Monday, January 31, 2011

The Voting Starts Now!

Assalamualaikum

Still remember yg Ayu ada msk contest CST and Lynda Rahim? Klu x igt korg boleh baca sticky post entry kt bawah ni yg bertajuk 'My Dreams Wedding' or just clik hereAyu x tau la voting ni start kul brape tp smalam la (25 Jan 2011) Smalam dr ptg smpi tgh mlm Ayu x connected to internet lnsg sbb settle kn certain things. Tp last Ayu sign off smalam, voting mmg belum start lg.




So, entry kali ni, Ayu nk mintak jasa baik korg utk tolong Ayu vote boleh? Klu x keberatan la. Ayu tau harapan nk menang mmg tipis insya-Allah boleh punya (ni kan kira satu doa gak kn?) but hey, I'm trying my luck here. So please eh?

Step to vote me
  1. Click to this link http://www.cstproduction.blogspot.com/
  2. Search for number 127 (Utk cepat korg just click 'Ctrl' 'F' kt keyboard korg. Tekan 'Ctrl' and huruf 'F' serentak and taip la number 127.
  3. Then just click 'like' dekat sebelah kanan sebaris ngan no 127 tu.
  4. Done. Tgk pics bwh utk step lebih jelas.


Bila click url ni http://www.cstproduction.blogspot.com/ akan klua mcm ni


Steps 2 and 3 dlm pic ni. Step 2 mcm ank patah yg atas belah kanan while step 3 mcm ank panah kt no 127 belah kanan tu. Tekan situ tau (You can always click the picture to enlarge for better view)


Dan sekiranya korg sgt2 berbaik hati, tolonglah sebar2kn pertolongan Ayu kt kwn2 korg supaya kwn2 korg semua dpt vote utk Ayu skali mcm kt bwh ni.


And utk contestant lain yg nk exchange vote, please do leave your comment here. No worries Ayu akn sentiasa tgk this comment sbb Ayu dpt notification every time new comment msk, insya-Allah. Letak no entry korg skali tau! But please, play fair ok. You vote for me then I'll return your vote.

This voting line will be close on 31st January at 11.59 pm. So, don't forget to vote for me ya? Again the number is 127.


{From Ayu with ♥}

My Dreams "Wedding"

*This is sticky mode entry. Please scroll down for more fresh update.*


Bismillah.



Kali ni Ayu nak cuba nasib masuk Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST and LYNDARAHIM KUALA LUMPUR. Untuk sesiapa yang nak masuk, jom tengok syarat-syarat peraduan dekat sini. Sedikit cerita mengenai karangan yang saya tulis ini. Setelah hampir 2 jam lebih mengarang (hampir nak siap dah pun) tiba-tiba saya secara tidak sengaja ter delete post tersebut. Huwaaa :'( Jadi, inilah hasil karangan saya semula. Nanti korg jangan lupa vote untuk Ayu menang tau. Voting start from 21 January - 31 January 2011.


Dah namanya pun My Dreams Wedding, jadi angan-angan hanya tinggal kenangan. Angan-angan ini ada yang bakal terlaksana di hari bersejarah saya nanti dan ada juga yang tidak. My Dreams Wedding biasa-biasa saja. Tidak ada yang pelik mahu pun luar biasa. Sejak dari dulu lagi saya mengimpikan perkahwinan klasik. Perkahwinan seperti orang dulu-dulu. Jom kita tukar ke mood berangan sebentar.

TARIKH NIKAH
Saya tidak seperti kebanyakkan orang yang mengimpikan tarikh yang lawa-lawa seperti 101010 (10 October 2010) untuk bernikah. Ini kerana tarikh-tarikh sedemikian membuatkan tetamu tidak ramai hadir disebabkan orang lain pun hendak mengejar tarikh popular ini. Jadi tetamu akan rasa serba salah. Majlis mana yang harus dihadiri? Kalau tetamu ramai yang tidak hadir, tidak meriahlah majlis saya nanti betul bukan? Lain la kalau saya ni artis popular. Dah confirm-confirm ramai yang nak datang. Saya cuma mengimpikan tarikh pernikahan saya jatuh pada cuti umum di setiap tahun seperti 1 Mei, 31 Ogos dan sebagainya. Sebab apa? Sebab setiap tahun insya-Allah kita akan menyambut ulang tahun pernikahan bukan? Jadi saya mahu menyambutnya bersama suami tersayang. Macam mana nak sambut ulang tahun kalau pada waktu itu kita bekerja? Klu dah confirm-confirm cuti umum kan dah boleh luangkan masa bersama-sama. (Oh tidak-tidak. Saya tidak akan bernikah pada cuti umum disebabkan beberapa faktor)




