Friday, June 29, 2012

Malam Pertama

Amboi tajuk wat suspend je.  Smalam 5rz berangkat ke Sabah sampai la hari Isnin depan. Flight dia petang dalam 1840 hours cam tu. Both of us half day. Ikutkan, Ayu tak nak pun apply half day. Tapi bila fikir balik, kesian isteri tak hantar suami outstation. So, ambik la half day. Itu pun lepas 5rz ambik Ayu kat office, kami sibuk uruskan urusan lain plak. Daripada 5rz nak tukar jeans before ke airport, terpaksa la pakai je seluar kerja sebab dah lambat sangat2. Kelam kabut dibuatnya. Itu pun tak sempat nak peluk dia. Eh? Sebab segan depan family in laws. Keadaan tergesa-gesa. Sempat salam cium pipi jela. *sobs*sobs*

Jadi, bermula la malam pertama Ayu tanpa suami disisi. Malam sebelum 5rz berangkat tu, I said to him

"Selama kita kawin kan, ni la first time kita tido berasingan kan?"
"X la. Sekarang pun berasingan jugak. Ni."  sambil tunjuk Faris yang ada kat tengah2 katil antara tempat tido Ayu and 5rz. >.<

I thought I can do just fine without him but huwaaaaaa..... Rasa kehilangan sangat! Menangis tahu tak? Tapi x menangis depan dia. Menangis after he left. Then cakap sorang2 ngan Faris

"Ibu rindu ayah la Faris. Malam ni Faris teman ibu tido eh?" sambil air mata meleleh-leleh. :'(

Barula ku tahu peritnya long distance dengan spouse. Nasib la sampai hari Isnin je. Bila dah berjauhan ni, kami kembali ke zaman bercintan cintun dulu. Sms, call lama2 menghabiskan kredit. At least berjalan la juga kredit tu. Kalau tak beratus-ratus simpan kredit tu. Yela dah kawin. Nak cakap ape cakap je senang. Dulu time sebelum kawin, kadang top up RM30 pun x cukup untuk sebulan. Ini, bila kredit tu guna bila perlu je, ha jadila beratus-ratus dalam tu.



Ni caption nya, kasih seorang ayah
Rinduuuuu

 We've got to stay strong k Faris? Next week ayah balik. Ibu can't wait! :D 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, June 27, 2012

The Cousins

Both of them supposedly gap by 2 weeks saje tapi Aisy keluar awal 2 bulan dari Faris. Aisy adalah anak my 2nd brother. Dulu tengok Aisy, kecik je. Sekarang lagi besar dari Faris. Tapi kalau tengok, Faris lagi panjang dari Aisy. I had the feeling that my Faris ni tinggi orangnya. Tak kisahlah. Janji sihat ok Faris?


Sorang rambut lebat sorang lagi rambut memalu nak tumbuh



Sorang tidur, sorang pandang tempat lain

Buih2 tu Faris oiiii

Ok Faris wat muka masam plak ^.^

Muka masam dahi berkerut!
Kadang tu bila letak sebelah2 to each other then ada orang agah Faris, si Aisy yang sibuk gelak bukannya Faris. Kadang vise versa. Chumel tau! 

{From Ayu with ♥}

Monday, June 25, 2012

SIL's Wedding

Menjadi MOH secara tiba2 di hari pernikahan SIL pada 15 June yang lepas. Cerita nya begini. After SIL sampai and duduk kat pelamin, my mom suruh pergi teman Noi (SIL) kat pelamin sebab takde siapa nak teman duduk sekali ngan dia. I refused of coz. Tapi bila ramai dah suruh, oh ok. Pergi jela. Nasib baik time tu Faris baru je menyusu and memang Faris time tu dekat tangan sedara yang lain. At least perut Faris dah kenyang, senang sikit orang lain nak jaga kan?


Belum pape lagi pengantin dah nangis. Cam mano?





Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Noi selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan beliau =)

After majlis nikah, off we scoot to Wangsa Walk untuk jahit manik dekat baju Ayu and 5rz. Sekali beli tudung untuk majlis reception esoknya. Semua last minute sebab baju siap lambat. Terima kasih! Beli brooch besar tiga2 ketul tu pun last minute. Again terima kasih sebab baju siap lambat! 


Faris yang sudah kepenatan
Tema reception adalah gold coklat. Pelamin was cantik! Me loike! Sayangnya Ayu sempat makan sekali je nasi kenduri tu. Itu pun time pagi2 Ayu sampai dewan. Bila nak makan second round before catering kemas2, semua dah habis. Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku disitu.


Envy dengan pengantin sebab pengantin pakai sanggul cucuk2 tu. Ayu teringin nak pakai sanggul cucuk2 tu time kawin tapi kalau pakai ngan tudung, tak ngam la

Ecewah. Pengantin lama you alls

Muka Faris masyaAllah! Ganasnye. Dia ngantuk sebenarnya. Nak tido je orang ambik nak tangkap gambar.

Semalam, 24 June, genap 3 bulan budak kecik ni. Esok nak g cucuk 3 bulan plak.

{From Ayu with ♥}

Wednesday, June 20, 2012

Faris 2 Months Update

Alhamdulillah Faris still fully breast feed up until now =)


Faris masa mula2 lahir asyik nak susu je. I think most newborn pun macam tu jugak. Dah kata perut kecik, so selalu la lapar. Pastu plak minum susu ibu. Susu ibu cepat hadam so cepat jugak la lapar. Pastu plak Faris ni siang tido malam jaga! Hai la Faris! Sampai ada satu masa Ayu terfikir 

'Eh kita kena pindah oversea kot macam ni.'

Then Ayu terbaca dalam satu magazine, we have to train our baby bila malam and bila siang. So, slowly la Ayu train dia. Bila siang, make sure buka langsir tingkap semua. Biar dia kenal time tu siang. And malam plak, ajar dia bila tutup lampu and pasang lampu tido, maksudnya it's time to sleep. Kalau mula2 dulu, malam je mata terbuka bukan main besar lagi. Kalau dia duk diam2 tak pe gak. Ni tak. Nak orang layan dia. Ingat dulu time pantang. Tepat kul 12 malam je mata Faris bukak besar then dia akan tido after Subuh! Masya-Allah! Tapi, itulah kenangan kan? Hehe.. Now Faris still berjaga malam but only because he's hungry. After feed, dia terus tido. Tak merengek ape dah. =)

Faris juga dulu susah sangat nak sendawakan dia. Macam2 teknik dah cuba. Sampai Ayu timing la. Kalau dah 10 minit Ayu try untuk sendawakan dia tapi dia tak sendawa juga, Ayu biar jela dia tido tapi biar dia tido mengering so that kalau dia muntah susu, susu tak masuk hidung dia. Now, makin lama makin senang dah nak sendawakan dia.





After tali pusat Faris tanggal, we train him to tido meniarap. Baby kalau tido meniarap lagi lama dia tido and dia tak mudah untuk terkejut. Tapi mula2 dulu, kena monitor gak la. Kena tengok kalau2 dia tertutup saluran hidung dia. Dulu Ayu kasi Faris tido meniarap time siang je. Time siang tu pun Ayu tak tido sekali la. Dah kalau Ayu tido sekali, macam mane nak monitor Faris? Tapi now, alhamdulillah malam pun kami kasi dia tido meniarap and Faris memang dah pandai tido meniarap cuma kepala dia suka kalih belah kiri je. Kalau kalih belah kanan pun kejap je.


Alhamdulillah every time nak pergi cucuk bulanan, dia nangis kejap je. 1st cucuk tak demam tapi second cucuk demam sekejap. Weight gain pun alhamdulillah bertambah. Masa lahir, 2.86 kg. 1 month, 3.8 kg and 2 months dah 4.8 kg. Ayu suka sangat kalau berat badan dia naik. That is how I know that my milk is enough for him. As long as dia breast feed, naik banyak mana pun Ayu tak kisah. Yang penting sihat.


