Thursday, May 31, 2012

First Day of Work

Isnin baru2 ni, Ayu dah start kerja balik. Oh beratnya hati nak tinggal kan Faris. Semua kena siap awal2 pagi sekarang ni. Nak hantar Faris ke rumah MIL lagi. Dengan jammed lagi. Nak siap2kan EBM Faris lagi. Macam2 lah!


Saw this at the white board. Auww missing those moment

Masuk2 kerja je, my boss dah suruh attend meeting itu ini. Adoi! Just imagine. I come back to work on Monday, and on Wednesday tu kena attend meeting. Ala attend je kot kan? Memang la attend je, but I was the secretariat for Deans Meeting. So, for sure I have to collect all the documents to be ready. And at the same time, my boss also asked me to become the MC for Staff Gathering on Tuesday. FYI, we had Staff Gath on monthly basis. 

Luckily the Staff Gath was postponed to next week which I still have to be the MC for the event. Oh my. My lidah will be twisted la cakap omputih macam ni. Soon or later, my time will come to be the MC jugak. We all rotate. Dato president nak kasi exposure for the staffs in public speaking. Ha gituw! Tapi, confident level saya tak tinggi! Nak jadi MC cakap bahasa ibunda pun dah takut, apetah lagi nak speaking London? Tulun saya!

Anyhow, tak apelah since my boss dah suruh I jadikan? She can appoint other staff under her department but ya, the rest memang stubborn (my boss sendiri cakap!) I know la I boleh diharap. *ahaks*

Itula cabaran minggu pertama masuk kerja. Macam2 dah kena buat.

{From Ayu with ♥}

Monday, May 28, 2012

Wedding Cousin, Nana

Antara banyak2 cousin 5rz, Ayu rasa Ayu paling rapat ngan Nana. Maybe sebab umur sebaya. So banyak cerita yang boleh dibualkan bersama. Alhamdulillah, Nana dah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati beliau. Amboi, tarikh nikah pun dekat2 je ngan kiteorang. Ayu nikah 14 May 2011 and Nana on 17 May 2012. Next year boleh la celebrate anniversary sama2. 


Di hari pernikahan beliau


If I'm not mistaken, Nana selamat dinikahkan dengan sekali lafaz. Kalau tak silap la sebab Ayu dalam bilik tengah breast feed Faris. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun tok kadi lambat datang. Tunggu la pengantin lelaki dengan penuh debaran. Hehe :p



Faris, Faris. Kenapalah tak suka ambik gambar macam ibu?


Then hari Sabtu pulak adalah hari reception. Reception diaorang pun sama macam kami punya reception dulu. Combine both bride and groom side. Senang cite, banyak persamaan la antara kami. =)

Sorry Faris. Ibu tak perasan mata Faris tertutup. Haha :D



Bilala nak dapat family potrait yang lawa ckit ntah


This cute girl dari family belah lelaki. Pinjam jap sebab chumel amat!!!!!!!!


Nana, your wedding was so beautiful. All fresh flowers you guna. Dari pelamin nikah, ke pelamin reception, walkway, arch, center piece, semua guna fresh flowers! Suka! :D My habit bila dah ke kenduri orang yang guna fresh flowers ni ape lagi? Curi la flowers2 nya. Dah kata sedara sendiri. Fresh flowers pun daripada buang baik ambik simpan kat dalam bilik. 


After majlis reception selesai, I was the first person yang start petik2 fresh flowers untuk dibawa balik. Then bila Ayu dah start, orang lain pun ikut sama. *hiks*hiks*


Dapatla 2 pasu penuh ni letak dalam bilik Ayu.


Thanks Nana! Kalau nak tunggu 5rz kasi bunga, memang bertahun la kan? Haha :D Enjoy your honeymoon k?


ps://Hari ni first day kerja. Sedih! :'(  

{From Ayu with ♥}

Wednesday, May 23, 2012

Reunion 3 Ketul

Kejadian berlaku last 2 weeks when 1 of the member ajak untuk bertemu after 10 years tidak ketemu. Bincang2 semua dalam fb. Tapi biasalah, bukan senang nak gather together all in one. Masing2 dah ada life sendiri. Yang duduk jauh, ape ntah lagi kan?

