Monday, September 2, 2013

Hotel in Guilin, China

Bila nak habis entry China ni oiiii! Trust me I am trying to finish the China Trip as soonest possible. Bare with me please.

Selama stay di Guilin, ada 3 hotel yang kami duduk.

Jinpu Hotel

Ini hotel pertama kami stay. 

Located at the strategic area I must say

4 star. Ayu suka hotel ni sebab dia ada bathtub. Boleh mandi package dengan Faris. Jimat masa + tenaga. Semua kelengkapan cukup dalam hotel ni. No major complaint. 




View from our room. Nice kan

Cuma 2 things jela sebab this hotel tengah renovate when we were there. Main entrace pun kecik je. Tapi bising, habuk semua x effect floor kami. That's good enough. And because this hotel tengah reno, internet connection pun was not provided. Even dekat lobby pun x de. But Ayu x terasa sangat since our schedule pun pack. Kalau sampai hotel pun nak rehat2 lagi. Furthermore, dekat Endian Halal Restaurant pun ada wireless. So update semua from there je.

Sebelah kedai Lightness tu ha entrace dia. Entrace sementara tengah reno. Jadi la

 Starway Xinfuan Hotel

Second hotel was in Yangshou. Also a 4 star hotel but I kind a like the first hotel more. This hotel pun ok. Equipment semua lengkap. No renovation was made in this hotel, so wifi ada but only available in the lobby. It's ok. Better ada than x de lansung kan? 

Ginila bila dapat internet connection. :D

Tak terkecuali my dady cool :D

Hotel ni satu je Ayu x suka. No bathtub but dia ganti dengan shower rain. Me love! Tapi susah la nak mandi package ngan Faris. 

Sorry ye semak2

Rain shower ada kat atas tu tapi not included in this picture





Merryland Resort Hotel

This is the only hotel 5 star yang kami duduk. This hotel was super huge! Kalau dah duduk hotel 5 star, dah tentu2 la lagi Ayu suka kan? Who doesn't? 


Siapa pergi sini, try to grab this room. Why? Cari sendiri reason dia dekat bawah entry ni nanti

Hotel ni ada wifi but kena charges. Bleghhhh. Dah bayar mahal, kasi free sudah la kan? Oh lupa plak nak bagitau, free wife ada but macam biasa la, only available dekat lobby sahaja. Ok la jugak. Laju. Bathtub ada (excellent) plus the bathroom was spacious too!


Katil best tapi dia x kasi katil king or queen. Dia kasi super single kot. So, Ayu kena tdo asing2 la. Faris with me and 5rz conquer another bed alone. Other than that, all ok. 




Best part was, our room betul2 dekat tengah2 pemandangan pagoda ni. Dapat bilik yang scenery cantik. Lucky us =)


Hotel ni serius besar. Main nyorok2 confirm lambat jumpa



So that's it. Tiga2 hotel yang kami stay di Guilin. 


{From Ayu with ♥}

Friday, August 30, 2013

Cerita Raya 2013

Assalamualaikum.

Long silence since Ramadhan. Ok baru nak mula bercerita tentang Raya 2013. Sepanjang Ramadhan yang lepas, x de entry lansung yang Ayu up dekat blog. I'm gonna use the same old lame reason, busy! So far, Ramadhan 2013 yang paling Ayu suka. Walaupun company beri kelonggaran untuk balik at 4 pm, Ayu balik dekat2 nak bukak puasa (but still dapat buka puasa di rumah sama2 dengan suami dan keluarga) Sebab bz memanjang! What I'm trying to say is, walaupun weekdays Ayu was so tiring, but I had fun on my weekend. Weekend Ayu time Ramadhan hari tu adalah duduk rumah saje. And we (5rz and I) memang dah deal x nak bukak puasa di luar. Bukak puasa dekat rumah je. Ayu ok je. Tapi, ada la dalam 2 kali kami buka puasa di luar juga. 1 di Sogo (time shopping raya) and 1 lagi di Grand Blue Wave Shah Alam sebab company 5rz anjurkan. 

Semangat nak Raya tahun ni plak x muncul2 walaupun patutnya, Ayu la yang paling happy sebab tahun ni turn beraya di kampung Ayu. Sampailah malam raya tu, barulah Ayu rasa semangat nak raya. Ayu beli songkok, tudung, brooch and kelengkapan raya pun sangat last minute. 1 day before raya baru henggeh2 nak complete kan kelengkapan raya. Pagi raya, singgah rumah in laws untuk beraya dulu. 


The theme this year. Third Raya for us as husband and wife. Second Raya for Faris.
Pagi2, aku dah kepochi dulu kan?

Around 11 am baru bertolak ke Rembau (kampung belah ayah) Tdo semalam di Rembau then petang raya ke dua tu, kami bertolak ke Kuala Pilah plak (kampung belah mak) Dekat sana pun, kami tdo semalam. Raya ke tiga plak, ada open house dekat rumah pak ngah. Plan asal, after pergi open house rumah pak ngah which was located also dekat Kuala Pilah, nak bertolak ke KL sambung raya belah 5rz plak. Sekali jam teruk sebab ada satu jalan tutup (ada accident). Patah la balik then kami lalu jalan Ulu Langat. Sudahnya sampai KL malam jugak. Tapi sempat la 5rz nak tengok Malaysia lawan Barcelona malam tu. 

Sesi budak2 kumpul duit raya :p

Yang budak ni tengok ayah dia dok kasi sampul Upin Ipin, dia dok jerit2 nak sampul tu!

Ini jela yang tinggal time kami sampai Rembau. Along, Azim (2nd brother) and Adib (younger brother) dah selamat di rumah mertua masing2. Tinggal adik beradik perempuan je

Raya ke 4, barulah kami sambung beraya di rumah keluarga 5rz di KL. Sempat shopping di Ikea skali. Hee~~~ Raya ke 5 pun sambung raya and raya ke 6 berehat-rehat di rumah. Raya ke 7, 5rz plak dah start kerja tapi Ayu still cuti. Tapi malam tu sambung beraya lagi. Raya ke 8, barula Ayu back to what you know, normal working life. Dengan event exam yang x habis2! Hai lahai! 

So that's it for my boring package story of Ramadhan and Raya 2013. Syawal masih ada. Selamat Hari Raya kepada semua dan maaf zahir dan batin.


{From Ayu with ♥}

Friday, July 19, 2013

Air Asia Contest

Assalamualaikum.

Entering contest again and again! Menangnya x pernah lagi *sobs*sobs*. Korang..... Sesiapa yang ada instagram tu, moh le tolong like picture Ayu tdo bawah meja dekat office. Siapa yang tolong like tu, Ayu ucapkan jutaan terima kasih! 

Ayu pertaruhkan gambar atas ni. Hehehe :p
 
{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...