Friday, March 13, 2015

1st Check Up at HUKM for 2nd Baby

Ayu jarang cerita pasal second pregnancy ni kan? Rasa kesian pulak dekat baby dalam perut ni. Bukan x excited tapi Ayu cepat penat. Dengan work load lagi. Maafkanlah ibu ye dik. Alhamdulillah I am now in my 3rd trimester. Tiba masanya check up dekat hospital pula ye dik. Seram sejuk seram sejuk masuk hospital and of course teringat kenangan bersalinkan Faris. 

Insya-Allah kali ni kami still check up dengan Dr yang sama. Nasib dah booked awal2. Yang x bestnya dari dulu lagi Ayu pernah mentioned dalam blog ni. Parking terhad. Kalau nasib x baik, kena parking dekat stadium tu which korang kena jalan sikitlah. Itupun stadium depan HUKM tu tengah renovate. 

Prosedur macam biasalah, pagi2 kena pergi HUKM ambil nombor. Memang dari dulu dia orang x accept appointment by phone. Hari tu masa first check up utk adik, kami dah nombor 10 sebab kami datang time lunch. Memang sengaja x datang pagi2. Then macam biasa dalam pukul 2 atau 3 baru Prof akan masuk clinic dia. Itu pun kalau dia x de emergency case. Masa tu dia tiba2 ada meeting pula. So kami jalan2 ke Viva Homes Cheras dulu. Best rupanya masuk Viva Homes ni. Boleh berangan macam2. Sayangnya rumah kami x siap sepenuhnya lagi. Kalau x, hmm hmm hmm. Eceh hmm hmm hmm tu macam banyak duit je kan? 

Pukul 4, datang hospital balik then tanya Prof dah masuk belum? Nurse kate Prof masuk pukul 5 sebab meeting habis lambat. Dekat pukul 6 baru Prof masuk. After Maghrib baru turn kami. Huhu. Oklah macam biasa Prof tanya dulu bersalin normal ke x bla bla bla. Padahal record ada je dekat tangan dia tu. Then dia tanya what type of family planning that we used since gap cantik 3 tahun. Huhu actually nak gap 2 tahun je tapi rezeki lambat sikit and so on la ceritanya. 

Time Ayu check up tu, I was on my 27th week tapi bila Prof check my tummy, dia kata perut nampak besar macam dah 30th week. Muahaha. I admit it. Pregnant kali ni memang I nampak bigger from the previous pregnancy. So far so good walaupun uri dekat bawah, but Prof said, 'you still have time'. Before that baby actually dah ke bawah tapi well, baby ni pusing2 pulak. I hope, time nak beranak nanti baby boleh masuk ke bawah so that I can deliver cara normal, again, amin... 

My MGTT pun ok and Prof kasi suntikan ATT (kancing gigi). Rubella Ayu still x cukup ye. Normal adalah 10 tapi now 0.2. 1 pun x sampai. Time Faris dulu 0.8. Ini 0.2 pulak. Ni sebab Ayu lupa nak ambik another suntikan after delivered kan Faris dulu. Tapi since the baby and me are doing fine right now, boleh ambik after delivered the second one ni pulak. Harap2 I ingatlah. Dahlah time Faris dah lupa. Kuikuikui. 

I still continued obimin. Next check up will be next Monday, insya-Allah. Insya-Allah I due awal bulan May. A week after that, adik aku nak kawin. Dah suruh tunda, x mau pulak dia. Kesian aku dalam pantang oiii. Huwaaaaaaaa...............

{From Ayu with ♥}

Monday, March 2, 2015

Demam Denggi

Masa cuti panjang CNY yang lepas, Ayu dapat MC selama 5 hari berturut-turut. Suppose cuti CNY Khamis dengan Jumaat kan? Then Ayu sambung from Isnin ke Jumaat pulak. Ayu kena demam denggi. Actually Ayu start demam hari Jumaat malam. Hari Jumaat sebelum 5rz pergi solat Jumaat, Ayu pesan nak cendol. Lepas je minum cendol tu Ayu batuk2. Malam tu pulak badan dah mula lemah2. Mula2 Ayu just makan ubat biasa jela. Lepas tu demam berlarutan sampai 3 hari lamanya. Demam just kebah lepas makan ubat demam jela. Lepas makan ubat demam, badan Ayu akan berpeluh macam Ayu ni bersenam bersungguh-sungguh. Benda tu saja dah buat Ayu x selesa nak tdo walaupun tdo dalam air cond. 

So Isnin malam, I've decided to did the blood test at the hospital. Since time kami pergi hospital pun dah lambat, Dr suggest, kami balik rest rumah dulu then pagi2 esok Dr akan called and explained my test blood result. Pagi tu Dr called and Dr said I was +ve for a dengue and asked me to get myself admitted. Ayu discussed dgn Dr, kalau Ayu masuk wad pun, what would you do? Diaorang cakap, diaorang akan ambik my blood test everyday and Ayu kena on drip jela. Bincang2 dgn Dr, nasib Dr setuju and kasi Ayu x yah masuk wad tapi dengan syarat Ayu kena dtg hari2 ke hospital and ambik darah hari2. 

