Wednesday, January 10, 2018

Faris First Day of School & Perkembangan Faris Adha

Assalamualaikum.

Ok mari kita mulakan dengan cerita persekolahan anak pertama, Muhammad Faris Adha. Alhamdulillah tahun ni tahun kedua dia masuk sekolah tadika. Tak lama lagi dia akan masuk 6 tahun. Cerita masa mula2 dia masuk tadika 5 tahun pun I x pernah cerita kan? Meh I lamsum sekali  cerita Faris masuk tadika 5 tahun & 6 tahun.

5 Tahun. (2016)

Major throwback cerita kisah 2016 ni. Faris memang semangat nak masuk sekolah. Agaknya dia fikir sekolah tu fun. School can be fun for kids but nanti bila dah besar, dah ada homework berlambak, projects, exam etc nak kena buat, hmmmm. *krik*krik*krik* Persiapan untuk sekolah dia memang fun & a new experience untuk kami as a parent as well. Masa ni lah dah rasa cepatnya anak membesar dah nak masuk sekolah. Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun si Faris.






Hari pertama persekolahan pun tiba. Kejut pagi memang senang. Yela semangat nak pergi sekolah. Pakai baju sekolah, pakai kasut sekolah etc. I memang ambik cuti semata nak tengok perkembangan Faris first day of school. Masa I teman Faris masuk kelas, Faris ok steady je. Sekali I terpandang 2 orang pelajar perempuan. Sorang tu nangis teresak-esak pastu yang budak perempuan sorang tu terus hug budak perempuan yang nangis tadi tu. I tengok kejadian tu terus sebak. Alahai. Tak lama lepas tu budak sorang yang hug budak yang nangis tu pun nangis sama. Rupanya yang nangis mula2 tu cousin dia. Bila budak tu tengok cousin dia nangis, budak tu turut sama nangis. Huhu. I pun bergenang air mata tengok kejadian tu. Faris memang alhamdulillah dia ok sebab dia memang semangat nak masuk sekolah. 


Ini his first picture time masuk sekolah in 2016 dulu.




So anyway, bila urusan I dengan cikgu dah settled, I duduk luar mengendap lah apa lagi? Kikikiki. Alhamdulillah Faris doing ok with all of his new friends & all the teachers. Cikgu pun pandai. Mula2 ni bawak keluar playdoh & toys so that kids will be happy among each other. Faris siap halau I balik lagi. Dia siap pesan

"Nanti ibu jangan lambat ambik Faris tau. Nanti Faris nangis."
"Yela"
"Ok dah ibu pergi balik"

Ha kau. Halau ibu dia ha. Ibu siap ambik cuti untuk kamu Faris oiiii. Tapi oklah kalau Faris pun happy. Dalam 9.30 am macam tu I balik. Habis sekolah around 12 noon, I jemput. Masa jemput tu banyaklah I tanya dekat Faris. Makan apa? Best x sekolah? Ada kawan x? Dia jawab apa?

"Cepatlah ibu. Faris nak kencing ni" sambil kepit2 kaki dia.
"Kenapa x kencing kat sekolah tadi"
"Ibuuuuuuu. Cepatlah Faris nak kencing ni"

I rasa dia dok tahan kencing sebab x familiar nak kencing dekat mana etc. I pesan, lain kali cakaplah dengan cikgu nak kencing nak apa. Haih. Dia malu agaknya. Yela baru kenal. Nasib baik x kencing dalam seluar. Bila dah lama2 sekolah, ok je Faris tu. Nama kawan & nama cikgu pun dia dah ingat. So selama 1 tahun Faris sekolah alhamdulillah dia dah hafal surah al-Fatihah, hafal ABC, boleh tulis, boleh baca sikit2, pandai mengira dan macam2 lagilah. Ok let's fast forward to this year plak.