WALI
Sejak kecil saya suka melihat foto album perkahwinan ayah dan ibu saya. Dan saya amat suka dengan gambar dibawah ini. Gambar ini diambil sewaktu ayah dan ibu saya bernikah. Bila saya tengok gambar ini, saya sudah berangan untuk merasai detik seperti ini di mana arwah atuk menikahkan sendiri anaknya iaitu ibu saya kepada ayah saya. Pernikahan saya sudah cukup sempurna sekiranya ayah saya sendiri yang akan menikahkan saya kelak. (Insya-Allah situasi ini bakal terjadi. Amin)



TEMPAT NIKAH
Saya dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi membesar di banyak tempat. Walau bagaimanapun, setiap tahun kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk pulang berhari raya di kampung halaman walaupun arwah atuk dan arwah nenek sudah lama tiada. Terlalu banyak kenangan saya bersama arwah atuk dan arwah nenek di kampung. Dan salah satu angan-angan saya ialah untuk bernikah di kampung halaman saya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. (Korg jangan cakap rumah ni berhantu plak sebabnya rumah ni masih ada penjaganya) Saya berangan ingin meletakkan penghawa dingin di kampung agar tetamu tidak akan berasa panas semasa di majlis saya. Yela rumah kampung kan beratapkan zink. Sebab itu kalau panas akan panas betul dan kalau sejuk, akan sejuk betul.



Kampung sebenar saya. Ini peristiwa ketika ayah dan ibu saya berkahwin


KAD KAWIN
Perihal kad kawin pula, saya mengimpikan kad kawin seperti orang dulu-dulu dimana mereka hanya menjemput jiran-jiran tertangga melalui mulut sahaja. Senang saja caranya. Setelah bersembahyang berjemaah di masjid atau surau, buat saja pengumuman untuk menjemput orang ramai bagi memeriahkan majlis perkahwinan. Mudah dan jimat bukan? Kadang-kala, orang kampung di seberang sana pun boleh tahu tentang berita gembira ini disebabkan ramai orang yang mengajak dari mulut ke mulut. Kita juga masih boleh melakukan perkara yang sama malah lagi mudah. Lihat saja teknologi yang ada di sekelilng kita hari ini. Sebagai contoh. Kita reka satu kad, scan dan terus upload atau tag di laman-laman sosial yang ada seperti facebook, twitter atau hanya menggunakan email. Tapi itulah. Mentaliti masyarakat sekarang. Jika dibuat sebegitu dikatanya kita ni ajak-ajak ayam saje. Tapi cuba fikir. Teknologi sepatutnya memudahkan kita bukan? (Jangan risau, saya masih mengedarkan kad saya kelak. Itu kan hanya angan-angan)



Lebih kurang beginilah situasinya.


BAJU
Dah nama pun klasik kan? Haruslah memakai songket. Kebetulan pula ibu teringin benar melihat saya memakai songket. Tapi apakan daya. Cuaca panas di Malaysia ini saya jadikan alasan untuk berkata tidak pada songket. Bukan apa. Pada pandangan saya, songket sangat cantik jika disempurnakan dengan sanggul cucuk-cucuk tu (Ntah ape ke namanya?) Saya bertudung. Jadi celah mana hendak saya selitkan sanggul cucuk-cucuk itu? (Eleh Ayu. Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih) Tapi ini memang angan-angan saya. Mungkin saya boleh pakai tapi duduk di dalam bilik saja? Huwaaa :'( 



Songket sebegini sangat simple tapi saya sukakannya



Minat sangat dengan sanggul begini. Simple

Tapikan, kalau dapat pakai baju dari Datin Lynda Rahim pun mestilah saya suka! Disebabkan saya tidak akan memakai songket, saya ingin letak beberapa baju dari koleksi Datin Lynda yang saya minati.



