Monday, August 22, 2016

Trip to Pangkor Island, Perak

Assalamualaikum.

Pangkor Island Trip ni kami pergi time kami stay di Swiss Court. X berapa sure sebenarnya nak pergi ke x nak. Tapi mmg dekat Damai Laut tu tempat rilex2 je x de ape sangat. Kalau nak entertainment pun ke JJ Manjung jela kot? Decide nak pergi Pangkor pun after breakfast on our Day 1 in Swiss Court. Itu pun balik bilik duk baring2 lagi. 

Time dalam bilik tu duk menung2 pandang dinding semua, aihhh jom jela ke Pangkor. Actually from Swiss Court memang ada boat yang pihak hotel sediakan kalau nak ke Pangkor tapi harga dia of course mahal sikit kalau ambik yang di luar. Kami naik boat ke Pangkor melalui Marina Jetty. Dari Swiss Court ke Marina Jetty dalam 30-40 minutes. Parking dalam Marina Jetty tu kami kena RM 3 je. Mungkin kami buat day trip je so murah la bayar parking. Kalau yang nak stay Pangkor and park kereta semalaman dekat sini charge dia RM 10 - RM 15 per day depends ada bumbung ke tidak. 






Perjalanan dari Marina Jetty ke Pangkor Island melalui boat dalam 20 minute. I think x sampai kot. Dalam 15 minute. Bayaran naik boat for adult serius x ingat but rasa less than RM 15. Sampai Pangkor x tau hala tuju. X sure nak sewa teksi ke ape. 5rz ajak sewa motor. Giler nak bawak 2 anak dengan moto. Boleh je sebenarnya since kami bawa carier tapi I x larat nak bawa carier dengan bag budak lagi yang dalamnya ada air la bagai. Berat. So kami sewa teksi jela. Kami cakap nak ke Pulau Giam. Tapi driver teksi pujuk kami suruh round seluruh Pulau Pangkor. Tambang nak ke Pulau Giam RM 15 per way. Utk round satu Pangkor plak dia charged RM 70. We stick on Pulau Giam je. Bila dh sampai Pulau Giam, we change plan to round satu island. Tapi memang kami stop dekat 1 place ni untuk naik boat ke Pulau Giam. Driver yang recommend sendiri agent mana yang ok untuk bawa kami ke Pulau Giam. Bayaran naik boat pun boleh tahan. RM 80 dia akan bawa pusing2. Itu yang ada atap. Yg x de atap murah sikit, RM 60. Fikirkan anak2, ambik jela yang beratap. 

Oh in case kot nak pergi lagi. Ini driver van kami.

Otw to Pulau Giam. Satu boat tu kami je yang naik. Best la

Naik boat nak ke Pulau Giam ni x lah jauh sangat. Tapi sebelum nak ke pulau Giam, boat akan stop dekat satu2 tempat menarik untuk diceritakan. Antaranya macam dekat gambar bawah ni.

Batu ni ada tulisan seakan kalimah Allah

Batu ni pulak seolah ada kaki seseorang yang tengah baring

Batu ni plak seolah macam kepala ikan paus
Ini plak depan tu macam seekor buaya terdampar ditepi laut
Ini ape plak? Macam kepala penyu!
Then we stop by dekat tempat nak kasi ikan makan. Look at that!

Yang banyak2 tu inilah ikannya. Tapi ikan ni bahaya tau sebab nampak x tajam2 tu? Kalau terkena memang sakit

Ikan ni diet sebab dia makan roti je.

Last skali baru ke Pulau Giam untuk kasi anak2 mandi laut. 

Cantik x? Ahhh I am a beach person indeed





Inilah Pulau Giam. Kecik je. Toilet pun x de. Tapi ada orang jual2 makan & minuman. Cam mana orang tu x ke toilet ke dia? Kekeke

Dah puas mandi laut, call driver boat yang sama utk pick us up. Dalam boat tu jugak, we make a called dekat driver van teksi tadi suruh pick up kami. Dalam van both kids fell asleep. Kami pun actually kepenatan tapi kenalah tengok pemandangan and dengar sikit2 penerangan pakcik tu tentang Pangkor. Pakcik tu akan stop dekat satu2 tempat menarik untuk kita ambik gambar/beli souvenir. 

