Monday, December 31, 2018

Selamat Tahun Baru, 2019.

Assalamualaikum.

I x sure klu I dapat publish post ni before new year (2019) or not but let's try.

Alhamdulillah tahun 2018 ni, I rasa lebih better than 2016 & 2017. Walaupun ada some targets yang I x dapat archive, mcm biasa, kita carry forward jela2. 

In terms of career, tempat kerja I dah makin jauh dari rumah. Mula2 dulu pergi naik LRT. Tahun 2018 ni jugak tahun pertama 5rz x boleh hantar & ambik I from work since tempat kerja both of us jauh & bertentangan arah. Kan I pregnant, & bila I dh x larat naik LRT tu, I decided to drive to work. X pernah2 I drive nk pergi balik kerja, tahun terakhir kerja ni, merasa plak. And yes, I have tender my resignation lepas sebulan I berpantang. Memang benda ni, I dgn 5rz dh plan lama dah. Main reason sebab kami akan pindah ke rumah kami & x de sesiapa from our family members dekat sana. Dari Faris kecik, sampai skrg dh ada 3 org anak, kami x pernah kasi org lain jaga kecuali family members. So perasaan takut tu ada. Plus, Faris pun akan masuk standard 1, so better I focus utk pantau dia & anak2 yg lain. If you ask me, I memang prefer kerja & I am sure duduk rumah lagi penat tapi x pe. Slow2 nnti I biasalah (wish me luck) Lagipun, biasalah ada anak kecik ni memang penat & mencabar tapi time ni je. Insya-Allah dh besar nnti senang. Plus, sure rasa happy & tenang dapat tengok anak2 membesar depan mata.

Traveling plak, masih belum dapat rezeki nk travel oversea lagi. Yang dalam Malaysia saja. 

Financially Alhamdulillah getting better since awal tahun hari tu 5rz dpt better offer but masa kurang plak since now Sabtu pun dikira hari bekerja dia. The only day yg dia dpt rest plus bwk kami klua jln or beli barang is hari Ahad. Tapi so far, kerja tu lah yg paling secured buat masa skrg. Apa2 pun alhamdulillah for everything.

Family plak, alhamdulillah apa yg I & 5rz hajati (to get pregnant) dimakbulkan Allah. Dah selamat bersalin dah pun, hehe. My biggest achievement in 2018 definitely giving birth to our 3rd child. 

Apa lagi ye? Anak2 alhamdulillah makin bertambah & Faris pun akan masuk darjah 1 soon. Faiz plak on the 
other hand masih berpampers. 2019 ni nk ajar slowly. Wish me luck! Akhir2 tahun ni ada gak try sikit2 tapi still x 
jalan.

Oh pasal rumah x cerita2 lagi. Insya-Allah will move to our home soon (finally) Akhir2 tahun 2018 ni both me & 5rz macam x tentu arah actually. Yela dgn I berpantang. Dah settled pantang, focus nk masuk rumah & persiapan sekolah Faris at the same time. Macam x cukup tangan pun ada tapi take it as a positive side, kita lek2 & enjoy jela. 

I think itu jela since I'm out of idea. Insya-Allah kita jumpa in 2019. Selamat tahun baru semua.  

{From Ayu with ♥}

Thursday, December 27, 2018

Alhamdulillah. 3rd Baby is On The Way~~~ Eh? Dah Delivered lahhhh..

Assalamualaikum.

Yada2 memang I dah lama x update blog pastu tetiba update balik. So cerita kali ni pasal pregnancy yang ke tiga. Alhamdulillah walaupun dah selamat bersalin, kita cerita jugak pengalaman mengandung kali ke 3 ni ye?

Getting pregnant adalah salah satu wish list aku untuk 2018. Awal tahun hari tu since 5rz dapat new job, we both terus try to conceive & alhamdulillah terus melekat. Cepat je Allah nak kasi kan? Elok la jugak cepat2 sebab aku memang ada perancangan lain lagi lepas ni. 

I am now in my 7th months. Tup2 je dah 7 bulan. Insya-Allah my due date will be early of November. Harap lahir cukup bulan sempurna segala sifat, insya-Allah. Sorry. Ayat ni draft lama. I dah bersalin dah pun. Hehe.

