Monday, March 31, 2014

Ashh & Annas Grand Opening

Last Saturday ada grand opening butik abang kawasan, Ashh & Annas. Dah macam terbiasa plak dengan panggilan abang kawasan. Actually kan, Ayu x kenal pun siapa owner Ashh & Annas ni. Tau pun bila stalk ig Ashh & Annas slalu tunjuk sorg laki ni. Dari situ, Ayu dapat agak, hmmm ni la kot owner dia. Kalau x silap Ayu jugak, Ashh & Annas ni 2 orang kan? Owner ada dua orang? Ya Allah ampun kalau silap info sebab memang Ayu x tau! 

Masa grand opening, Ayu pergi tapi dah lambat pun. Pukul 4 sampai sana. Memang skirt yang Ayu aim tu dah habis. Huwaaaa... Time Ayu sampai, kedai dah x ramai orang dah. I mean, orang still ada tapi dah x payah nak beratur panjang2 dah. Masuk je butik, pilih, try dan terus bayar. Since skirt2 yang Ayu nak dah habis, Ayu beli jugalah satu lace skirt. Boleh la dari tangan kosong. 

Murah oiii

Ayu aim warna coklat tu tapi x de rezeki

Lepas tu Ayu jumpa Hani and Eiqa Sulaiman. Hani adalah owner Alhumaira Contemporary while Eiqa adalah owner Sugarscaft. Then nampak dia borak2 dengan abang kawasan yang pakai baju merah pada hari kejadian. I think abang Annas kot? Abang Ashh pakai baju putih kalau x silap. Time tu rasa nak snap picture dengan diaorang tapi alahai malunya diri ini. Hani and Eiqa sangat cantik! Kagum tengok kecantikkan depa.


I grab one of these skirt


Beside that, ada juga celebrity yang datang time opening Ashh & Annas ni. Antaranya, Datin Norjuma and Hanis Zulaikha. 

Rasanya ini abang Annas


Siapa yang x dapat nak pergi grand opening Ashh & Annas hari tu, bolehlah beli online je. Follow dekat ig (ASHHANNAS) or web (http://www.ashhannas.com/) By the way, butik dibuka Tuesday - Sunday from 10 am to 8 pm. Alamat seperti dibawah:

No 22A-1, Jalan Pju 5/20D, 
The Strand,
Kota Damansara.

ps:// Semua gambar from ig Ashh & Annas dan juga diambil from Project2pi

{From Ayu with ♥}

Friday, March 28, 2014

Winter Sonata Trip - Cheonggye Stream & Namdaemun (Day 2) Part 2

Dari King Sejong Museum, kami berjalan menuju ke one of the Korea Tourism Information Center kalau x silap. Dekat sini plan asalnya nak merasa pakai Hanbok then nak bersolat sekali sebab dekat sini ada surau. Tapi x de rezeki Ayu agaknya, hanbok ditutup that week. Next week baru ada. Masa tu hari Sabtu. Memang la hari Isnin tu Ayu still di Korea, cuma nak ke Tourism tu, x ingat plak jalan macam mane. Maklumla ada t/g. Otw nak ke Tourism Center tu, kami lalu di Cheonggye Stream. X de ape pun dekat sini. Ada air and tempat orang baling2 coin tu ha. Kalau datang malam, lagi cantik. Boleh tengok air berwarna-warni.  


Cheonggyecheon Wishing Well nama dia. Nampak x coin2 tu semua?

Faris nampak air, terus dia cakap, mandi2. Kuat badan kau Faris sampai nak mandi time winter ni?

Kami sampai Korea Tourism tu pukul 1215 pm. Zuhur masuk 1243 pm. Sementara tunggu Zuhur, kami buka bekalan makanan yang ada untuk alas perut. Cuaca sejuk, so cepat lapar. Nasib sini ada free wife. Dapat update pape yang patut. 


After prayers, terus mencari lunch. Untuk makan2 semua, kita opt for seafood based. Ini semua t/g yang cari mana tempat makan semua. Like I said earlier, entry makanan semua Ayu buat separate entry. After lunch, terus ke Namdaemun. Ok ape beza Dongdaemun dengan Namdaemun? Pronounce lebih kurang cuma beza antara Nam dengan Dong saja kan? Dongdaemun bermaksud gate timur manakala Namdaemun bermaksud gate selatan. 


