Tuesday, March 17, 2015

Family Day at Langkawi : Procedure Bawa Masuk Kereta ke Langkawi

Family day ni actually dibuat pada akhir tahun lepas (2014) tapi baru sekarang hengeh2 nak post. Hehe. Janji keluar blog. 

Went there for 3 days 2 nights. This time kami tumpang van ayah and ayah bawa masuk van ke Langkawi. Satu van tu jela yang dibawa masuk ke Langkawi. The rest, naik ferry then sewa kereta dekat sana. Masa pergi last year time cuti sekolah. So, semua pun mahal. Sewa kereta mahal. Nak bawa masuk van pun mahal. Van kena dalm RM 380 termasuk pemandu sahaja. Penumpang dalam van dikira RM 15 per head. Siapa nak bawa kereta masuk ke Langkawi kena bawa road tax sekali. Then kami punya ferry bertolak pukul 5 lebih. Pukul 7 lebih tiba di Langkawi. Masa sampai dekat Langkawi nampak jalan sesak x tau sebab ape. Tapi masa tu ada orang jaga jalan suruh kami jalan ke kanan and kami pun ikutlah sampai keluar dari gate tu. Pelik jugak kenapa kereta yang belah kiri kami tu berhenti tepi jalan?

Rupa-rupanya, once tiba di Langkawi, korang kena booked time balik ke jeti Kedah balik. Ayah dah beli tiket but still korang kena booked time nak naik ferry untuk balik tu pukul berapa. Macam our case, ayah ambik tiket pukul 1 petang. Once tiba di Langkawi, korang kena booked balik pukul 1 tu dekat office sana. Apekah susah sangat procedure itu? Dah beli tiket siap2 x payahlah nak booked2 bagai. Macam korang beli tiket kapal terbanglah. Kalau penumpang x datang sekali pun, korang still x boleh jual that tiket kan? Ini lain pulak.

Since kami x buat semua tu, time kami balik terpaksa di delay ke pukul 5 petang. Masya-Allah. Pukul 5 baru naik ferry. Pukul 7 baru sampai jeti Kedah. Pukul berapa nak sampai KL? Tapi nasib baiklah time tu ada tiket lagi pukul 5. X pe, we learned our lesson here cuma x faham sistem sebegitu yang dia orang gunakan. Bukan salah kami pun sebab orang yang jaga jalan tu yang suruh kami jalan je without ape2 penerangan ke ape. Duhhh whatever. Lesson learned.

Oiiii panjangnya mukadimmah. Ok since dah sampai malam, kami terus dinner dekat food court depan HIG Mall yang baru tu. Ayah kata sup dekat first food court tu sedap. Oklah memang sedap. Lepas dinner, kami check in di Perdana Beach Resort. Dalam ni ada 2 bilik saja. Both rooms ada aircond. Ruang tamu je x de aircond. Bilik air 2 siap dengan air panas. Boleh google kalau nak tengok bilik macam mana. Selesa jugak. Next day, kami jalan2 dekat Langkawi. Next entry la. Muahahaha.

Gambar nak balik. Again naughty Faris


{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...