Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Bukit Gambang Waterpark

Assalamualaikum.

Weeks ago we went to Pahang untuk rombongan meminang cousin 5rz. Awal pagi dah bertolak dari KL. Stop by dekat Genting Sempah for breakfast and shoot terus ke destinasi utama. Pagi tu memang dah siap2 semua dah. Kira sampai je kat Pahang memang nak pergi ke rumah bakal pengantin perempuan terus. Tak de nak salin tukar2 baju bagai. Kira semuanya dah siap pakai dari KL. Alhamdulillah cuaca pada hari kejadian sangatlah panas terik. Dah la Ayu pakai baju warna hitam. 

Tangan Faris macam baca doa gitu. Anak chumel, mak muka serius!

Sampai di rumah bakal pengantin, terus bincang2 semua. Pap pap pap settled and mamam time. Ayu ni tunggu nak mam je sebab dah lapar! But then bila tengok alahai chumel manis la plak si bakal pengantin, hish x boleh jadi ni. Harus tangkap gambar dulu. Lepas bergambar, I let 5rz lunch dulu, then my turn pulak. Settled semua, ke homestay la kami semua. Malam tu ada BBQ bagai. 

Nur Ain namanya. Ke Nurul Ain?

Tema purple white.

Esok pagi2, terus kami ke Bukit Gambang Waterpark. I'm so excited cause it's the first time Faris nak swim swim swim!

Ticket untuk masuk ke waterpark ni actually dah dibeli secara online oleh cousin 5rz. Semua urusan jual beli ticket ni di deal oleh 5rz dan cousin 5rz. So, Ayu tak tau berapa harga tiket untuk dewasa n kanak2. Korang google sendiri la ye. 


Sementara menunggu tickets

Entrace

My family. Sorry Faris x nampak kamu. :p
Sebelum apa2, mari kita sapu sunblock dulu ye. I x mau hitam!

Actually Faris bukanlah seorang yang takut dengan air. Everyday mandikan dia pun tak de masalah. Dia lagi suka bermain dengan air. But when it comes to air kolam or be it air pantai, don't know he seems takut2. Siap rengek2 nangis lagi. So agak tak seronok di situ. 

Muka Faris yang mengantuk

Dalam tengah hari macam tu, Faris dah nampak macam layu2 nak tido dah. Ayu buat susu then terus dia lena. Time dia tido, my FIL tolong tengok kan Faris while 5rz, me and the cousin pergi main air yang extreme2 sikit. Then sempat la dating dua-duaan dengan hubby sekejap. Hehe. :)

One of the main attraction

Bila Faris dah bangun, Ayu continued put him into the water. Still sama juga. Takut ngan air. Then stop for lunch. Sedikit info tentang Bukit Gambang Waterpark ni, semua urusan jual beli di sini tidak boleh menggunakan wang. Kan masa kita nak masuk tu kita diberi tiket yang lekat kat tangan kan? Tiket tu kita kena top up dengan duit. Top up la berapa ringgit yang korang nak pun. So bila korang nak sewa pelampung ke, beli lunch ke, diaorang akan scan je tiket korang tu. Don't worry, semua baki yang tertinggal akan dipulangkan balik. For me it's a good idea juga buat macam ni. At least we don't have to worry about carrying a cash here and there. Just put our wallet in the locker, dah save dah.

This is the e value counter. Top up duit dekat sini




After lunch, sambung mandi balik. Slowly2 Faris makin tak takut dengan air. Siap main ombak lagi. Kena slow2 la biasa kan dia dengan air. Dalam Asar macam tu, Ayu pun dah tak larat dah. Siapkan Faris, mandi semua then pack nak balik. Petang tu juga kami balik ke KL. 

Ni dia. Baru nampak Faris steady dalam air.

After that, kepenatan tido.

Hui lawaknya tengok rambut kamu Faris oiiii!


Jadi, adakah saya sunburn selepas itu? *jeng*jeng*jeng*

Saya masih lebih putih dari suami saya. Haha comparison yang tak boleh blah!

Can you spot me?

Tengah duduk atas pelampung sebelah 5rz

Faris di belakang saya

Some infos that you need to know about Bukit Gambang Waterpark :


  1. If you stayed dekat resort dia, you can take a shutter car from the resort to the waterpark for free. FYI, we didn't stayed at the resort. But the home stay that we stayed, took about 5 min je untuk sampai ke waterpark.
  2. Semua urusan jual beli tidak menggunakan duit. Harus top up dekat tiket. Semua baki akan dipulangkan balik. 
  3. Kena sewa cabana. Rate ada Ayu paste dalam entry ni. But they also provide free seat tapi kena rebut2 la.
  4. I personally think that tempat ni kedekut la. I mean siapa yang pernah pergi Sunway Lagoon? Kan dekat Sunway ada macam satu laluan air kan? Ala yang kita mandi sepanjang perjalanan dalam terowong ada, open air ada. Ntah paham ke tak ape den merepek eh? Anyway, kalau kat Sunway Lagoon, kita boleh masuk laluan air tu walaupun x de pelampung kan? Tapi dekat Bukit Gambang Waterpark ni x boleh. You must have their pelampung untuk masuk dalam laluan air tu. Ayu baru plan nak bawak Faris (guna pelampung Faris) tapi x boleh. Tapi Ayu sempat la merasa laluan air tu dengan 5rz. Dating 2 round dalam tu. Pinjam pelampung cousin and bercinta la kami dalam tu. Hehe :p
  5. Will I go there again? Yes but maybe years after. Macam2 diaorang plan nak buat dekat Bukit Gambang ni. Salah satunya Safari Park. I think maybe tunggu another 2-3 years ok la kot kalau pergi lagi sekali kot kan? Tapi kalau nak pergi, teringin merasa tido dekat resort dia plak. 
Safari in progress. Surely best kan? So, I suggest korang pergi once semua dah siap.

The rate
 
{From Ayu with ♥}


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...