Hari pertama balik sekolah (2016)



6 Tahun. (2018)

Persiapan sekolah kali ni kami buat awal. Kami beli bag sekolah baru sebab bag sekolah lama dah koyak & teruk dah. Mulanya I x berapa setuju Faris nak beli bag sekolah yang beroda tu sebab I rasa baru 6 tahun x perlulah nak roda2 bagai. Tunggulah darjah 1 ke. Lagi pun besar. Kami carikan beg yang beroda tapi saiz kecik sikit pun dia x nak. Nak juga yang transformers biru tu. Last2 kami beli jela. Kasut pun beli je jenama apa2 pun boleh. Harap bertahan lama. Stationery beli apa yang patut je. 


Inilah bag yang dia nak sangat tu ha.





Bila dah siap kelengkapan sekolah, tiba2 pakcik 5rz kasi beg sekolah baru. Transformers jugak. Sehari sebelum nak masuk sekolah, kami pujuk Faris supaya pakai beg sekolah yang pakcik 5rz kasi tu. Pujuk cakap nanti darjah 1 kita pakailah beg biru transformers tu. Pung pang pung pang oklah Faris agreed. 

First day of school ok je. Lagi plak Faris masuk sekolah yang sama so I x risau sangat. Faris dah kira senior dah. Tahun ni I dengan 5rz dah pesan siap2 dekat Faris yang this year kena try belajar lebih lagi especially bab membaca mengeja ni. Kalau I nak tengok anak orang lain memang aku boleh stress sebab 5 tahun dah pandai segala benda tapi aku pun x naklah stresskan anak sendiri kalau depa x reti itu ini. Alah aku pun pandai baca time darjah 1. Ye faham, kita x leh compare zaman kita dengan zaman sekarang tapi marilah kita stop perbincangan ni sampai disini. Tiba-tiba. Pendek kata antara azam kami berdua (me & my husband) untuk tahun baru ni nak make sure Faris boleh baca perkataan yang panjang2. Ok tu je nak cerita perihal sekolah Faris.


Ini gambar 2018 baru2 ni. 

Senyum kerang busuk

Ok balik sekolah dah.

Dah alang2 masuk cerita pasal Faris ni, meh lah I cerita sikit apa lagi perkembangan Faris yang lain.

  • Dah sunat at 4 years almost masuk 5 years. (2015). Cerita ni pun x muncul2 lagi dalam blog. Nanti ye.
  • Senang jaga. Senang dengar kata. Naughty sikit2 tu harus ada. Biasalah budak2.
  • Kadang pandai je ambik hati adik dia. Suka sakat adik dia pun ye jugak.
  • Pandai dah mandi, sabun & gosok gigi sendiri cuma kami still kena bukak kan air untuk dia sebab nak tetapkan kepanasan air tu.
  • Pandai buang air besar & cuci sendiri. Kadang time siang kalau kami semua duduk rehat2 dekat bawah & dia nak buang air besar dekat atas, dia berani je pergi sendiri. I pun x faham kenapa dia prefer toilet atas than toilet bawah. Hahaha.
  • Kenal daun kari & daun limau purut. Kadang rajin je tolong I dekat dapur kupas kulit telur rebus. Suka sangat makan telur rebus, ha meh tolong ibu kupas. 
  • Kuat makan dah sekarang. Kadang dah makan malam dekat rumah atuk nenek. Sat lagi malam nak makan lagi. Malam tu kadang dia suka minta koko krunch susu je. Lepas tu tanya lagi kenapa badan dia x gemuk2? Sebab badan Faris ni memang gitu jela. I cakap yang penting sihat. Makan banyak tapi x sihat pun x guna. Current weight dia sekarang at 6 years is 16.3 kg. I pun x tau ok ke tak sebab memang dah lama x check.
  • Mulut masih bising. Buat benda merepek pun no 1. Suka berangan. <semua ni perangai I> Kekekeke.

Ok itu sajalah setakat ini.

{From Ayu with ♥}

Tuesday, January 2, 2018

Selamat Tinggal 2017 & Selamat Datang 2018.

Assalamualaikum.