Ili sorry gambar you tak de masa ni sebab dia masuk time form 5. This is time form 4. Cuba teka mana saya? FYI, cikgu tu adalah seorang penulis novel yang nama samarannya ialah Anis Ayuni. (Nak jugak ambik nama den kan) Pernah baca tak novel beliau?

Kalau nak tunggu semua free, memang tak dapatla kan? So, kita ikut majority jela. Antara cadangan nak berjumpa yang dibuat adalah :

  • Reunion je kat kenduri Hadi, who will become a groom this coming Sunday. Selalunya kalau kenduri kawin ni, orang jarang missed. Betul x? I'm ok with this one since Ayu pun dah remind 5rz nak g wedding dia. FYI, Hadi pun kawan 5rz. We both in the same school remember? Cuma Hadi class lain and 5rz class lain.
  • Hadi plak (bakal pengantin tu le) ajak 1 night stay dekat PD. This one Ayu lagi suka! Lama tak ke PD. Dah berangan dah nak booking duk kat chalet ape yang ada private pool tu?
  • Gather wat makan2 dekat umah Ayu. Eh2. Kenapakah umah den? This one Ayu malas sikit sebab malas nak masak, kemas segala bagai. 
  • Gather dekat Fullhouse, Wangsa Walk. Fine for me. 


Last2, majority vote yang last sekali tu. Gather dekat Fullhouse. Ok dah set time semua bagai. Alih2 3 orang je yang datang. Tahu tak berapa ahli keluarga dalam kelas kami? 12 orang sahaja. Terima kasih. 12 orang je pun susah nak buat reunion. 


Faris menangis oii


Semua tak ready. Dengan Faris nya duk meronta-ronta

Sian Faris berpanas

Sibuk plak ada orang lalu lalang


I'm not mad to all yang tak dapat hadir. Sesetengah orang tu, adalah. Ada yang macam mengelak pun ada. Macam nak mengasingkan diri. Yang tertukar time pun ada. Orang janji petang, diingatkan pagi. Hai la korang.

Tak apelah. 3 orang pun 3 orang la. We still have fun cathing up. 2 of them dah kawin and alhamdulillah dah ada anak dah pun. Sorang lagi bila ye Nurul Ili? Ngee~~ 


{From Ayu with ♥}

Tuesday, May 22, 2012

Dicucuk Banyak Kali

Masa dalam labour room, Ayu dicucuk banyak kali dekat tangan. Tangan kiri 3 kali and I lost count on my right hand. Dicucuk sebab nak masuk air and bagai. After a few days, tempat yang dicucuk tu jadi lebam! 

Nampak tak berapa lubang semua tu?


Actually Ayu tak paham kenapa nurse kena cucuk dekat bahagian depan. Bahagian belakang tak boleh ke? Bahagian depan Ayu, memang susah nak nampak dia punya line. Kalau bahagian belakang, nampak clear. 


Dalam labour room tu saje nurse dok bising2 cakap tak jumpa line la bagai. Bila jarum dah masuk, kejap2 lagi, terbukak balik drip air tu. Tu yang kena cucuk banyak2 kali tu.


But, no matter how many times Ayu dicucuk, dah sebati dah. My contraction's pain mengatasi segalanya, remember? Sakit bersalin ni ikut rezeki masing2. Ada orang, letak ubat nak buang air besar tula yang paling menyakitkan. As for me plak, ubat tu tak sakit lansung. Ada orang, masa nak jahit baru rasa sakit.


Contraction's pain, VE, masuk ubat buang air besar, cucuk masuk epidural, cucuk drip air,  time nak push, kena potong sikit bahagian bawah tu, keluarkan uri, keluarkan darah lebihan, jahit bahagian bawah and last sekali check jahitan a week after delivered. All of this Ayu dah rasa and yang paling sakit adalah sakit contraction! Bukan sekejap menahan sakit contration, lama oiii. My case, 1 setengah hari!


Sakit tak nak bersalin ni? Most of my friends tanya Ayu soalan ni. Sakit!!!!! I'm not gonna lie to you by saying, oh x sakit la. Sakit kejap je. But trust me, after baby dah keluar, lega ya amat. Percayalah! 


Lebam after a few days. Now dah ok dah :)


Pap Smear tak wat lagi sebab takut! Kena wat ke? Tak buat tak boleh ke? Anyone?

