Monday, December 30, 2019

Summary of 2019

Assalamualaikum.

Kalau you all aware, memang every year pun I akan buat & publish one summary entry for the whole year. Kira macam summary apa yang berlaku dalam tahun tu la. So, kali ni pun sama. 

Early this year, I started to resign & jadilah stay at home mom. Kisah tu pun x publish2 lagi. Kerja I masak lunch & selalunya I masak untuk sekali makan malam. I'll make sure Faris makan dulu sebelum ke sekolah. Certain cases kalau I x de mood nak masak, I drive thru je. Settle masak, mandikan budak2 especially Fattah. Basically Faris & Adam dah pandai mandi sendiri. X payah tgk pun x pe tapi my mom berkali advice kena sesekali monitor takut apa2. Baiklah mak. Then kasi anak2 makan-sent Faris to school-balik rumah semula. Petang plak, depends. Kalau 5rz otw balik from work selalu dia sempat pick up Faris from school. Certain cases je kalau 5rz x sempat, I yang akan ambik Faris from school. Ha lebih kurang macam tu lah kehidupan I seharian. In between, adalah cleaning, vacuum, mop etc etc. 

Early this year juga, buat pertama kalinya, we all move from KL to Shah Alam. Our 1st house yang dah 2 tahun siap tu, akhirnya kami duduki. So, slowly kami lengkapkan keperluan rumah. Tell you the truth, ada je lagi barang keperluan rumah yang masih belum sempurna buat masa sekarang but insya-Allah ada rezeki, kita buat. So, dah setahun I jadi suri rumah & setahun juga bina hidup dengan family kecil ni di Shah Alam. 

Faris Adha

Dah habis darjah 1. Dah nak masuk darjah 2 dah. Mula2 masuk sekolah dulu, nak membeli pun takut2. Dah nak habis tahun hari tu, pandai pulak dia beli itu ini. Dah x de dah duit baki utk disimpan dalam tabung. Faris siap cakap lagi.




'Ibu bagilah lagi RM 1. Nanti mesti Faris boleh simpan RM 1 tu dalam tabung'

Amboi sangat. Membaca makin lancar. Mengaji pun alhamdulillah dah pandai kenal huruf cuma kurang lancar je sikit. Mukadam ni I je yang ajar dari rumah, tapi ingat next year nak start hantar dia mengaji betul2 dengan orang yang lebih berilmu. 

Faiz Adam 

Next year dah start masuk tadika. Speaking of Adam, Adam dah sunat sekarang. Story on that pun x up2. Later. Bulan April tahun 2019 ni juga, another achievement from him iaitu dia dah start diaper free day & night. Macam2 rintangan juga nak potty train dia ni. Of coz stages by stages. Siap package dia pernah poop dalam seluar. Dah pandai cakap nak ke toilet, x nak pakai spender pula w/pun dah beli spender cartoon macam2 untuk dia. Dia nk pakai pampers juga tapi nk ke toilet pandai cakap. But, lama2 ok je. Biasalah perangai anak no 2 kan? So, untuk Adam, ada 2 biggest achievements untuk dia tahun ni. Dapat diaper free & bersunat. Good job Adam.




Fattah Amir.

Budak ni dah setahun dah. Kejap je kan w/pun ayat tu biasa didengar. Dia ni paling jarang masuk blog. Tapi kerap je masuk IG ibu. Since dia nampak I hari2, dia manja dengan I pun terlampau. Suka melekat dengan ibu w/pun ibu tengah buat kerja dekat dapur. Start dengan x suka solid, tiba2 pantang nampak makanan. Laju je pergi dekat org yang ada makanan. Suara bising sebiji Faris. Pandai marah pun ye. 







Oh ye. Start Fattah dh besar sikit, on September, I start balik dengan ps_ayuni. I start jadi personal shopper since 2017. Lepas tu stop in 2018 since tempat kerja I pun dah jauh dengan Pavillion. I start buat ps dengan dUCk dulu. So, tahun 2019, I start balik in September yang lepas with TCE Baby Expo. After TCE, Sasa, MPH, Akemi, BBW & more. I suka jadi ps since I boleh shopping, tapi shopping guna duit orang. Hehe. Sampai sekarang pun I still jadi ps. Kot sudi, meh lah join telegram I ye. Buka telegram, search ps_ayuni. 

Tahun ni masih belum ada rezeki ke oversea. Ini pun memang wish list I setiap tahun. Bukan x pernah pergi, cuma dah lama x ke oversea. X pe. Allah always have a better plan for us. Tahun ni juga x banyak pun holiday ke mana2. Penang, Negeri Sembilan tu memang every year I x yah cakap since kampung halaman me & husband. Adalah ke Melaka & JB melawat saudara & cousin kahwin & alhamdulillah ada rezeki ke Legoland cuti sekolah yang lepas. Itu pun x tau bila nk masuk blog. 

