Wednesday, May 21, 2014

Langkawi Trip - Island Hoping & Borong Chocolate

Selepas ke dayang bunting, kami tambah package untuk pegang penyu. Ambik package ni pun sebab fikirkan Faris. Dia punya bantal busuk kan turtle. Lebih kurang je kura2 dengan penyu. Untuk masuk sini, adult RM 15 and kanak2 even baya Faris pun dia charge RM 10. Cekik darah sangat! 

Dekat sini boleh tengok ikan juga.




Boleh tahan berat juga penyu ni
Sunburn dah muka




Untuk tangkap ikan kerapu. Besar kan?

After that, kami ke Eagle Feeding. Eagle feeding ni bukanlah bermaksud kita boleh feed eagle tu. Tak. Kita tengok burung helang tu tangkap makanan dia je. Ntah la Ayu x nampak pun burung tu tangkap ikan dalam laut tu. Tapi dekat sini memang banyak burung helang beterbangan. Wonder kenapa burung helang banyak dekat kawasan ni. Banyak ikan kot dekat sini?



Dikatakan dekat sini dulunya terdapat sebuah mini zoo. Tapi sayangnya mini zoo ni telah ditutup. Kenapa? Ayu pun x tau. Kalau ada sure best dapat masuk especially ada Faris ni sure dia excited!

Nampak x jambatan tu? Ikut jambatan tu then dalam tu ada mini zoo. Dula la. Now x de dah.
Last stop was to mandi manda dekat pantai mana pun Ayu lupa. Yang mandi dekat situ only 5rz dengan Faris je. Ayu memang x plan to mandi pun. Rehat je dekat situ. First time Faris mandi pantai. Pedih mata dia kena air masin. Pastu terminum sikit air laut terus terkejut dia sebab pelik agaknya kenapa air masin sangat. Hehehe. Siap nak try rasa skali lagi air masin tu. His making his own memories so let him be as long as x merbahayakan sangat. 





Settled bersih2kan badan before we lunch, 5rz ke jeti balik to buy a tickets nak balik Perlis semula. Kami ambik last tiket which was at 7 pm. Then had lunch dekat McD. Bukan teringin sangat pun nak makan McD tapi sebab x tahan panas sangat, we all masuk sana je since ada aircond. 

After lunch, memang niat nak beli chocolate. Pergi Langkawi x borong choc memang x sah kan? Teringin juga nak beli pinggan mangkuk ke periuk ke kan tapi nak simpan mane since rumah kami pun x siap2 lagi. X pe. Insya-Allah ada rezeki lebih, kami lawat sini lagi.  

Kami borong chocolate dekat mana lagi kalau bukan dekat Haji Ismail Group (HIG) Dah maju dah skrg. Siap ada HIG hotel and komplex HIG lagi. Memang sangat berkembang maju. Borong choc dekat komplex HIG je. Lebih besar dan selesa.



I am looking for this tapi reben biru tapi x de. Sebelah tu yang kecik. So cari kedai lain




Always be my favorite chocolate. Untung kan 5rz dapat bini suka chocolate murah je. =)




Jatuh cinta dengan Noritake punya set. Tapi harga membunuh!




Corelle



Sorry but I am not a fan of pepero. X faham nape ramai sangat orang borong benda alah ni. Yeah tekak masing2.

Settled semua, kami jalan2 Langkawi nak habiskan minyak. Lalu la ke makam mahsuri tapi x masuk sebab memang dah pernah masuk. Nak ke mana pun Ayu dah x larat dan x sanggup menahan panas. So terus hantar kereta sewa and masuk ke jeti tunggu feri kami pukul 7 malam. 

Time balik hujan tapi nasib kami dah selamat masuk dalam feri baru hujan turun. Kali ni dapat lower deck and tepi tingkap lagi. Paling best sebab 3 seats tu kami anak beranak yang punya. Means Faris ada seat dia sendiri. Tapi x de nya dia nak duduk diam kan?

Bye2 langkawi. Till we meet again.
Banyak lagi attraction yang ada dekat Langkawi ni like Underwater World tapi Ayu x masuk sebab dah pernah masuk dengan family dulu. Nantila repeat bawak masuk Faris plak bila2 ada rezeki. Ok nanti sambung entry dekat Perlis pulak.   

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...