Monday, April 20, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum.

How are you guys doing? Cewah speaking plak. Apa cerita MCO (Movement Control Order) korang setakat ni? My family & I memang stuck dekat KL since school holiday lagi. Cuti sekolah yg lepas memang dah balik KL. Lepas tu on 18th March, government laksakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). 2 hari sebelum PKP dilaksanakan memang kebetulan I nak stock up barang dapur dekat rumah mak. So bila I beli barang basah hari tu, time nak bayar tu memang ramai ye orang. Semua pun macam panic buying. Time cuti sekolah hari tu, I di KL & husband di Shah Alam (rumah kami) since work place lagi dekat dengan rumah. Klu husband balik KL memang masaklah nk pergi kerja. So dia stay Shah Alam. Mulanya 5rz called juga tanya ada ke beli barang2 dapur? I cakap beli mcm biasa je. Bukan panic buy. Tiba2, 5rz balik kerja hari tu dia tanya nk stock apa untuk barang dapur dekat rumah Shah Alam. I dah mcm pelik. Kenapa nak panic buy? Dia explain dia bukan panic buy tapi kalau semua orang dah panic buy, turn kita nak cari barang2 dapur semua dh x de nanti. Begitu. Panic buy la jugak tu. So, I stock up dekat KL (since I dengan anak2 dekat KL) & husband stock up dekat Shah Alam. Esoknya bila last kerja sebelum PKP, 5rz sibuk nak balik KL. Dia nak work from home dari KL. Yela anak bini di KL, moh la ke KL. Alhamdulillah nasib baik jugak dia balik ke KL time tu since PKP phase by phase makin diperketatkan. Malam tu 5rz balik before 12 am sebab takut kena buat permohonan ke balai plak kalau dah masuk 18th March tu. So since then memang kami stuck di KL je. Harap rumah kami yg dah tinggal lama tu elok2 jela kehendaknya, amin.



Walaupun duduk rumah, I'm sure cikgu2 yg lain ada kasi homework untuk murid2 buat. Faris dengan Adam pun macam tu jugak. Faris kena masuk google classroom & ada certain homework dia yg kena print jugak. Adam punya homework pun kena print. Oklah. At least x delah duduk rumah saja. Terima kasih cikgu. Masih menjalankan tugas dalam waktu2 PKP ni. Yg masalahnya, pensil case dengan pensil colour semua I x bawak. Buku latihan pun x bawa banyak sebab mula2 ingat nak balik untuk cuti sekolah je. Pakai apa yg ada je dekat rumah mak ni. 5rz pun work from home jugak.




Me on the other note, makin banyak makan plak duduk rumah mak ni. Kuikuikui. Ada je benda nak makan. Lepas tu, since rumah mak ada macam2 bahan, ha buatlah kuih itu ini. Semua pertama kali. So far I buat kuih cucur, kuih cara manis & kuih apam kampung. Begitu bagitau dengan penuh bangga. Suka hati I la. Huhu.






Ini bukan pertama kali but somehow tidak berapa menjadi




Dulu sebelum PKP diperketatkan, I selalu restock barang basah dekat Rosyam Mart which operate 24 hours basis. Lepas tu, all supermarket kena beroperasi from 8 am to 8 pm, so terpaksalah aku beratur beramai-ramai but still apply kan social distancing. Kalau masa dia operate 24 hours tu, heaven je aku beli barang basah at  2 3 am. Time2 macam tu x ramailah orang. Less contact, less crowded & of coz less time consume. Tapi x pe. Kita akur je apa yang government kita arahkan. 

Ini time stock barang basah at 3 am. Heaven je x ramai orang.


At this time, aku rasa betul dah tindakan kerajaan jalankan PKP ni. It might be unfair to some people yg kehilangan kerja etc, yes memang kesian. Therefore, harap2 Covid-19 ni cepat2 reda, amin. Tapi pada pendapat aku, dah bagus dah kerajaan kita handle masalah Covid-19 ni. Cuba tengok golongan gelendangan dekat Malaysia. Siap kasi tempat berteduh. Of coz ada benda2 lain yg dibuat. Itu antara kes2 nya. Tanda kenang-kenangan, I letaklah beberapa gambar yang sempat I snap time PKP.



Ini yang paling recent which was last Saturday, 18th April. Beratur sampai ke basement. Berpeluh sangat time ni. Dengan mask lagi.

18th April 2020. Second store.

Untuk staf2 dibarisan hadapan pulak, banyak jasa korang. Banyak yang korang korbankan. Banyak lah staf2 barisan hadapan ni kalau nak disenaraikan. My MIL is one of the frontliner by the way. 



{From Ayu with ♥}

Friday, March 6, 2020

Behind #ayusurgerystories (Part 3)

Assalamualaikum.