Ya Allah jatuh cinta banyak kali dengan baju ini Datin Lynda!


This dress too!


This is rare. Ada corak-corak dekat pergelangan tangan. Masya-Allah

DOOR GIFT
Simple. Telur rebus. Terus terang saya katakan. Saya sangat suka kalau pergi ke kenduri kawin kemudian dihadiahkan telur rebus sebagai buah tangan. Ini kerana telur rebus itu dah confirm-confirm saya akan makan ataupun akan dimasak sambal. Yela. Bayangkan kalu satu keluarga yang pergi ke majlis perkahwinan tertentu dan akhirnya jumlah telur rebus yang kita dapat akan bertambah bukan? Kemudian ibu saya akan memasak ke semua telur rebus itu dengan sambal.Hmm....sedapnya! Dan bekas apa yang saya inginkan untuk meletak telur rebus berkenaan? Simple saja. Tentulah yang klasik-klasik dan yang paling murah. Saya tidak menginginkan bekas telur yang terlalu grand atau meriah seperti gambar dibawah ini.



Saya suka idea orang dulu-dulu yang hanya memberi telur rebus mereka di dalam tisu klasik warna merah. Ada kegunaan tisu itu nanti. Setelah habis makan telur rebus, tisu itu kemudiannya boleh digunakan untuk lap mulut dan tangan. Jadi kita tidak akan membazir. Tapi, macam saya katakan di awal tadi. Kalau situasi sebegini berlaku, mulalah orang akan cakap kita kedekut. 


Dulu bagi macam ni je.


Kalau nak tambah, maybe boleh ikat dengan riben pelbagai warna

VIDEOGRAPHER
Ini bukan nak membodek tapi terus terang saya katakan, saya telah jatuh cinta dengan CST Production setelah saya melihat video kawin kawan saya, Nawal (Kawan blogger gitu) Yang paling saya suka adalah video perkahwinan Elyana, bahagian akhir video. Part baling-baling bantal tu. Wah! Sungguh unik! Tapi apakan daya. Boleh aja sebenarnya untuk menggunakan khidmat CST tp harus sacrifice disitu. Sebagai contoh, (perumpamaan saja) saya boleh menggunakan khidmat CST tetapi mungkin ada beberapa perkara yang harus saya let go kan seperti berbulan madu di London atau benda-benda lain. Lebih kurang begitulah ye perumpamaannya. (Oh tidak-tidak. Saya sama sekali tidak berbulan madu di London ye. Kan dah cakap awal-awal. Perumpamaan saja)



Bersama Nawal


Saya suka part ini!

PHOTOGRAPHER
Saya juga menginginkan Udey Ismail untuk merakamkan kenangan hari bersejarah saya nanti. Skill yang ada pada beliau sangat la 'wallah'. Pernah bertanyakan pakej dengan penolong beliau tapi itulah. Masih tidak mampu dengan budget ciput seperti saya ini. Macam CST juga. Boleh hire Udey tapi harus let go certain things. X pelah. Udey Ismail hanya angan-angan yang tidak tahu boleh tercapai atau tidak.


Uniknya gambar ni!. Setiap set meja ada dalam kelambu. Sangat rare


Sekali lagi saya letak gambar Puan Nawal


Yang ini pun unik tapi saya tidak pasti plastik hitam dan putih itu apa

Angan-angan di bawah ini adalah lebih kepada moden. Jadi saya mahukan gabungan klasik dan moden disatukan untuk My Dreams Wedding nanti. 


PELAMIN
Ya Allah saya rasa semua suka kot dengan satu vendor ni. Siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan, Nas Great Idea (NGI). Kalau tengok kesemua idea-idea abang Nas, masya-Allah. Hati boleh cair dan teruja! Siapa yang tak nak jika di sponsor pelamin dari NGI? Saya orang pertama nak angkat tangan! Perbualan di bawah adalah antara saya dengan tunang saya

"Nak pelamin ni?"

Angguk dengan senyuman agar si dia cair dengan senyumanku dan seterusnya dapat menggunakan khidmat abang Nas.

"Boleh-boleh. Tapi honeymoon nanti kita tak payah pergi London eh? Kita balik kampung je kasi ayam makan"

Perumpaan saja ok. Mari tengok gambar-gambar dari Nas Great Idea.


