Wednesday, September 30, 2015

Food Poisoning :'(

Ini kali ke dua Ayu kena food poisoning. Both kena dekat tempat kerja. Really serious case. Yang pertama, nasi dari catering tapi Ayu sorang yang kena sebab pinggan Ayu ada kotor sikit. Yang kedua ni memang Ayu yang beli dari gerai sendiri.

Ceritanya, Ayu teringin sangat nak mee kari. I suppose to pantang mee for a year tapi pantang for 100 days jela. In fact, more than 100 days dah. Memang teringin sangat2 mee kari gerai tu. Memang selalu kalau nak makan mee kari, beli gerai tu je. 

Masa makan tu x de suspect ape2. After work, dinner rumah MIL then balik rumah mak Ayu. Pagi dalam pukul 3, bangun susukan Faiz. Tetiba terasa sakit sangat bahagian tulang belakang. Itu pun terpaksa leraikan Faiz yang tengah menyusu then letakkan dia tidur. Nasib dia ok. Dah puas menyusu agaknya. Pastu terfikir nak gerakkan 5rz nak suruh urutkan belakang tapi karang takut x sampai hati. Tiba2 perut memulas-mulas. Ke toilet la kita.

Pastu sambung tidur tapi x selesa sangat. Perut memulas lagi. Masuk toilet terus cirit birit. Pastu bermulalah rasa mual2 plak. Dah cirit nak muntah plak. Minum air banyak2. Pastu masuk tdo semula. Perut memulas again, cirit, muntah. Whatever yang Ayu minum even air kosong je pun, muntah balik. That cycle continued sampai ke Subuh. Then 5rz tanya kenapa? Masa tu Ayu dah agak dah must be food poisoning. Sebab dah pernah kena, that's why I know. At the same time Faiz pun bangun nak mengempeng. Terpaksalah kasi dia puting. Kesian masa fikirkan dia. Ayu nak susukan dia pun x boleh sebab Ayu terlalu sakit masa tu. Sampai terguling-guling dekat lantai mengerang kesakitan. Dalam sakit2 tu, ngantuk pun ye gak. Try to sleep tapi dah pagi.

Lepas je 5rz siap mandi and siap2 kan anak2, 5rz tanya nak ke klinik ke x? Mula2 Ayu x nak just because I really cannot stand or walk. Sakit perut sangat. Sakit mencucuk-cucuk. Bila fikiran mula waras, ikut jela cakap 5rz. Dekat klinik pun Ayu diberi access terus sebab terlalu sakit. Sampaikan nak isi borang pun x larat. Borang tu Ayu sign je. 5rz dalam kereta with both kids. Ayu dok fikir si Faiz je ha. Last kasi susu pukul 3 pagi kot. Tapi alhamdulillah dia x nangis or merengek ke ape. 

Explained to the Dr everything then Dr kasi 2 suntikan dekat bontot tot tot untuk cool down kan Ayu. Ayu sempat tidur2 ayam dekat situ. Sambil tu fikir si Faiz lagi. Ayu risau dia lapar je ha. My breast that time pun memang dah bengkak. Lepas dah settle tu, memang Dr kata food poisoning. So kasilah segala ubat and MC. 

Si Faris plak sibuk nak breakfast. Pergila tapi Ayu nak masuk kereta sebab x larat. So, I took Faiz with me to breastfeed him. Barulah ok sikit breast ni ha. Lepas tu balik rumah but both kids, 5rz still hantar ke Nilam. X larat Ayu nak jaga dalam keadaan Ayu yang macam tu. Lepas tu Ayu masuk bilik and started to pump sebab usually dekat office, pukul 10, Ayu akan pump. Walaupun dah susukan Faiz, somehow Ayu rasa breast still berat. After that, melepek jela dalam bilik. Sempat tdo but bila terbangun jaga, rasa macam sakit tu x hilang2. Pukul 3.30 petang, gagahkan juga diri bangun mengepam. Fikir Faiz punya pasal. Patut time mengepam pukul 1.30 ke 2 petang cam tu. 

Malam tu, 5rz belikan bubur tapi nak makan pun alahai x selera sangat2. Some more perut still sakit mencucuk-cucuk. Sekali SIL buatkan air teh pekat2. 1 cawan kecik, letak 2 uncang. Pahit!!!! Tapi after that, alhamdulillah feel beter. Dapat tenaga juga. But the cirit still continue. Dia x klua habis lagi. Betul2 recover on the middle of 3rd day. Paling x suka bila time cirit la because I don't know when it's coming. Tetiba je dah keluar. Memang kena pakai pad je all the time.

Sekarang ni memang nak kena awasilah apa saja yang masuk dalam perut ni. Serik sangat kena food poisoning ni.     

    
{From Ayu with ♥}

Tuesday, September 29, 2015

Aidiladha 2015 Stories

Raya korban tahun ni beraya di KL saja sebab turn suami. Kalau turn Ayu pun, memang x balik kampung memandangkan wan ada dekat KL. Rabu yang lepas dapat perlepasan balik awal from office. Decided to see Maze Runner 2 since dah balik awal. Singgah Quill Mall. Cerita best! 

Lepas tu balik ke rumah FIL sebab nak ambik Faris & Faiz. Lepas Isyak balik rumah mak Ayu plak. Sebelum tu sempat singgah beli lemang 2 batang since mak kirim. Ayu x masak apa2 pun untuk raya. Mak dengan SIL je. Malas la katakan. Kekeke. 

