Thursday, January 31, 2013

Adventures Trip to Sarawak - Day 2

Second day in Sarawak adalah majlis pernikahan yang bakal diadakan after solat Jumaat. Pagi tu kami ke rumah bakal pengantin (pengantin perempuan) for breakfast. Satu kelainan di sana adalah diaorg breakfast dengan kuih muih je. Kuih muih diaorang plak yang macam jenis kerepek2 tu. Aku punylah mengharap nasi lemak. Kekeke :p So simple breakfast di tempat perkampungan ni. Lepas breakfast, balik rumah tok penghulu and tunggu Zohor. Siap Jumaat and Zohor, kami semua bersiap untuk ke majlis pernikahan my lil brother. 


Ehem baju nikah masih muat.. Padahal org tak tau aku tahan nafas.
Faris garu kepala pening nak tdo kat mane ni. Dah waktu dia nak tdo tu ha

Tu tu my lil brother





As a guest, of course kita orang diberi keutamaan untuk masuk dalam rumah pengantin perempuan dan saksikan sendiri majlis pernikahan berlansung. Agak sempit sikit la sebab kumpulan marhaban sibuk duduk dalam rumah tu skali. Sabar jela. Khutbah nikah amatlah panjang. Teringat time Ayu nikah dulu, simple je. Alhamdulillah Adib (my lil brother) selamat di ijab qabul dengan sekali lafaz sahaja. Then, macam biasalah acara batal air sembahyang etc. 



Faris ngamok nak tdo tu. 

At last, tdo juga dia

Kami di jamu after majlis tersebut. In between ada some sort of joget lambak ke ape ntah diaorang panggil. Macam acara joget2 la kira. Budaya sana kot. 


My dad and my mom. Sedondon pakai coklat

Ewah ewah. 

Tapi Ayu rasa yang paling cute adalah pic ni. My along so cute with that tangan2 tu. :D

Selesai semua, ayah suruh kami semua siap untuk ke pantai. Kat Kampung Jerijeh ni tak de ape sangat. Kawasan perkampungan so nothing much in there. Jadi, ke pantai jela kami. Dekat Jerijeh, driver kami adalah pakcik Sakawi. Orang yang sama ambil kami masa kami sampai di Sibu airport hari tu. Guna khidmat dia saje. 


We're here at Pantai Belawai. 10 mins drive from Kampung Jerijeh.

Tapi air pantai sangatlah kotor.  Tengok tu warna coklat semua. X best!




Ambik gambar kawin kat sini pun sure cantik kan?

Faris, you so cute with that face expression

Lepak2 pantai sambil makan snek2 bagai then pakcik Sakawi bawa kami round satu kampung Jerijeh and the other kampung yang lain. Actually dari rumah tok penghulu, pakcik Sakawi bawak 2 trips ke pantai sebab our family semua skali ada 21 orang tak termasuk 2 babies (Faris and Aisy). Tapi bila kami nak round2 satu kampung Jerijeh tu, satu van tu kami sumbat semua. Can you imagine macam mane nak masuk kan 21 org + 2 babies dalam 1 van? Surprisingly, we manage to do it. Sebab kami sumbat yang budak2 dekat bonnet. Kekeke :D


Mampat dan padat

Ni budak2 kecik yang duduk dalam bonet. Suka lagi adalah. 

Orang2 kampung2 pun pelik tengok van kami. Biasalah kami masuk kawasan baru. Jadi jakun la kan. Lepas tu pakcik Sakawi bawa kami pergi minum petang dekat one of the kedai dekat kampung tu. My pak chu ordered roti kawin. Hmmm sounds weird tapi serious sedap sangat2. Basically roti kawin ni diperbuat dari roti burger . Dia goreng roti burger tu garing2 then sapu kaya jem.  Fyi, Ayu tak makan kaya jem tapi bila rasa roti kawin ni, sedap plak. Now, teringin roti kawin plak. Gambar roti kawin nanti Ayu post dalam entry lain ye.

Selesai minum petang, kami balik ke rumah tok penghulu then siap2 mandi untuk pergi dinner. Sepanjang kami di Kampung Jerijeh, makan minum kami semua adalah di rumah pengantin perempuan. Dekat je pun antara rumah tok penghulu dengan rumah pengantin perempuan. Jalan kaki saje. 

Malam ke dua, kami di jamu dengan udang plak. Udang dekat sana besar2 I tell you. Lain sangat rasanya dengan udang dekat KL. Then ada satu sayur carrot + ikan bilis goreng tu sedap sangat. Nak tambah lauk sayur  tu tak sempat la plak sebab  Ayu terpaksa patah balik ke rumah tok penghulu sebab nak tukar pampers Faris. Faris poo2. Bila patah balik ke rumah pengantin perempuan, tengok semua lauk pauk dah dikemaskan. Haiyaaa. *kuang*kuang*kuang* 

Then, balik rumah tido. Esok majlis bersanding plak. Kalau korang perasan, kami selalu dijamu dengan seafood kan? Seafood dekat sana murah compared to ayam and daging. So, thats why. 