Ini sebenarnya majlis pertunangan yang bertemakan bunga sakura. Tapi saya suka kalau ini juga dijadikan tempat untuk bernikah. Colour sangat sweet


But I like this one more. Ini adalah pelamin nikah. Tapi kalau dapat pelamin macam ni untuk majlis persandingan saya pun, saya dah cukup bersyukur.

GUEST VIDEO
Kebanyakkan orang buat guest book bukan? Ye saya tau saya mengimpikan perkahwinan klasik tapi saya mahu selitkan sedikit elemen moden seperti guest video. Saya rasa inilah satu-satunya yang lain dari yang lain untuk perkahwinan klasik saya. Mahu setiap tetamu yang hadir memberi ucapan kepada saya dan dirakamkan ucapan mereka agar satu hari nanti, saya dapat mengimbas kembali kenangan sewaktu di majlis bersejarah saya. 


Letak ini di guest corner dan assign seseorang untuk merakamkan ucapan dari tetamu


TABLE CENTERPIECE 
Idea ini pun agak lari dari tema asal iaitu klasik. Saya sangat-sangat suka untuk meletak ballon sebegini di meja tetamu saya. Tapi masalahnya saya risau sekiranya belon itu meletup dan akhirnya tetamu yang hadir selepas itu  pelik melihatkan serpihan belon yang telah meletup. Kesian pula tetamu nanti kerana tiada hiasan di meja makan mereka.


RED CARPET
Jatuh cinta pertama sekali dengan ini! Sangat glowing dan meriah. (Ini juga tidak akan terjadi kerana majlis saya di siang hari.) Kalau pasang lilin-lilin ini disiang hari kan tidak berapa glowing.



Suka dengan frame-frame gambar di tepi dinding itu. Boleh letak tranformasi muka pengantin lelaki dan perempuan dari kecil sehingga dewasa.

BUNGA TANGAN
Walau apa pun warna baju sanding saya kelak, saya mengimpikan bungan tangan rose yang berwarna merah hati. Kemudian bahagian bawahnya dibalut bersama kain satin bewarna putih. Oh sungguh cantik di mata saya!



KHEMAH
Sekiranya majlis saya dibuat pada waktu malam, saya mengimpikan transparent canopy. Kemudian khemah tersebut dihiaskan dengan lampu kerlipan yang amat cantik. 


Saya rasa cukup la dengan 14 perkara dalam My Dreams Wedding. Itu pun sudah banyak. Kebanyakkan impian saya cumalah yang simple-simple saja (terutamanya bahagian klasik yang mula-mula) Tak banyak yang pelik dan luar biasa bukan? Saya fikir banyak kali juga. Nak buat impian wedding yang pelik dan luar biasa ke tidak? Tp setelah berfikir banyak kali, tajuk pun My Dreams Wedding. Jadi ke semua yang saya tulis diatas adalah yang sejujur-jujurnya yang saya mahukan. Jika saya buat entry yang luar biasa atau impian yang pelik-pelik memang akan menarik perhatian orang ramai tetapi tak apalah. Sekurang-kurangnya saya jujur dengan diri sendiri. Ye saya mahu menang peraduan ini tapi biarlah saya menang secara jujur. *bluewk* Hehe. Kalau ditanya antara 14 perkara di atas, yang mana yang paling penting. Jawapan saya dari dulu tidak akan berubah. Saya hanya mengimpikan perkara no 2 menjadi kenyataan. Pernikahan saya sudah cukup sempurna jika ayah saya sendiri yang menikahkan saya dan menyerahkan saya kepada bakal suami saya. Dan jika ditambah dengan 13 perkara yang lain, itu adalah satu bonus buat saya. Gambar dibawah adalah semasa majlis pertunangan saya.



