesday, August 7, 2012

Baskin Robbins: Free Ice-Cream Deal Still on Despite Chong Wei's Loss

Full article here


Is it true? Ayu tak pernah merasa Baskin Robin ni. Teringin laaaa. Sorang 1 scoop pun jadi la. Kaunter dibuka 2 jam sahaja from 2000 hours till 2200 hours. Matila la semua beratur panjang after bukak puasa. *kekeke* Jom semua! 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, August 1, 2012

Faris 4 Months Updates


Uuuucak!




He's 4 months old now. Let's recap ape achievements yang Faris dah achieved so far. 
  • Alhamdulillah, I still fully breastfeed my baby. Tapi berat time 4 months ni naik sikit sangat. Naik 300 gram je. At least naik la juga kan? (nak sedapkan hati)
  • Since Ayu dah bukakan mittens dia, suka sangat hisap jari. Orang hisap jari satu je kan? Dia nak sumbat semua jari dalam mulut tu. Ingat muat kot?
  • Bagi juga mainan yang dia boleh hisap2 tu. Tapi end up, jari dia juga yang dia masuk dalam mulut! Bukan toys.
Kena pakaikan bib

Ok nak ambik gambar, dia masuk satu jari plak. Padahal suka masuk semua jari kot

  • Kalau dia pandang mainan tu, dia akan try to pegang the toys and rasa2. Ni kira toys yang Ayu letak dalam car seat dia tu.
  • Dah try2 to rolled over. Dulu slalu gak tengok dia nak pusing tapi lately ni dah tak rolled lansung. Malas kot asyik pusing tak dapat. Haha :D Tapi on 19th July hari tu, MIL dah nampak Faris rolled over. Balik kerja tunggu gak dia rolled, sampai ke sudah tak dapat tengok lagi. *sobs*sobs*
  • Dah start kena pakaikan dia bib sebab air liur suka sangat meleleh-leleh sekarang ni. Kalau biarkan aja kesian plak baju dia basah. Bila baju basah, dada dia sejuk. At least ada bip ni tak la air liur dia jatuh ke baju dia. 
  • I think Faris dah kenal siapa ayah ibu dia. Cara pandangan dia dekat kami seolah-olah dia tau kami ni his parents. Rasanya kot. Tapi, bila dia lapar, memang dia kenal sangat2 siapa yang bagi susu dekat dia. Siap sengeh2 pandang Ayu seolah-olah nak pujuk Ayu la tu suruh kasi susu kan? Pernah sekali satu masa tu, 5rz agah2 dia tapi dia rengek2 plak. Bila Ayu agah, sengeh2. Sebab dia tau Ayu yang bagi susu kat dia. Sengeh2 supaya Ayu upah susu la tu. Hehe chumel tau x?



  • Oh dah pandai menyembur. Habis air liur terpercik sana sini. Kalau dulu suka buat buih2 kat mulut dia, now menyembur plak. Suka plak tu. Agaknya dia rasa hebatla tu boleh sembur2. Haha :D





What else ye? Oh Faris sekarang dah tido dalam cot dia. Ada satu malam tu ntah napa la dia meragam. Nak ape pun tak tau. Sekali bila letak dia dalam cot and dia tengok mainan gantung2 yang ada lampu and music skali tu, dia diam sampai la dia terlelap sendiri dalam cot tu ha. So start dari situ, Ayu biarkan dia tido dalam cot dia. Tapi, bila malam2 dia berjaga nak menyusu, Ayu angkat dia and after dia dah sudah menyusu, Ayu letak kat sebelah Ayu je. Malas nak bangun letak kat cot dia. 

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...