Cucuk at 1 month


Sekarang suka sangat keluarkan buih2 air liur. Setahu Ayu, time Ayu pregnant dulu, semua yang Ayu mengidam semua dapat. Cuma cepat dengan lambat jela. Tapi Ayu tak percaya sangat benda2 ni. Yela orang dulu2 selalu cakap kalau baby meleleh air liur dia maknanya time ibu dia mengandungkan dia dulu ada la benda yang ibu dia tak dapat time mengidam. 


Tu tu. Buih2 kat mulut dia tu


Suka sangat senyum and gelak. Kadang tu time minum susu, tetiba je senyum. And sometimes kalau time tido, tetiba dia gelak sambil mata terpejam tu. Alahai bila dia senyum tu, memang cair habis lah!


Suka mandi. This one totally ikut ibu dia. Tak susah nak mandikan dia. Lagi lama kita rendam, lagi dia suka. Cuma bila pagi2 nak mandikan dia tu, dia akan rengek2 la jugak. Maybe sebab dia tengah sedap tido tapi kita orang kejutkan dia untuk mandi kot. 


Dah pandai kalau orang agah2 dia. Tapi bila kita dah start agah, ha kenala layan dia sampai dia penat. Kalau kita tetiba malas nak layan dia, mulalah dia bising. Suara Faris sekarang pun memang boleh tahan kuatnya. 5rz kata suara Faris nyaring ikut Ayu. =)


Hai la anak. Chumel nye la kamu! Every mothers akan cakap anak dia chumel ye tak?


Dah pandai angkat kepala kalau kita tiarapkan dia. Tapi kepala still tak kuat lagi. Angkat kepala then huyung hayang kiri kanan kepala tu. Gitu la. Insya-Allah next week akan cucuk 3 bulan plak. 3 months already. How time flies~~

{From Ayu with ♥}

Friday, June 15, 2012

A Week Tak Poo2

Curi masa kejap sementara orang tengah sibuk2 ngan kenduri nikah and kawin my SIL hari ni and esok. *hiks*


I was so worried when suddenly Faris tak poo2 for a week. Strange thing was, dia tak meragam apa semua. Bila kami check perut, tak kembung pun. Main gelak macam biasa. Pendek cerita, nothing wrong with him. It just that dia tak poo2 jela. 

I read that it's normal for baby yang fully bf tak poo2 for 2 weeks. Macam lama kan 2 weeks? Tapi as a parent of coz la bimbang selagi tak dengar dari mulut Dr. So after work pergi ke klinik then kena refer pakar. Bertambah tambah la kerisauan Ayu. Malam tu jugak pergi Ampang Puteri walaupun tau Dr pakar available on office hour saje. Nurse kat sana check jugala apa masalah Faris ni. Then memang nurse tu kata kena jumpa pakar esok. 


Nurse ni chumel tau! *ahaks*

Next day pergi jumpa pakar dekat Ampang Puteri. Jumpa dengan Dr Nomee Asyikin since SIL cakap she's good. Dr checked semua and alhamdulillah memang tak de pape. She said that perkembangan Faris bagus. She also told us that it is normal kalau baby yang fully bf tak poo2 for 2 weeks. Tapi kalau baby korang poo2 hari2, tak bermakna baby korang tak normal plak. Dr asked us to monitor another 1 week and if Faris still tak poo2, kena refer sekali lagi.


Ala gegar la. Bulatnye lahai muka tu

Lega la jugak bila Dr dah cakap macam tu kan. A day after jumpa Dr tu barulah Faris poo2. Masa dapat tau dia poo2 tu, Ayu kat office. Bila MIL said Faris dah poo2, seronok tak terkata! Terus Ayu called 5rz and mak cakap pasal Faris dah poo2. Adeh. Pasal Faris poo2 pun boleh dibuat bualan. Kelakar plak bila fikir balik.