Fairus & Ayu (130310)


Sesetengah gambar diambil dari google dan juga sini :-





Dianjurkan oleh :-








{From Ayu with ♥}

Tuesday, January 25, 2011

Wedding Preparations (Hall) Part 10

Smalam dh dpt pg tgk dewan yg tergendala nk tgk dr hr tu lg [Here] Main purpose nk tgk kali ni sbb nk tgk tmpt menunggu VIP. Ni sbb nk tgk sama ada proper x nk wat nikah kt blk VIP tu. Alhamdulillah space ok la since majlis nikah ni x brape ramai pun yg akn dtg. Tp still ada problem gak ngan tmpt ni. Ruang VIP tu ber tile. X de carpet. So mcm x proper nk suruh tetamu duk atas tile yg sejuk. Nk x nk kena letak around 3 carpet dlm blk tu. And blk ni juga disediakn sofa and meja. So, planning asalnya nk alihkan sofa ke dinding so that the elders like wan Ayu or sape2 yg x larat nk duk bwh, boleh duk ats sofa. 


Skrg ni yg masalahnya skrg ialah, nikah kt dewan ngan nikah kt umah lebih kurang sama je. Take note that Ayu lg prefer nikah kt dewan sbb dr dulu lg Ayu mmg malas nk kecah2 umah. (Actually lg prefer nikah kt masjid sbb lg senang. But since family 5rz x nk nikah kt masjid so terpaksa la cr option lain) 

Nikah Umah
  • Nk kena kluakan certain perabot kt dlm living hall to make a space for nikah ceremony.
  • Cost akn bertambah as my parents kate klu nk nikah kt umah kena nikah one day earlier. So nk bg mkn mlm lg kn.
  • After majlis nikah, kesian sedara mara nk kemas2 blk segala mcm perabot, cuci pinggan bagai (Catering utk nikah mayb msk sendiri since guest utk nikah adalah ahli keluarga saja)
  • Dh selesai nikah, still nk pk majlis keesokkan hr nya plak. 

Nikah Dewan 

  • Sama leceh jgk sbb nk kena bwk carpet dr umah ke dewan. So all the perabot still kena angkat utk lipatkn carpet tu
  • Senang sbb lps selesai nikah, terus tukar bj kt blk persalinan kt dewan n ready for the next event.
  • After semua selesai, still kena lipat blk carpet utk dibawa pulang ke umah.
  • Food wise, mayb msk breakfast saje since nikah wat pg. Breakfast ngan dinner, breakfast lg jimat. ~Ngee~~

So at the end, ayah kate sama je nikah dewan or umah. Tp Ayu dh pk2 blk, nikah umah lg byk guna cost, lg byk penat compared to nikah kt dewan. Tp tgk mak smalam, mak mcm lg prefer nikah kt umah waktu mlm. Ayu plak dh poning dok mikir psl bondo alah nih! Bila discuss ngan 5rz, 5rz ckp ikt jela mana parents Ayu rasa lg senang. So smalam dh voice out my opinion. And Ayu jgk dh remind mak utk pilih tmpt nikah cepat sbb dewan ngan umah Ayu lain2 state. Ayu nk pastikan yg Ayu ni nikah kt KL ke Selangor. Sbb nk kena g ambik borang nikah bagai next month. 

Psl depo dewan plak, ayah kate nnti dh dekat2 tarikh br byr depo. Hmm x pelah since uncle yg in charge psl dewan tu kate mcm tu. Malas dh nk pk. Sgt complicated hal kawin Ayu ngan dewan ni! Bkn kah perkahwinan dlm Islam sepatutnya sesuatu benda yg mudah? Ke sbb Ayu yg pk complicated sgt? Hurmmm.... 

So, in summary I would say, sanding venue dh booked even tho depo byr last2 nnti. Date sanding settle. Yg x settle tmpt nikah (either umah or dewan), date nikah and state mane Ayu nikah nnti sbb document pntg tu nk kena prepare dh skrg ni. 

{From Ayu with ♥}

Monday, January 24, 2011

Wedding Allinie Mirna

Another ex classmate's wedding. Masya-Allah this wedding was not-so-long ago. Dlm bln December last year if I'm not mistaken. But being me, biasalah. Terkedek-kedek nk update about this wedding thingy. Sbb nya nk tggu gmbr dr 5rz punya la lama. That's why. 