Kali ni I just cerita macam mana I dapat tau yang I pregnant for the 3rd. Awal tahun hari tu, I demam biasa je (sakit tekak, selsema, demam & batuk) Normally kalau I dapat full package macam tu, I pergi klinik ambik ubat je then rest at home. Selalunya I akan diberi 1 hari MC. Second day tu, I still rasa x larat. Demam, batuk semua tu still ada tapi I pelik kenapa badan I x larat sangat2. So I decided nak ke klinik skali lagi untuk tambah MC. I malu sebenarnya sebab pergi klinik semata tambah MC tapi aku betul2 x larat kot. You know your own body macam mana kan? Masa masuk bilik Dr pun I terus terang cakap ubat ada lagi, datang nak tambah MC je. Haha jujur sangat ha. Pastu Dr tu being Dr, check jugaklah apa masalah aku ni ha. Pastu terdetik aku tanya 

"Mungkin saya pregnant kot Dr?"  
"Period dah lambat ke?"
"Patut hari ni klua tapi yela might be petang or malam kan?"
"X pe. Try rest dekat rumah 1 hari lagi"

Oklah at least dapat MC sehari lagi. Aku sebenarnya x puas hati dia x nk buat pregnancy test kat aku. Yela sebab period aku belum lambat kan? Sebab aku x puas hati, aku pergi farmasi beli UPT sendiri. Sebelum tu memang aku puasa yo yo ooo jela like not taken any drinks or foods dalam 2-3 jam. Then I test. Dalam hati I memang berharap yang I pregnant. Hey, one of my wish list this year kan? Alhamdulillah resultsnya memang positive. 

Rasa nak bagitau 5rz time tu jugak tapi I tahan diri sebab nak buat surprise (buat video tunjuk UPT ke 5rz. Gitu sangat kau kan Ayu!)

Ini gambar time I MC 2 hari tu



So malam tu dinner luar. Masa dekat2 nak habis dinner tu, barulah I tunjuk UPT kit ke 5rz. 5rz pun terkejut sebab cepatnya. Yes, I admit memang cepat. Like masa kita decide nak tambah anak, then terus Allah kasi. Tapi semua ada hikmah kan? Aku pun memang kalau boleh nak pregnant & bersalin tahun ni jugak, 2018. Insya-Allah, x lama je lagi. <<Again dh selamat bersalin. 

So, itu jela sedikit sebanyak cerita on my 3rd pregnancy. Craving yang paling ketara untuk baby no 3 ni, I asyik 
nak char kueh teow. X habis2 order tu je & must be dekat 1 tempat ni je sebab kena dengan tekak. Negative side 
on my 3rd pregnancy ni, I malas masak. Huhu sian laki aku weh. Asyik makan luar je kerja kami. Dh lama x beli barang dapur untuk masak2. Aku malas gile nak masak. Setakat buat air, goreng telur, french toast tu bolehlah. Nak buat lauk tu masya-Allah MALASNYAAAAAAA! Pastu I jenis malas make up (I'm not a heavy make up user tapi kalau pergi offc tu, pakai jugaklah mascara, eyeliner semua tu. Bila pregnant ni, semua I tinggal)

Time celebrate our 7th anniversary. Time ni dh 3 bulan

Ini plak gambar pertama yg I reveal yg I pregnant dekat IG. Baru masuk 2nd trimester

Raya 2018 dekat Penang

Symptom2 pregnant kali ni pun lain time Faris & Faiz dulu. Totally bertentangan. Pastu we both (5rz & me) berharap dengan lainnya symptom kali ni sebab I'm having a girl. Haha (By the way we already knew the gender but hey, let us surprise you all) << org2 dekat IG dh tau dah kot. 


36 weeks

My 1st CTG for the 3rd pregnancy

Ada seorang kawan I comment yg perut I nampak mcm I carrying a twins


Apa lagi nak cerita ye? Persiapan untuk sambut baby ni pun x buat apa lagi. Check up dekat hospital yang nk bersalin nanti pun belum. Segala-galanya MALASSSS!!!! I think I'll stop here. Till next time. <<Again, dah selamat bersalin.


{From Ayu with ♥}

Thursday, December 13, 2018

Perkembangan Faiz Adam

Assalamualaikum.

Lama menyepi kan? Hehe.

Anyway, previous2 post dah cerita pasal anak pertama, Faris Adha. Kali ni kita masuk tajuk adik, Faiz Adam pulak. Dulu masa Faris kecik bawah 2 tahun, I x pernah miss nak update apa2 perkembangan Faris dalam blog ni. Every 2 months ada je I update perkembangan dia sampailah Faris 2 tahun. Planning memang nak update every 2 months untuk Faiz juga sampai dia 2 tahun tapi...... planning tinggal angan2 jela. Kesian Adam (mostly kami panggil dia Adam) sebab x banyak cerita kisah dia dalam blog ni. I still love you both equally ok?

