Monday, January 11, 2016

Welcoming 2016 Yang Very The Lambat. Hahaha

Assalamualaikum.

Iye walaupun dah lama masuk 2016, aku baru terhegeh-hegeh nak re-cap ape yang berlaku sepanjang 2015. Sekarang baru ada masa lapang sikit ha. 1 2 3 let's go!

Kesihatan.   

Tak berapa baik sebab awal tahun asyik lembik sebab pregnant si Faiz. Mabuk sampai kepengakhiran mengandung tu. Tambah pula dengan 1st time kena demam denggi. Seminggu jugak nak pulih. Dr suruh warded tapi Ayu degil x nak. So, kenalah ulang alik pergi hospital untuk check darah. Lepas tu kena food poisoning pulak. Paling sakit I tell you. Well of course paling sakit, melahirkan anak2. This is different sakit. Sakit keracunan tu sampai terguling-guling dekat lantai. Then after that, demam2 biasa. Biasalah sakit tu menghapus dosa, insya-Allah.


Career. 

I guess better than before walaupun masih belum ada rezeki dinaikkan pangkat. Dah nak masuk 5 tahun kerja di company yang sama tapi still same old same old. Ikutkan, setiap tahun pun my boss recommend tapi itulah, nak dikatakan belum ada rezeki la tu. Insya-Allah ada rezeki yang lebih baik, amin. I rasa career ni sama je kot. X de berkembang mana pun. Tapi syok sikit sebab baru2 ni baru dapat bonus tahun 2014 punya. Punyalah lama tunggu kan? So alhamdulillah berbaloi dengan apa yang Ayu dapat. Rezeki.

Love Life.  

Macam tahun2 sebelum ni, I akan berusaha untuk semakin hari semakin sayang. Gaduh dalam rumah tangga tu perkara biasa. X best la kalau x gaduh kan sebab lepas gaduh tu sure lagi sweet? Aku x pun. Hahaha. Sikit2 adalah. Oklah. Masing2 masih memerlukan antara satu sama lain. Cuma tahun ni jarang movie date berdua or keluar dating berdua sebab ada Faiz yang masih breastfeed. Susahlah sikit nak tinggal dia. So x pe. Sacrifice sikit demi anak2. 



Achievement.  

Biggest achievement of course semua boleh agak. Melahirkan seorang lagi khalifah Allah, Muhammad Faiz Adam. Lain achievement adalah, dapat ranking paling tinggi oleh top management. Alhamdulillah. Lepas tu at last dapat jugak Diploma in Breasfeeding sebab Ayu berjaya fully breastfeed Faiz at least until he is 6 months old. 


 Travelling.

Not a good year for me to travel since I just delivered a baby. Macam yang I predict awal tahun 2015 dululah. Normally tahun yang I bakal/akan delivered baby, sure kena hibernate naik flight. 2012 & 2015 (lahirkan Faris & Faiz) Kenalah kasi masa untuk Faiz betul2 kuat sikit. Aku nak travel bawa anak kecik pun x berani lagi. Even so, setakat pergi dalam Malaysia tu adalah. Paling aku ingat, hari ke 40 berpantang, aku ke Kelantan dengan family! X pernah keluar blog sebab time tu dalam pantang. Senyap2 sudah. Ini dah lama habis pantang oklah boleh cerita gitu2 sekadar kenangan. 2015, aku pergi mana je? Kelantan, Negeri Sembilan & Penang (both kampung kot) hmmm mana lagi? Shah Alam melawat rumah. Melaka (gateway department) Ha itu jela yang aku jejak. Haha

Oklah. setakat itu saja re-cap terlambat aku kali ni. Yang penting, biar lambat janji masuk blog. Sekian.  

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...