Namdaemun ni tempat shopping. Beli brooch dekat sini. Souvenirs dekat sini. T-shirt I love Korea dekat sini. Banyak la shopping dekat sini. Mula2 skali, our t/g bawa kami ke tempat nak beli brooch tapi, kedai brooch dah tutup! I was like, what???? Baru pukul brape and tomorrow hari Ahad kot? Kalau x silap, masa tu baru nak ke 4 pm kot? Cepat betul kedai tutup? I know time winter, masa siang adalah pendek tapi time tu pukul 4 masih cerah terang benderang lagi oiii. Plus, it's end of the winter nearly to spring. Luluh hati nak beli brooch. Ayah pun sedih. Ayah yang over sedih dari mak. Hahaha. Tapi at that time, we planned to repeat Namdaemun one more time bila last2 day nanti. Nanti Ayu continue pasal brooch lagi ye?

Moving on, kita dibawa ke kedai kawan t/g. Kawan dia jual souvenirs. So kasi la business sikit dekat kawan dia. Borong semua souvenirs nak kasi ke adik beradik, sedara ngan office mate dekat kedai dia sahaja. Siap dapat free gift lagi. =)

Kedai tu dalam bangunan


Ni owner kedai tu also kawan kepada our t/g

After that, Ayu cakap dengan t/g nak beli t-shirt I love Korea and t-shirt yang ada muka2 artis Korea. Yang artis2 Korea ni sebab office mate & adik ipar dah siap2 kirim. T-shirt ada gambar artis Korea, kami x jumpa. T/g pun x tau. So kami borong t-shirt I love Korea je. Habis RM 200++ beli t-shirt I love Korea sahaja! 



Faris baru bangun tdo


Actually dekat kedai yang kita orang borong t-shirt I love Korea ni, hanya t-shirt yang bewarna grey dan putih sahaja yang boleh dapat 3 helai = 10000 won (RM 30) Warna lain, lain harga. Hmmm hampeh! Tapi kami borong jugakla warna2 lain for family members.

Nampak x belakang mak tu ada boot budak2? Ayu x perasan lansung masa tu. Kalau perasan, time tu jugak beli boot untuk Faris. Ayu perasan pun on the 5th day kita repeat datang sini balik.

Lepas tu jalan2 then terserempak dengan penjual ni. Pandai cakap Melayu sikit2. Dia jual makanan ni macam tepung halus2 then dalam dia ada gula. Ada perisa etc. Kami borong this one. Sedap! Tapi bila sampai Malaysia, entah kenapa Ayu rasa macam biasa je ntah. 

Dia nampak Ayu nak ambik gambar, terus dia senyum gitu. Hehe

Settled borong2 dekat Namdaemun, terus ke Myeongdong. Jalan kaki je. Dia macam sebelah2 jalan je. Jalan kaki pun agak jauh sikit la. Tapi sebab cuaca sejuk, so x la rasa penat. Sedap je berjalan. Entry Myeongdong coming up next, insya-Allah.

{From Ayu with ♥}

Thursday, March 27, 2014

After Faris, then it's mine!

It's my birthday today! Alhamdulillah tua setahun lagi. Best kan? Hari tu birthday Faris (24th March), today my birthday plak. Siapa yang jadi mangsa sekarang? 5rz! Hari tu 5rz ada tanya

'Syg nak ape? Tapi jangan mintak London la. Minta ape yang B mampu'

Gitu nak beli London untuk aku. Muahahahaha. Tapi Ayu cakap x nak ape2 pun. Boleh percaya x? Mueh eh eh eh. Tapi seriously time tu x tau nak mintak ape. Sebab tu cakap x nak pape.

On the other story plak, smalam we both went back from office sama2. Naik lrt sama2 since 1 minggu kereta dekat bengkel. Seronok sebab terasa macam waktu bercinta dahulu kala. Eh sekarang pun masih bercinta, but you know what I mean. X faham x pe. 

Singgah KLCC lepak2 dekat taman. Pastu tetiba jumpa abang Nara. Tapi x sempat nak ajak bergambar. Kuikuikui. Seronok sangat jalan2 dekat KLCC walaupun x de arah tuju. Yang paling seronok bila dapat jalan sama2 sambil pegang tangan. Lama dah x jalan pegang tangan since kadang nak pegang stroller la, mana nak kejar Faris lagilah. If you a parent, you'll understand. 

Then before Maghrib balik and ambik Faris dekat rumah FIL. Malam semalam time nak suapkan Faris dinner, dia tantrum x nak makan. Pastu Ayu bukak Minion dekat laptop 5rz and after that makan macam biasa. Memang selalu ragam makan dia macam tulah. Kena lekakan dia dengan something, baru dia nak makan. Dah sudah semua, Ayu naik atas then settled kan ape yang patut. I went to bed early last night but tepat 1200 am on 27th March (today), 5rz bisik dekat telinga Ayu 'Happy Birthday'. I was really sleepy that night so I just say thank you and continue to sleep. At about 1.20 am, Ayu terjaga and went to toilet. Bila dah sudah, klua from toilet then I saw something dekat meja make up. My birthday present! Wow! I am really surprised b. Siap ada card. Then suddenly 5rz terbangun and I terus cepat2 naik katil dengan buat2 muka mengantuk. Hehe.

