Friday, May 10, 2019

Faris Bersunat

Assalamualaikum & salam Ramadhan. Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke 5 dah. Puasa x tu? Insya-Allah dengan izin Allah tahun ni I puasa penuh. Haaaa bukan pregnant tp sejak bersalin anak ketiga 6 bulan lepas, period masih x datang. Maybe sebab masih breastfeed. 

Hari ni nak cerita kisah yang dah lama tertunggak iaitu kisah Faris bersunat akhir tahun 2016. Masa tu Faris baru 4 tahun nak masuk 5 tahun untuk tahun berikutnya. Awal2 dulu memang I plan nk sunatkan dia bila dia dah reti cakap so that kami tahu kalau dia gatal ke pedih ke sakit ke at least dia senang nak terangkan dekat kami. 5rz plak plan nak sunatkan Faris sebelum Faris masuk tadika. So ok lah tu. 

I really not sure macam mana kami bagitau Faris untuk sunatkan dia tapi once bagitau tu, dia macam berkobar-kobar nak sunat. Terperanjat plak kami tengok. Masa tu aku fikir, dia ni mesti x tau sunat tu macam mana ni. I on the other hand, decided to explained to Faris sunat ni apa sebenarnya, but 5rz x kasi plak. Dia kata budak tu tengah semangat nak sunat, nanti tau apa sunat tu, terus x nak plak. I bukan apa. I x nak Faris terkejut plak nanti so at least I want to prepare him. Tapi since 5rz x kasi, aku pun diam membisu jela. Tapi, last2, mak aku pulak pergi cerita dekat Faris apa itu sunat. Aku dah alaaaaaaa. Mak aku x tau yang kami x nak kasitau Faris pasal sunat tu. Tu yang mak aku main cerita je. Tapi bila tanya Faris, dia still nak continue untuk bersunat. Alahmdulillah.

Aku yang survey & carikan klinik mana nak sunat semua. I sunatkan Faris dekat klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Kami dari KL datang ke Shah Alam nak sunatkan anak ha. Macamlah klinik dekat KL x boleh buat kan? Entahlah time aku survey tu, banyak pulak review pasal klinik Ajwa ni. Aku called klinik Ajwa survey harga etc & lepas 5rz setuju, aku buat appointment. Kami pergi on weekdays. Aku x ingat kenapa kami x pergi on weekend (maybe weekend x de orang nak sunatkan, I'm not sure) Aku pilih tarikh nak sunatkan Faris pun time kebetulan adik ipar aku yang jagakan anak2 aku pergi bercuti. So, x de orang nak jaga anak2 aku, aku kenalah ambik cuti. Since adik ipar aku cuti lama sikit, aku pun plan bercuti sambil2 tu, bolehlah aku jaga Faris lepas dia bersunat. Ha gitu sekali planningnya. 

So hari Faris nak bersunat tu, aku still pergi kerja macam biasa. MIL aku awal2 pagi dah call tanya itu ini. Dia risau pasal Faris agaknya. Padahal Faris sunat time malam after kami balik kerja. Siap petang tu Faris call tanya bila ibu nak balik, kata nak bawak Faris pergi sunat. Gitu semangat. Macam x percaya plak aku anak aku ni berani sangat nak sunat. Dekat office pun aku asyik fikir betul ke keputusan nak bawa Faris bersunat ni? X awal sangat ke? Aku plak yang risau lebih. Aku plak yang berdebar tahu x? Balik kerja & after Maghrib, kami ke Shah Alam. Appointment kami pukul 8 malam. Sambil tu aku check up & ambik suntikan untuk Adam sekali. Eh aku ni kejap panggil Faiz kejap panggil Adam. We called him Adam actually tapi dalam blog, aku banyak bahasakan dia with Faiz. Mana2 pun bolehlah labuuuuu. Mak aku siap nak ikut tu untuk support agaknya. Haha.

Bila dah sampai dekat klinik, kami register & tunggu giliran kami. Sebelum tu, Faris dok main lari2 dengan budak2 yang ada dalam klinik tu. Kami biarkan je since after sunat nanti, sure dia kena duduk diam je. Kesian plak nanti x boleh nak main lari2. Bila dah tiba turn Faris, Faris masuk dalam 1 bilik ni. 5rz yang temankan dia since I was so scared to see & teman dia through the whole process. Mak apalah aku ni. Tup2 dah siap. X dela cepat mana tapi oklah. Aku dekat luar bilik pun nervous. Duk dengar jugak kalau2 Faris ada nangis ke x tapi x dapat nak dengar pun. Kesian muka dia bila dah sudah weh. Bergenang air mata tapi x nangis x melalak. Agaknya terkejut kot or bius dah habis. Hehe. 5rz kata, masa dekat dalam, orang yang nak sunatkan Faris pun terkejut sebab bila suruh buka seluar, x payah dipaksa, terus buka seolah x takut. Memang dia x takut pun. Excited lagi adalah. 


Lepas sunat

Untuk sunat dekat Klinik Ajwa tu kami kena RM150 (tahun 2016) Sekarang x tau berapa rate dia. Otw balik KL tu, Faris tdo. Eloklah tu dari duk biar dia fikir pasal sunat sakit etc. Esoknya tu 5rz pergi kerja macam biasa & I cuti jaga Faris & Adam. Kesian dia x boleh makan telur & kicap (fav dia) since kena pantang makan. Tapi dia ok je. Tengok tv & duduk setempat jela. Tengok tv pun cerita Upin Ipin yang pasal diaorang bersunat tu. Mewarna je keja dia. Tapi time ni  lah I discover yang Faris slowly dah pandai mewarna cantik2. I mean colour x klua garisan tu. 


