Friday, May 16, 2014

Langkawi Island Hoping - Tasik Dayang Bunting

Memang Ayu yang beria nak ke tasik dayang bunting ni sebab pernah pergi Langkawi tapi x pernah jejak tasik ni. Tasik dayang bunting ni adalah pulau ke dua terbesar di Langkawi selepas pulau Langkawi itu sendiri. Pagi on 2nd May after breakfast, check out then kami dibawa ke jetty untuk island hoping. Package island hoping ni, kami ambik masa di jetty Kuala Perlis. RM 35/pax. X rugi sebab kalau beli from jetty di Langkawi, RM 45/pax. 

Korang tgk la Faris mengamuk nak berebut monopod ngan aku


Naik bot best sebab driver bot siap buat drift lagi. Me likey! Faris mula2 takut plak. Siap berkepit dengan ayah dia. Hehehe. Tapi after that ok dah.

Tengok tu. Faris peluk erat ayah dia

First stop was tempat yang Ayu memang nak sangat2 pergi. Tasik dayang bunting la. Penat sebenarnya nak ke tasik dayang bunting ni sebab you have to walked. Naik turun bukit plak tu. Letih sangat.

Nampak x dayang buntingnya?

Bila dah sampai dekat kolam tasik tu barulah rasa lega. Cari tempat duduk nak berendam kaki. Dekat sini ada 2 kolam buatan. 1 budak2 punya kolam and 1 lagi orang dewasa. Kolam buatan tu maksudnya dasar kolam ni korang boleh cecah kaki. Tasik dayang bunting tu sendiri was actually sebuah kolam. 


Sini boleh sewa jet ski. Rate x sure berapa

Dekat tasik dayang bunting ni korang boleh naik ape eh nama tu? Yang kena paddle dengan kaki tu. Rate pun x tau. Hehe


Ni kolam buatan tu
Faris tu nak terjun tapi x nak tukar baju mandi. Haish!

Last2 kami biar dia ber pampers je ha


Sini boleh sewa life jacket. Next time kalau nak datang sini lagi, bawak life jacket siap2 la from home untuk jimat. Tapi x mahal pun sewa life jacket. RM 10 je. Kami di tasik dayang bunting dalam 1 jam.

Sedikit lagenda pasal tasik ni yang Ayu tau la ye. Kalau info salah, minta maaf.

Ada seorang puteri dari kayangan, Mambang Sari suka bermandi manda dekat tasik ni dengan kawan2 dia. Then ada seorang putera bumi, Mat Teja terpikat dengan Mambang Sari. Cut it short, Mambang Sari tertipu untuk berkahwin dengan Mat Teja. Ayat tertipu tu macam too strong la pulak. Mambang Sari tertipu sebab Mat Teja guna air mata ikan duyung untuk mencantikkan muka Mat Teja. Something like that la. Selepas Mambang Sari dan Mat Teja berkahwin, mereka dikurniakan cahaya mata tetapi malangnya, cahaya mata mereka meninggal dunia pada hari ke 7 kelahiran. Oleh kerana terlalu sedih, Mambang Sari menyemadikan mayat anaknya di dalam tasik tersebut. Dan selepas itu, Mambang Sari kembali ke kayangan tetapi sebelum pulang, dia sempat berdoa agar setiap wanita yang tidak mempunyai anak, akan dikurniakan anak sekiranya mandi di situ. Aku rasa macam takut plak aku dok rendam kaki kalau dalam tasik tu ada mayat. Cerita ni x tau la betul ataupun tidak. 

Oh by the way, dekat sini korang kena pandai2 sembunyikan makanan (if any) sebab dekat sini banyak monyet nakal! Ayu x pasti dekat sini ada tempat persalinan ke tidak tapi toilet ada. Masuk mahal, 50 sen sekali masuk. 

Nampak x bertemuan 2 air yang berlainan tu?

Kalau x silap Ayu, air di tasik dayang bunting adalah air tawar manakala air diluar tasik dayang bunting adalah air laut. Air masin. 

Sekian info pasal dayang bunting ni.

{From Ayu with ♥}

Thursday, May 15, 2014

Gamble Road Trip to Langkawi

Entry lama x lama yang tersimpan dalam draft.

Since review pasal Korea Trip was over, kita cerita pasal trip lain pula. Sebelum road trip ni, Ayu ke Sabah dulu tapi Ayu nak cerita pasal road trip ni dulu. We went to the north on labour day. Memang dah plan awal tahun dulu. Reason dia sebab Ayu x pernah jejakkan kaki ke 2 negeri ni je dalam Malaysia. Salah satu negeri tu adalah Perlis. Tawan Perlis was one of my wish list this year. So sebab tu 5rz sanggup drive Ayu ke sana. 

