Showing posts with label Weddings Around the Globe. Show all posts
Showing posts with label Weddings Around the Globe. Show all posts

Monday, January 16, 2017

3 Hari 3 Malam Di 3 Negeri: My Nyah is Married!

Assalamualaikum.

Ini cerita tahun lepas (2016).

My one and only nyah dah kawin! Yeay! Alhamdulillah all went well. Kan hari tu dah cerita pasal dia tunang. Ini dia kawin plak. Ada satu hari tu punya I berdebar bila dapat text dari Lina saying that dia ada nak minta pertolongan dekat I. I pun dok la fikir pertolongan apelah yang dia nak kan? Rupa2nya dia minta tolong I jadi maid of honour dia untuk bersanding. Tapi dia x paksa sebab dia pun tau yang I ada 2 anak & suami nak kena jaga. Tapi yang buat hati I cair was her text sound something like this

'I dari dulu memang nak sangat you jadi pengapit I'

Inilah satu2nya gambar kita berdua je ha. Tak ingat lansung nak snap banyak2.

Gitu. Terharu I nyah. So I pun discuss ngan 5rz and surprisingly, 5rz izinkan. I dok fikir dia x kasi sebab nanti macam mana dia nak handle 2 kids? Dah 5rz kasi, I pun ok jela. Lina apetah lagi. Memang dia sukalah. 

Bila tiba hari yang dinanti, kami bertolak dari KL-Penang kul 3.30 pagi. I have to be there at 7 am sebab I dah janji dengan cousin 5rz suruh make up kan I. Majlis nikat at 10 am but Lina don't need me at her nikah time. Maksudnya, dia perlukan I time sanding yang penting. Tapi I seboleh-boleh nak tengok juga Lina nikah. Bila dah sampai dekat dewan, I terlambat sikit je. X sempat nak tengok saat akad dilafazkan. Tapi x pelah. Janji dah sah. Masa time Lina salam2 tetamu, I pandang dia tapi dia pandang I sekali imbas je. I tau dia sure x perasan I sebab I make up. Haha. (Nak cakap make up I cantik sebenarnya. Eh memang cantik pun) Last2 Lina pun perasan I. Cium peluk segala then dia blah. I ngan anak2 & 5rz makan dulu since makanan pun dah dihidangkan. I at least nak tolong settle kan anak2 sementara Lina x perlukan I. Bila dah siap makan, I cam terpinga-pinga sebab I don't even know what room did she stay in? Suddenly my partner (pengapit lelaki) came to me and said

'Ayu kan?'
Angguk
'Ha nanti dalam pukul 12 macam tu naik bilik Lina lah'
'I x tau pun bilik dia nombor berapa'

Bla bla bla oklah. Then I decided nak check in terus sebab apa, senang 5rz & anak2 ada dalam bilik. Dewan bawah tu je. Fyi, hotel dengan dewan ni sama tempat. Memang sengaja booked dekat situ sebab senang kot2 5rz & anak2 nak turun naik bilik. Before 12 nak check in, padahal check in kena kul 12. I just try my luck & alhamdulillah pihak hotel kasi check in awal. Lepak2 dalam bilik then Lina called suruh siap2 naik bilik dia plak. 

Sepanjang I jadi pengapit ni, I x tau la apa patut I buat. Pengapit laki tu berpengalaman ok. I wat biasa je sampaikan I pesan kat Lina

'Nyah. You bagitau eh ape I kena buat'

Yela sebab Lina dah ada pengalaman jadi pengapit I masa I kawin dulu. Hehe.



I like this picture. It's like I membebel sorang2 then Lina like 'nyah, shut up!' Gitu


On the way for outdoor photoshoot




Alhamdulillah semua pun berjalan lancar. I ikut juga Lina pergi outdoor since she need me. Itu pun nasib juga 5rz izinkan. 5rz memang jenis x kisah pun cuma I lebih2 takut dia x boleh handle 2 kids. Of coz I know he can tapi biasalah perasan mak2 ni kan?

Habis outdoor, get ready anak beranak, freshen up semua then kami keluar makan. By kami tu bukan I dengan Lina. I, 5rz & anak2. I memang nak nasi kandar. So kami try nasi kandar dekat tempat yang kami x pernah pergi, Syed Bistro. Tak la sedap mana. Sedap but I had better. Lepas makan balik hotel then tidur.

Esok kami check out and singgah rumah arwah tok 5rz lepak2 kejap. Petang dalam pukul 4, bertolak ke tempat lain pula. Itu next entry, insya-Allah.  
  
{From Ayu with ♥}

Monday, February 17, 2014

Cendol Leman Dawi

Kalau x silap Ayu, kisah cendol Leman Dawi ni pernah masuk Majalah 3. Went there without planning pun. Plan asal sebab kami balik kampung ayah untuk kenduri sedara. Balik hari je. Wedding sangat meriah. Dah lama x tengok orang kawin dekat kampung. Semangat gotong royong sangat. Semua buat sendiri. Paling meriah was the bride and groom berarak guna kereta kuda. Aaaa like a fairy tale sangat! Love love love! 



X paham kenapa aku x putih, sebab mak ngan Faris putih. Mak kluakan aku, mungkin putih pada mulanya tapi aku lasak berjemur kot dulu? Yang lagi pelik, 5rz ngan aku x cerah mana, Faris putih? Ape2 pun alhamdulillah. Saje nak kasi caption pepanjang.