Well actually for this wedding x ramai pun kwn sekolah yg diajak sbb the rest Allinie ada ajk time belah laki punya side. I went to bride's side. Mmg janggal klu pg wedding yg kte x kenal sape2 except the bride/groom. This wedding was held at Dewan Merak Kayangan, Felda at night. Please. No offense ya. I don't really like going to a formal weddings (night weddings) It's because it's so complicated for me even from the very beginning. Normally this kind of wedding mmg kena kira and confirmkn pax ramai mana because of the seating plan and so on. So mcm nk ajk ramai kwn pun rasa cam terhad sgt. And sometimes, kte kena pki something yg dh ditetapkan oleh pihak pengantin which was so hmmmm. For me, as long as you can wear something nice and be part in my special event, dh alhamdulillah. Some more you all kena tggu pengantin dtg, berucap bla bla bla, merenjis bagai, then br you dpt mkn. Oh no no no. Sakit jiwa lah wat wedding2 formal mcm tu. But then again this is just my opinion. No offense to those yg adakan wedding mcm ni. Even tho Ayu x brapa suka ngan formal wedding mcm ni, tp ada baiknya jgk. Because once dh sudah mkn, guest dh boleh beredar. Kira majlis selesai. X payah nk tggu guest2 terakhir. Got what I mean? Depends la klu nk g wedding2 mcm ni. Ikt mood gak. Suka klu diajak (kadang2 terhegeh hengeh nk suruh org ajk. Haha) tp paling x kenan klu ditetapkan nk kena pki bj ape and time tggu turn nk mam. Unless klu Ayu mmg dh kenyang time tu. Hehe. But then again so sorry klu ape yg Ayu ckp ni menginggung perasaan mana2 pihak. Mana la tau. This is just my two cent now. Tup2 later on Ayu plak wat wedding mcm ni? Ha kn dh kena batang hidung sendiri? *kuang*kuang*kuang* Oh I'm glad that wedding Allinie ni x byk sgt protokolnya. Alhamdulillah.

So anyway, (pnjg betul mukadimah kt atas tu!) Ayu smpi after maghrib. Msk2 mmg dh ada seating plan. So Ayu duduk kt bhgn cam org2 besar. Yg lain2 Ayu x kenal so bedal jela. Dok ngan org besar pun lantak la. Janji org dh jemput, kte dtg, mam and say congrats to pengantin. Settle.





Sempat check score bola

Ok dh kate event wat kt Dewan Felda kn? For sure mknan pun x lain x bkn from D'Saji. What I like most about this catering was the teh tarik. Mmg paling besh lah! Tp Ayu dh pusing sana sini dok cr the famous teh tarik dia but, to no avail. Mmg x de rezeki nk rasa. Dh lama x rasa teh tarik D'Saji. Teringin plak. 

Psl desert plak. Diaorg mmg slalu kasi ice cream ngan tapai. Huwaaa. I'm the one who doesn't eat tapai. I only ate the ice cream and the tapai was left alone. 5rz pun x larat nk abis kn tapai Ayu. Rasa cam nk mintak ice cream je without tapai tp malu la plak.



Before


After. The tapai was left alone. *sobs*sobs*


The dais

Look at the bunga manggar. I love the fact that the bunga manggar diletakkan di belakang pelamin. Rasa cam unik je. X mcm slalu org bwk mengiringi pengantin or letak kt pintu gerbang. Mcm nk wat cam ni jgk but the thing is, mcm mane nk stand kn bunga manggar tu eh? I mean letak dlm pasu ke or mcm mane? Any idea?

ps :// Sorry no picture with bride and groom. To Allinie, you look so gorgeous that night. I really love your veil dear. Pnjg x pnjg sgt. Just nice. Semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga ke syurga, insya-Allah, Amin.

{From Ayu with ♥}

Friday, January 21, 2011

How Do We Met | Part 3

Okies sambungan entry sebelum2 ni. [Here] Sorry lmbt nk post. Actually dh lama siap. X publish je.  

