Monday, May 30, 2016

Weekend Without Husband (for a while)

Assalamualaikum.

Dah masuk seminggu dah 5rz ke tanah suci. Alhamdulillah hari2 sepanjang ketiadaannya, 5rz ada hantar khabar & video called. That good enough for me. Last weekend adalah weekend pertama untuk kami anak beranak without my husband. I memang dah plan awal2 nak bawak anak2 keluar berjalan. Jumaat lepas dah survey2 movie ape yang ada dekat wayang. Kesian dekat anak2 sebenarnya especially si Faris. Hari2 rutin sama pergi hantar ke rumah mertua (adik ipar jaga) bosan gak kan? So, weekend walaupun sorang2 kena jagakan anak2, kenalah bawa jugak. Nak kasi anak2 happy je. Kebetulan ada cerita Doraemon the movie. Last movie Doraemon pun Faris layan. So try lah bawak tengok yang baru ni plak. Plan asal nak bawa on Sunday and nak tengok dalam pukul 135pm +. Sekali hari Sabtu tu anak2 bangun awal plak. I know the 1st show will start at 11.15 am. So, I pun ape lagi. Cepat2 siapkan anak2. Lagi satu I fikir better pergi pagi2. Selain dapat tiket harga murah, less people. When less people, kalau anak2 buat hal pun x la malu sangat. Family friendly punya show untuk Angry Bird plak. Angry bird kami dah tengok time anniversary yang lepas.

Merasalah juga macam mana handle anak2 seorang diri kan?



Macam biasa, kami duduk row belakang and tepi skali bagi memudahkan I keluar masuk if anything happened. Dalam panggung tu adalah dalam less than 10 people je. Heaven. Faris cakap kuat2 pun I ok je. In the middle of the movie, 5rz whatsup nak video call. Memang selalu pun dia yang akan whatsup dulu sebab dia hanya dapat internet bila dekat hotel je and dekat lobby je. So memang hari2 tunggu dia whatsup dulu. Anyway, since dia kata nak video call, I dengan anak2 keluarlah sekejap. Rugi kalau x layan. Hahaha.  Pastu masuk sambung tengok movie balik. Cerita Doraemon best x? Permulaan boring sampai Faris cakap 'ibu. Lambatnya nak habis.' Pertengahan time ada lawan2, baru dia cakap 'bestlah ibu movie ni' Ending, boleh plak for the 1st time Faris berair air mata ha. Ending agak sedih. Nobita nangis. Pastu I nampak mata Faris berair sama. I tanya, 'Faris nangis ke?' Dia lap air mata. Malulah tu. Kelakar plak rasa time tu. Hehe.


Faiz x nak bergambar. Masuk panggung nak tengok movie



Habis movie, bawa pergi makan. Dah sampai restaurant, si Faris nak berak plak. Keluar balik tapi meja kami di reserved. Lepas makan pun dia nak berak lagi. Aiyo. Dahlah time tu adik x habis makan lagi. Keluar pergi toilet balik. Gitulah kalau bawa anak2 seorang diri kan? Semua ni pengalaman.


Lepas tu, did some groceries shopping. Petang dalam kul 4 cam tu balik. 430 pm sampai rumah. Faris pun dah puas berjalan agaknya. Balik2 terus mandikan anak2. Lepas tu anak2 pengsan tdo. Malam lepas Maghrib baru anak2 bangun and I kasi makan.

Gitulah pengalaman bawa anak jalan2 tengok movie seorang diri. Oklah walaupun ada hicups sana sini. Insya-Allah weekend ni ayah dah ada. Yeay! 

By the way, malam Sabtu hari tu, Ayu dah rasa tanda2 nak demam. Ahad tu (semalam) memang demam. Huuuu kesian kat anak2. X larat sangat nak jaga anak2 tapi nak buat macam mana kan? Petang smalam gagahkan diri angkut anak2 pergi klinik nak ambik ubat. Bawa round2 skali. Lepas tu balik. Petang mandikan budak2 then terus suap makan skali sebab memang plan nak kasi budak2 tidur awal. I x sihat remember? So smalam kul 9.30 pm semua dah doze off. Hari ni alhamdulillah feeling better. Harap sihat semuanya sampai bila2, amin.