Adam ni dia bertentangan dengan abang dia, Faris. Faris time pantang memang mencabar nak jaga dia. Kerap kembung & jaga malam. Kasi night shift ke ibu. Tapi bila dah besar senang dengar kata, senang mengalah walaupun x puas hati. Adam plak time pantang senang sangat menjaga. X banyak kerenah. Bangun sebab lapar je. No night shift for me. Sangat jarang kembung perut. Tapi bila besar, dia yang paling boleh tahan! Memberontak no 1. Nasib dia x melalak. Memberontak in his on way. Suka memberontak tapi hati tisu. Tegur sikit dah sentap, sebek & buat muka nak nangis. 


Ni tengah memberontaklah ni. Nak masuk bawah meja tu konon

Kau tengok perangai

Suka hisap puting. Ha yang ni memang I ajar hisap for both my kids cuma time Faris x lama melekat puting dia tu. X hisap puting pun naturally. Kami pun x tau macam mana. Untuk Adam? Lama sangat melekat puting2 dia. Selalu kena beli puting baru dekat dia sebab dia suka gigit2. Bila marah, sentap, buat muka sebek, nak nangis & nak pukul orang then REPEAT. Kadang usik dia 

"Eiiiiii x malu hisap puting...."

Terus nak marah & nak sentap. Lepas tu gigit2 puting sampai putus. Mana x banyak puting kami nak kena beli. Kalau kami x beli, memang Adam x boleh tidur malam. Ada je tak kena kalau dia x de puting. Dulu kami fikir alah x pe nanti dia dah besar sikit kita ejek2 dia balik la. X kan selamanya dia nak berputing kan? Nanti sure dia akan malu kalau tengok budak2 baya dia x de pun yang hisap puting. Tapi bila dah besar, kami ejek2 pun x jalan. I fikir alternative lain like guna cara nak ceraikan susu. Letaklah kopi ke benda pahit/yang x sedap dekat puting dia supaya nanti lama2 dia x suka puting tu. Again, aku ni fikir je manjang. Buat x buat2 jugak.


Ginilah kalau nak kasi dia tidur. Ada puting semua ok

Tapi bila dia dah lena, kami akan cabut puting tu letak sebelah dia. Kalau dia terbangun nanti, dia rabalah cari puting then hisap balik

Sampailah akhir tahun lepas (bulan 11 in 2017) 5rz lah tiba2 je bila Adam minta puting, 5rz kasi tapi dia campak puting ke arah Adam sambil cakap

"Eiiiii, eiiii......"

Automatically si Adam boleh angkat puting tu then buang puting tu sambil cakap benda yang sama

"Eiiii, eiiiii....."

Siap lari2 lagi takut dengan puting. So 5rz pun fikir mungkin inilah taktik yang patut kami guna. And yes taktik memang menjadi. Mula2 kami x kasi puting time siang je. Malam bila dia merengek tu I yang selalu kasi because I need my beauty sleep (gitu kau jelita ke masalahnya?) Lepas tu 5rz marah lah kata x payah kasi terus nanti Adam teringat-ingat. Sebab malam2 hati I x kental, I suruh 5rz handle kalau Adam menangis. Sekarang alhamdulillah Adam dah boleh survive tanpa puting. You cannot imagine dulu kalau kami nak pergi mana2, kalau tertinggal puting, kami sanggup patah balik ambik puting dia. Kalau x nanti Adam akan nangis melalak-lalak. Malu kot kalau orang tengok anak nangis lama2. Cuma, sekarang bila x de puting, malam2 kalau dia terbangun, kita kena ada sebelah dia sambil badan kita terkena badan dia/atau dia minta ditepuk bontot dia. Haih macam2.

Tapi mula2 dulu memang agak struggle la 5rz nak handle dia malam2. Melalak jugak nangis2 cari puting tapi nasib 5rz kental x kasi. Aku memang x handle dia time tu tapi aku pun sama x leh tdo lena gak sebab Adam dok nangis rengek2 teringat puting la tu. Nasib 5rz kental je. Bila dia dh penat nangis, 5rz dodoi/kasi susu, tdo la dia balik. Then REPEAT balik sampai lah dia ok. Adalah dalam 2 minggu gak malam2 kami sengsara. Haha. Nasib jgk Faris jenis x bangun & x kisah adik dia nangis lalak2, dia tetap teruskan tdo. Huhu. Yela sebab esok pagi2 Faris nak kena pergi sekolah lagi. Kesian kalau Faris x cukup tdo. 

