Friday, July 31, 2015

Cerita Raya-raya di Kuala Pilah-Rembau-KL, 2015 (Part 2)

Ok sambungan entry raya lagi. 

Selesai bergambar, kami pergi beraya. Sebuah rumah jela yang sempat.


Itu, laksa tu, aku x jamah pun. Makan kuah dia saja. Kata orang kena pantang laksa, mee kan? Berapa lama? A year?





Haha gaya Faris





Tengah hari sebelum sembahyang jumaat, kami terus ke Kuala Pilah untuk beraya kampung belah mak plak.


Sampai rumah mak long dekat Kuala Pilah, tido budak ni ha. Sonang mak kau nak lunch dik

Rafq Ilyas yang tidak kelihatan. Huhu


SIL sakat Faris
Petang tu, balik ke Rembau semula. Then terus balik ke KL. After Maghrib sampai ke KL then terus sambung beraya dengan keluarga mertua plak. Mak mertua buat nasi beriyani. Selera aku makan. Dalam pukul 10 malam, balik rumah. When the boys dah tdo, aku mulalah tugas aku packing luggage untuk ke Penang plak keesokkan harinya. Actually dah asingkan sikit2 barang2 nak ke Penang. Tinggal sikit2 je. Sikit2 pun pukul 2 pagi gaklah aku tdo malam tu. Huhu. Sambung cerita raya ke dua plak nanti.  


{From Ayu with ♥}

Tuesday, July 28, 2015

Cerita Raya-raya Di Rembau, 2015 (Part 1)

Assalamualaikum semua!

Ramai dah masuk kerja this week kan? A few je yang masih dikampung or baru nak balik beraya. X pe. Raya kan sebulan. Alaaa even last Monday pun dah ada yang masuk kerja kan? X pe. Ayu masuk last Thursday, Friday then smalam sambung cuti balik sebab smalam Faris already 3 months! Nak cucuk for 3 months plak. Ok2 dah x sabar dah nak cerita pasal raya yang lepas.

Sepanjang 4 tahun Ayu berkawin, inilah kali pertama 5rz merasa berbuka puasa dekat kampung Ayu sebab before this walaupun turn balik beraya dekat belah Ayu, kita orang selalu balik pagi2 raya sebelum sembahyang raya. Mengimbau kenangan sungguh. X taulah after this dapat merasa berbuka dekat kampung lagi ataupun x. As mentioned earlier, kami balik kampung belah ayah Ayu, Rembau a day before Raya. 



First time nak balik kampung Rembau!

By noon dah sampai Rembau. Ayu ambik kunci homestay dulu. Dah berkembang keluarga masing2 so nak tidur dekat kampung pun dah sesak. Itu pun punya payah nak dapat homestay tu. Semua hotel/homestay dah fully booked. Ini pun rezeki namanya. Lepas letak2 barang dekat homestay, terus ke kampung. Dekat je. Dalam 5 minit drive. 

Sampai kampung, aku terus bersengseng lengan baju tolong apa yang patut. Alah x de apa sangat pun. Potong bawang etc. Yang paling best, aku masukkan beras pulut dalam buluh nak masak lemang. Sempat merasa gulung daun pisang untuk dimasukkan dalam buluh walaupun aku buat satu buluh je sebab adik dah menangis nak menyusu. Jadilah sebagai pengalaman. Settled kerja, kami balik homestay mandi2 untuk siap2 nak berbuka plak. Alhamdulillah tahun ni Ayu dapat puasa penuh. Even dulu time pregnant Faris pun aku ada tinggal 4 hari sebab muntah teruk and terlalu lapar. Syukurlah dapat puasa penuh. X yah sesusah ganti. Cuma aku ada puasa nazar nak kena selesaikan. Insya-Allah otw. 

Malam raya, kami celebrate birthday Akif. Sambut a day earlier. Patut birthday dia on first day of raya. Saje je sambut malam tu jugak. Malam tu jugak balik homestay. Mak & ayah ikut skali saje nak tgk keadaan homestay.





Macam biasalah ada budak nak menyibuk


Muahahaha

Pagi raya, yang lelaki semua bersiap nak ke masjid. Perempuan siapkan anak2 and diri sendiri. 


