Wednesday, October 30, 2013

1st Nuffnang Sponsored Post

Alhamdulillah x sampai 3 tahun Ayu berkecimpung dalam blog, Ayu dapat offer untuk sponsored post from Nuffnang. But apparently, that sponsored post dah lama Ayu post kan. This is just for my record. 

Ayu dapat offer melalui email. Nasib baik Ayu x buang email tu sebab usually Ayu akan clearkan email yang x berkenaan every morning, while at work. Nasib baik Ayu bukak email tu and baca. Terkejut? Of course! Straight away Ayu called 5rz and tell him the news. Biasala jakun x pernah dapat offer dari Nuffnang. 

Mula2 Nuffnang kasi email suruh kita submit sama ada kita interested or not to join the sponsored post. Ayu tanya 5rz dulu la. Since 5rz pun ok, then I say yes to Nuffnang. Lepas tu nanti, kalau terpilih, pihak Nuffnang akan hantar products (yang nak direview) dekat kita. Lepas tu, kita guna la product tu. Sambil2 guna/test product tu, kita kena buat review pasal product tersebut. 

This is the email =) Click la kalau sudi nak baca

Nanti kalau masuk Nuffnang account korang, korang akan dapat message macam ni. 'Pending Acceptance' meaning Ayu x confirm nak join ke x on the sponsored post tu    

Once kita cakap kita setuju for that sponsored post, Nuffnang akan kasi all the documents to be reviewed. Skali dengan amount of payment

Status akan bertukar ke 'Pending Submission' plak. This means that I haven't submit the sponsored post yet


Once dah submit entry ke Nuffnang, Nuffnang akan review and tapis dulu kita punya entry.
 
Approved!

Untuk sponsored post ni, Ayu dapat cash and also product yang Ayu review tu. Nak tengok sponsored post tu kindly click here. Ada pertandingan juga actually antara blogger2 yang review tentang products tersebut. Entry yang paling kretif akan dapat tajaan product tersebut (product yang di review) secara percuma selama setahun. Bestkan? Tapi bukan rezeki Ayu untuk menang. 

By the way, thank you so much Nuffnang. Walaupun baru satu je sponsor post yang Ayu terima, at least Nuffnang tau la jugak kehadiran Ayu di dunia blogging ni kan? Thank you again Nuffnang.

{From Ayu with ♥}

Monday, October 28, 2013

Breastfeeding Journey for Faris

I should blog this long time ago. Sedih jugak la time menaip ni.

Breastfeed journey for Faris was not a smooth sailing one. Macam yang Ayu pernah mention before, the first 3 days Faris was born, Ayu selang selikan kasi breast milk dengan formula. Hari ke 4, Ayu fully breastfeed Faris sampailah Faris 5 months+. Ayu gagal mendapatkan Diploma in breastfeed, *sobs*sobs* 

Tapi, I continued to breastfeed him until he was 10 months young. When I was still breastfeed Faris, nak pakai baju ape untuk pergi kerja pun terbatas. Kadang nak pakai long dress/jubah pun akan terfikir 'Eh macam mane nak pump nanti?. Macam mane nak susu kan Faris dalam kereta on the way nak hantar Faris ke FIL while I'm going to work?' Macam2 la fikir. 

Kalau dulu rutin Ayu, bangun pagi siap nak g kerja. Dalam kereta on the way ke rumah mertua, Ayu akan breastfeed kan Faris. Lepas tu Ayu selalu standby kan 4 botol my milk (3 EBM and 1 fresh) and kalau x cukup, mak mertua akan top up formula. Tapi masa tu formula hanya sekali sehari je. Lepas Ayu balik kerja, Ayu akan breastfeed Faris balik sampai la malam whenever he's hungry. Tengah malam sebelum tdo, Ayu pump skali lagi untuk bekalan Faris keesokkan harinya.

Lepas Faris start solid when he was 6 months, Ayu fikir mungkin Faris akan kurang minum susu sebab dah kenyang dengan solid food. Planning Ayu nak eliminate formula terus. Tapi solid food x de effect pun dekat Faris. Faris still minum susu macam biasa. Plak tu susu Ayu dah makin drop. Dah macam2 Ayu buat tapi rezeki sampai situ jela. But I still keep on pumping tho. Lunch hour je Ayu akan rehat dalam bilik sorang2. Makan sambil bukak baju then pump. Orang lain lunch hour boleh borak2 dengan office mate lain tapi Ayu plak lain ceritanya. Kalau orang lain boleh relax2 time rehat, Ayu plak terkejar-kejar. Tapi Ayu x pernah regret pun buat macam tu semua. Paling best bila hasil pump memuaskan. Suka sangat! Dekat office, Ayu cuma pump skali je due to workload. Fyi, Ayu duduk cubicle so susah nak tutup dengan baju sebab sebelah Ayu lelaki. Pernah skali jela Ayu pump sambil buat kerja dekat cubicle. Boleh nak pump dekat cubicle tapi kerja Ayu, boss akan sentiasa panggil. What am I suppose to say? 'Bos, I'm expressing myself?' My boss understood that I'm a breastfeeding mother but still I don't wanna people around to think that 'asyik2 pump?' Ya whatever la kalau korang nak cakap ape pun ye. Tapi tu semua tinggal kenangan jela.