Ini dekat Kota Belanda
Selipar je ha. Sebab fikir nak naik boat bagai



Seronok jugak jalan2 dalam kampung. I memang impian nak duduk kawasan kampung je so bila pakcik tu bawa jalan2, memang rasa ahhhh tenangnyaaaaa. Dah petang, kami balik ke jeti Marina semula. We took boat at 6.30 pm. Sempat la solat Asar kejap. Ada surau dekat jeti. Kedai2 makan semua ada disediakan.

Malam tu sebelum balik ke Swiss Court, kami singgah warung kedai makan tepi2 jalan je utk dinner terus. Then baliklah tdo and start packing balik sebab esok dah nak balik KL. Huhuhu. Begitulah percutian 3 hari 2 malam kami di Lumut, Perak.         

{From Ayu with ♥}

Thursday, August 4, 2016

Entopia, Penang

Assalamualaikum.

X perasan this entry x publish lagi. Sepatutnya this entry publish dulu baru entry pasal Swiss Court. X pela. Perkara dah berlaku dah pun. Let's move on. 

Selepas kami ke Toy Muzium, kami ke satu lagi tempat menarik di Penang. Tempat ni baru di buka. Kami tau pun dari cousin 5rz. Katanya Entopia ni lagi best dari Toy Muzium. 5rz yg excited nak ke sini. Hehe. Entopia ni dekat je dengan Toy Muzium ni. Sekali jalan. Dah alang2, singgah jela. Masuk dekat sini agak mahal. RM 37 almost RM 40 seorang. Kami tipu cakap Faris belum 4 tahun sebab budak2 dia charge RM 16. 



Ape yang ada dekat sini? Dia lebih kurang macam Petrosains tapi banyak bercerita pasal binatang. Kalau Petrosains tu banyak cerita pasal sains & teknologi. Kat Entopia ni, cerita still pasal sains tapi more to binatang. Dalam dia ada beberapa section and setiap section depend kadang dalam aircond, kadang terpaksa berpanas. 






I rasa best Entopia lagi dari masuk Toy Muzium. Faris juga learn a new thing pasal butterfly. Dia cam pelik bila tengok kepompong tu actually butterfly. Nak terang pun payah so later2 after that kami show dalam YouTube je. So ok dia faham. 








Cuaca time kami pergi memang panas. Ditambah dengan bahagian pulau, lagi lah melahar. So we decided lepak dalam cafe sambil minum air. Nak order makan, staff cafe dh remind awal2 yg makanan at least kena tunggu 15 minutes. So x payah lah. 




Habis lepak, tukar kan pampers Faiz sebab dia berak. Nasib ada baby room. Siap ada aircond. Heaven je I duk dalam tu sambil tukar pampers Faiz. Dah settle semua teruskan perjalanan dlm tu.







Amboi bercekak pinggang plak anak bujang sorang tu ha



Singgah makan nasi lemak plastik jap




Sebelum Maghrib kami klua dari situ. Beli 1 buah buku dlm souvenir shop then balik. 

Faris x hirau dah. Excited dengan buku baru dia




Jalan nak turun from Batu Feringgi tu pun bukan main jem. So 5rz decided to ikut jalan Balik Pulau (sorry I'm not sure ada ke x nama jalan ni tp it's like kami mengelilingi 1 pulau tu utk turun dari Batu Feringgi tu) Jalan memang lagi jauh dari jalan biasa cuma jalan smooth je. Oh well smooth tu maksudnya x jem. Tapi jalan berbengkang-bengkok! Sama macam nak balik kampung den, Kuala Pilah. Dulu kalau nk balik Kuala Pilah, memang satu jalan tu jela. Kena melalui Bukit Putus. Jalan bengkang-bengkok. Tapi sekarang dh ada highway baru straight je dah boleh sampai ke Kuala Pilah. Disebabkan dh lama x lalu Bukit Putus, bila lalu Balik Pulau terus rasa loya nak muntah. Dah jadi cam x biasa plak dengan laluan bengkang-bengkok. 

Dalam pukul 9 malam ++ jugalah kami sampai Gelugor balik. Terus pergi dinner dekat D'Kayu. Memang situ jela tempat fav I kalau nak makan nasi kandar. Banyak tempat lain tp situ jela yg selalu 5rz bawa. I teringin nak pekena nasi kandar Deen Maju plak nanti. Insya-Allah ada jodoh x ke mana kau kan Deen? Haha. 

Kesimpulannya Entopia best. Berbaloi masuk. Better masuk sini dari Toy Muzium (for me lah). Till then.....

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...