Untuk tahun 2020, I mungkin akan lebih sibuk memandangkan Adam akan start masuk sekolah tadika next year. Pagi I akan hantar Adam dulu. Then balik rumah. Tengah hari I akan try ambik Adam, sekali package hantar Faris ke sekolah terus. Adam start 830-1230 (paling lambat boleh ambil pukul 1). Faris start ikut hari. Isnin-Selasa dia start 130, Rabu-Khamis start pukul 1, Jumaat start pkl 2. So, oklah time different x berapa banyak. We'll see macam mana nanti. Hopefully I sentiasa sihat2 selalu nak menguruskan rumah tangga & anak2.

Ohhhhh yeeeeee. Tahun ni, alhamdulillah, salah satu hajat & impian I dimakbulkan Allah. Setiap tahun memang I target benda yang satu ni. In 2019, Allah makbulkan. Ok tu je nak cakap.

Selamat Tahun Baru semua. Semoga apa yang kita hajatkan semua tercapai. Amin...

{From Ayu with ♥}

Monday, October 7, 2019

Behind #ayusurgerystories (Part 2)

Assalamualaikum.

Cerita yang dah tertunggak lama. 2 tahun berlalu dah. Alhamdulillah kes dekat mahkamah pun dah selesai bulan June yang lepas & it was an easy & straight forward case, we won, alhamdulillah. Sebagai kenangan, I nak sambung balik cerita sebelum ni. Ini more on operation part the next day (14 March 2017)

Pagi dalam pukul 8, ramai Dr datang melawat wad. I rasa untuk pantau keadaan pesakit agaknya. Ada sorang Dr ni jenguk I and cakap ok kita akan buat operation pagi ni. Nurse datang siap2 tukarkan baju untuk I. Time sakit mcm ni memamg x de dah rasa malu dibogelkan depan nurse. Huuuu~~~ Sekejap je terus I kena tukar katil untuk dibawa ke bilik bedah. I was like kenapa kena I pindah katil ntah? I sakit nak suruh I pindah2 bagai. Tapi walaupun macam tu, I try bangun, mengesot-ngesot ke katil yang nak dibawa ke bilik bedah tu. I x nak nurse yang tolong angkat sebab I takut depa buat sakit kot? At least kalau I buat, I sakit, I stop.

On the way nak pergi ke bilik bedah tu I tengok 5rz pun sibuk dok call family semua nak inform yang I otw ke bilik bedah. Sebelum tu I dah siap2 mohon maaf dengan 5rz. Sampai bilik bedah, kena tukar katil lagi. 5rz boleh hantar I sampai depan bilik bedah je tapi dia still boleh tengok I melalui tingkap pintu tu. Sebelum I dibawa masuk ke real bilik bedah, ada seorang Dr ni (x sure Dr pakar ke apa sebab muda) dia baca document2 aku. Mungkin dia nak cuba faham situasi aku kot? Then Dr tu tanya

"Puan tau ke kenapa Puan datang sini?"
Sambil terketar-ketar I cakap 
"Nak...... operate...... masuk..... besi?...."
"Lagi?"
"Nak..... bersihkan..... luka"

Then Dr tu tanya nama & IC I lepas tu dia tunjuk document yang I sign malam sebelum I di operate. Lepas tu dia tanya sambil tunjuk tempat yang I sign tu

"Siapa sign document ni Puan?"
"Sa....ya"

I rasa Dr ni nak make sure I faham apa yang depa akan buat, and whatever yang akan jadi nanti I faham & I aware yang I jugak yang sign everything. Dah settled dekat situ, masuk 1 lagi pintu then tunggulah segala Dr pakar untuk operation I sampai. Gile sejuk bilik tu! Seumur hidup, I x pernah kena bedah. Inilah pertama kali pengalaman masuk operation room untuk dibedah. Dalam tu I terketar-ketar sebab sejuk sangat pun ye, sebab takut pun ye. Mula2 I didatangi dengan 2 orang pakar bius. Dr lelaki. Muda. Handsome. Eh tiba sangat ni! Oh don't worry. 5rz pun tau I cakap pakar bius tu handsome. Muahahaha. Dr tu nampak I menggigil then tanya

"Sejuk ke?"

I diam sambil tiba2 air mata I mengalir.

"Puan takut ke?"