Hari makin hari, susu makin sikit. Dari top up formula sekali sehari, jadi 2 kali, 3 kali dan seterusnya. It was so tiring bila pump2 tapi hasilnya menyedihkan. So bila hasil dalam skali tu pun menyedihkan, Ayu pun start redha la dengan rezeki yang Allah berikan. Kalau ada orang nak cakap Ayu give up, silakan. Malas nak layan pemikiran yang kolot lagi karut. So, Ayu stop by stages. Ayu stop pump dulu. Tapi bila dekat rumah, Ayu still breastfeed Faris. Kira Ayu x wean off Faris lagi. Ayu start wean off pun masa Faris 10 months. Slowly la Ayu wean off. 

This picture was taken on the last day Ayu pump. Selama sebulan Ayu try, macam tu jugak amount dia

Even time Ayu dah wean off tu pun, when I took a shower, Ayu picit2 lagi breast Ayu and ada la susu klua but not much. Lepas shower kasi Faris hisap. Sikit jela. Untuk buat kenyang memang x la. Saje je nak kasi dia sisa2 susu ibu dia. Lepas tu everytime Ayu shower, Ayu picit2 breast, dah x klua susu. Time tu memang Ayu totally rely on formula. 

Kalau korang perasan la kan, this was my first appearance pakai dress yang susah nak selak after delivered Faris. Time ni pun dekat airport Sibu. (stories here) Sepanjang naik flight, kasi formula je since tau dah susu x banyak. Tapi masa ni Ayu still breastfeed Faris. X wean off lagi.

So, itula ceritanya. Faris breastfeed till 10 months saje. Alhamdulillah, walaupun x lama, I still enjoyed the moment Allah had given me. Janji ada la juga pengalaman menyusukan anak daripada tak de lansung kan? (Ayat sedapkan hati)

If I were given the chance again, I wouldn't mind x boleh dress up lawa2 pakai dress just to breastfeed my child. I wouldn't mind to eat alone in my room while eating my lunch. I wouldn't mind waking up in the middle of the night so that I can make stocks for my child. Tunggu la tengok rezeki anak seterusnya nanti macam mane pulak kan? Rezeki Faris sampai disitu, so redha and alhamdulillah. 

{From Ayu with ♥}

Thursday, October 24, 2013

Aidiladha Story

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Walaupun dah terlambat, wish jela ye. Raya korban tahun ni Ayu beraya belah mertua dekat KL. Raya dekat bandar memanglah sangat x best! My parents balik kampung. Malangnya Ayu x leh nak ikut sebab memang turn mertua. Nak x nak, raya la di bandar. 

Sehari sebelum raya, Faris tengok lembu diikat untuk dikorbankan



Alhamdulillah raya korban tahun ni adalah raya pertama Ayu participate dalam ibadah korban. Pagi2 raya dah ke rumah mertua. Nothing much pun sebab biasalah raya korban memang kurang meriah berbanding raya puasa. Lainlah kalau dekat pantai timur, kebiasaannya raya korban sangat meriah. Tapi sebenarnya raya korban la patut lagi meriah dari raya puasa kan? 

Pengalaman baru bagi Faris yang dapat tengok lembu kena ikat menunggu giliran untuk disembelihkan. Seronok dia tengok lembu. Raya hari tu just duduk dekat rumah sementara tunggu tetamu datang. Pastu, Ayu dah mula bosan and ajak 5rz jalan2. Sudahnya kami ke Wangsa Walk and tengok movie. 

Ni la pertama kali dalam sejarah, hari raya Ayu pergi tengok movie. Pastu selalunya kalau kami pergi movie date, Faris kami tinggal since dia dah x reti duduk diam nak tengok movie. Dulu g movie pun selalu bawak dia. Nowadays dah x boleh dah. Asyik nak berjalan and turun naik tangga. Tapi hari tu, kami bawak jela Faris. Kami tengok movie cartoon dengan harapan Faris duduk tenang tengok movie tu. Dengan harapan jela kan. Itu pun mula nya Ayu teringin nak tengok cerita Gravity, Sandra Bullock berlakon, sure best kot. Tapi sebab fikirkan Faris, cartoon it is. 

This was the movie yang kami tengok


Ngam2 bangun tdo before movie start. Elok lagi duduk diam2 dalam stroller. Lepas tu?

Lepas tu pulak ada kejadian dalam toilet. Macam biasa sebelum masuk movie, Ayu akan ke toilet. Dalam toilet tu Ayu terjatuh tergelincir sampai basah baju Ayu. Habis kesejukkan Ayu dalam panggung wayang tu. Dah tu mana la bawak baju spare. Sweater pun x bawak since tgk movie pun x plan. Ad hoc je. 

Overall movie boleh tahan. We had a good times since dah lama jugak x bawak Faris tengok wayang. Ok tu saje cerita Aidiladha saya. Hee~~ 

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...