Thursday, December 31, 2015

A.'Famosa Freepot, Melaka - Day 3

Assalamualaikum.

Niat nak melawat sini actually on the last day. Tapi memandangkan malam after BBQ dinner x tau mana nak pergi, kami follow yang lain je ke Freepot ni. Nak ke bandar Melaka takut sesak. Buang masa nanti. Sebelum tu meh tengok gambar dinner dulu.

Ada lagi tapi yang x de dalam gambar ni dah terlepas pergi shopping la merayau la. Lantak.



Ok kembali ke cerita pasal Freepot pulak. Basically tempat ni I think, macam JPO la kot? Yela aku x pernah sampai JPO jadi tak tau. Tapi jgn lah ingat Freepot ni ada brand like LV, Prada semua tu. No no no. It's not that high end punya brand. Setakat Carlo Rino, Adidas, Forever 21 dan sebagainya tu adalah. 







Gambar blur tapi nak letak jugak

Malam tu, melawat sahaja. X membeli pun walaupun Carlo Rino memang sale kaw2. Itu pun 5rz dah suruh pilih and adalah 2 3 bag aku tunjuk and dia setuju dengan 1 ni. Tapi well, I is isteri contoh yang baik kan? I say NO to my husband. Siap tolak offer husband nak belanja handbag kan. Tapi kalau LV, Prada, Chanel lain lah jalan ceritanya kan? Kekeke. Balik tangan kosong. 

Hari ke 3, hari check out. Niat dihati nak singgah Freepot tapi hujan lebat satu hari. So, kami pergi bandar Melaka dulu semata nak cari Playdoh si Faris. Lunch sekali situ. Dah sudah, singgah rumah makcik Ayu kejap untuk minum petang. Before Maghrib, bertolak balik ke Freepot sebab nak beli baju kerja 5rz. Kebetulan murah. Pukul 820 malam bertolak semula ke KL. 1045 malam baru sampai rumah.

Dah. Itu saja update department family day kami yang pertama. Haha boring I know. 


{From Ayu with ♥}

Wednesday, December 30, 2015

Safari Wonderland, A'famosa Melaka - Day 2

Assalamualaikum.

Family day ni very light2 je. X de schedule nak buat ape after this this that. Ikut suka hati masing2 nak buat ape. Yang penting, breakfast & dinner must together. Time tu lah nak bertukar cerita dan sebagainya. Day 2 after breakfast, family masing2 berangkat ke theme park. 



X perasan ada orang ambik gambar dekat gini

Ada 5 cabang. Cabang? Group maksud aku. 1 group masuk water park, 1 group masuk safari wonderland, 1 group pergi merayau-rayau dekat Melaka town, 1 team (my boss) x tau kemana dia pergi & 1 team lagi baru nak sampai ke Melaka (yang bertolak Sabtu pagi tu ha) Aku masuk Safari Wonderland. Malas nak masuk water park sebab fikir kalau Faris nak swim pun, dekat banglow pun boleh. Kasi tengok binatang lah. Masa beli tiket, aku confident order 2 adults & 1 kid sebab kid above 90 cm memang kena bayar. Sebelum datang Melaka lagi dah ukur si Faris siap2. Sekali after dah beli tiket, bila ukur memang lebih 90 cm tapi orang tu kate x pe pulak. Rugi RM 47. Try juga jual ke orang lain tapi mostly nak masuk water park. Terpaksa redha dah burned duit. So lesson learned! Even though dah ukur dekat rumah siap2, sometimes measurement lain2. And sometimes orang boleh tutup mata je let go budak2 kecik ni. So, I really learned my lesson now!

Ingat dia nak takut. Nasib x takut. Senyum selalu cam gitu jelah ye


Ok so ape yang ada dalam Safari Wonderland ni? Binatang lah. Duhhhhh! Well, mula2 kami tengok Elephant Show. Tengah2 show tu gajah boleh berak? Bayangkan? Lepas tu gajah siram penonton dengan air siap. Nasib kami duduk jauh di belakang. Lepas elephant show, kami naik lori tengok harimau singa semua tu. Lori ni time aku pergi dulu2 kala, memang x ada lagi. So ni first time aku merasa. X berapa best sebab banyak under construction. Tapi bolehlah sebab Faris happy je dapat tengok lion & tiger.