Ini jela aktiviti sepanjang healing proses selain tgk tv

Nak jaga Faris time after sunat ni alhamdulillah x susah mana since dia dengar kata. 3 hari after sunat tu kami pergi klinik biasa sebab aku macam risau anu dia macam bernanah. Tapi so far Dr cakap semua ok je. Biasalah tu proses nak baik tapi Dr still providekan ubat sapu just in case. 

So, hari ke berapa Faris start pakai seluar? Hari ke 5 dia dah start pakai seluar. Tu pun slowly MIL ajar Faris pakai seluar. Alhamdulillah semua pun dah selesai. Dah 3 tahun berlalu dah sekarang. Next anak pulak.

ps://Gambar sebenarnya banyak lagi tapi hilang entah siapa delete pun x tau. Ni pun nasib ada dalam IG. Aku print screen jela. Yang lain habis entah ke mana. Huwaaaa kenangan kot.

{From Ayu with ♥}

Thursday, January 24, 2019

Kisah-kisah Tertunggak

Assalamualaikum.

I x sure bila I akan post story ni sebab aku slalu draft banyak2 post and last2 aku x publish. Main reason sebab gambar dalam phone banyak x transfer lagi. Post ni more to nak list down entry2 yang aku x sempat draft/publish lagi. 

  1. Kisah Faris bersunat (lama gile kot kisah ni)
  2. #ayunisurgerystories yang sambungan x publish2 lagi. Again pasal gambar.
  3. Birth story of my 3rd child.
  4. Pantang story of my 3rd child.
  5. Our 1st home.
  6. Kisah pindah rumah.
  7. My resignation story.
  8. Faris darjah 1.


Itu x kira lagi pasal kisah family day or travel sana sini (dalam Malaysia je ok) Kita tengok akhir tahun nanti, dapat x publish cerita2 yang dekat atas tu. Doakan. Aku pun masih meminati dunia blogging ni cuma kekangan masa plus laptop aku dgn 5rz pun bukan elok sangat. Dengan keyboard nak kena tekan kuat2 bagai. Nak beli baru, belum rezeki. 

Oklah till next post, insya-Allah. 

{From Ayu with ♥}

Monday, December 31, 2018

Selamat Tahun Baru, 2019.

Assalamualaikum.

I x sure klu I dapat publish post ni before new year (2019) or not but let's try.

Alhamdulillah tahun 2018 ni, I rasa lebih better than 2016 & 2017. Walaupun ada some targets yang I x dapat archive, mcm biasa, kita carry forward jela2. 

In terms of career, tempat kerja I dah makin jauh dari rumah. Mula2 dulu pergi naik LRT. Tahun 2018 ni jugak tahun pertama 5rz x boleh hantar & ambik I from work since tempat kerja both of us jauh & bertentangan arah. Kan I pregnant, & bila I dh x larat naik LRT tu, I decided to drive to work. X pernah2 I drive nk pergi balik kerja, tahun terakhir kerja ni, merasa plak. And yes, I have tender my resignation lepas sebulan I berpantang. Memang benda ni, I dgn 5rz dh plan lama dah. Main reason sebab kami akan pindah ke rumah kami & x de sesiapa from our family members dekat sana. Dari Faris kecik, sampai skrg dh ada 3 org anak, kami x pernah kasi org lain jaga kecuali family members. So perasaan takut tu ada. Plus, Faris pun akan masuk standard 1, so better I focus utk pantau dia & anak2 yg lain. If you ask me, I memang prefer kerja & I am sure duduk rumah lagi penat tapi x pe. Slow2 nnti I biasalah (wish me luck) Lagipun, biasalah ada anak kecik ni memang penat & mencabar tapi time ni je. Insya-Allah dh besar nnti senang. Plus, sure rasa happy & tenang dapat tengok anak2 membesar depan mata.

Traveling plak, masih belum dapat rezeki nk travel oversea lagi. Yang dalam Malaysia saja. 

Financially Alhamdulillah getting better since awal tahun hari tu 5rz dpt better offer but masa kurang plak since now Sabtu pun dikira hari bekerja dia. The only day yg dia dpt rest plus bwk kami klua jln or beli barang is hari Ahad. Tapi so far, kerja tu lah yg paling secured buat masa skrg. Apa2 pun alhamdulillah for everything.

Family plak, alhamdulillah apa yg I & 5rz hajati (to get pregnant) dimakbulkan Allah. Dah selamat bersalin dah pun, hehe. My biggest achievement in 2018 definitely giving birth to our 3rd child. 

Apa lagi ye? Anak2 alhamdulillah makin bertambah & Faris pun akan masuk darjah 1 soon. Faiz plak on the 
other hand masih berpampers. 2019 ni nk ajar slowly. Wish me luck! Akhir2 tahun ni ada gak try sikit2 tapi still x 
jalan.

Oh pasal rumah x cerita2 lagi. Insya-Allah will move to our home soon (finally) Akhir2 tahun 2018 ni both me & 5rz macam x tentu arah actually. Yela dgn I berpantang. Dah settled pantang, focus nk masuk rumah & persiapan sekolah Faris at the same time. Macam x cukup tangan pun ada tapi take it as a positive side, kita lek2 & enjoy jela. 

I think itu jela since I'm out of idea. Insya-Allah kita jumpa in 2019. Selamat tahun baru semua.  

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...