Showing posts with label JB Trip 2016. Show all posts
Showing posts with label JB Trip 2016. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Hotel Review: Silka Hotel JB

Assalamualaikum.

Ini kali ke dua we stayed here. Well, 1st time for Faiz. Duh.... 

Memang time plan nak ke JB tu, memang dalam kepala ligat nak stay kat sini. Tapi kan, biasalah aku ni perempuan rumit. Still cari hotel2 lain. KLS macam menarik gak tapi mahal. Silka lagi murah. Of coz ada lagi murah tapi dh kata hati berkenan jugak dgn Silka, so Silka it is.

Actually time ni kalau beli dekat Groupon lagi murah but unfortunately time yg kami nak stay dh fully booked. Ada pun kena beli from other websites. Oklah. Mahal sikit je. Harga aku dapat adalah RM139.50 per night including breakfast for 2. Kalau without breakfast RM 130. Oklah since dapat isi perut anak beranak sekali. Last time memang aku x ambik breakfast. Stay saja.

Ape yang best sangat hotel ni yang buatkan aku nak stay sini? Honestly sebab bilik dia besar. Aku ambik Deluxe Room. Besar tu best sebab senang nak bentang toto kasi anak2 tidur. Sekarang dh anak 2 kena ambik kira gak benda2 cam ni. Other than that, semua lengkap. Peti ais ada, safety box ada dan yang paling aku suka ialah iron & iron board ada disetiap bilik. X payah nak call2 ke kan. Kalau call, kena siap2 iron semua baju2 yang nak kena pakai. Kalau dah memang ada dlm bilik, boleh iron malam2 sebelum tidur. Kalau penat, sambung esok since iron & iron board x payah nak kena hantar2. Oh masa kami stay tu, kami diberi executive floor (tingkat 7) Ape bezanya? Aku rasa ada carpet dekat hallway je. Yang lain sama je. Aku x pilih pun nak stay executive floor cuma masa aku check in, aku request dekat receptionist nak tingkat atas & yang ada balkoni. Itu je. Silka hotel ni ada 9 floors semua skali. 

Kalau tingkat lain rasanya x de carpet. X penting pun kan?









Ada jugak some point(s) yang x menepati ciri2 hotel yg aku nak. Tapi that one minor2 je like x de bathtub (senang nak mandikan budak especially Faiz sebab dia x pandai berdiri lagi) & x de almari tapi ada di provide kan tempat gantung hanger. So, x de ape sangatlah.

Cuma time kami pergi hari tu, yang x bestnya everytime kami nak masuk bilik, card x boleh read. Every time kena turun reception utk complaint. Dah complaint pun dia orang just tukar ke kad baru tapi new card pun still x boleh read bila kami nak masuk bilik. Like helloooooo! 

Tunggulah kejap aku jadi runner turun bawah untuk tukar kunci

Pun masih menunggu since org hotel tgh nak repairkan kunci. Dah dapat kunci baru pun sama x boleh bukak. Selama 3 hari, macam tuuuuu jela kesnya

Breakfast ok sangat. Kenyanglah sampai ke petang like 3 pm cam tu. Everyday pun kami makan benda yang sama. Benda sama tu maksud x nak tukar2 menu dah walaupun pihak hotel ada je variety kan menu. Menu kami, scramble egg, char kueh teow, nasi goreng, hot dog, fruits & fresh orange. Paling sedap ialah char kueh teow dia. Me & 5rz suka sangat. Anak2 paling suka ape lagi, scramble egg la. 1 pinggan scramble tu si Faiz boleh habiskan. Nasiblah dia memang x de alahan dekat telur.


2nd day makan dekat dalam. Amboi laki haku mengunyah
1st day kami makan dekat luar since dalam full house. Belakang tu tempat goreng char kueh teow yang sedap tu.

Insya-Allah akan ada plan nak ke JB lagi. Tapi x surelah nak stay sini lagi or other hotel. Teringin jugak merasa hotel lain like KSL ke kan? Well, kita tengok rezeki nanti.


{From Ayu with ♥}

Monday, March 21, 2016

Johor Premium Outlets, JB Trip - Day 3 (Part 2)

Assalamualaikum.

Rasanya ini entry terakhir pasal JB. JPO x de dalam plan asal kami. Memang hari Isnin tu untuk balik KL je. Last minute punya plan je nak singgah JPO. X de hajat nak beli ape2 pun. Saje nak window2. Parking JPO RM 3 per entry. Murah dah tu. Nasib bukan per hour. Lepas dah parking, kami jalan2. JPO terbahagi kepada 2 tingkat. Kami settled kan tingkat atas dulu. Lama berjalan, si Faris nampak play ground dekat tingkat atas. Kasilah dia lepas gian sementara aku dok tengok2. 