Agaknya Dr tu pun dah boleh agak tengok muka aku kot. Aku pun angguk. Then Dr tu explain x de apa nak risau sebab dia akan biuskan aku. Then aku tanya

"Saya x sedar kan nanti?"
"Tak. Puan bangun2 je semua dh siap"

Dah habis sembang, I ditolak masuk dalam bilik bedah. I tengok sekeliling bilik tu lagi sejuk dari bilik sebelum I masuk tadi. Siap pasang lagu lagi. Thn I nampak katil kecik kat tengah2. Atas katil tu ada lampu alaaaa lampu yang dalam bilik bedah tu la. Skali lagi I diminta untuk tukar ke katil dalam operation room tu. Masya-Allah. Dah 3 katil aku kena tukar ha. Setiap kali tukar katil pun aku yang alihkan badan sendiri. Mengesot-ngesot aku ha. Nurse bukan x nak tolong tapi I memang insist nak buat sendiri, but of course with support of others. 

Sebelum nak start, Dr yang sebelum ni check document aku tu tanya lagi sama ada aku faham ke tidak apa yang aku nak buat kejap lagi ni. Time Dr tengah prepare apa yang patut tu I did mentioned that I was on my period so I pakai pad. Nurse dekat wad suruh cakap supaya dia orang x kan pasangkan tiub kencing untuk I nanti. Soalan last yang dia orang tanya was my weight. I think ini untuk tentukan berapa banyak bius tdo kau akan dapat later on. Aku cakap je berat aku berat yg paling berat sebab aku nak make sure aku dapat enough dose supaya aku x merasa sakit tu. Haha logik ke x ntah I fikir cam tu eh? 

Lepas tu pakar bius yang aku cakap handsome tu tadi kata nak letakkan mask suruh aku sedut. Aku sempat tanya lagi

"Saya x sedar kan?"
"X puan. Cuma nanti bila Puan sedar, tekak Puan akan rasa sakit sikit la sebab kita akan masukan tiub pernafasan dalam mulut Puan untuk Puan bernafas"

Then the Dr letakkan mask atas hidung I but before that, Dr tu terjatuhkan mask tu atas muka aku. Haih. Bila ingat balik memang kelakar. Ada je benda yang terjatuh atas badan aku. When the mask is on, I terus lelap mata but one of the Dr said

"Jangan tutup mata lagi Puan. Buka dulu mata tu sambil bernafas dalam mask tu"

I did what he asked me to do then suddenly I guess I pass off la kot? Ok time aku pengsan ni memang aku x tau nak cerita apalah. X sedar dirilah katakan. 

Bila I buka mata je, benda 1st I nampak ialah syiling. Lol! of couse la kan? Then I looked around, I nampak jam dah pukul 3.30. I assume 3.30 petang la. My case was just a minor surgery & it couldn't be that long sampai 3.30 pagi. Lol sangat aihhhh. Then I saw nurse dok sembang2 sebelah I and one of the nurse asked

"Puan Ayuni. Puan Ayuni sedar x?"
................................
"Puan Ayuni dah sudah operate ye. Nanti kita akan bawa Puan masuk ke wad balik sekejap lagi"



Sekejap je lepas tu memang I dibawa masuk ke wad I balik. I tengok baju pun diaorang dah salin siap2 tukar dari baju operate ke baju wad. Kuikuikui dh berapa orang lah tengok aku naked agaknya. Tapi aku x kisah pun sebab memang aku helpless sangat time tu. Time tu lah aku dah start rasa tekak ni sakit. Ooo my. Inilah agaknya sakit yang Dr handsome tu cakap tadi. Sakit dia x sama macam sakit tekak tu. Macam mana nak explain pun I x tau. Then I imagine mulut I kena masuk saluran penafasan panjang2. My my my. Lepas tu I terbayang plak arwah wan dulu time nak buang kahak dia, nurse masukkan tiub dalam tekak while arwah wan still dalam keadaan sedar. Apalah rasanya kan? Aku x sedar pun. 

Sesampainya I dekat wad, I nampak 5rz. Yeay. Suka aku sebab ada orang tunggu aku sampai habis operation aku. Sian dia tunggu lama dekat wad perempuan, hospital kerajan dengan x de tv, entertainment etc. Don't get me wrong. Aku bukan hina hospital kerajaan cuma itulah realitinya. Kita nak treat patient bukan nak patient bersuka ria etc. Ok berbalik kepada cerita asal. Nurse pesan dekat 5rz

"Dia boleh makan & minum tapi try kasi dalam kuantiti yang sikit dulu sebab takut dia muntah"
5rz angguk je. 

Then 5rz duduk sebelah aku then I macam nampak dia call family cakap I dh keluar and I think I know that my husband was talking with my mom sebab banyak sangat soalan yang laki I jawab. Confirm mak aku la tu. Banyak tanya, just like me. Kahkahkah. Then tetiba I nampak 5rz bangun then snap my left arm. Agaknya mak aku suruh kasi gambar la kot. Hehe memang sama sangat perangai dengan aku. Then aku tanya

"B dah makan?"
"Dah, tgh hari tadi. Tadi mak ayah dengan Ain ada datang tunggu syg tapi pukul 2 terus balik"
..................................
"Syg nak apa2 x B nak pergi bawah kejap cari apa2 nak makan. Buah ke roti ke?"
"Nak milo la. Nak 2" sambil berbisik. I guess I x de tenaga sangat time ni.
"Amboi milo nak 2 kotak ke?"
Angguk.