{From Ayu with ♥}

Wednesday, June 6, 2012

How To Take Care of Your EBM

Breastfeed mother is not easy. Breastfeed mother who are working, even harder. Trust me it's not easy. Semangat kena kuat. Ayu memang respect tabik spring melompat lompat la moms out there yang berjaya fully bf anak dia selama 2 tahun. I hope I can be like them or much better than them, amin. 


Like I said before, Ayu memang start buat stock lambat. Like a month before Ayu naik kerja balik. Akibatnya tak banyak sangat la stock EBM Ayu kat rumah tu. Ingat lagi, yang Ayu pernah cite susu Ayu pernah drop? Masa tu kan, walaupun Ayu pump and dapat 2 oz sekali pun, Ayu tetap simpan buat stock. Even sekarang pun. X kisah la dapat berapa oz pun, tetap Ayu simpan buat stock. Sikit2 lama2 jadi bukit :D


After zaman susu drop, Ayu keep pump and pump and pump. Ni hasilnya! Walaupun tak betul2 sampai 5 oz but  Ayu SUKA sangat! Alhamdulillah :D

Satu hari dah dapat 12 oz tu kira syukur sangat! 


Penjagaan EBM ni Ayu ikut yang paling simple and mudah nak ingat. Triple 3, 6. Ataupun kita boleh sebut as 3 3 3 6. Faham tak? Hehehe. :p
  • Susu yang diperah dan disimpan di dalam suhu bilik, boleh tahan up to 3 hours.
  • Susu yang diperah, then simpan dalam peti ais (2 pintu) boleh tahan up to 3 days.
  • Susu yang diperah, disimpan dalam peti ais bahagian sejuk beku (2 pintu) boleh tahan up to 3 months.
  • Susu yang diperah, disimpan dalam deep freezer, boleh tahan up to 6 months.
Senang tak nak ingat? Ingat triple 3, 6 je. But of course la formulanya akan jadi lain pulak bila kita keluarkan susu yang dari peti ais bahagian sejuk beku (2 pintu) then transfer ke bahagian atas (Please note : Peti ais rumah Ayu, bahagian bawah dia yang sejuk beku and bahagian atas dia yang simpan telur etc tu) If that the case, susu tadi tu boleh up to 24 hours saje dan bukannya 3 days. Ada faham ka? 

Selalu Ayu akan buat macam ni.
  • Once done pumping, Ayu akan masuk dalam peti bahagian atas dulu kasi suhu dia sejuk dulu. This one boleh tahan sampai 3 days.
  • Then transfer dalam freezer. This one boleh tahan sampai 3 bulan.
  • Malam2 sebelum Ayu pergi kerja, Ayu akan keluarkan my EBM dalam freezer untuk rendam dalam air then letak dalam peti. Make sure timing kan masa keluar EBM from freezer ke peti ais. Sebab, bila EBM tak habis, that EBM boleh tahan up to 24 hours saje. Contoh : Ayu klua EBM from freezer at 2200 hours. Let say Ayu balik kerja and sampai rumah at 1800 hours, that EBM still boleh guna lagi as long as sebelum kul 10 malam la. But once that EBM tu dah dipanaskan, that milk boleh tahan up to 1-3 hours saje (this one Ayu tak berapa sure. But to be safe, Ayu hold sampai 1 hour saje)

Walaupun 2 oz saje, Ayu still simpan wat stock
Ini je stock yang sempat Ayu buat before naik kerja. Alhamdulillah now makin bertambah =)

Yang frozen tu rendam dalam air macam ni sebelum masukkan dalam botol
Satu botol yang tak bertanda tu yang fresh punya. Kasi last botol so that kalau tak guna boleh froze kan. Botol 1-4 HARUS habiskan within 24 hours after dah dikeluarkan