Settled 1 wing, 5rz decided to rent a stroller. Kami memang ada bawa stroller sendiri tapi saje nak kasi Faris merasa naik stroller JPO. Kenalah turun balik ke Information Counter untuk tanya stroller. Aku ingatkan free. Rupanya bayar. Yela ingat macam JJ free. Kasi driving license je. Ini, memang kena kasi driving license. Tapi kena bayar deposit + rent. Ada 2 jenis stroller. Single stroller or double stroller. Colour pun macam2. Unfortunately, time kami datang, cuma single stroller yang available & only comes in green. Ambik jela. Sewa stroller yang single seat ni RM 30. Kalau double seat RM 50. Deposit for single seat RM 100 while deposit for double seat, RM 200. Ye memang harga membunuh kan? Deposit tu boleh dapat balik once you return the stroller. Yang best stroller ni, dekat bahagian belakang ada disertakan tempat letak bag & tempat letak cup air. Convenient.

Pandai pulak budak ni tau kegunaan stereng tu

Ni adik duk menangis sebab si abang nak suruh adik dia turun. Turn abang plak naik ni


Tempat parking stroller2

So JPO best x? Kami sampai JPO around 3.30 almost 4 pm. So just nice x berapa panas. Ok jela kami anak beranak jalan2 dekat situ. So far for me, x dela murah sangat. Ada some oklah murah tapi jenama pun jenama yang kami selalu beli. Couch brand aku rasa melampau la kau nak kena beratur nak masuk kedai kau walaupun aku tengok idok la pack mana. Ala2 mewah giler plak brand kau wei. Aku nak survey je pun nak kena beratur. I understand kalau kedai tgh pack, nak kena beratur, oklah. Ini x. Haih. Aku tengok Gucci yang lagi high end tu x payah beratur pun. Nampak agak poyo sikit la disitu. Aku masuk kedai Kate Spade and terkenan satu handbang tapi x beli pun lah. Duit masih belum cukup.


Nak beratur dalam Nike ni aku boleh terima sebab dalam dia memang aku tengok sesak.


Dekat sini, aku beli 2 pasang baju Faiz and sepasang selipar jalan2 aku. Itu jela yang mampu. Sebelum balik, kami isi perut dulu. Tapi memandangkan kami still kenyang, beli air jela. Sementara tu aku pulangkan stroller & Faris main dekat playground food court. 

Aku beli ice blended choc dekat cafe ni. Alat ni akan keluarkan cahaya menandakan air kita dah siap. Same device macam dekat Korea.

Lepas tu, teruskan perjalanan ke KL. Alhamdulillah. Tamat sudah cerita JB. Eh ada satu lagi last entry on hotel review. Nanti I share. Insya-Allah aku memang nak ke JB lagi. Legoland belum sampai lagi. Insya-Allah tunggu rezeki, amin.






Bye2 JPO & JB

{From Ayu with ♥}

Friday, March 18, 2016

Kacang Pool Larkin, JB Trip - Day 3 (Part 1)

Assalamualaikum.

Dah sampai hari ketiga. Last day in JB. Last day x de plan ape2. Memang semata nak balik ke KL je. Macam biasa breakfast dulu then naik bilik, barulah kami start packing balik. Dah siap semua still ada time before check out. Check out time is at 12 pm tapi sebab aku mengantuk sangat, aku called and mention nak late check out. So dia kasi sampai pukul 2 pm. X delah aku tdo nyenyak mana pun. Ada anak 2 org, sorg terlebih aktif, sorg pun nak ke arah aktif cam abang dia jugak. Tidur ayam jelah aku.

Bukan main payah ha budak 2 orang ni!




Muka cheeky Faris. Adik follow the flow saje


At last, photo paling decent.

Sebelum check out, aku dah set nak makan kacang pool. Kacang Pool ni kalau x silap yang paling famous ialah Kacang Pool Haji. Berdekatan dengan balai Bomba Larkin. Waze saje insya-Allah jumpa. Tempat dia macam a very small food court. Sebelum makan kacang pool, aku tertanya-tanya amende kacang pool ni? Selalu tengok gambar pun x leh nak agak ape yang dalam mangkuk tu. Bila dah rasa barulah tau apekah dia kacang pool ni.

Ini kedai dia

Yang dalam mangkuk tu rasa dia macam inti yang kita nak buat murtabak tu ha. Haaaa lebih kurang cam tulah. Ada rasa daging, chicken stok, bawang etc. Selalunya kacang pool ni makan dengan roti tebal. X sure plak ape nama roti tu. Roti tebal tu aku je sesaja panggil. Rasa roti? Rasa rotilah. Lol! Macam roti bakar. X keras. Crispy gitu. Cicah dengan kacang pool, perrrggghhhh menjilat mulut! Dalam kacang pool juga ada sebiji telur mata-mata untuk melihat si pemakan selera ke tidak makan kacang pool tu. Ok x kelakar. 

Malas nak rotate. Inilah dia. Alahai terliurrrrr

Perah lemon baru sedap!
ABC

Mula2 aku ambik 2 sets. 1 untuk aku, 1 utk 5rz. Lepas tu aku rasa ehhhh sedap sangat ni. Nak 1 lagi tapi without roti. Pun boleh. Harga 1 set, RM 6. Dah naik. Dulu aku baca dekat blog2 RM 4 je/set. Kalau x nak dengan roti pun sama harga, RM 6. Bezanya, kacang pool tu kau dapat 2 senduk. Banyak sikit lah kuah kacang pool tu. Eh dia bukan kuah kacang tau. Seriously sedap. 

Cuma yang aku x berapa pasti, kenapa nama dia kacang pool? Anyone?    

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...