Friday, March 20, 2015

Underwater World, Langkawi

Honestly kalau nak compared Underwater World Langkawi, Aquaria KLCC dengan SEA Aquarium Singapore, SEA Aquarium lagi best. Hehehe. Tapi x pelah sebab nak bawa Faris jalan2 je. Ok tengok gambar jela.




With his fav animal, turtle.





Faris cakap ni spider. Huhu. Yelah dah nampak macam spider kan?
Keluar dari Underwater, solat then masuk satu mall bersebelahan dengan Underwater. Then tiba2 Ayu nampak kelibat yang Ayu kenal.

My nyah!!! aka one of my M.O.H during my wedding! Suka sangat jumpa dia time ni.

Banyak2 tempat, dekat Langkawi jugak kita jumpa. =)

Selepas tu kami dinner 1 family. Malam tu kami tukar ke apartment sebelah HIG Mall pulak. Ini sebab dekat apartment ni ada 3 bilik. All rooms ada aircond and dekat hall pun ada aircond. So lebih selesa. Lebih selesa actually dekat Perdana Beach Resort tu tapi sebab kami nak extra rooms and at least dekat hall kena ada aircond jugalah. Baru selesa kan?

Esok pagi was our last day at Langkawi. Pagi tu sarapan dekat tepi jalan berdekatan dengan our apartment. Sedap sangat nasi lemak dia. Habis 2 bungkus Ayu dengan Faris makan. Next time insya-Allah kalau ke sana, nak makan nasi lemak situ lagi. Then Ayu, 5rz dgn Faris berjalan kaki pergi HIG lama. HIG lama ni terletak berhadapan dengan bangunan Langkawi Saga. Tujuan utama nak beli coklat. Some coklat memang Ayu akan beli dekat HIG lama instead of beli dekat HIG Mall. Ini sebab some coklat are way cheaper here compared to dekat HIG Mall.

Lepas tu ayah jemput kami then jalan2 lagi last round before check out. Lepas check out, we went to jetty sebab ingat dapat balik naik ferry pukul 1 tapi x dapat. Ini ada Ayu explain before. Korang check balik la. Sudahnya, kami kena tunggu ferry pukul 5 pulak.

Tapi, disebabkan kejadian itu, adalah rezeki Ayu nak merasa Scarborough Fish & Chip. Orang kata the best fish & chip dekat Malaysia. Hmmmm memang best la tapi fish & chip paling sedap aku pernah rasa adalah di Australia. So, x berapa puas sangatlah. Muahahaha. Kadang aku teringin nak ke Australia sekali lagi semata nak makan fish & chips. 


Abaikan mukaku itu. Tempat cantik tepi pantai.

Boleh tahanlah. At least merasa jugak aku.

Scarborough ni berdekatan dengan Tanjung Rhu je rupanya. Jauh jugakla. Kira 2 hari berturut kami ke Tanjung Rhu. Selesai lunch sini, kami lepak2 dekat HIG Mall and solat. Then pukul 4, bertolak ke jetty balik. Ferry bertolak pukul 5 then kali ni kami sampai ke jetty Kedah awal sikit. 6.30 petang dah sampai. Then meneruskan perjalanan balik ke KL. Sampai KL almost 1 am the next day.

Ok tamat sudah kisah di Langkawi. =)     

{From Ayu with ♥}

Thursday, March 19, 2015

Tanjung Rhu Beach, Eagle Feeding, Fish Feeding, Crocodile Cave & Bat Cave, Langkawi.

Second day di Langkawi kami breakfast simple2 dulu. Some of us ada yang nak naik cable car so pergilah ke cable car. Tapi hari tu Sunday so terlalu ramai orang. Sudahnya, cancel naik cable car. Ayu memang x plan nak naik cable car pun. Ayu nak masuk Underwater World je sebab before this x pernah cover that place dengan Faris. Saja nak bawa Faris merasa. Dia kan macam ayah dia, pecinta binatang. 

Then lunch berhampiran food court pantai beras hitam. Kami pergi pantai yang x berapa hitam sangat. Sikit2 je hitam dia.

Ok baca sendiri



Lepas tu kami pergi ke Pantai Tanjung Rhu. Cantik sangat pantai ni. Terasa macam dekat Krabi pulak. Walking down the memory lane, auwwwww. Mula2 plan nak lepak2 je dekat pantai tu. Tetiba decide ambik boat tour pulak. Oklah just to kill the time. Kami ambik 1 boat besar with 1 hour tour. 1 boat besar dapat harga RM 200-RM 250. Cuti sekolah, mahal la. 

Cantik x?


Cheeky Faris





First stop adalah tengok Eagle Feeding. Kami dah cover bulan 5 dulu so enjoy jela. 




Next stop tengok Fish Feeding pulak. This one pun kami dah cover bulan 5 dulu cuma dekat tempat yang berlainan je.



Then melawat Gua Buaya yang aku x faham kenapa dia dipanggil gua buaya. X rasa nampak bentuk buaya pun dekat cave tu. Ke aku yang x pandai tengok. Banyak kali tengok pun x de rupa buaya. Cam mana tu? 


Ok cuba explain kat aku macam mana rupa buaya from this picture please.

Dikatakan kalau air pasang, kita x boleh masuk dalam gua tu. Nasib rezeki kami time tu, air surut x surut sangat. Sebelum tu, before kita sampai ke Gua Buaya ni, kita akan lalu ke satu jalan kecik ni yang mana monyet banyak sangat. Macam kawasan paya bakau macam tu. But worry not.  Korang dalam boat so monyet tu x kan kacau korang pun.