Korang tengoklah post side bar aku ni untuk tahun 2017. Paling sikit! Truth is macam2 jadi in 2017 yang I x masukkan dalam blog. Bukan x de masa but I just don't bother to make time for it. Cerita 2016 pun banyak x habis lagi. Insya-Allah akan cerita jugak cuma x tahu bila larut malam


Selalunya I akan summarize what had happened in my life in 2017. In 2016 I pernah cakap tahun tu memang bukan tahun I. Banyak benda x best berlaku in 2016 & I was sooo excited to welcoming 2017. Rupanya 2017 lagi worst for me guys! Like aku suka 2016 better than 2017 plak. So again aku x sabar nak masuk 2018 plak. Dengan harapan, dapatlah permulaan & pengakhiran yg lebih baik, amin. <This was my writting before entering 2018. Hello dah 2018 dah Ayu. Wake up girl.>

I nak summarize apa ye dalam 2017 ni? 

Faris
Dia dah start sekolah & alhamdulillah he love it. Next year continue sekolah 6 tahun dekat sekolah yang sama. Again, read this year ye. I malas nk edit. Muehehehe. Perkembangan dia so far dah hafal surah al-Fatihah. Boleh baca sikit2. Eja pun sikit2. Mengira ok pandai walaupun kena tunggu lama untuk dia kira tu. Ok je. Kalau tambah tu dia terror. Kalau minus, lambat sikit. Mungkin x berapa faham konsep. Kadang faham kadang x faham. 

Faiz
Dah boleh berjalan. At last ya? Eh ni patut tahun 2016 punya achievement la. Lantak situ. At 1 year & 3 months baru dapat kaki. Sekarang dh berlari berlompat siap. Cakap je berat mulut. Tapi slowly dia bercakap jugak. Simple word boleh la like nak, susu, ibu, ayah, abang, nenek, atok, wan, cik Lam, Boboboi etc. Nak dengar dia cakap laju, dengar dia merepek jela. Apa dia cakap pun kami x tau. 

Career
Same old same old. Insya-Allah x lama lagi kami nak berpindah ke new building which will be far from home nanti. Habislahhhhhhh. Bila gaji aku nak naik ke 100k ni? Ok bye~~~~ Eh sambung balik. I start jadi ps this year.
Alhamdulillah dapat extra income walaupun x seberapa. Follow lah I di IG (ps_ayunikl) Harus sempat promote. 

Travelling
Masih x de rezeki nak ke oversea lagi. Lama dh ni kami x pergi oversea. Rezeki x sampai lagi. Insya-Allah, Allah knows best. Dalam Malaysia adalah yang biasa2 je. Jalan lah jugak kan dari mereput je kan? Cuma x banyak.

Achievement
Rasanya kesabaran jelah yang I achieve kot? Sebab banyak benda pahit buruk yang I lalui dalam 2017 ni yang I x share lagi dalam blog & mungkin x kan share sebab benda ni melibatkan byk pihak tapi akulah yg kena hadapi benda ni/kena sabar dengan benda ni etc. Tell you the truth, memang aku 'jatuh tersungkur' in 2017. So, for me 
to survive until now, kira bersyukur la. Yes till now. Masih belum ketemu penyelesaian but I do hope soon masalah ni akan selesai jugak. Soon please. (survive ke kau masalahnya?) Nangis gak la dalam mengharungi 
liku2 kehidupan. Gitu ayat. I anggap ujian untuk Allah bersihkan dosa2 I, amin. Oh ada 1 lagi achievement yang I rasa sangat best. Alhamdulillah satu2nya kereta kami dah habis bayar. Settled 1 hutang. Lega kot. Cukuplah 1 kereta. I siap cakap dkt husband, kita guna je kereta ni. X yah beli2 lagi dh. Seksa weh nak habiskan bayar w/pun kami beli kereta second hand je. Apatah lagi nak beli kereta baru? Rezeki milik Allah.

Itu jela yang dapat I coretkan dalam ni buat kenang2an. Banyak lagi I nak kena improve ni but slowly, insya-Allah.

Till then. 


{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...