Faris dekat belakang dah selamat Zzzzz.... Tembamnya akuuuuuu

Plan asal nak jalan2 Perlis je tapi 5rz tanya, x nak singgah Langkawi ke? Ok la kami singgah. Oh by the way, Ayu pernah ke Langkawi tapi by plane. Sebab kalau dah jejak Langkawi without plane, automatically Ayu dah jejak Perlis sebab nak naik ferry from Kuala Perlis. 

Jejak dah Perlis, alhamdulillah. Perlis adalah negeri terakhir yang Ayu jejak dalam Malaysia.

While waiting for our ferry

Trip kali ni memang semuanya gamble. Kami x booked hotel or what-so-ever. Redah je. Worst come to worst, memang tdo dalam kereta jela. Pagi 1 May lepas, kami bertolak seawal jam 8. Singgah breakfast dekat RnR. Sampai Kuala Perlis 3.30 petang. Jauhnya 5rz drive. Sian dia. Ferry yang available paling awal pun pukul 5. Nak naik ferry ke Langkawi boleh from Kuala Perlis or Kuala Kedah kot kalau x silap. Tapi kalau kami ambik from Kuala Kedah, perjalanan dalam ferry akan lebih lama. From Kuala Perlis to Langkawi took around 1 hour 15 min. Kalau Kuala Kedah ke Langkawi, 1 jam 30 to 45 minutes. Parking kereta berlambak ada dekat jeti Kuala Perlis tu. Korang pilih je nak yang mana. Rate dia, 1 hari RM 10 kalau roofless and RM 15 sehari kalau bawah bumbung. Tempat tunggu ferry sangat selesa sebab ada aircond.  Nak naik ferry kena bayar RM 18 per pax and children below 3 is free. Jangan berebut nak naik ferry since tiket semua ada seat number. Yang bestnya, kami dapat duduk deck atas and tepi tingkap. Yeay! 



See ada seat number

Dah sampai Langkawi, barulah kami cari semua yang kami perlukan like kereta sewa and hotel. Actually kalau dekat jeti Kuala Perlis tu ramai je yang tawar2kan kami tapi 5rz beria kata ambik dekat Langkawi lagi murah. Tapi masa dekat Kuala Perlis kami dah booked for island hopping for RM 35 per pax and children below 3 is free.  Ok la. So kami dapat kereta iswara (manual) RM 80 per day and dapat hotel for RM 175 per night including breakfast. Kereta sewa x brape best sebab gas aircond macam dah nak habis. Dah la Langkawi tu panas! Hotel plak kami duduk di Eagle View. Very near to the jetty, located in Kuah. Ayu nak stay Cenang tapi 5rz plak ambik je hotel tu. Agent yang kami sewa kereta tu yang carikan hotel untuk kami.  Seriously I don't like the hotel. Bilik air buruk dengan air panas x de. X berbaloi dengan harga yang dibayar! Dahlah kettle pun alahai. Aku nak masak air pun x de selera. Pastu ada kipas and aircond tapi kipas tu x de remote and aircond lambat sejuk! Seriously bukan macam hotel harga RM 175 pun smalam! 

Dapat 2 single bed sebab semua pun dah fully booked. Never mind. Kate gamble trip

Bantal keras macam batu. Muahahaha!

Tapi the breakfast for next morning was fine. Baru tau Faris suka telur half cooked with baked bean! Breakfast dekat hotel ni jela yang aku suka sebab not bad. Lepas breakfast, kami pergi island hopping. Island hopping next entry. 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, May 14, 2014

3rd Anniversary

Today is our 3rd anniversary. Yeay! Alhamdulillah 3 years had passed.

Smalam kebetulan public holiday. Dah celebrate smalam. Celebrate kecik2 jela. Last year dinner dekat Concorde and I gave him card. Smalam 5rz belanja lunch + movie date. X brape nak date sangat since bawak Faris. You know bila Faris ikut skali, perhatian banyak ke dia. Aku plak jadi jealous ngan anak sendiri. 

Tapikan, smalam time movie, kami tengok Amazing Spiderman 2. First time Faris behave sangat2. Dari mula sampai habis movie tu, dia duduk diam je tengok. Part tengah2 tu adalah dia tdo kejap then bangun and sambung tengok movie macam biasa. Impressive! Best la kami dapat tengok movie dengan tenang skali. Time lunch pun baik sangat duduk diam2 dalam baby chair. Good boy Faris! 

So today x tau la whether we have anything to do or not since smalam dah lunch and movie. Anniversary kami slalu macam tu jela. Memang x pernah pergi bercuti dua2 pun. Ada planning tapi insya-Allah bila ada rezeki. Ok till then. 

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...