Bila fikir balik, nasib baik decide bawa anak2 tengok wayang on Saturday sebab rupanya Allah nak uji sakit on Sunday. Semuanya bersebab. Till then.
 
{From Ayu with ♥}

Tuesday, May 24, 2016

Selamat Tinggal Buat Sementara Waktu Kekasih Hatikuuuuu....

Assalamualaikum.

Huwaaaaa where to start ya? Hmmmm... Dia macam ni. Sedara 5rz nak sponsor bapak 5rz pergi umrah. So kebetulan 5rz pun nak la sponsor mak dia pergi skali. Mula2 5rz nak bawak mak dia je. So that mak & bapak can do umrah together. Dah kata ada rezeki Allah nak jemput, 5rz pergi skali. 5rz tanya juga sama ada Ayu nak pergi ke x? My intention was to bring the kids tp 5rz x de hati nak bawa budak2. So, tinggallah saya dengan anak2. 5rz takut anak2 nanti mengganggu. But for me doa jela agar Allah permudahkan. Tapi x pelah. 5rz dah berangkat ke tanah suci dah pun smalam (23 May flight kul 2.35 pagi). Semalam (Isnin) Ayu ambik cuti sebab ingatkan flight dia 23 siang or malam hari. Rupanya memang 23 tapi pagi2 buta. Pergi airport pun hari Ahad. Lepas Maghrib klua rumah and terus ke airport.

Pasal nak ke airport ni pun actually I x nak hantar sebab karang si Faris kalau nampak aeroplane mulalah dia minta nak naik aeroplane. Last time masa hantar parents Ayu ke umrah pun sama. Minta nak naik aeroplane. Pastu pujuk dia cakap 'nanti adik dah klua, kita naik aeroplane eh?' Now adik dah setahun lebih dah ha. Insya-Allah Faris, ada rezeki tu x kemana. Even I'm trying juga ni. Hang in there. Ok mula2 x nak hantar pastu macam mana last2 I hantar jugak? Sebab my parents was with me as well. Kalau Ayu sorg nak drive malam2 tu memang takut gak la nak comfortkan Faris kot2 dia nangis kan? That's why tanya mak ayah boleh tolong x? Nasib mak ayah sudi. Thank you mak ayah. 




Sampai airport, kami tunggu jemaah yang lain. Sampai awal plak tu. Kul 9.30 malam dah sampai airport. Pukul 10 lebih, baru 5rz check in bags. Before that, teman 5rz klua duit just in case. Time tu dapatlah berpegangan tangan dating kejap dengan 5rz. Hehehe. After that, 5rz bawak ayah dia pergi makan sebab lapar lagi. I am waiting for my parents finished Isyak. It was almost 12 mid night. Kesian sebab bawa parents and kebetulan esok pagi tu mak ayah ada hal. So I called 5rz cakap nak baliklah kesian sebab mak ayah nak tunggu plak. Flight lambat lagi kot. Bila 5rz datang, salam la semua. Hug dia lama2 sambil nangis. *sobs*sobs*  






Manalah Faris dalam ni ntah

Si Faiz dah mengamuk nak keluar. Hahaha

Si Faris on the other hand, seolah tahu ayah dia nak tinggalkan dia so dia cam ngelat nak ikut Ayu. 5rz dukung and letak Faris dalam stroller sebab boleh buckle up. Faiz, ayah Ayu dukung. Then 5rz tolak stroller sama2 sampailah Faris x perasan ayah dia dah x de. Kesian dia. Asyik tanya je ayah mana?

Ni time 5rz nak memujuk Faris la ni.
This is where he left us. Faris x perasan. I perasan, so I ran to him, hug & kiss him goodbye then snap this picture.

Sampai rumah, uruskan anak2 yang dah tertidur seorang diri. After semua dah selesai, I went to sleep. Baru je nak lelap, 5rz called. Berbunga hati. Then I cakap tadi Faris cari je ayah dia. Masa dia called tu, 5rz dah dalam balai berlepas. Chit chat sekejap then suddenly flight dia call utk boarding. Lepas hang up, Ayu terus tdo. 