{From Ayu with ♥}

Monday, May 21, 2012

My Little Hero

Assalamualaikum.

Rasanya Ayu tak pernah tunjuk lagi gambar anak Ayu kan? Tunjuk gitu2 je adalah kan? Anyway, presenting my little hero, Muhammad Faris Adha bin Muhammad Fairuz. We just called him Faris. Inilah rupanya anak ibu yang ibu kandung selama ni. 

Fresh dari labour room


27th March, hari ke 4 and also on my birthday


Hari ke 25. Rambut dah terpacak :D





Kekenyangan after menyusu

Faris x brape pandai peluk bantal. Ni kejap je ni.


Everytime jumpa dengan orang ramai, slalu je orang cakap macam ni


"Eiii lebatnye rambut"
"Ha'ah memang lahir2 rambut dia memang lebat macam ni"
 
{From Ayu with ♥}


Friday, May 18, 2012

Rutin Berpantang

Ni adalah some of the meals yang Ayu ambik time berpantang. Macam Ayu cakap. Ayu ni tak brape pantang sangat. Makan je. Janji bukan benda sejuk and pedas. Selalunya jadualnya macam ni

0700-0800 : Siap2 mandikan baby. Then susukan baby. After baby dah kenyang, baby akan tidur. Time baby tido nila Ayu akan siapkan diri sendiri dengan mandi herba.

0930 : Kadang Ayu breakfast dulu, kadang Ayu berbekung dulu. Tapi herba tea Ayu consume every breakfast and dinner.


Kadang pagi tu mkn roti 2 keping kadang mkn milo cicah biskut.

Herba tea from Tanamera

1100 onwards : Ayu akan wat apa kerja yang tertangguh. Tapi tidaklah buat kerja berat2. Selalunya Ayu buat laundry la. Yela kalau dulu kena wat laundry sendiri dengan 5rz je. Tapi sekarang dah kena wat laundry untuk baby sekali. Kalau tak buat laundry, Ayu akan pump sambil tengok tv/internet.

In between tengah hari tu, baby akan bangun untuk susu and tukar lampin. Lepas kasi susu, macam biasa baby akan sambung tdo. Time baby tdo nila kadang Ayu ambik masa untuk tdo sekali or kalau Ayu tak tdo, Ayu akan main internet/lipat kain or tgk tv.


All the hitam2 tu adalah lada hitam

Ni daging masak kicap. Hentam saje

Ikan kukus dengan lobak putih

That halia tu Ayu dah boleh mkn gitu je. Halia and lada hitam untuk hilangkan angin dalam badan

Nak juga makan ayam. X kira

Before Maghrib and after 5rz balik kerja, Ayu siap2 nak mandikan baby. After baby dah mandi, baru Ayu continue mandi herba. But this one depends jugala. Kadang Ayu mandi dulu baru baby mandi. After that Ayu dinner together with minum teh herba. 

By 2100 - 2200 hours, Ayu dah start nak tdo. 

Lebih kurang macam tula jadualnya. Sejak ada baby ni, tdo pun dah kena awal. You must sleep when your baby is sleep. Dengan cara tu barula korang dapat rest. Tapi kalau baby tdo, kita pun tdo sama, kerja rumah yang lain siapa nak buat ye tak? Lainla kalau korang ada maid.  

{From Ayu with ♥}

Wednesday, May 16, 2012

Baby Expo at Mid Valley

Rata2 Ayu dengar expo kat Mid Valley kali ni best kan? Semua hall dia bukak. Ayu pun puas hati sangat dengan expo kali ni. Banyak benda gak yang Ayu beli. Mostly barang for my baby la. Untuk Ayu ada 1 je.

Chumel je patung ni
For every expo, matlamatnye untuk borong seberapa banyak pampers yang boleh. Kalau dapt MamyPoko lagi best. MamyPoko memang sangat sesuai dengan kulit my baby. Dulu Ayu pnah mention yang selain MamyPoko, Huggies pun sesuai ngan my baby. But lately ni, Ayu x berapa minat plak ngan Huggies. Dia cepat bocor. Tapi ruam2 memang x de dekat kulit my baby. It just that, Huggies cepat bocor. Kadang tu sampai terkeluar bagai. After this no more that brand.