Baru perasan tudung basah kuyup ha. Masa tu x terasa pun. Peluh. Panas.












Lepas tu kami berjalan2 sekitar safari. Tengoklah ape yang patut. Lunch plak memang dah sekali dengan harga tiket masuk. So claim saja. Bolehlah untuk alas perut. Dekat sini, toilet boleh dikatakan bersih jugalah. Selesa pun so2 je. Surau pun ada. So don't worry morry. Selesai makan semua, masuk tengok bird show pulak diikuti dengan red indian show & last sekali kami tengok multi animal show. Terlalu banyak show yang kami dapat cover. So, plan your journey well. 

Habis segala show, kami jalan nak pulang. Sambil tu ternampak pet farm animal kot nama dia where you can feed the animal but of course makanan binatang tu korang kena beli. Dalam tu ada jual tapi mahal lah. Kuikuikui. Dekat sini juga ada monkey island where you must take a 'rakit' to go there. We passes this one sebab x de siapa nak ikut. Aku dengan Faris je beria. Bila aku nak naik dengan Faris je, si Faris marah2 suruh yang lain ikut. Sudahnya, aku pujuk cakap nak tengok crocodile. 


Ha seyum gini lawa sikit Faris
Banyak kali cakap, bantal busuk dia adalah turtle. So gambar dengan turtle harus ada
Woooo ini senyum cam kerang busuk dah ibu tengok! Hehehe




Kami klua pukul 4-5 pm then terus menuju ke cendol Bakar. Aku order coconut shake je. Cendol Bakar & coconut shake ni dekat je dengan A'Famosa. Oh ye, Bakar tu nama orang ye. Bukan cendol tu dia bakar. Cam manelah cendol kalau bakar ye x? Lepas tu hujan turun lebat. Nasiblah kami dah keluar dari safari. Dah kenyang, balik rumah siap2 untuk BBQ dinner plak.

BBQ dinner ni aku rasa cam x berapa best sebab semua nak cepat2. Kul 830 malam dah settled mengemas semua. Hapekah? Sebab semua ada agenda lain nak buat. Nak pergi shopping la jalan2 la. Aku ngan 5rz x tau mana kami nak pergi and last2 kami ikut ke A'Famosa Freepot je. Ok itu next entry. Entry pendek je nanti. 


{From Ayu with ♥}

Tuesday, December 29, 2015

Registry Family Day 2015 (Melaka) - Day 1

Assalamualaikum. Lambat sikit nak bercerita ni ha.

We called it as Registry Triple R. We even created a whatsup group for the event. Triple R stand for rest, relax & recreation. Something like that. Some of us bertolak hari Jumaat on 11 December yang lepas. Some bertolak hari Sabtu pagi. Dari rumah memang Ayu dah siap2 packed everything. Balik rumah tengah hari tu, sempat lunch rumah in laws then terus bergerak ke Melaka. Ye, kami ke A'Famosa saja. Itu saja budget yang lepas. Cukuplah janji nak enjoy!

Adik tu setiap kali letak dalam car seat, nak memusing aje

Tangan 5rz je yang nampak

Ayu sampai around 5 pm and terus check in ke bungalow B. We booked 3 bungalows by the way. Rest2 kejap then kami semua siap2 nak pergi ke banglow A sebab dinner, breakfast semua memang dekat sana. We had asam pedas tetel nama dia. Ok nama kelakar. First time aku dengar. 

Kau tengok entiti tengah berlari tu ha.

Ini dekat bungalow A



Lepas dah dinner, plannya nak ke Old West tapi macam dah terlambat. Rugi masuk. So, kami jalan2. Old West ni ada macam2. Ada animal parade, red indian show and last skali ada fireworks. Hari2 ok. Tapi untuk tengok ketiga-tiga show tu, korang kena masuk awal like 8 pm. Masuk afterward, rugi bayar mahal2. But let say, korang terlambat tapi nak masuk Old West juga untuk jalan2 dalam dia, still boleh. Bayaran x sama. Harga seorang adult RM 22 (without show ok) Kalau ada show I guess RM 56 kalau x silap. Dalam tu ada fun fair, bowling etc. 

