Tuesday, July 5, 2016

Selamat Hari Raya Semua

Assalamualaikum.

Kesiannya sepanjang puasa x banyak update. Blog pun turut sama berpuasa gamaknya. Percaya x semalam baru beli baju raya for me? Untuk raya pertama actually semua dah settled. 5rz yang settle kan semua. Dia beli time dia pergi umrah bulan May yang lepas. Tapi unfortunately my jubah terlalu besar sampai dah x sempat nak alter. So raya pertama insya-Allah I akan recycle jubah yang mana ada je. Janji masuk tema. Mostly semua pun recycle tahun ni. Anak2 je meriah. Raya ni yang seronok pun time budak2 jela. Kita yang besar ni tumpang sikit2 je.  

Sebenarnya, memang tahun ni semangat raya x meresap sangat. X tahulah pasal ape. Hari ni baru nak pick up the raya spirit slowly. Hey I'm still in the office at the moment. Sorg kat department ni ha. But ada jela other staff dept lain. 

So kelengkapan anak2 settle since before Ramadhan. 5rz punya pun baru dpt last weekend. Itu pun nasib cepat je dia shopping sebab both kids & I down with fever. Faiz & I are getting better. Now tinggal Faris nampak belum berapa baik. Tapi I pujuk la cakap

"Esok nak raya. Faris kena be strong la. Faris strong x?"

Dia angguk. Sian.

I punya baju dapat la sepasang yang baru. Jadilah weh. Yang lain semua recycle. X pe tahun ni tahun berjimat. Insya-Allah next year kita tempah 30 pasang baju raya ye cam Che Ta gitu. Kuasa aihhh nak tempah banyak2 gitu. Dia artis lain la. I? Retis gak cuma suam2 kuku. Kah! Bila masa aku jadi artis ntah! Ok dah kelaut dah cerita. 
 
Anyway, macam biasa I ni ada je banyak cerita nak kongsi tapi malas nak menaip. Tengoklah kalau ada masa, I update. 
 
Raya ni balik mana? Saya team balik kampung suami. Insya-Allah 1st day raya KL dulu since both parents pun still kat KL. Tengah hari sikit baru kami bertolak ke Penang. Keluarga mertua x ikut balik Penang. Kami je lawat sedara mara kat Penang and nak ambik some stuff. While my parent plak after sembahyang raya nanti bertolak ke Negeri Sembilan. Ok la fair tahun ni dapat bersalaman dengan both parents on the first day of raya, insya-Allah. X kisahlah mana2 pun sebab alhamdulillah setakat ni memang raya ikut turn gilir2. Alhamdulillah dapat suami bertolak ansur. B, duit raya lebih sikit eh tahun ni? Kah! 
 
Anyway, selamat hari raya semua. Maaf zahir & batin. Insya-Allah if time permit, I'll update lots of stories merepek-repek kerepek udang dalam ni sebab memang banyak nak story mory morning glory ni. Ok drive safe people. Selamat hari raya semua!!!!!!!!!  

Kita post gambar last year je......
Last raya adik was 3 months, Faris was still in his diaper. This year, Faris are now diaper free and adik already 1!

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...