I guess that's it for day 2. Till then...

{From Ayu with ♥}

Wednesday, January 30, 2013

Adventures Trip to Sarawak - Day 1

Assalamualaikum.

At the end of the day, you will know why did I named my Sarawak trip as an adventures one. Went to Sarawak for my lil brother's wedding. It was 5 days and 4 nights trip. I've been waiting for this trip since lama dah. Kebetulan a week before ke Sarawak tu, ada exam. Duduk dalam exam unit ni biasalah. Time exam je bz sangat2. The whole week balik kul  8 malam. Then weekends pun kena jaga exam. I don't have so much time to spent with Faris. So, trip hari tu dapat la melekat 24 jam ngan Faris. Me likey =)

Checking in

Our flight to Sibu was scheduled on 17 Jan 2013, Thursday after Zohor. Went there by Air Asia. Sampai LCCT terus check in and masuk dalam and tunggu flight. Ayu bawa stroller, so the stroller tu kami tinggal depan pintu flight sebelum masuk flight. Ada 2 option disini. You either can check in your stroller or boleh hand carry sampai ke pintu masuk flight. Ayu hand carry and its F.O.C. Yipee! Even tho you nak hand carry your stroller, please check in dulu the stroller so that nanti your stroller tu akan dilekatkan dengan pelekat.


Yang ada baby, masuk dulu ye. *hiks*

Ready to take off

Masa nak take off from the LCCT, I gave Faris milk. This one to reduce sakit telinga (tak tau nak panggil ape ntah)  Alhamdulillah Faris ok and dia tak merenggek ape bagai. Tapi Faris dok poo2 plak dalam flight. Right after isyarat tali pinggang dipadamkan, I went to toilet nak bersihkan Faris. Too late. Poo2 Faris terkena seluar jeans dia. Nasib ada spare baju. I always bring extra for Faris just in case. Caya lah Faris. Naik flight pakai 2 baju. Oh by the way, this is his first flight. 


Lepas dah puas poo2, melasak la dia. Tak boleh duk diam



Flight safely landed in Sibu airport at 17++ hours. Flight delay dari LCCT. No surprise kan? Hehehe :p By the way, KL ke Sibu tooks about 1 hour 40 mins. Kami naik van ramai2 ke Jerijeh (ntah betul ke tak ejaan tu) Kampung Jerijeh to be exact. 3 hours driving. No direct fligt to Jerijeh. Van kami tu la flight nya. *kui*kui*kui*

I was mistaken pregnant with this dress. 2 kali org LCCT tanya am I pregnant? Oh well. Blame it to the dress

At Sibu airport. Tengok posing Faris

Selamat sampai ke Kampung Jerijeh at 2030 hours. Terus kami di jamu makan malam. Makan ketam tau x? Ketam dipanggil buyau di sana. (Betul ke tak ejaan aku tu ye? Lantak situ) After kenyang, kami ke rumah tok penghulu. Home stay kami di rumah tok ketua. Hahaha :D Situ je ada kosong. Tok ketua ni dah lama menduda. So dia dok sorg. Anak2 dia ada je rumah kat2 situ tapi duduk asing2. Masing2 ada rumah sendiri. Gitu la.

Oh by the way, stroller tu di beri sebelum kami keluar dari imegresen. Senang untuk tolak Faris kehulur kehilir. 

Ok that's it for Day 1. Till then...

{From Ayu with ♥}

Wednesday, January 23, 2013

Al Rawsha Restaurant

Dah lama tahu pasal this restaurant. Baru sekali try dine in disini. Itu pun atas ajakan suami kawan. Remember my maid of honour time nikah, Niza? It was her birthday on 7 Jan. On that day, Azrul (Niza's husbby a.k.a my kursus friend) called me. Tak pernah2 si Azrul tu call aku tetiba dia call kan. Rupanya dia ajak nak surprise kan isteri kesayangan dia, Niza. Ajak g dinner kat Al Rawsha tapi masya-Allah apehal dinner korang lambat sangat oiiii? Pukul 10 malam kau suruh aku datang. Huhu. Tapi sebab nak jadikan surprise tu, we all pun turutkan aje. 



The entrace



Bentuk dia macam sebuah istana


Niza on the other hand, tak tahu menahu lansung pasal this surprise yang husband dia nak buat ni. Dia just tau yang dia akan ada birthday dinner jela dengan husband dia. 

Bila sampai dekat tempat kejadian, tak tahulah Niza terkejut ke tak dengan kehadran kami (me, 5rz and kawan2 Niza) Tapi rasa macam dia dah dapat agak kot? Babe,you memang dah tau eh yang kitaorg akan datang tu? Betul x, betul x? 