Tak kan nak bagi frozen je, bila nak bagi fresh? Malam after work and pagi before work, Ayu akan pastikan Faris dapat fresh milk. Ayu juga akan bekalakn 1 bottle EBM yang masih fresh. Contoh : Ayu bekalkan 5 botol EBM untuk Faris. Each contains 2 or 2.5 oz. 4 bottles ambik EBM frozen and satu botol lagi Ayu akan kasi yang Ayu dah pump malam sebelumnya. 4 botol yang frozen tu HARUS dihabiskan within 24 hours. 1 extra bottle yang fresh tu kalau tak habis, at least Ayu boleh simpan jadi stock. So tak membazir disitu. Ayu always spare another bags of EBM yang frozen punya just in case Ayu balik lambat or stuck dalam jammed or LRT sangkut etc. So total semua Ayu bekalkan :
  • 4 botol EBM frozen yang dah dicairkan malam sebelumnya.
  • 1 botol fresh milk yang Ayu pump time malam.
  • 1 EBM frozen yang still frozen. Bila sampai rumah MIL, masuk kan EBM frozen tu tempat frozen jugak. This one just in case Ayu balik lambat etc.

Always carry this inside the diaper's bag. So that senang nak panaskan EBM

Hari2 kena basuh + sterilize all this. Ni baru sikit.
Like I said before, kena kuat semangat la. Penat memang penat bila fikir nak pump la, nak froze la, nak rendam la, masuk dalam botol la, timing masa lagi etc etc. Guna fm kan senang. Nak susu, bancuh aje. Ikut la selera masing2. Ayu pun harrrrap sangat dapat bf Faris sampai 2 tahun, amin. Tapi tgk la production Ayu kadang banyak, kadang sikit. Apa2 pun insya-Allah Ayu akan bertahan selagi mampu. Doakan sama2 ye?

{From Ayu with ♥}

Monday, June 4, 2012

Breastfeed Journey

Assalamualaikum.

How to start on this topic ya? I delivered Faris at 0209 hours, exactly on his EDD after menahan contraction's pain 1 setengah hari. Tambah tolak termasuk menahan sakit, masuk labour room semua adalah jugak dalam 2 hari berjuang untuk melahirkan Faris. Within that day, Ayu x ada selera makan. Minum air tak berapa. Walaupun Faris klua 0209 hours, tapi Ayu betul2 keluar dari labour room at 0345 hours. Nurse tanya

"Puan nak breastfeed anak puan ke?"
"Ha'ah"

Nurse letak Faris dekat nursery sekejap and sementara tu Ayu try picit2 my breast to see my colostrum klua ke tak. Ada la tapi ciput sangat. Then the nurse datang bawak Faris.

"Klua sikit jela nurse"
"Takpe try bagi"

Bagi sekejap je then Faris tdo. Then Ayu bagi alasan, susu sikit la nurse. Cepat sangat give up! Lagi plak I was too tired to even tried again to breastfeed Faris. Then the nurse said

"Tak pe. Kita top up fm je boleh Puan?"
"Ha boleh la. You all guna susu ape?"
"S26"

Eh tak pernah dengar plak. Masa tu Ayu tak masuk lagi dalam KIM group kt fb tu. Ilmu tentang bf pun tak pernah cari and tak pernah nak ambik tau. Yang Ayu tau, Ayu nak bf Faris. Kalaula Ayu tau sebenarnya
  • Perut newborn adalah sekecil buah ceri, then my colostrum will be enough for Faris. That's why mula2 susu klua sikit je. Poor me, I don't know about this. Logik la sikit Ayu oiii! X kan nak picit sampai klua memancut-mancut. Adeh! 
  • The longer our baby latch to our breast/nipple, the more signal was given to our body to produce more milk. My bad, I also don't know about this. :'( 
So yes. Faris dah diberi fm since his first day of life! Second day, alhamdulillah Ayu dah discharge. Sampai2 rumah, I told 5rz

"G la beli susu. Syg takut karang malam2 tak cukup susu nanti kesian baby"