As for now, my routine totally change. I will be the father & mother to my kids. Hilang sebelah tangan untuk membantu jaga anak2. But insya-Allah, I am strong. Muscle up! 

{From Ayu with ♥}

Friday, May 20, 2016

5th Wedding Anniversary - Part 2

Assalamualaikum.

Ok sambung balik pasal our 5th anniversary. So pagi tu 5rz keluar cari breakfast. Kami memang x ambik package sekali dengan breakfast. I nak nasi lemak sebab laparrrrr sangat. Siap cakap, nak nasi lemak, kalau x de, nasi goreng pataya (tiba pagi2 ada goreng2 kan?) klu x de sangat, maggi goreng pun bolehlah. Sekali semua x de! 5rz beli roti telur 2 keping je! Aku dh moody. Sebab lapar oiii. Hahahaha. Actaully dia pergi beli roti telur 2 untuk dia satu, untuk Faris kongsi dengan Faiz satu. Pastu dia pergi jalan ke 1 kopitiam ni minta nasi lemak for me. X de. So dia malas nak patah balik beli sekeping lagi roti telur. Sudahnya Ayu dengan anak2 je makan. Oh lupa. Dia ada beli telur dadar untuk Faiz. My kids both love telur so much. 5rz makan ape? Telur dadar dengan air panas je. Telur tu kongsi dengan Faiz. I offer him my roti telur tapi dia suruh I makan kasi puas dulu. Sebab dia tau I lapar sangat since smalam. Auwwwww so sweet. 5rz memang macam tu. Selalulah tengok dia berkorban nak kasi I dgn anak2 senang dulu. Alhamdulillah. Turns out, roti telur tu x habis pun. Adalah lagi separuh. So kasi dia makan untuk alas perut. I kenyang but still x puas tho. Nak nasiiiiiii. What diet?

This cheeky lil guy again!

We requested for late check out at 2 pm. Faris dah merayu-rayu jomlah jalan2. Hahaha kesian. Aku cakap dengan 5rz, next time kita check in dua jela. Pening kepala layan anak2 boring duk hotel je padahal mak ayah nak lepak bilik nak bercintaaaaaa. Hehehee. Eleh aku cakap je nak tinggal anak, sekali aku jugak yang x sampai hati nanti. Kuikuikui. 

Sorang too loud, sorang too clingy


Before check out

Lepas check out, masuk One Utama untuk late lunch. Goshhh lama dah x masuk OU sampai x ingat when was the last time we went there. Pun still x tau mana nak makan. Last2 tengok map, then nampak Seoul Garden. Aku yang teringin. Ok Seoul Garden jela. 1st time try. Seoul Garden review, later2.

Lepas makan, decided tgk movie, Angry Bird. Beli tiket dekat TGV then tunggu masa untuk masuk panggung. I used to work at GSC OU by the way, time nak tunggu SPM results & pernah kerja sambil belajar for 1 sem dekat tempat yang sama. Aku more to nak tengok movie dekat GSC sebab saje nak tengok tempat lama tapi last2 tengok dekat TGV gak. Tapi best lah couple seat dekat TGV OU ni. Besar sangat. Selalu kami tengok dekat Wangsa Walk. Couple seat dia kecik sikit. Nak selalu pergi OU cam jauh lah plak from our house.

Muka 5rz!
Muka 5rz lagi

Sewa ni murah je. RM 3 for first 3 hours. Subsequent hour, RM 2. Berbaloi!

Si abang dah panjang plak rambut depan dia

Angry Bird bagi aku x best mana pun. So so je. Lepas movie terus balik rumah. Macam tu jela shot vacation for our 5th anniversary. Walaupun nampak cam simple, I still teringat-ingat sampai sekarang. Rasa cam best sgt dapat spent quality time with my husband especially. Rasa bahagiaaaaaa sampai sekarang, alhamdulillah. Hope next anniversary ada rezeki, kita dapat travel oversea ye B. Amin.  

Hehehe adik cheeky, si Faris tu dah kenapa?
    
{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...