Monday, June 3, 2019

Ramadhan 2019 & Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum.

Just a quick update. Insya-Allah x lama je lagi kita akan menyambut Syawal. Persiapan raya tinggal kasut raya anak2 je belum dapat lagi. Malam ni nk last round shopping. Alhamdulillah Ramadhan kali ni, kami dapat sambut di rumah kami sendiri di Shah Alam (still haven't blog about it yet)

Since dapur rumah kami pun still on renovation (almost complete actually tapi my FIL ada touch up sikit & yes my FIL yg reno kitchen kami), most of juadah berbuka kami beli bazar je. Adalah dalam 2 minggu I masak, 2 minggu beli bazar/makan luar (mostly beli bazar. Jarang makan luar) 

Juadah sahur pertama di rumah kami. Memang purposely ambik gambar 

Ramadhan kali ni I rasa macam kelam kabut sangat sebab nak lengkapkan barang keperluan rumah, nak buat persiapan raya lagi. Dan duit pun mengalir laju macam air terjun. Serius expenses raya kali ni masya-Allah sangat. Kejap je habis duit. Tapi itulah sebab kita lengkapkan barangan rumah lagi, raya lagi, dengan road tax kereta mati lagi. Huhuhuhu sangat.

Oh kali ni I try buat kuih sendiri. Kuih simple2 je. Adalah 3 jenis I berjaya buat. Conflakes madu, kuih samprit dahlia & chocolate chip. Dah. Kuih simple je. Last minute tu ada teringin nak buat kuih bangkit since suka plak tgk Adam beria makan hari tu masa rasa tester kat kedai orang time I nak beli tudung. Pastu fikir2 macam dah x sempat so insya-Allah raya tahun depan kalau panjang umur, murah rezeki, I nk try buat kuih bangkit plak. Bekas kuih pun kenalah kami beli since dah ada rumah sendiri kan? Bekas kuih kami ada 6 balang. 3 jenis kuih I dah buat, so another 3, I beli kuih tunjuk jela. Eh 1 kepuasan jugak dapat buat 3 jenis kuih ni walaupun kuih simple pun. Faris pun dah start puasa & solat tahun ni. Bab solat tu bacaan apa semua belum tahu lagi kecuali al-Fatihah. Slowly ajar dia pasal wudhu dulu. 

Insya-Allah tahun ni macam biasa, akan beraya di KL dulu (both parents & in laws pun memang duduk KL) then after solat Aidilfitri akan ke Rembau. Raya ke dua insya-Allah ke Penang then balik Shah Alam or KL balik. Selasa Faris & husband dah start sekolah/kerja.

I haven't introduce my third son yet (yes! Another boy!) His name is Muhammad Fattah Amir. It's going to be his 1st Syawal this year. So excited! I hope adalah rezeki kita semua untuk bertemu dengan bulan Ramadhan untuk tahun hadapan & tahun2 seterusnya. Yes I puasa penuh tahun ni since I still breastfeed Fattah Amir. Ini jujur I kata, I rasa macam sedih & x ready pulak Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Cliche korang rasa tapi ni serius baru pertama kali I rasa ni. Entahlah kenapa tapi baguslah kan kita merindui Ramadhan? I think that's it la. Kata quick update kan? 

Dikesempatan ini, I nak mohon ampun maaf segala salah silap I & on behalf of my family sekiranya ada salah & silap ataupun terkasar bahasa sepanjang penulisan atau perkenalan kita semua.  Drive safe, selamat hari raya & maaf zahir & batin. 

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...