Lepas makan, singgah kampung untuk solat then otw ke rumah mak chu plak dekat Nilai. But before that, singgah makan cendol dekat Leman Dawi ni. Besar gerai dia. Gerai dia tepi2 jalan je. 

Nah number phone semua ada tu ha

Ape yang bestnya dengan cendol Leman Dawi ni? Kalau kita nak tambah cendol lagi, it's free! Tambah la brape kali pun, kita hanya bayar sekali saje! Best kan? Bukan takat tambah cendol je free, tambah ais, tambah gula, semua free. 

Ini Leman Dawi

Dalam bekas biru tu ada ketulan ais. Botol merah, gula and there's air cendol. Free je. Bayar for 1st mangkuk only.

Sedap x cendol dia? 
Honestly, Ayu pernah rasa yang lagi sedap. Biasa2 je cendol dia. Tapi untuk hilangkan rasa dahaga dengan cuaca yang panas kat luar tu, boleh la.  

Ini contoh cendol dia tanpa letak gula melaka lagi

Berapa satu mangkuk?
RM 2 sahaja.

Selain cendol, ada ape lagi dekat sini?
Masa Ayu pergi tu, ada cendol jela.


Masa kita orang datang hari tu, Leman Dawi tu ada and he assist us as well. Leman Dawi ni peramah. Siap tanya dari mana then kalau kita cakap dari mana2 pun, mula la dia bagitau jarak from A to gerai dia la, bagitau jumlah penduduk dekat kawasan kita la, berapa banyak lelaki and berapa banyak perempuan dekat kawasan kita la etc. Surprisingly semua fakta tu betul as to date fakta tu diambil lah. Dia hafal semua! I guess la sebab dia ada tunjuk bukti fakta2 tu dekat my SIL. 


Menunjukkan fakta2 kepada my SIL

For those yang x pernah rasa lagi cendol Leman Dawi ni, sila la ke kampung den kek Nogori Sembilan tu yo? 


{From Ayu with ♥}

Wednesday, January 29, 2014

Cousin Wedding - The Groom's Reception

Last post pasal wedding cousin yang satu ni. Was held on 28th December 2013, Ayu bertugas untuk bagi door gift to the tetamu. Ok dekat sini groom bukan pakai uniform baju police dia tu sebab dia nak juga merasa pakai baju pengantin yang betul2 punya. Once in a life time kan?

Sebelum tetamu ramai, tangkap gambar dulu. Karang dah sibuk susah

Faris macam biasala kan
5rz layan Faris while me?
Jaga pintu masuk. Haha :D
Me with my lil sis. My baju disiapkan dalam masa 1 minggu saja. *clap*clap*clap
Then comes the newly wed. Bride nampak macam Nelydia Senrose x?
Kan?
On that day jugak, kami buat surprise birthday to the groom's mother, my mak teh. Ayu datang lambat sebab nak ambik cake before that. Menangis mak teh ada kejutan untuk dia. Her birthday was on 29th December but we celebrate it a day earlier. 

At last dapat gak bergambar dengan pengantin. Hehe

Faris duk tunjuk2 pengantin laki sambil cakap 'ayah, ayah' Dia teringat gambar yang tergantung dekat rumah agaknya.

Our family. Missing along and his family tho


Ok dapat la satu gambar Faris pandang kamera
Nak jugakkkkkk
The theme for the groom's reception was obviously gold!
Untuk groom's reception ni pun, Ayu suka semuanya especially hall dia. Soooooo beautiful! Garden theme.


B2B out there, this is Dewan Prima LJT by the way. They got the full package here.

Balik tu semua terjun pool. We really had fun fun funny time. 



{From Ayu with ♥}

Tuesday, January 28, 2014

Cousin's Wedding - The Bride's Reception

The bride's reception was held on the 25th December 2013. X-mas Day. It was at Dewan Sri Siantan, Putrajaya. First time masuk Dewan Sri Siantan. Besar and cantik. Me like! 

Biasala aktiviti Faris.

Yang ni dah macam tengah bersanding la plak

Yeah lari dan lari lagi

Since we all family pengantin lelaki, dapat duduk depan skali. VVIP seat. 

Duk main ketuk2 sudu garpu atas meja tu. Lasak betul la dia ni. Tapi happy tengok dia seronok.

Satu yang Ayu x faham tentang reception ni was why the groom (our cousin) wore pakaian rasmi dia tu? (police uniform) Kalau x silap Ayu la, patut the groom pakai time groom's reception la kan? Ni belah perempuan plak although I know that the bride's father ialah police. Kaitan? Entah. 



Suka sangat dengan dress pengantin



Menantu and mak mertua. Macam sama kan?

Everything at the reception was so nice. Pastu ada tarian zapin. Oh I love zapin. I was a zapin dancer before. Skali tu jela aku menari zapin pun. What I love about zapin was dia banyak main dengan kaki and for me yang tangan x lembut gemalai ni, memang sesuai la ngan zapin. Zapin, kaki kena kuat. Ye ke? Entah la. 

Hari tu dah cakap nak tangkap gambar ngan pengantin kan? Kali ni still x dapat lagi. Huwaaaa :( X pela last choice was dekat groom reception la nanti kita try. 

Tengok sanaaaaaa

Pengantin lama

At the bride's reception, we were told to wear green


{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...