Faris yang tak boleh duduk diam

Tengok tu. Nak menyibuk jugak

Ha padan muka tangan dah kena 'kunci'

Azrul ordered nasi briani with ayam and another one with lamb. Ayu dapat rasa yang ayam je. Nak rasa yang kambing tak boleh sebab dah full. Juices dia best. Pekat likat, me likey. =) Persekitaran ok and interior design pun menarik dan cantik. Ada 2 tingkat tapi Ayu tak pergi naik atas and jenguk ape yang ada. Next time maybe. Also ada 2 sections. Ada section dalam air cond and ada yang guna kipas je. According to Niza, harga duk dalam air cond and luar air cond pun lain-lain. Kalau makan dalam air cond, mahal la sikit time nak bayarnye nanti. Oh lupa nak comment about food dia. Biasa2 je nasi briani dia. Ok la. Tak dela sedap sangat. X pela. Orang belanja, kita ikutkan aja. 


Presenting, the nasi briani ayam

Sambal belacan dia sedap while yang putih tu x tau. Hahaha 

I jealous betul gambar you dengan Faris ni sebab Faris pandang camera!
Dengan ibu dia, dia pandang ke lain plak

Ha pandang pun camera walupun muka monyok sebab ngantuk nak tido

Lepas habis makan, klua la plak surprise cake. Cake kat sana pun boleh tahan la sedap dia but I still prefer Secret Recipe or Chillis punya cake lagi. Kekeke. Will I recommend this restaurant? I better recommend Saba' Restaurant kot despite of nasi briani dekat Saba' lagi sedap dari Al Rawsha punya nasi briani. Just my 2 cent.


Over there. The cake was being prepared

Happy Birthday makcik!


 Sebelum balik, let's cam-whore banyak2.






{From Ayu with ♥}

Tuesday, January 15, 2013

The Lost World of Tambun, Perak

Mari flash back ke 2012 shall we? Last vacation in 2012, kami ke The Lost World of Tambun, Perak. Had another cousin's wedding there. Spent a night dekat home stay sana then next morning ke Lost World of Tambun. 


Otw to the park

Basically, Lost World of Tambun ni lebih kurang dengan Sunway Lagoon je. Yela company sama maaa. Ada macam2 dalam ni. Fun fair, rumah hantu, water park, mini zoo and yang paling best for me would be the hot spring! 

Faris seperti biasa takut2 nak mandi air. Tak tahu la kenapa padahal suka air tapi bila mandi di kolam besar, takut plak dia. Kena ambik masa yang lama nak hilangkan rasa takut dia. 


The rate. Harga dah naik dari sebelum ni.

Best tak kat sini? Best sebab scenery dia cantik sangat. Bukit bukau tapi tu la Ayu tak sempat nak main semua permainan dia. Huwaaaa! Kesuntukkan masa sebab masa banyak habis dekat dalam mini zoo. Ha pasal mini zoo dia masya-Allah Ayu suka sangat! Yela sebab persekitaran pun dekat kawasan bukit bukau bagai, so rasa sejuk je mata memandang. 


Upon arriving 


Ni dalam zoo dia. Cantik!

Pasal hot spring dia plak. Best jugak. Dia ada 3 ke 4 jenis pool yang berlainan suhu. And then dekat satu pool tu, tengah2 dia buat macam bilik sauna tapi dalam gua. Best tak, best tak? Ayu tak mampu masuk sebab panas sangat. 5rz berjaya masuk then suruh Ayu masuk. I tried like 3 times tapi sampai depan pintu nak masuk cave sauna tu je. Tak boleh nak masuk sampai ke hujung sebab tak tahan air panas dia. Pastu boleh plak 5rz cakap

"Bersalin lagi sakit tau. Ni tak sakit sangat"

Hmmmm apekah perbezaan yang cuba dilakukan? Of couse la bersalin tu lagi sakit cik abang oii tapi hmmm... tak mampu la den nak masuk situ. 



Tu gua yang macam sauna yang Ayu cakap Ayu tak dapat masuk tu. Huhu

Dia buat macam gunung berapi. This one memang dia suddenly memancut  macam dalam gambar ni. Best!

Cantik kan?
Tak sempat nak naik ni. My fav ni

Rumah hantu pun tak sempat nak masuk. Rasa macam terkejar-kejar je masa. Fyi, rumah hantu kira lain harga tau. RM 5 per entry. 


Faris with his new hat. Atuk dia belikan =)



It was rainy on that day so, sebab tu asyik terkejar-kejar. Nak main tu kejap dah hujan. So kena rehat jap. Kat sini ada juga roller coaster tapi still under construction. For sure I want to come here again once roller coaster dia dah siap and nak balas dendam sebab tak dapat main buaian pusing2 tu. Hubby, next time ya? At 1700 hours,  klua dari situ then pergi makan kejap and terus shoot balik KL. Happy mood =)

ps://Some pictures taken from google

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...