Bila 5rz naik balik, 5rz kasi I air kotak tu tapi I x minum. Dia makan buah I try buka mulut tanya

"Sedap?"
5rz angguk.
"Nak rasa epal boleh?"
5rz suap epal sikit2 dekat I.
"Hmmmm sedapnyaaaaaaa"

Serius epal tu manis sangat but in a good way. Lebih 24 hours I puasa kan so rasa epal tu alahai sedap gile. Untuk hr tu I cuma makan 2 biji epal saja (2 biji yang dibelah bukan 2 biji besar tu) Then I minum milo sekotak. Lepas tu 5rz try untuk pindahkan I ke private hospital. Dia tanya dekat Dr yang ada dekat situ tapi Dr tu cakap risiko sebab baru lepas operation. Dr tu cakap boleh try tanya esok.

Dah nak Maghrib tu I dapat bercakap dengan my mom. Mak macam serba salah sebab x dapat nak teman I tidur dekat hospital tapi I ok je. Lagipun my mom sakit kaki. Biarlah dia rehat dekat rumah je. Malam tu I memang suruh 5rz balik tidur dekat rumah sebab kesian jugak dekat dia kalau nak minta teman I. Kalau kami dekat private hospital x pelah. Ni dekat HKL. Memang lelaki x kisahlah laki kau sekali pun, memang x boleh tidur dalam wad perempuan. Malam pertama tu lain. Terlepas & I kira rezeki la jugak. Nasib katil I betul2 dekat hujung tingkap tu. And memang I nak someone teman I malam tu in case I kena operate malam tu jugak. By someone tu memang I nak my husband la. Lol! 

Sebelum 5rz balik, I sempat pergi toilet nak buang air. Can you imagine how did I did it with only 1 hand? Ok I know it gross for you to imagine. Hahaha. Tangan sebelah berbalut sebab operation. I jalan slow2 supaya x jatuh. Nak angkat kain, buka spender with one hand lagi. But I manage. Dengan I pakai pampers lagi. I memang pakai pampers tapi I x membuang pun dalam tu. Geli agaknya. Hahaha. Sebab I rasa kalau I mampu buat, baik I buat. Tapi nak buat tu memang agak slow and payah sikit la sebab 1 hand baru lepas operate masuk besi. 

Lepas semua dah settle, 5rz pun balik. Tinggalah I sorang malam tu. I rehat je malam tu. X de apa pun nak buat. Mana ada tv semua. I tido rehat. Bangun balik tengok aikkkk baru pukul 9 malam? Menung menung menung then lelap balik. Buka mata balik tengok jam aikkk baru pukul 11 malam? Haih lama betul masa berlalu masa aku dekat HKL tu. Pukul 11 malam je ada seorang patient I think makcik kot. Dia selalu menjerit-jerit 'sakit sakit' Masa tu I fikir ya Allah takut ok. Rasa kesian pun ye. Apelah sakit makcik tu agaknya. Then bila nurse dah tutup lampu, I try lelap mata lagi.

Buka mata tengok baru pukul 3 pagi. Orang yang duduk katil depan aku ni dibawa ke bilik operation agaknya. Pukul 3 pagi ok. Then lepas tu I menung lagi. I dah cukup rehat dah ha tapi x cerah2 lagi. Try tutup mata lagi. Pastu pukul 4 pagi terjaga sebab nurse pergi buka lampu wad kami plak. Haih terus aku x leh tdo. Try la pejamkan mata jugak tapi x tidur sangat pun. Ada pesakit yang kritikal dekat hujung katil sana. Nurse mandikan pesakit tu. Mandi pukul 4 pagi? I think might be dia nak mandikan pesakit lain lagi kot? Nurse x de plak offer nak mandikan aku or salin pampers aku ke. Aku pun pelik. Tapi kalau offer pun aku x mau. Malu gitu. Ye selama 2 hari aku dekat HKL aku x mandi gosok gigi semua nan hado. Cuci2 apa patut & cuci muka.  Tu je. Korang x de ditempat aku, jangan nak geli2 plak. You don't know how I fell at that time.

Oklah habis cerita pasal hari ke dua dekat HKL. Nanti sambung hari ke 3 plak.

ps:/I sebenarnya ada banyak gambar berkenaan dengan accident ni tapi adalah satu hari tu entah macam mana boleh hilang ntah. Tinggal apa yang ada je. So untuk entry kali ni yilek x de gambar lansung. Insya Allah nanti I share lagi. 

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...