Pagi raya tau2 dah macam2 atas meja. Ayu memang tau yang SIL buat nasi dagang. Yum yum yummy! Ayu cuma tau makan. Sekian! Sudah makan, mak ayah pun baru balik from sembahyang raya, bersalaman. Lepas tu off we went to rumah FIL plak. 

X de baju raya baru. Recycled saja


Dari pagi sampai ke malam dekat situ. Sedara belah 5rz come and go. Ayu walaupun x de buat ape, boleh terlelap depan hall sampai tetiba Ayu bangun tengok sedara dah balik. Menantu hantu betul! Lepas tu boleh plak sambung dalam bilik. Baru nak landing, tetiba Assalamualaikum...... Terkentut eh terbantut hasrat nak ke Lalaland. Itulah raya kan?

Oh ye. Celebrate birthday Ikhwan sekali walaupun birthdaynya dah lama. Nun bulan June lepas




Jumaat, memang company Ayu kasi cuti. X de buat ape. Duduk dekat rumah melepak sambil settled kan kerja2 rumah. 5rz kerja Jumaat tu. Ayu jela dengan anak2. Sabtu plak macam biasa. 5rz left to work and tinggal lah me with my kids. Lepas je 5rz balik kerja, terus ambik kami semua then ke rumah sana plak. Rumah FIL la, siapa lagi? Manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi? Tiba sangat! Pergi sana pun sebab ada sedara Penang turun KL. Sedara Penang belanja selfie eh pizza utk kami semua. Dekat rumah FIL sampai ke malam. Cousin2 5rz bersambung karoeke lagi sampai pukul berpagi pagian lah. Kami balik. 

Ahad, semua bangun lambat. Not all sebab si Faiz memang morning person. So Ayu dengan dia dah bangun dulu. Pastu sambung tdo balik. Ayu, kejap2 tdo. Kejap2 terbangun. X tau kenapa. Sementara semua tdo, Ayu settled kan iron work attire for a week for me and 5rz. Settled semua, went out to rumah sedara 5rz sebab ada buat mkn2. Ayu makan 3 round. Sampai2 seround. Petang sikit 2 round. Package untuk malam skali. Nasib ada orang back up aku cakap ibu menyusu memang cam tu. Ngeh ngeh ngeh. 

After Maghrib singgah JJ for groceries shopping. Habis hari Ahad then tiba hari Isnin which was yesterday. Still on leave sebab nak cucuk kan Faiz 5 months. Sekali vaccine habis. Penat weh menunggu walaupun untuk timbang sahaja. Eh lupa yang kita tengah cerita pasal raya korban. Ha macam tu jela cerita raya korban kami. Bosan sangat sebab x de suasana kampung + beraya di bandar.

Raya first je ada gambar. The rest boooolayan. Later. 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, September 23, 2015

My Recipe: Jantung Pisang Goreng

Lama x post resepi campak2. New recipe for me. Pertama kali makan & masak jantung pisang ni. Tujuan utama Ayu try jantung pisang ni sebab orang kata jantung pisang boleh banyakkan susu badan. Ayu ikhtiar je. 

For those yang x tau rupa jantung pisang macam mana

Ayu selalu nampak orang makan jantung pisang cicah sambal belacan je. Ikutkan kalau nak senang, rendam jantung pisang then makan cicah sambal belacan tapi Ayu x pernah rasa and Ayu rasa nak try resepi lain. So google punya google, jumpalah resepi jantung pisang goreng ni. Itu pun Ayu ubah here and there.


Ingredient   
  1. Jantung pisang 
  2. Garam
  3. Ikan bilis 
  4. Udang kering 
  5. Lemon
  6. Cili padi 
  7. Bawang putih
  8. Bawang besar 
  9. Kiub ikan bilis
Cara-cara
  1. Kopek kulit jantung pisang sampai nampak bahagian dalam yang warnanya lebih terang.
  2. Belah 2 or 4 ikut suka hati masing2.
  3. Rebus jantung pisang dengan air. Masukkan garam sedikit.
  4. Agak2 dah lembut, angkat, toss and potong kecik2. Ayu suka potong kecik2 sebab x pernah makan so takut x sedap. Kalau potong kecik2 x terasa sangat. Lepas tu asingkan.
  5. Panaskan kuali then letak minyak.
  6. Tumis bawang putih dengan bawang besar yang dah di blend/tumbuk.
  7. Dah naik bau, masukkan cili padi sikit.
  8. Masukkan ikan bilis dengan udang kering. Kalau x nak guna ikan bilis, nak guna kiub ikan bilis pun boleh.
  9.  Masukkan jantung pisang yang dah direbus and dipotong kecik2.
  10. Bila nak gaul tu, akan rasa melekat sebab jantung pisang bergetah. Tambah air sikit untuk senang kacau.
  11.  Agak2 dah masak, tutup api, perahkan lemon untuk rasa masam2.
  12. Siap.    
Ok lah sedap jugak makan dengan nasi panas2 tambah kicap. Pergggh. Selamat mencuba.


ps:// Selamat hari raya Aidiladha semua. Ayu cuti lama till next Monday. Insya-Allah Selasa depan masuk office balik.
 
{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...