Korg bayangkn eh, Ayu ni duk la menunggu saat dia ckp dia suka kt Ayu. Actually byk kali dia ckp dia minat Ayu but at the same time, dia duk cite psl ex dia x abis2. Kadang2 Ayu luahkan perasaan Ayu kt 5rz psl ni. By the the way, 5rz mmg tau Ayu minat one guy ni and dia kate dia x kisah pun klu Ayu nk cite ape2 psl mamat yg Ayu admire tu. Every time Ayu luahkan perasaan Ayu kt 5rz, 5rz slalu setia mendengar. Dia x pnah nk burukkan laki yg Ayu suka. Dia slalu kate

"Entah. No komen. Suka hati Ayula"

Jawapan selamat. Dipendekkan cite (brape byk kali pendek ntah tp x pendek2 gak cite kau ni!) lama kelamaan, Ayu suka dgn sikap caring yg 5rz tnjk kt Ayu. Ayu mmg sukakn mamat kt tmpt Ayu practical tp perangai dia wat Ayu x brape berkenan. Suka sbb dia handsome and cute and at the same time dia mmg minat ngan Ayu. Cuma slalu dok kenang2 ex gf dia. 5rz plak x la brape handsome (hehe jgn marah ye) tp hati baik yg dia ada wat Ayu terpikat. So, bila bln2 terakhir Ayu practical, Ayu dlm delima. X tau nk pilih mana satu. Sama ada nk terus single, continue terhegeh hengeh kt mamat yg x brape nk layan Ayu or just terima lamaran 5rz.

I still stay single for quite some time. Bila masa yg Ayu betul2  sure suka kt 5rz pun I'm not so sure. Walaupun kami bkn gf and bf, tp kami slalu hang out sama2, jog and play badminton sama2. Cuma msg and call tu x brape sgt la. Biasa2 je. Until one fine day, kami klua tgk wayg and if I'm not mistaken time tu kami tgk cite The Fantastic Four (not sure no 1 ke 2 ntah). On the way back, kami sggh tmpt biasa kami jog, Taman Tasik Titiwangsa. Time tu eye on Malaysia still ada but now, no more already.

So entah kenapa mlm tu Ayu rasa masya-Allah! Sayangnya la kt 5rz ni and dlm hati Ayu berkata

'klu dia minta couple, I will say YES!'

Tp tp tp. Si 5rz ni x de ckp pape pun. Diam je. Dia dok cite psl benda lain. Yg Ayu plak dok tersengeh-sengeh, senyum2 dgn harapan 5rz tergoda. Sudah! Last2 agaknya dia dpt baca hint Ayu kot.

"Ayu ni........... sebenarnya dh boleh terima 5rz ke?"

Ouchh sggh malu time itu. Senyum smbl berkata

"5rz rasa?"
"Entah"
"Agak2 la"

Sudah! Kte org pompuan ni klu dh malu2 cam tu pastu dok layan laki tu then boleh plak every week klua jog ngan laki yg sama, of course la kan kte suka dia? Hehe. Then he replied

"5rz tgk Ayu ni dh mcm boleh terima 5rz kot?"

I can't recall what happen next (ecece mcm org2 yg dh kawin nk cite suspend mlm pertama plak. Sudah2!) X de what I mean was, I couldn't remember the exact word yg I replied to him.

And on 20062007 (20 June 2007) at 2145, we officially declared ourselves as girlfriend and boyfriend. 20062007 adalah sama hr yg Ayu tgk wayg tula. Mmg x planning pun nk ambik tarikh mcm tu utk declaration. Tup2 hati dh suka. After about 6++ month (ke 6 month ++? Mana satu english yg betul ye?)  5rz try ngorat Ayu, akhirnya I'm falling in love kt dia jgk. Hehe.


This is where we declared. Same spot and same chair. Cuma view eye on Malaysia dh x de

Lebih kurang mcm tula cite on how we met and fall in love. 5rz pnah ckp, Ayu la satu2nya perempuan yg dia sungguh2 nk. B4 ni once pompuan tu reject dia, dia akn cr lain. But when it comes to me (ni 5rz ckp k bkn I yg ckp) dia rasa lain. Walaupun 2 kali minta couple asyik kena reject je, tp dia x putus asa. Dia kate makin Ayu jual mahal, makin dia suka.

Dan sekiranya dulu 5rz bkn la sesiapa di kaca mata Ayu, kini dia segalanya. Dulu dia x handsome di mata Ayu tp skrg, 5rz sgt handsome di mata Ayu! Jd benarlah kate org. Bila dh sukakn seseorg, ape yg kte x suka dulu, kte akn suka and sayang kn?

So, here's the summary on how we met




{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...