Since x de ape, kami balik ke banglow semula untuk rehat2. Ok sampai sini dululah sebab next entry panjang sikit kot?

{From Ayu with ♥}

Friday, December 11, 2015

Gotong Royong?

Assalamualaikum.

Insya-Allah hari ni department Ayu akan bergerak for our 1st vacation. Dah 4 tahun kerja dengan company ni, baru tahun ni dapat ber-holiday bersama-sama. Cerita pasal holiday ni actually berlaku sebab kami semua gotong royong dengan semua scripts yang sudah bertahun lama tersimpan je dalam stor. X boleh simply buang sebab takut MQA or in the future nak guna. Banyak kerja kena buat untuk gotong royong sebulan lepas. Yang mana x nak pakai, asingkan then kami jual. Hasil jualan amat memuaskan. Then I suggested why not duit tu bawa kita pergi holiday! Then boss approved.

Hari pertama gotong royong

Masa ni sikit lagi ni



Haaa itu. Dah start banyak dah belah sana tu

Ini hari ke dua



Hari kedua, settled separuh. Hari ketiga & keempat, sambung buat balik.

As you can see, semua kertas dah kemas, so bergambarlah kamiiii

Plan asal nak pergi either Bangkok or Bandung. Kenapa 2 tempat tu? Sebab semua nak berurut satu badan tapi nak yang murah. Penat buat gotong royong kan? Haruslah nak berurut. Last2 bila semua tengok harga nak ke 2 tempat tu, semua cam hmmmmmm. So, destinasi pun x boleh lah nak over the sea ye. Dalam Malaysia sudah. Ok je. Asal kan dapat bergembira yahoooo! 

Aku harap we all enjoy la 1st trip ni ye. For staff, free since top management pun lulus kan budget kami nak pergi trip ni. Siapa yang bawa family, of coz la kena bayar. Insya-Allah nanti Ayu update pasal gateway department ni.

Hari ketiga & keempat, x de gambar. 

{From Ayu with ♥}

Thursday, December 10, 2015

Faiz 6 Months Update

Assalamualaikum.

Dah 6 bulan dah anak kedua ni. Alhamdulillah. Makin hari makin sihat membesar. Macam biasa, Ayu nak update ape perkembangan Faiz selama 6 bulan ni. 


Amboi sangat tidur macam tu
  • Alhamdulillah still breastfeeding walaupun dah top up formula masa umur 6 bulan 1 minggu. Alhamdulillah, walaupun terpaksa top up, ibu x kisah. Janji Faiz still minum susu ibu. His first formula is Anmum and alhamdulillah Faiz serasi dengan susu tu.
  • Last time dah update tapi now Ayu nak update lagi. Masuk 5 bulan, Faiz dah pandai pegang botol sendiri.
  • 5 bulan juga dah pandai roll over badan dia. Laju je. Sekarang pun nak tukarkan pampers, bukan semudah dulu. Berperang gak la. Walau berperang, tapi masih fasa ok lagi.  
  • Masuk 6 bulan, Faiz dah start solid. Your first solid was pear. Faiz x berapa suka. Tapi maybe sebab mula2 kan? Second puree was apple and you like apple very much. Padahal bila Ayu rasa, buah pear tu lagi manis & sedap. Apple tu x manis sangat tapi x berapa masam sangat. Janji kamu sihat.
  • Masuk 6 bulan, dah pandai merangkak sikit2. 
  • Asyik nak melekat dengan ibu je sekarang. Pantang nampak ibu, merangkaklah laju2 nak pergi dekat ibu. Kalau ibu x angkat, mulalah menangis.
  • Rambut masih sebegitu ye. Lain sangat dengan Faris yang mencacak-cacak. 


Gitu muka mak nak kasi anak senyum ha


That's it.

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...