Then 5rz tanya

"Syg dah nampak present syg kan? X payah buat2 x tau plak"

I was sengeh2 tapi 5rz x nampak then buat2 muka blur lagi.

"Ha? Ape b cakap ni?"

Poyo sangat lakonan aku time tu. Then he said

"X nampak ke?"
"Ape dia?"
"Birthday present syg"
"Ye syg tau b dah wish dah tadi"
"Ala syg x payahla buat2 x tau plak. Syg dah nampak kan sebenarnya?"
"Ape dia ni? Nampak ape?"
"Tu atas meja make up tu, b ada letak present syg"
"Ye ke? Ape b beli? Kan dah kate, syg x nak ape2"
"Pergila tengok sana"
"Alaaaa b pergilah tolong ambikkan"
"B dah susun cantik2 dah tu. Pergilah tengok sendiri"
"Alaaaa b ambiklah then susun atas katil ni balik"

Pastu 5rz merajuk plak sebab dia kata Ayu macam x excited nak tengok present yang dia kasi. Ding dong ding dong, last2 5rz ambik that present and Ayu buat2 la surprise like it was the first time I saw that present. Kenalah ambik hati sikit.

Up until now 5rz x tau lagi yg actually Ayu memang dah nampak surprise dia atas meja make up tu. Kalau b baca ni, yes I am surprised last night. Your surprise menjadi lagi tahun ni. Thank you b susah payah belikan that present. Then 5rz cerita that actually the present was actually was in his laptop's bag the whole time. Time lepak dekat KLCC smalam, present tu ada dalam bag tu. Time Ayu ambik laptop dia nak buka minion dekat Faris, it was there as well. Time tu 5rz cerita, dia dah fikir surprise x menjadi dah. Tapi seriously, memang time Ayu ambik laptop tu, Ayu x nampak lansung that bungkusan walaupun bungkusan tu actually betul2 dekat sebelah laptop tu. Allah betul2 x nak kasi Ayu nampaklah tu. 

Pastu lawak birthday Ayu plak was the message below. Mak la ni. Mak paling comel di dunia.

Adib memang suka panggil Ayu dengan Yawww! Pastu tiba sangat mak melencong jauh ke menantu dia nama Dayu

Amin...

Amin...

Along pun tiba melencong gak tapi nak aminkan jugak. Amin....

I don't know what's the plan for tonight. X sure nak dinner or celebrate mana. Rasa macam nak dinner je kot tapi x sure nak makan mane. Ada suggestion x? *krik*krik*krik* Bunyi cengkerik! 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, March 26, 2014

Winter Sonata Trip - Gyeongbok Palace & King Sejong Museum (Day 2) Part 1

Assalamualaikum. I want to continue with my Korea trip.

Kalau google, akan klua Gyeongbokgung Palace. But, according to my t/g, gung bermaksud istana. So, its actually Gyeongbok Palace or Gyeongbokgung sahaja. But I dont know which one yang betul. Ayu menulis ikut pengalaman dan ape yg dikatakan oleh my t/g. Itu sahaja. 


Cuaca  that morning was -3 celsius. 

Ok second day in Korea, pergi melawat tempat2 bersejarah. Klua hotel pukul 10 pagi. From our hotel, kami naik bus bernombor 103, terus bawa kami ke Gyeongbok Palace. Pasal bus ni, Ayu x brape mahir. Since ada t/g ni, Ayu malas sikit nak hafal2 naik bus ape, turun mana bagai. Ikut t/g je senang. Kalau nak naik train apetah lagi. Tapi kalau x silap, turun dekat station Gyeongbokgung. 


Turun bus kena jalan sikit ye


Nak masuk palace ni, bayaran dikenakan 3000 won = RM 9. Untuk senang nak kira nilai mata wang dalam RM, korang buang siap2 3 0 dekat belakang, then darabkan dengan 3. Dapatlah nilai mata wang Malaysia. Time Ayu pergi hari tu, 1000 won = RM 3.105. 


Wajib ambik gambar dengan pengawal istana ni sebab tengokla betapa tinggi dan besarnya badan mereka
Ini pintu depan istana. Masuk dalam ni free lagi.

Dalam Gyeongbok Palace ni actually terdapat bermacam lagi tempat2 yang menarik. Unfortunately, kami hanya singgah 2 tempat je dalam ni. Sebab tu bayar 3000 won je. Dalam tu akan ada integrated ticket. Kalau nak lawat semua tempat dalam palace ni, beli full ticket siap2. 

