Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Monday, February 20, 2017

Review Make Up time Lina Kawin

Assalamualaikum.

Sebulan sekali kot aku ni dapat update blog. Masih cerita di tahun lepas. Kuang3x. Ni nak promote cousin 5rz. Mula tertarik dengan cara make up dia masa tengok gambar customer yang dia make up kan dekat fb. Ada satu hari tu dia up gambar make up ala2 doll. Dolly make up ke nama ntah. So, request make up yang sama untuk hari perkahwinan Lina. Janji dengan Nurul (MUA, cousin 5rz) pukul 7 dekat rumah dia. Awal sebab dia kerja hari Sabtu tu. Have to la jugak. 

Sampai2 rumah Nurul, I mandi freshen up dulu then terus Nurul make up kan I. Sambil2 make up tu I borak2 la pasal make up etc. Actually I dalam proses nak belajar lukis kening. Pastu tengok juga make up, lipstik apa yang Nurul gunakan. Ini sebagai rujukan je. 

Bila dah siap tu, hasil memang I sangat suka! Tunjuk dekat 5rz pun 5rz senyum2 je. Bukan takat I & 5rz je yang suka, MUA Lina pun tanya siapa yang make up kan I. Dia kata cantik. Weee~~~ Suka bila orang puji I cantik. Muahahaha. Padahal make up je pun. 


Lain benor rupa I

Make up I tahan sampai petang ke malam semua la. I teman Lina pergi outdoor pun make up still ada and x cair. Sayang nak tanggalkan sebab bukan selalu dapat di make up kan oleh orang lain. Last skali pun masa kahwin and that was 5 years ago (Ini kan cerita 2016. Haha) 

Sampai I terfikir, kenapalah time I kawin dulu si Nurul ni je patut make up kan I. Tapi time I kawin dulu, dia ni still bersekolah. Skill pun x berapa power rangers lagi. Sekarang dah otai!

Untuk siapa yang berminat, boleh contact Nurul ni ok? Harga berpatutan sangat. Untuk make up I hari tu, Nurul charge RM 100. Apa2 korang boleh try tanya dia ok? Tapi rasanya kalau make up sanding tu lain sikit harga kot? Apa2 tanya Nurul. Nurul ni based in Penang. Orang Penang, boleh la try contact Nurul for your make up dinner, tunang, kawin, convo or apa2 event la. 




Details as below:

#makeupbynurul (IG hastag)
nurulfaezahzainul (IG)
017-558 7332 (WhatsUp only)

{From Ayu with ♥}

Wednesday, August 3, 2016

Swiss Court Apartment, Damai Laut, Perak

Assalamualaikum.

Tiba hari terakhir kami di Penang. Yeay! Eh kenapa yeay? Sebab sebenarnya sebelum kami nak balik KL, memang dah plan awal2 nak singgah Damai Laut. Ceritanya, 5rz ada dapat free voucher penginapan dekat hotel Swiss Garden antara 2 tempat which are, Damai Laut, Lumut Perak ataupun dekat Cherating, Pahang. Since both of us dah pernah dtg and lepak2 dekat Pantai Cherating, so we both decided to choose to stay at Swiss Court Apartment, Damai Laut Perak. But before balik, kami sempat merasa cendol dekat Queens Bay. Biasa2 je cendol dia I rasa. Tapi laksa dia memang sedap. Pekat likat gitu. 




Bila semua dah kenyang, bermulalah perjalanan pulang kami dari Penang. Masa datang Penang memang kami dah janji dengan Faris nak naik ferry. So kami tunaikan time nak balik hari tu.








Perjalanan from Penang ke Lumut dalam 4 jam juga. Dengan jem lagi. Agaknya semua nak balik KL sebab Isnin dah nak start sekolah time tu. Kami pergi Lumut tu hari Sabtu. Oh by the way, voucher yg kami redeem ni actually boleh guna from Sunday to Thursday je exclude public & school holiday. Masa tu fikir2 ngan 5rz, x pela kita check in Ahad jela and check out Isnin. Kira kita redeem 1 night je. Tapi, before Raya tu, I ada email management Swiss and minta dipertimbangkan request kami nak check in Sabtu. Kalau boleh, alhamdulillah rezeki. Kalau x boleh, x pelah. Kita stay 1 night je. Nasib pihak Swiss Court bermurah hati pertimbangkan permintaan kami.

Ok sambung cerita balik. Sampai Swiss Garden, ambik kunci dulu tapi x terus check in. Kami keluar balik sebab nak cari makan. Swiss Court ni memang tempat dia agak private and kalau korang nak cari makan semua memang kena klua dari situ. Kita orang kan jenis cheapskate nak order room service. Hehe. Lagi pun Swiss Court ni semua apartment. Kalau nak belah hotel kena naik kereta. Still dalam kawasan yang sama cuma wing lain, cam tu la. 