Lepas ke Gua Buaya, kami ke Gua Kelawar pulak. Dalam ni korang kena bayar RM 10 per head. Nak pinjam touch light pun kena sewa tapi x pasti berapa ringgit. Dalam ni best sebab banyak sangat korang boleh tengok kelawar. Gua kelawar ni kena jalan kaki ok tapi x jauh pun. Satu lagi, sila jangan buat bising dalam ni sebab akan mengganggu kelawar tu tidur. Hehehe.



Sedikit info



Info ni menarik
Lepas tu habislah boat tour kami. Kembali ke pantai Tanjung Rhu balik. Cantik sangatlah pantai ni dengan pasir dia yang warna putih tu. Next destination was Underwater World. Yeay. Tempat yang aku nak sangat bawa Faris masuk. But before masuk tu, kami basahkan tekak dekat kedai berhampiran Underwater tu. Cuaca panas sangat time tu. 

Underwater World next entry la sebab nanti aku lum sum dengan cerita lain pulak.   

{From Ayu with ♥}

Tuesday, March 17, 2015

Family Day at Langkawi : Procedure Bawa Masuk Kereta ke Langkawi

Family day ni actually dibuat pada akhir tahun lepas (2014) tapi baru sekarang hengeh2 nak post. Hehe. Janji keluar blog. 

Went there for 3 days 2 nights. This time kami tumpang van ayah and ayah bawa masuk van ke Langkawi. Satu van tu jela yang dibawa masuk ke Langkawi. The rest, naik ferry then sewa kereta dekat sana. Masa pergi last year time cuti sekolah. So, semua pun mahal. Sewa kereta mahal. Nak bawa masuk van pun mahal. Van kena dalm RM 380 termasuk pemandu sahaja. Penumpang dalam van dikira RM 15 per head. Siapa nak bawa kereta masuk ke Langkawi kena bawa road tax sekali. Then kami punya ferry bertolak pukul 5 lebih. Pukul 7 lebih tiba di Langkawi. Masa sampai dekat Langkawi nampak jalan sesak x tau sebab ape. Tapi masa tu ada orang jaga jalan suruh kami jalan ke kanan and kami pun ikutlah sampai keluar dari gate tu. Pelik jugak kenapa kereta yang belah kiri kami tu berhenti tepi jalan?

Rupa-rupanya, once tiba di Langkawi, korang kena booked time balik ke jeti Kedah balik. Ayah dah beli tiket but still korang kena booked time nak naik ferry untuk balik tu pukul berapa. Macam our case, ayah ambik tiket pukul 1 petang. Once tiba di Langkawi, korang kena booked balik pukul 1 tu dekat office sana. Apekah susah sangat procedure itu? Dah beli tiket siap2 x payahlah nak booked2 bagai. Macam korang beli tiket kapal terbanglah. Kalau penumpang x datang sekali pun, korang still x boleh jual that tiket kan? Ini lain pulak.

Since kami x buat semua tu, time kami balik terpaksa di delay ke pukul 5 petang. Masya-Allah. Pukul 5 baru naik ferry. Pukul 7 baru sampai jeti Kedah. Pukul berapa nak sampai KL? Tapi nasib baiklah time tu ada tiket lagi pukul 5. X pe, we learned our lesson here cuma x faham sistem sebegitu yang dia orang gunakan. Bukan salah kami pun sebab orang yang jaga jalan tu yang suruh kami jalan je without ape2 penerangan ke ape. Duhhh whatever. Lesson learned.

Oiiii panjangnya mukadimmah. Ok since dah sampai malam, kami terus dinner dekat food court depan HIG Mall yang baru tu. Ayah kata sup dekat first food court tu sedap. Oklah memang sedap. Lepas dinner, kami check in di Perdana Beach Resort. Dalam ni ada 2 bilik saja. Both rooms ada aircond. Ruang tamu je x de aircond. Bilik air 2 siap dengan air panas. Boleh google kalau nak tengok bilik macam mana. Selesa jugak. Next day, kami jalan2 dekat Langkawi. Next entry la. Muahahaha.

Gambar nak balik. Again naughty Faris


{From Ayu with ♥}

Monday, March 16, 2015

Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor

It was father in law punya birthday celebration and we went to have dinner at Kuala Selangor. Di plan oleh adik beradik 5rz. Also my first time makan seafood dekat sana. Bertolak from KL around 4 pm. Planning asal nak jalan2 tengok monyet dekat sana tapi tukar plan terus ke tempat makan. Itu pun sampai dah pukul 6.30 petang. Semua tempat cantik dah di reserved so kami kena tunggu turn. 

Bila dah dapat tempat duduk, kami pergi pilih seafood and cakap je nak masak cara apa etc. 

Sebahagian harga barangan yang sempat Ayu snap




Dalam 1 jam, baru kami dapat apa yang kami order. 

Masak 3 rasa
Ikan bakar

Masak stim

Masak berlada
Masak sambal petai

Dan adalah beberapa lauk lagi yang kami order tapi dah malas nak snap gambar. So far makan sana oklah sedap jugak tapi I prefer dekat Sabah. Muahaha. Cuma service x berapa bagus. Kasi nasi tapi x de pinggan. Kasi lauk tapi x de sudu. Ha macam tulah lebih kurang padahal basic things je tu kot. Kasi nasi tapi x kasi pinggan, kau ingat kami nak makan tadah tangan? Tapi tempat tu still ramai customers. 

Ecece menjeling pulak Faris ni



Untuk duduk dekat sini ada extra charge RM 20. Mungkin sebab spot cantik. Hehe

Selesai makan, kami balik la ape lagi. 11 pm sampai rumah. Dah. A short post, indeed. Oh ye by the way, dekat sini boleh tengok sunset. Surau and toilet pun ada. Oklah bersih jugak tempat dia.   
{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...