Cerita ni dah bertahun tapi kita masuk jela dalam ni sebagai kenangan. Ok let's continue hari ke 3 dekat HKL plak. Part 1 & part 2 ada je dalam ni korang boleh search. 

Pagi2 I dah tunggu bila 5rz nak datang teman I dekat ward. Yela semalam I tdo sorg dekat ward x de siapa2 teman. Pesakit dari katil lain adalah. So pagi tu memang I menanti sangat kehadiran 5rz. Sampailah suddenly ada nurse nak bawa I ke bilik x-ray. Masa tu I nervous sebab I sorang2. Nanti 5rz datang tengok I x de dekat katil macam mana? 

Anyway, I ditolak ke bilik x-ray oleh seorang nurse. Badan still lemah baru operation kan? X de kudrat nak berjalan jauh. So pakai wheel chair je senang. Masa tunggu turn dekat bilik x-ray lah 5rz called cakap guard x kasi masuk sebab belum waktu melawat. Waktu melawat hospital kerajaan kan pukul 12. Lamanya nak tunggu. I nak cepat2 supaya nak minta 5rz tolong settlekan urusan I transfer ke hospital swasta. Bila I dah sudah di x-ray, I dibawa balik ke wad I then tunggu jela Dr datang check. Sambil2 tu I ada jugak tanya2 dekat Dr yang I nak tukar hospital & Dr kata ok boleh je.

Pukul 12 tengah hari I diberi makan. Ok I makan sebab yela lama kot x makan sangat. So I makan dengan selera cuma still x habis portion yang diberi. Sesambil tu I ternanti-nanti manalah 5rz ni. Bila 5rz dah datang, I minta dia uruskan pertukaran I. I dah siap2 remind 5rz dah suruh bawa baju/kain untuk I keluar hospital nanti. Dari tengah hari dok pung pang pung pang, petang baru I boleh klua. Macam2 actually kena settlekan dulu. I call insurance company tanya boleh ke I transfer ke private. Cukup ke x coverage I etc. Pihak HKL plak kata dia x boleh nak transfer kan I guna ambulan sebab I yang minta transfer and they said there's no such thing kalau nak transfer from government to private. Yang dia orang ada let say kalau I menetap di Penang and I accident di KL. Lepas tu I minta transfer from KL-Penang sebab I stay Penang. Ha yang tu boleh. Tapi kena transfer ke hospital kerajaan di Penang jugalah. So Dr HKL suggest, kalau I still nak ke private, kena sign agreement yang apa2 jadi, pihak HKL x bertanggungjawab. Itu pun kena drive sendiri untuk pergi ke hospital tu. Kalau nak ambik ambulan from that private hospital, HKL x kan bayar, kita sendiri yang kena bare the cost. Lepas fikir2, 5rz tanya I

"Macam mana? Syg nak transfer ke x nak?"
"Syg ikut B. Kalau susahkan B pun nanti B marah2, syg x nak"
"B ikut syg je ni."
"Syg nak B redha."

"B redha je ni"
"Ok syg nk transfer. B ok x? Kalau susahkan x payah"
"Ok je"

So 5rz called adik dia suruh datang pick up. Time nk discharge from HKL pun makan masa. Nak sign itu ini, kena prepare my full report so that the next Dr boleh refer etc. Time I nk tukar baju from baju hospital pun satu hal. I kan baru operate tangan kiri, so basically kehilangan ability of 1 hand. I can't change my own cloth. Nak suruh 5rz buatkan pun dia cedera tangan kiri jugak. Nak x nak kenalah minta pertolongan nurse. I ni sehabis mungkin x nak susahkan nurse. Malu pun ye gak sebab I memang x pakai bra lansung sepanjang dekat HKL tu. Pastu plak I dah remind siap2 supaya bawa baju butang depan. Jangan bawa baju yang bersarung sekali 5rz pergi bawa t-shirt bersarung. Haiya ini lelaki kan! Nurse terkejut ok bila dia bukakan baju HKL I sebab dia tgk I x pakai bra. Muahahahah. Bila dia tanya mana bra? I cakap x payah. Weh I tengah sakit. No time nak pakai itu ini. Cover jela dengan cardi what so ever. 

Lewat petang jugaklah settled every thing. Dekat nak Maghrib jugaklah kami settled. Before we leave, we both say sorry & thank you so much sebab kami pun tau kami banyak susahkan orang2 HKL dalam urusan I nak ke private hospital. 

