Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Thursday, August 4, 2016

Entopia, Penang

Assalamualaikum.

X perasan this entry x publish lagi. Sepatutnya this entry publish dulu baru entry pasal Swiss Court. X pela. Perkara dah berlaku dah pun. Let's move on. 

Selepas kami ke Toy Muzium, kami ke satu lagi tempat menarik di Penang. Tempat ni baru di buka. Kami tau pun dari cousin 5rz. Katanya Entopia ni lagi best dari Toy Muzium. 5rz yg excited nak ke sini. Hehe. Entopia ni dekat je dengan Toy Muzium ni. Sekali jalan. Dah alang2, singgah jela. Masuk dekat sini agak mahal. RM 37 almost RM 40 seorang. Kami tipu cakap Faris belum 4 tahun sebab budak2 dia charge RM 16. 



Ape yang ada dekat sini? Dia lebih kurang macam Petrosains tapi banyak bercerita pasal binatang. Kalau Petrosains tu banyak cerita pasal sains & teknologi. Kat Entopia ni, cerita still pasal sains tapi more to binatang. Dalam dia ada beberapa section and setiap section depend kadang dalam aircond, kadang terpaksa berpanas. 






I rasa best Entopia lagi dari masuk Toy Muzium. Faris juga learn a new thing pasal butterfly. Dia cam pelik bila tengok kepompong tu actually butterfly. Nak terang pun payah so later2 after that kami show dalam YouTube je. So ok dia faham. 








Cuaca time kami pergi memang panas. Ditambah dengan bahagian pulau, lagi lah melahar. So we decided lepak dalam cafe sambil minum air. Nak order makan, staff cafe dh remind awal2 yg makanan at least kena tunggu 15 minutes. So x payah lah. 




Habis lepak, tukar kan pampers Faiz sebab dia berak. Nasib ada baby room. Siap ada aircond. Heaven je I duk dalam tu sambil tukar pampers Faiz. Dah settle semua teruskan perjalanan dlm tu.







Amboi bercekak pinggang plak anak bujang sorang tu ha



Singgah makan nasi lemak plastik jap




Sebelum Maghrib kami klua dari situ. Beli 1 buah buku dlm souvenir shop then balik. 

Faris x hirau dah. Excited dengan buku baru dia




Jalan nak turun from Batu Feringgi tu pun bukan main jem. So 5rz decided to ikut jalan Balik Pulau (sorry I'm not sure ada ke x nama jalan ni tp it's like kami mengelilingi 1 pulau tu utk turun dari Batu Feringgi tu) Jalan memang lagi jauh dari jalan biasa cuma jalan smooth je. Oh well smooth tu maksudnya x jem. Tapi jalan berbengkang-bengkok! Sama macam nak balik kampung den, Kuala Pilah. Dulu kalau nk balik Kuala Pilah, memang satu jalan tu jela. Kena melalui Bukit Putus. Jalan bengkang-bengkok. Tapi sekarang dh ada highway baru straight je dah boleh sampai ke Kuala Pilah. Disebabkan dh lama x lalu Bukit Putus, bila lalu Balik Pulau terus rasa loya nak muntah. Dah jadi cam x biasa plak dengan laluan bengkang-bengkok. 

Dalam pukul 9 malam ++ jugalah kami sampai Gelugor balik. Terus pergi dinner dekat D'Kayu. Memang situ jela tempat fav I kalau nak makan nasi kandar. Banyak tempat lain tp situ jela yg selalu 5rz bawa. I teringin nak pekena nasi kandar Deen Maju plak nanti. Insya-Allah ada jodoh x ke mana kau kan Deen? Haha. 

Kesimpulannya Entopia best. Berbaloi masuk. Better masuk sini dari Toy Muzium (for me lah). Till then.....

{From Ayu with ♥}

Friday, July 29, 2016

Toy Muzium, Penang

Assalamualaikum.

Raya ke tiga, memang x de agenda ape2. I pasang angan2 nk ke Toy Muzium. Rupanya Toy Muzium ni jauh ok! Lebih jauh dari Batu Feringgi. Actually 5rz jenis malas nak layan jem. Nak ke Batu Feringgi tu memang memanjang jem! Tempat perlancongan, x leh nak buat ape. Bila mengajak ke Toy Muzium, terkejut jugak sebab 5rz agreed bila dapat tau muzium tu terletak dekat Tanjung Bungah. Bukan dekat. Atas lagi dari Batu Feringgi tu. Hajat dihati, nk happy kan Faris je sebab dalam tu ada macam2 replika superhero & kartun. Kami pergi lepas solat Jumaat. 

Percaya x, ini satu2nya sepasang baju raya yang I beli baru. Yg korang tgk dlm gambar2 sebelum ni semua recycle

Itu pun I ada beli tudung yg colour cam kain tu tp cam mana boleh terlupa yg ada beli tudung tu ntah. Pakai ape ada je. Dgn kisah rantai berjuntai tu pun sebenarnya dh patah tapi I pin sana sikit, ikat benang sana sikit. Gitu ha cheapsakte nak beli rantai baru kan? :p
Sebab perjalanan jem, so both kids tdo dulu,

Nak ke Toy Muzium ni, korang waze je insya-Allah jumpa. Dia terletak bersebelahan dengan sebuah sekolah cina. Muzium ni dalam beberapa buah kontena sahaja. Ramai review kata panas! Panas! Panas!!!! Nasib bila kami masuk tu x panas mana. Siap ada aircond lagi. Tapi, masuk2 je Faris terus Tarik tangan I suruh keluar. X dapat klua, dia berlari ke ayah dia minta di dukung. Takut dengan segala patung yang ada dalam tu. Sepanjang kami dalam tu, Faris memang x berenggang dengan ayah dia. Berdukung aja. Rugi bayar RM 11 untuk dia! 

Bayaran masuk utk dewasa with myKad is RM 16 & kanak kena RM 11. Bawah 2 tahun free. Masuk2 je terus Faris ajak klua. Dia takut rupanya. I lupa yg dia ni dulu memang takut ngan patung2. Dulu lagilah. Kalau pergi mall kan ada patung2 yang pakai baju semua tu kan? Nampak je terus minta dukung. X dukung, menangis-nangis. Tapi sekarang dh ok, so ingat bawa ke Toy Muzium ni oklah. Sekali x pulak. Sepanjang dalam muzium tu, asyik berdukung je dengan 5rz. Stroller, adik pakai sebab dia tgh tdo.


I'm a fan of Lara Croft 

X mau turun

Suruh senyum nak ambik gambar pun x nak











And saya suka Master Yoda too



Masih x nak turun mahupun senyum untuk bergambar


Dekat sini baru dia start to smile but still x nak jalan sendiri



Lara Croft lagi

Master Yoda lagi

Ok dekat sini Faris start takut balik. Siap 5rz kena pusing badan dia supaya Faris x tengok benda yang Faris x nak tengok tu

Terus tutup muka. Ape yang Faris takut tu?

Ini ha!

Kalau nak letak semua gambar memang banyak jadi cuckup2 la ye. Berbaloi x pergi dengan bayaran? Kurang berbaloi tapi sebab nak merasa punya pasal. Muzium ni masuk world record kalau x silap sebagai the biggest toy muzium in the world ok? Tapi kalau tanya I, besar ke? X la besar sangat tapi sebab rasanya x ada lagi orang yang buat muzium macam ni kot.

Sebelum balik rumah arwah tok, kami singgah ke satu lagi tempat untuk pembelajaran bersama, gitu. Next entry insya-Allah. 

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...