Nampak pintu gerbang belakang tu? Kat situ baru depa check tiket. Kalau x nak beli tiket and ambik gambar dekat sini pun ok. Jimat! Haha :D
Belakang tu tempat nak beli tiket
Dekat sini actually, boleh pakai baju pahlawan free. Tapi, Ayu x nak sebab fikir nak pakai Hanbok (pakaian tradisional Korea)

First place yang kami lawati was Geunjeongjeon. X tau la nak pronounce macam mane. Ok dekat sini korang kena naik tangga plak. Dekat sini x de ape pun. Cuma ada kerusi tempat raja duduk, and tempat menteri2 yang lain duduk bermesyuarat. Actually masa kami sampai, just nice je diaorang nak mulakan acara pertukaran shift penjaga2 istana ni. Tapi, kami x tengok pun. Teruskan perjalanan.

Itu dia Geunjeongjeon
Sepanjang perjalanan akan nampak batu2 ni. Ini adalah tempat setiap menteri duduk. Jauh betul duduk kalau nak dengar raja bagi ucapan kan?
5rz tunggu dekat bawah since susah nak angkat stroller Faris. Dia pun x nak tengok ape ada kat atas ni.

Beratur nak ambik gambar





Then second place, Ayu x tau ape nama dia. Dikatakan tempat ni adalah tempat untuk beristirehat dan juga tempat untuk dayang2 dan gundik2 training. 



  
Kalau korang perhatikan betul2, dekat belakang tu ada satu bukit. Atas bukit tu ada 3 batu besar kan? Nampak x macam ape? Macam monster yang sedang memerhatikan? Cuba tengok gambar bawah ni untuk lebih jelas.

Nampak x?
Then kami patah balik ke tempat pertama tadi, Geunjeongjeon. Kalau korang perasan, ada certain batu2 yang kita pijak disini ada macam pemegang ring macam gambar dekat bawah ni. 




Dikatakan batu yang ada ring ni akan dibuka apabila banjir melanda, so that air dapat mengalir ke bawah tanah. Bayangkan macam mane depa nak angkat batu sebesar tu?

Lupa Ayu nak add, dekat sini juga kita boleh masuk the Blue House. Blue House ni rumah President. Tapi, kalau nak masuk, kena booking dulu la, nak check passpaort la. Kami x masuk pun. Nampak atap biru tu jela. 

Ok moving on to the next place, King Sejong Museum. 

Itu Gyeongbok Palace. Berhapan dia tu ada statue King Sejong

Museum ni sangat dekat dengan Gyeongbok Palace. Jalan kaki saja and the entrance is free. Macam mana nak ke sini? Klua dari Gyeongbok Palace ni jalan toward the statue of King Sejong. 


That's the statue of King Sejong.
Kalau x silap, dialah pengasas tulisan Korea yang pertama. Tulisan Korea yang pertama diberi nama Hangel. Kalau silap, ampun maaf ye. Museum ni terletak dekat bawah tanah. Dalam museum ni agak boring. Ayu x ambik port pun baca semua history2 ni. Hehe... Dalam museum ni jugak korang boleh belajar macam mane nak tulis nama korang dalam bahasa Korea.


Ayu malas nak ambik gambar dekat sini sebab malas nak bukak boot.



X faham macam mana depa nak shoot benda alah ni

Trip in Day 2 x habis lagi. Later sambung.

{From Ayu with ♥}

Tuesday, March 25, 2014

MH370

Assalamualaikum semua.

Semua pun sedang berkabung pasal MH370 kan? But, I am still hoping for a miracle to happened walaupun secara logik akalnya, it is impossible. Masya-Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tengok ahli keluarga menangis, I on the other hand, cried as well. Boleh dikatakan salah satu sejarah terbesar untuk tahun 2014 ni. 


Hikmah dan pengajaran yang Ayu belajar untuk tragedi MH370 ni adalah, secanggih mana pun teknologi yang ada, kalau bukan dengan kuasa Allah, kita x kan tau juga kedudukan terakhir pesawat tersebut. Just imagine, after 17 days baru Allah nak tunjuk. 


Ayu dok fikir, apelah nasib penumpang2 masa di lautan hindi tu. Dengan laut yang dalam dan bergelora macam tu. I am still hoping for a miracle to happened. Black box, please come back, so that the whole world know what was going on. Let the whole world know that our pilot and the co-pilot are actually the true heroes in this tragedy. 

My mom share this. Dalamnya..........

Sedih sangat baca article ni. 

Credit from here

http://www.era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Trending/Lihat-Trending.aspx?arc=1318&sec=79#.UzE493YQ8dW

Takziah untuk semua keluarga penumpang MH370. Like I said earlier, berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikul. Dari Dia kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali. Al fatihah.  

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...