Monday, May 30, 2016

Weekend Without Husband (for a while)

Assalamualaikum.

Dah masuk seminggu dah 5rz ke tanah suci. Alhamdulillah hari2 sepanjang ketiadaannya, 5rz ada hantar khabar & video called. That good enough for me. Last weekend adalah weekend pertama untuk kami anak beranak without my husband. I memang dah plan awal2 nak bawak anak2 keluar berjalan. Jumaat lepas dah survey2 movie ape yang ada dekat wayang. Kesian dekat anak2 sebenarnya especially si Faris. Hari2 rutin sama pergi hantar ke rumah mertua (adik ipar jaga) bosan gak kan? So, weekend walaupun sorang2 kena jagakan anak2, kenalah bawa jugak. Nak kasi anak2 happy je. Kebetulan ada cerita Doraemon the movie. Last movie Doraemon pun Faris layan. So try lah bawak tengok yang baru ni plak. Plan asal nak bawa on Sunday and nak tengok dalam pukul 135pm +. Sekali hari Sabtu tu anak2 bangun awal plak. I know the 1st show will start at 11.15 am. So, I pun ape lagi. Cepat2 siapkan anak2. Lagi satu I fikir better pergi pagi2. Selain dapat tiket harga murah, less people. When less people, kalau anak2 buat hal pun x la malu sangat. Family friendly punya show untuk Angry Bird plak. Angry bird kami dah tengok time anniversary yang lepas.

Merasalah juga macam mana handle anak2 seorang diri kan?



Macam biasa, kami duduk row belakang and tepi skali bagi memudahkan I keluar masuk if anything happened. Dalam panggung tu adalah dalam less than 10 people je. Heaven. Faris cakap kuat2 pun I ok je. In the middle of the movie, 5rz whatsup nak video call. Memang selalu pun dia yang akan whatsup dulu sebab dia hanya dapat internet bila dekat hotel je and dekat lobby je. So memang hari2 tunggu dia whatsup dulu. Anyway, since dia kata nak video call, I dengan anak2 keluarlah sekejap. Rugi kalau x layan. Hahaha.  Pastu masuk sambung tengok movie balik. Cerita Doraemon best x? Permulaan boring sampai Faris cakap 'ibu. Lambatnya nak habis.' Pertengahan time ada lawan2, baru dia cakap 'bestlah ibu movie ni' Ending, boleh plak for the 1st time Faris berair air mata ha. Ending agak sedih. Nobita nangis. Pastu I nampak mata Faris berair sama. I tanya, 'Faris nangis ke?' Dia lap air mata. Malulah tu. Kelakar plak rasa time tu. Hehe.


Faiz x nak bergambar. Masuk panggung nak tengok movie



Habis movie, bawa pergi makan. Dah sampai restaurant, si Faris nak berak plak. Keluar balik tapi meja kami di reserved. Lepas makan pun dia nak berak lagi. Aiyo. Dahlah time tu adik x habis makan lagi. Keluar pergi toilet balik. Gitulah kalau bawa anak2 seorang diri kan? Semua ni pengalaman.


Lepas tu, did some groceries shopping. Petang dalam kul 4 cam tu balik. 430 pm sampai rumah. Faris pun dah puas berjalan agaknya. Balik2 terus mandikan anak2. Lepas tu anak2 pengsan tdo. Malam lepas Maghrib baru anak2 bangun and I kasi makan.

Gitulah pengalaman bawa anak jalan2 tengok movie seorang diri. Oklah walaupun ada hicups sana sini. Insya-Allah weekend ni ayah dah ada. Yeay! 

By the way, malam Sabtu hari tu, Ayu dah rasa tanda2 nak demam. Ahad tu (semalam) memang demam. Huuuu kesian kat anak2. X larat sangat nak jaga anak2 tapi nak buat macam mana kan? Petang smalam gagahkan diri angkut anak2 pergi klinik nak ambik ubat. Bawa round2 skali. Lepas tu balik. Petang mandikan budak2 then terus suap makan skali sebab memang plan nak kasi budak2 tidur awal. I x sihat remember? So smalam kul 9.30 pm semua dah doze off. Hari ni alhamdulillah feeling better. Harap sihat semuanya sampai bila2, amin.

Bila fikir balik, nasib baik decide bawa anak2 tengok wayang on Saturday sebab rupanya Allah nak uji sakit on Sunday. Semuanya bersebab. Till then.
 
{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...