Beside MamyPoko, banyak gak brand pampers lain yang participate dalam expo kali ni. Antara yang menarik minat Ayu was jenama baru, Whoope. Cantik rupanya pampers Whoope ni. Warna purple lagi. Insya-Allah nanti nak try. Expo hari tu saje, Ayu bolot 10 pax MamyPoko saiz S. Insya-Allah boleh tahan sampai bulan 7 kot? Next expo bulan 7, so hopefully MamyPoko ada gak kat expo tu nanti, amin.

{From Ayu with ♥}

Tuesday, May 15, 2012

First Anniversary

Tak sempat nak publish post ni smalam. Duduk simpan je dalam draft. Anyway, alhamdulillah, semalam genap setahun usia pernikahan Ayu and 5rz. 




Harap pernikahan kami ni, akan berkekalan hingga ke syurga, insya-Allah, amin. Dan sepanjang perkahwinan kami, hadiah paling bermakna yang both of us received, semestinya seorang anak. Syukur pada-Mu ya Allah.





ps://Semalam celebrate anniversary dengan mengemas bilik + buat laundry. Haha. :D

{From Ayu with ♥}

Thursday, May 10, 2012

Baby Expo

Who's going to Baby Expo starting tomorrow? Me going tomorrow and my SIL said MamyPoko will be there. Yeay!  Check out the price here.


Semestinya nak borong pampers and some of my baby's stuffs. Wee~~




Gambar kat atas tu adalah hari pertama keluar jalan2 after pantang. Pulun habis. :D

{From Ayu with ♥}

Wednesday, May 9, 2012

Set Berpantang

Ayu berpantang tidaklah ketat sangat macam orang dulu2. Macam tak berpantang pun ye gak. Set berpantang pun Ayu baru beli like 2 weeks after I delivered my baby. Well at least better late than never. Haha :D Ayu gunakan set berpantang Tanamera. 


The package

Inside

Buku ni lebih kurang macam buku instruction on how to use the postnatal set


Benda yang Ayu paling tak suka time berpantang ni adalah berbekung. Rimasnya lahai! Ayu cuma berbekung selama 2 minggu je. The rest dah malas! Sebab dah selalu sangat berbekung, Ayu dah boleh pakai bekung tanpa bantuan orang lain. Selalunya 5rz yang akan tolong Ayu untuk ikatkan bekung. Tapi time 5rz kerja, Ayu la yang pakaikan sendiri. Bekung ni yang rimasnya sebab nak kena letak herbal paste dekat perut. Then lapik satu kain bersih so that bekung kita nnti tak kotor. Then ikat bekung tu dari paha ke perut. Bila nak pergi toilet nnti, just naikkan bekung yang bahagian paha tu. Agak complicated juga la. Tu sebab Ayu paling tak suka nak berbekung. The rest time pantang semua ok.


I got all of this for RM 370. Postage included. Actually is RM 360 tapi Ayu request nak cepat, so kena top up another RM 10

{From Ayu with ♥}

Monday, May 7, 2012

The End of 44 Days

Alhamdulillah selesai sudah 44 hari Ayu berpantang. Pantang ke? Ayu pantang juga cuma tak la pantang ketat2 sangat. Gitu la. Anyhow, weehoo dah boleh klua jalan2 and do some shopping! Wee~~~



{From Ayu with ♥}

Wednesday, May 2, 2012

Huggies On Sale!

I know bulan ni on 11-13 May ada Baby Expo kat Mid Valley. But that one bukan under tce which mean MamyPoko maybe tak de. Ingatkan next week punya expo under tce, rupanya bukan. If I'm not mistaken, next tce punya expo will be on November. Lama lg tu. 

Anyway, selain MamyPoko, Huggies pun agak selesa for my baby. Kebetulan Huggies ada sale la dekat Jusco or nama dia sekarang dah tukar ke Aeon. Tak tau la Jusco kawasan korang ada sale ke tak but kat area Ayu (Jusco AU2) ada.

Harga for newborn RM 26.90. Kira RM 27 la. Murah dah tu. For S size pun same price. This promotion until esok ye. So, hurry up! Ayu pun ingat nak suruh 5rz pergi beli balik kerja nanti. 

Pic stolen here

ps:// Entry ni ditulis time tengah breastfeed my baby. Guna one hand only. Ceh! Dah terror you alls :p

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...