Ada time dia jaga, dia minta susu je tapi ada time bila dia jaga kami pun x tau dia nak apa sebab Adam ni jenis x nak bercakap apa yang dia nak (time bangun malam especially) Bangun2 mula2lah buat perangai. Bila org nak pujuk, x mau. Bila org buat x tau plak, dia marah/mengamuk plak. Dah tu kamu nak apa sebenarnya dik? Tapi kan, sejak awal tahun ni hari tu, sebelum tidur, 5rz sapu minyak telon ke perut, tapak kaki & betis Adam. Lepas tu pakaikan socks. Budak2 ni memang masih tidur pakai socks. Sekali x bangun malam x buat perangai dah. Amazing sangat!. Ke masa dia bangun malam2 tu sebab perut angin ke macam mana? Nak kata perut angin x selesa pun x jugak sebab selalu nak tenangkan dia kami tak pakaikan minyak pun. Bila dia dah puas nangis baru dia tidur balik. But since that methods works, sebelum tidur, 5rz akan sapukan minyak telon ke Adam. Kembali macam baby plak dah. Tak pe. Janji nyenyak tidur malam kami. Hehe. Alhamdulillah sekarang kalau dia bangun pun dia panjat naik katil kami tidur tengah2. Nasib katil king. Oklah. Jangan kamu x melalak sudah. Syukur sangat kamu dah x bangun malam melalak. 

Adam ni boleh dikatakan lambat bercakap ye. Alhamdulillah now at age of 3 years+ barulah nampak dia baru nak bercakap banyak sikit walaupun pelat. Kadang usik dia bila nampak dia macam ngantuk nak tdo tu, I cakap

"Adik ngantuk eh?"
"Hey mana adaaaaaa"  Dia jawab

Tergelak kami masa mula2 dia cakap macam tu. Entah mana dia belajar pun kami x tau.

Kadang kalau si abang menyakat dia, dia ngadulah ke kami,

"Ibu. engok abang ni" Huhu engok pun engok la.

Kadang dia suka ikut apa yang abang dia cakap. Abang memang dah lancar cakap. Dia pun sibuk nak cakap apa yang abang cakap tapi pelat2. Hehe.

Bawah ni I senaraikan apa lagi perkembangan Faiz Adam selama ni.

  • Dah boleh berjalan at 1 year & 3 months. Lambat sikit. Ini pun x pernah masuk blog. Cakap sini jela.
  • Alhamdulillah dah boleh bercakap banyak jugak walaupun ada time pelat jugak.
  • Kadang kuat makan kadang x nak makan. Tapi tang perut kamu masih juara. Hahaha. 
  • Adam ni garang ye. X puas hati je sentap, nak marah orang, nak pukul orang. Bila dia ngamuk amboi sangat muka & perangai. Tapi bila mood dia baik, senyum kemain manis lagi. 
  • Kadang dia pandai cakap dah berak sambil tepuk2 bontot dia then say 'yak' Kadang je ye. Kadang malas cakap. Tau2 je dah berbau.
  • Tahun ni dah 3 tahun. X tahu bila boleh ajar dia ni ber diaper-less. Mulut berat macam mana nak ajar weh?
  • Dia suka main lawan2. Semua toys abang dia yang 5rz pernah beli like captain america, hugh etc semua dia sebat main lawan2. Faris x main sgt toys2 gitu. Faris dulu more to playdoh & lego. Toys2 superhero yang sedia ada dulu kejap je dia main. Eloklah menurun ke adik. Ada gak kegunaan. Sian. Adam ni memang banyak je dapat barang second hand from Faris tapi x pelah ye dik? Itu je yang kami mampu. Barang pun still elok & baik. Gunalah apa yang ada ye dik? But now he is more to dinosaur! Suka betul dia dengan dinosaur. 
  • Manjaaaaaaaa. Asyik nak berkepit. Kadang abang dia teman dia tengok tv pun dia x mau. Nak I atau 5rz. Anti betul dia dengan abang dia. Nak buat macam mana. Abang dia suka menyakat. Tapi ada 1 hari tu si abang pergi kenduri ikut atuk & wan dia. Adam tinggal dekat rumah with us. Bila abang dia balik, meluru peluk abang dia. Tetiba sangat. Rindu abanglah tu.
  • Sangat penakut. Nak check temperature pun takut. Belum nak cucuk? Kami pun pening fikir macam mana nak sunatkan dia nanti ni.

Ok sampai situ jela update I pasal anak kedua, Faiz Adam. Till next post. 


Pun boleh

Paling cheeky



{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...