Oh my. Kenapalah Ayu -ve sangat kan? Please forgive me ya sebab Ayu cetek ilmu time tu. Then 5rz pun beli la s26 since dari hospital lagi dia dah minum fm tu. Every time Faris nangis nak susu, Ayu bf dia dulu. Nangis lagi, Ayu top up fm. Macam tula Ayu buat selama 2 malam. Lepas tu Faris kena jaundice. Nurse yang datang rumah tanya bagi susu ape? Ayu cakap la campur. Ni pun nasib baik kitaorang follow up dekat government. Kalau tak, tak tau pun Faris jaundice. Nurse tu terus suruh stop fm dulu untuk kurangkan jaundice. Habis kena lecture dengan nurse tu cakap pasal bf. 

"Awak kena +ve! Jangan asyik fikir susu tak dela. Susu tak cukup lah! Stop fm dulu!"

Ha kau! Lepas je nurse tu cakap macam tu, Ayu dah stop fm. Every night kalau Faris nangis, even after bf, Ayu sumbat jugak my breast! Masa tu Ayu fikir nak sembuhkan jaundice dia dulu. So Faris dah minum fm selama 3 hari diselang seli dengan bm. Hari ke 4 tu Ayu terus bagi bm up until now, alhamdulillah =)

After 2 weeks, jaundice Faris pun hilang, alhamdulillah. Then masa pantang memang susah sikit nak buat stock EBM. Asyik2 Faris nak susu. Bila nak buat plak asyik dapat sikit je. Kadang nak dapat 1 oz pun payah. 

This is colostrum. Susu pertama yg dihasilkan oleh mothers. Sangat baik utk new born ye  

Then SIL ajar marmet. Buat jela and hasilnya better la dari guna pump. Masa berurut time dalam pantang pun, mak dah cakap dengan tukang urut minta urut my breast supaya boleh produce more milk. Makcik urut tu pun urut my breast and masya-Allah, sakitnya! Tapi masa dia urut my breast tu, susu memancut-mancut! After urut tu juga Ayu terus pump and alhamdulillah, susu keluar mencurah-curah. Tidaklah dapat 1 botol penuh tapi Ayu bersyukur sangat sebab first time dapat 2.5 oz =)


After that, alhamdulillah my milk production memang banyak. Pernah satu malam tu masa Faris nangis nak susu, Ayu terkejut sangat baju Ayu dah basah kuyup dek susu keluar melimpah ruah. Betul la kata doctor yang monitor jaundice Faris dulu

"When your baby is crying, your breast will cry too"

Ayu start buat EBM pun agak lambat. Korang yang bakal ibu, please buat stock awal2 dalam pantang. Susu paling banyak, time pantang la. Take some time to adjust new life. Bila rasa lemah and penat tu dah kurang sikit, start la buat stock. 

Ayu pun pernah mengalami zaman susu drop. Silapnya, one whole day tu Ayu malas nak pump! So bila Ayu start nak buat stock, pump pun dapat sikit je. Sedih but nasib baiklah time tu Ayu dah masuk group KIM dalam fb and macam2 diaorang ajar dekat sana. I keep on pump walaupun Ayu hanya dapat setengah or 1 oz. Paling banyak pun adala 1.5 oz. Then Ayu terbaca pulak yang milk production will increase time malam dalam pukul 12-6 macam tu. Ada orang kata, pukul 3 la paling banyak. (This one depends dekat orang juga) Jadi, tiap2 pagi kul 3 tu, Ayu bangun untuk pump. Memang betul. Production increase time tu. Kena kuatkan semangat jela nak bangun dengan tak bangun. Tapi, Ayu tanamkan dalam diri, selagi tengah cuti bersalin ni, (at that time la) bangunla pukul 3 untuk pump. At least siang nanti boleh ganti tidur. Dah start keja nanti lagi penat nak bangun kul 3 lagi. Nak pergi kerja lagi. Buat jela selagi mampu. 

Insya-Allah nanti Ayu cite pasal EBM plak.

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...