Otw to another hospital, dah la keadaan I dengan 5rz still lemah. Bila hit bumper je mulalah both of us menjerit suruh adik 5rz bawa slow2. Keadaan nak masuk private hospital from other hospital pun bukan mudah ok? Mula2 kami direct pergi emergency. Dekat emergency tu dia buat basic check dekat I. Sebelum masuk jumpa Dr, nurse tu dah terangkan siap2 yang kalau kita from other hospital and nak masuk hospital lain especially bila kita after operation, wajib masuk bilik single. My insurance hanya cover for 2 beded but I don't mind to top up tapi, single bed yang available at that time hanyalah exec suite  which cost us 3k per night! Of coz we can't afford that. Merayulah kami minta 4 or 2 bed. Nurse tu tegas kata x boleh. I siap called my dad semua supaya tolong aku cari jalan penyelesaian. I bukan called my dad suruh my dad bayar ke apa cuma I nak idea macam mana nk buat. 5rz plak dia called mak dia tanya macam2. My MIL working at the hospital that I'm about to check in. Chewah check in kau. Pastu MIL cakap ada bilik single kosong nombor sekian2. So terus 5rz ckp dekat counter bilik no sekian2 kosong & we want to proceed. Ok settle bab registration. Nasib baik ada MIL.

After screening from a Dr, kami tunggu turn untuk masuk wad. Of coz kena tunggu clearance from my insurance etc. I ok lah sebab I always on the bed resting. 5rz la kesian sebab dia kena settle kan hal aku. Maghrib kami datang hospital, tau pukul berapa kami dapat masuk wad? 330 am in the morning! Itu pun dlm pukul 10 mlm 5rz try tanya kt counter hal kemasukkan aku. Mula2 pihak hospital kata permohonan aku kena reject. Bila 5rz tanya kenapa kena reject? Org counter tu cakap x layak & dia nak check balik dengan pihak insurance. Lamaaaaaa lepas tu x de apa2 berita. Sementara tunggu jawapan pun I fikir kalau pihak insurance reject my application, confirm nak transfer to another hospital pun x boleh kan? So I cakap dengan 5rz, paling susah pun x pe la kita pergi ke HKL balik. 5rz on the other hand x nak kembali ke HKL, after all that we both susahkan semua org dengan nak pindah bagai sekali permohonan kena reject then nak patah balik HKL? Malu lah kan? Aku x kira malu lah wei. Aku fikir nak sihat je ni. 

After that kami dapat jawapan ckp memang permohonan kena reject sbb alasan yg kami nk transfer tu x cukup kuat ke macam mana ntah. Ya Allah sebelum datang ke private lg aku dh call insurance & HR siap2 tanya boleh ke aku nk buat macam ni macam ni. Ni bila org dah sampai private, insurance reject plak permohonan? I try suruh 5rz sent one more time to the insurance. Kira second try la ni. At the same time, I have no choice but to call org HR tanya mcm mana permohonan aku boleh jadi macam ni. Dah la time tu pukul 1 pagi aku kacau org HR. Ok you might think I have no manners here but org HR tu relative aku so heheheh. W/pun relative, kau ingat aku x malu ke call orang pagi2 buta? No choice. Aku minta maaf byk2 sebab ganggu time2 macam tu. Then makcik aku cakap dia try call org insurance yg urusankan company yg aku kerja ni but she can't promise sebab dah pukul 1 pagi kot. Semua dh tidur. Lewat sangat nak call pun. When I hang up, my aunty try to call org insurance & I as well ambik insiatif call hot line insurance and cakap sendiri dengan operator. Aku bengang siap tanyalah dengan tegas kenapa application aku kena reject? Bila dia check2, operator tu cakap

"Boleh Puan passing telefon ke orang yang jaga counter depan tu?"

Aku pass telefon to 5rz then 5rz came. Nak tau apa jadi? The second application tu, insurance x dapat baca tulisan Dr. So, bila dia x dapat baca, dia reject form tu. Hamboi senangnyaaaaaaa! Rupanya masa 5rz passing telefon dekat counter depan tu, operator insurance tu explain kenapa application form di reject. Masya-Allah. Boleh x you guys call each other je senang sebab dh second time try to send application kan? Plus, kami tggu nak warded since Maghrib kot? Sampai kul 3 pagi baru nak bergerak ke wad. What la??????

Masuk2 bilik, MIL aku dah tggu and siap2 kan everything. Kebetulan my MIL night shift malam tu. Best la kami since boleh request macam2. Nak extra pillow la, extra blanket la. Hehehe. Malam tu jugak MIL je yang datang tolong check kan I demam ke x, tekanan darah semua tu. Kejap je kami tido sebab lepas tu dah pagi. Lol!

ps:// Peringatan utk semua & utk diri I sendiri. Next time kena aware kalau operate dekat hospital lain then nak transfer suka2 hati ke hospital lain, make sure call hospital yg nak di check in tu to make sure boleh ke x, room available ke x. Nasib baik kami x check in dekat bilik yg 1 malam 3k+ tu.

Ok nanti sambung. 


{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...