Lepas dh dinner, terus check in. Mulalah I ni dok survey apa yg patut. Actually before datang ke sini, baca jugak review macam2 pasal Swiss Court ni. Mostly byk bad review. Masa tu rasa cam alaaaa nak tukar ke Cherating la plak. Tapi ada rasa sedikit rugi plak sebab memang x pernah sampai Lumut. Ape salahnya menjelajah kan? Lagi pun tu memang minat & hobby I. Ada duit, boleh cerita. X de duit, mereputla kita kat KL tu. Hehe. 

Anyway, yes bagi I memang Swiss Court ni x berapa elok tapi I still rasa ok. Kira boleh survived la 2 malam kami dekat situ. Most bad reviews yang I baca was 

'Byk nyamuk. Disarankan jgn buka tingkap'
'Bad maintainance' 
'Aircond x rasa. Rasa panas dalam bilik walaupun ada both aircond & kipas'
'Jauh nak beli makan. Nak breakfast pun kena ambik package lain'
'Semua yang dapat voucher akan dapat single bed. X de nk feeling2 romantik dpt queen bed'

Tapi alhamdulillah time kami pergi, x de plak jumpa walau seekor nyamuk sekali pun. Bad maintainance tu I rasa x la berapa bad. Macam I cakap. Ok la cuma depa patut boleh baiki lagi. Aircond x rasa? Mula2 masuk memang x rasa sebab baru nak pasang kan? Tapi lama2 ok je. Tdo malam2 masya-Allah sejuk je kami rasa. Dah la aircond ngan kipas bawah katil kami je. X ke menggigil? Jauh nak beli makanan tu memang ye. Naik kereta kena drive dalam 15-20 minit utk sampai ke JJ Manjung kalau x silap. Tapi kedai2 dekat tepi jalan sepanjang korang klua from Swiss Court tu pun ada. Cuma kami selesa nak ke JJ Manjung sebab saja nak jalan2 sekali. Pasal katil plak, masa nak check in tu I dah siap2 tanya katil ape korang nak kasi ni? I nak katil queen and memang dia bagi. Rezeki.

Ini sebahagian gambar dalam Swiss Court. Memang banyak yang depa boleh baiki/cantikkan lagi


Ada some review yg dpt free voucher ni x dpt bathtub, some dapat. I got mine =)

Keluasan bilik. Kita orang dapat tv gemok. Hehe. Ada org dapat flat scrin. Rezeki masing2.



Cantumkan sofa2 macam ni, jadilah 2 anak bujung dapat tidur atas sofa yang seakan katil. Hehe


Kami ambik package breakfast utk day 1 saja. Day 2 sebab fikir dh nak check out, x payah la nak breakfast bagai. Terus check out and lunch terus. Breakfast roti yang kami dah beli siap2 dh. Day 1 breakfast yang kami ambik pun murah je. RM 53 untuk 2 adults 2 child. Ok lah kan? Variety of foods pun ok standard la. Boleh la kenyang kan perut kami anak beranak. 

Cafe luas. Ada aircond & kipas. X terlalu sejuk & x terlalu panas


Swiss Court ni memang jenis apartment. Memang dia ada siapkan peralatan masak semua. Ada peti sejuk semua. Tapi kami x masak pun dalam tu. Guna peti saje. Time kami pergi tu yang x bestnya pool dia tengah reno. Kalau nk swim pun kena pergi pool dekat kawasan hotel. Still kena drive kalau nak pergi hotel. I googled Swiss Garden hotel ni bilik dia paling murah pun RM 600+ per night. Memang berbaloi sebab kawasan memang cantik. Oh lupa nak mentioned, kalau nak breakfast pun bukan dekat lobby apartment tapi dekat cafe hotel. Dekat apartment x de segala jenis cafe. Huhu. 

Overall bagi I ok je Swiss Court ni. Tapi management patut repair la apa2 yang patut macam dalam gambar yang I paste atas tu (budget blog kau famous plak pihak management nak baca rentetan comment kau kat sini kan?) Kalau sesiapa nak datang sini, ambiklah bilik yang belah2 bawah sebab apartment ni ada 4 tingkat tapi x de lift. Pepandai la ye? Recommended? Boleh lah. Haha macam x yakin plak kan?  Insya-Allah recommended. 

Ini block yang kami duduk. Block F for Fairuz, Faris & Faiz. Hahaha.


Ini pool yang depa tgh renovate. Dah alomost nak siap dah pun.

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...