Nasib budak ni tidur lena lepas mandikan dia. Boleh ibu bersiap dengan tenang

Baju recycled time adik kahwin hari tu

Lepas 5rz and abang semua balik dari masjid, sesi bergambar kejap. Lepas tu kami terus check out and terus ke rumah kampung. Sampai sana aku salam 5rz dulu before salam orang lain. Tahun ni macam pantas sangat je aku bersalaman dengan 5rz. 5rz pun dah macam malas layan. Muahahaha hapekah? Tau dah kenapa. Mesti dia rasa nanti aku buat balik. Minta maaf pastu buat balik. Huwaaaaa. I'm not perfect dear. Janganlah diharap isteri minta maaf pastu terus suci lansung x buat salah kan? Of course akan ada kesilapan but we try our best to overcome it ok? Lepas salam 5rz terus salam my parent. Lepas tu terus breakfast. Dekat homestay, aku sempat hidang air nescafe je. Aku baru tau sunat ye jamah makanan sikit sebelum sembahyang sunat raya. Huhu insya-Allah next year kita try ye. 

Then bukak kaunter salam2 and kasi duit raya. Dah tentulah budak2 yang paling happy. Selesai semua, sesi bergambar. Paling bestlah bagi aku. Hehehe. 

Ini x ikut susunan ye. Hentam je. Bawah sekali belah kanan, Aisy sebaya Faris. Kenapa gitu?

Semua merah sebab semua recycle baju time Ain kawin. Sorang tu sesat sebab saja nak kelainan


Reaksi Aisy sekali lagi
Rosli's family. Missing along and Ain sebab mereka beraya di rumah mertua


Amboi sangat Faris posing kaki gitu
Fairuz's family

Masa di homestay



Seronok ye dik sambut 1st Raya

Ini family along yang beraya di Kelantan. Pun merah jugak

Ini plak Ain, beraya di KL. Pengantin baru pun merah
Tanpa mereka, siapalah saya. Gitu ayat

Tetiba pusing gambar ni balik



Oklah enough of gambar 

Entry bersambung sebab banyak sangat gambar. 
      
{From Ayu with ♥}

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya!

X sabarnya!!!!! Insya-Allah kejap lagi we all akan balik kampung belah ayah Ayu, Rembau. Tinggal tunggu 5rz balik from work. Dia half day today. Lepas tu terus chow cin chaw. Doakan perjalanan kami. 

Tahun ni giliran beraya di belah Ayu. Yeay! Tahun ni juga Ayu rasakan persiapan raya beria sebab kita akan beraya di Penang skali. Planningnya sehari sebelum raya balik kampung Ayu which is today lah. Raya pertama petang2 sikit balik ke KL. Raya ke 2 balik ke Penang untuk beraya dekat belah sana plak (belah 5rz). Nanti bila balik KL, sambung beraya rumah sedara dekat KL plak. Jumaat plak akan ada makan2 dekat rumah my parents. Then insya-Allah the following week akan jalan beraya rumah Achik dekat Melaka. Yeay! Seronok rasa. Duit pun mengalir banyak wooo. Rasanya this year punya raya paling banyak keluar duit. Maybe sebab kami pun baru beli kereta kan? 

To be honest, ada je lagi beberapa perkara yang Ayu x settle kan lagi. Contoh aku x de baju colour purple to match it with the boys. Ada tu ada tapi aku nak cari yang nursing friendly. Susah2 karang aku pakai je x sedondon pun. Lantak! Dah penat pun ye gak. Pastu kelmarin tetiba otw balik from work, jumpa orang bukak booth dekat LRT station. Survey2 sekali terjumpa. Ok ngam colour pun dah boleh match. Ambik. Balik rumah, tetiba rasa cam baju tu kosong. So smalam pergilah survey rantai keronsang gedabak tu. Semua pun last minute. Tapi x pe sebab baju anak2 semua dah siap. Ibu punya baju je nak ngada2 nak sama2 dengan anak2. Itupun kalau dapat yang samalah. 

Last weekend plak dapatlah beli sepasang kasut raya. Wedges simple sangat aku beli sampaikan tertanya-tanya 'ini je ke kasut raya aku?' Nak pakai heel nowadays dah rasa cam cannot anymore. Sakit kot. Biasalah time pregnant dulu dah lebih 9 bulan x pakai heels. Dah jadi macam x biasalah pulak. Oklah. Dah berapa entry dah aku up x de gambar. Moh le tepek sekeping dua kat entry ni plak. Ni gambar last weekend time shopping raya. 






Dikesempatan ini, Ayu nak mohon maaf kalau ayat atau cerita Ayu dalam blog ni ada yang mengaibkan sesiapa atau mungkin ada yang terasa hati dengan Ayu, maafkanlah Ayu ye? 

Gambar last year. Insya-Allah tahun ni raya berempat.

Oh sebelum terlupa, harap time raya ni jangan sibuk sangat dengan gadget ye. Kalau boleh mingle around with the family. Kalau x borak sama2 pun, duduk skali. Bila dah duduk skali, tangan jangan asyik ke gadget please..... Insya-Allah entry raya plak after this. 
 
ps:// Jangan lupa bayar zakat ye korang2.

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...