Actually, my platelet ok tapi biasalah since I'm pregnant, itu yang Dr risau habis. Ayu disahkan ada denggi hari Selasa pagi and Ayu betul2 denggi free on Khamis, alhamdulillah. But since Dr dah kasi MC until Friday, I just utilized the privilege that had been given to me. Hehehe. Tapi, badan Ayu still lemah at that time, so Ayu rehat je dekat rumah.
Data yang penting dalam ni hanyalah Platelet, Packed Cell Volume (PCV) & White Blood Cell. Day 1, platelet Ayu ok tapi white blood cell Ayu melebihi 11.0
Day 2. Platelet turun which still ok tapi Dr nak tengok patern menaik and not menurun. PCV ok menurun but white blood cell still above 11.0

Day 3. Platelet menaik which is good. PCV pun makin turun and yeay my white blood cell is below 11.0 which is 10.2. I'm dengue free, alhamdulillah

Ayu punya tanda2 denggi, lain sikit and x sama dengan orang lain. My temperature x tinggi pun. The highest will be 37.8 C. Itu jelah sekali. Lepas tu Ayu x de kena gatal2 badan ke ape. Ape yang paling sakit time Ayu kena denggi hari tu adalah sakit belakang yang teramat sangat. Ada satu malam tu, Ayu betul2 nak tdo sebab letih and ngantuk sangat tapi x boleh nak tdo sebab sakit belakang yang teramat sangat! Rupanya Dr pun cakap ada juga yang sakit macam tu adalah tanda2 denggi. 

Hilang selera makan. Ada satu hari tu, Ayu cuma makan 2 keping roti sahaja dalam satu hari. Satu keping pagi and satu keping lagi pagi esok nya. Kesian adik dalam perut kelaparan. Lagi satu yang rasa paling ketara Ayu kena denggi adalah demam Ayu yang berterusan lebih 3 hari walaupun temperature Ayu x tinggi mana. 

Cirit birit yang x boleh kawal. Huhu apekah ayat ini? 2 hari Ayu kena cirit birit. Seksa tau x? Seksa sebab I don't know it's coming. Tiba2 je keluar cirit. Tiba2 dah basah panties. Satu hari kena tukar dalm 4 5 helai panties. Cirit birit ni Dr kata adalah tanda2 dehydration. So, Ayu pulihkan dengan banyakkan minum air Gatorade or 100+ yang dah dibuang gas. I love Gatorade more sebab Ayu malas nak tunggu 100+ tu betul2 hilang gas dia.

 
Sup ketam memang kena makanlah kalau dah denggi kan?


So, pengalaman kena denggi ni yang Ayu paling x tahan adalah sakit belakang tu la. Anyway, alhamdulillah this week, in fact today dah masuk kerja and of coz la kerja bertimbun. Semoga I tabah buat all the pending works yang telah pending selama seminggu itu. Huhu. 
{From Ayu with ♥}

Wednesday, February 18, 2015

Visit Zoo Negara

Selain dari i-City, time cuti Hari Wilayah & Thaipusam yang lepas kami ke Zoo Negara. Memang dah lama nak bawa Faris ke Zoo since dia dah tahu macam2 binatang. Awal pagi kami keluar supaya x merasa panas sangat. Sekarang kan panas semacam. Kami beli tiket sekali dengan tiket nak tengok panda.

Yang x bestnya, peta zoo pun kena bayar RM 1. For charity katanya. Mula2 sekali terus ke pertunjukkan binatang sebab kalau missed this show kena tengok yang pukul 3 pm pulak. Dah alang2, tengok belah pagi jela. Kurang panas. Burung helang x dikeluarkan pula time pertunjukkan tu. 



Lepas tengok pertunjukkan, kami round satu zoo tu. Boleh dikatakan semua tempat kami cover. Adalah dalam 2 3 tempat yang kami x cover. Tempat yang paling best kami lawati dah semestinya panda! Best sebab dalam tu sejuk. Tapi pengunjung hanya boleh berada dalam tu selama 20 minit je. Ini untuk memberi orang lain pula peluang melihat panda. Lepas tu dalam tu, korang dilarang membuat bising. X tahulah pula kenapa. Panda x suka bising2 kot? 

Comel kan?
Yang seekor ni asyik tidur je x bergerak ape semua



Ini tempat2 nak timbang check up panda2 tersebut




Keluar dari tempat panda, kami makan ringan dekat cafe dalam panda exhibition tu sendiri. Makanan harga standard la. X murah & x mahal sangat.

Lepas tu kami pergi lawat singa and harimau. Tapi sayang sebab time kami lawat tu, matahari tengah tegak atas kepala. Binatang pun malas nak berjemur. So, binatang banyak yang tidur je. Agak x best dekat situ jela. 









Pukul 4 petang, kami balik rumah. I dengan Faris tidur kepenatan. So oklah cuti 4 hari, 2 hari well spent bawak Faris jalan2 ke i-City dengan Zoo Negara. Lagi 2 hari tu pun ada juga bawa dia jalan2 but jalan2 gitu jela. This week nak CNY, x tau pula ape agendanya. Cuti 4 days juga tu. Ape plan korang?   

Last but not least

My heroes =)
{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...