Wednesday, September 25, 2013

Singapore Trip (Another half of Day 2)

Continue from last entry. 

We parked our car dekat JB Mall. According to 5rz, dia baca satu blog ni, murah je park dekat sini. Tapi aku tak rasa murah sebab shopping mall kot. Ikut per hour la kan? Last2 kami parked jela dekat JB Mall tu sebab Ayu pun x tau nak park dekat mana. Ikut jela cakap 5rz. Then, korang masuk dalam JB Mall tu sampai la korang jumpa way to JB Sentral. Untuk senang, tanya dekat information counter, macam mane nak masuk Singapore by bus. 


Kita akan sampai imegresen Malaysia dulu. Check passport macam biasa. Then akan sampai ke terminal bus. Imegresen Malaysia dengan terminal bus dekat2 je. X payah risau. Dah sampai terminal, beli tiket bus. Kami naik bus nombor berapa tu lupa (adoi Ayu!) Tapi tiket bus tu less than RM 5 seorang je. Boleh bayar guna RM. Dah naik bus, jangan lupa ambik resit and simpan. Resit bus tu kita guna untuk naik bus yang sama after imegresen. Mula2 Ayu lupa nak ambik resit ni. Nasib baik 5rz yang remind kan Ayu. 

Dalam 15 mins perjalanan, kita akan sampai ke imegresen Singapore plak untuk check passport semua. Standard procedure. Dekat sini kami banyak buang masa sebab kami dah beratur dekat imegresen lepas tu bila dah sampai counter, lupa nak isi borang masuk negara orang tu. So kena ambik borang and isi borang then beratur la balik. Macam mane la aku boleh lupa. Nak masuk negara orang sure la kena ada form. Sebab rasa Singapore ni x macam oversea sangat kot kan?

Dah sudah tu korang turun escalator then akan sampai ke terminal Singapore plak. Korang tunggu bas nombor yang sama korang naik dekat terminal Malaysia tadi. Bus sentiasa akan ada tapi korang kena naik bus nombor yang sama saje. Sebab tu diaorang perlukan resit bus tadi tu. Paham ke x ape aku merepek ni? 

Bila dah naik bus, bus akan bawa kita straight masuk Singapore. Kat sini satu cabaran lagi. Korang kena tau which station korang nak kena turun untuk naik MRT plak. Yang ni kami hampir sesat. Maaf la aku lupa semua nama station and jalan bagai. Semua 5rz yang handle. Itu pun dia gamble je. Nasib betul. 



Jumpa station MRT, kami beli tiket untuk ke Geylang (yang ni aku ingat sebab kami punya hotel dekat area Geylang) Station MRT dekat sini lebih kurang macam yang ada di KL cuma sebab kami x biasa, itu yang macam susah sikit. Senang tanya counter je macam mana nak ke Geylang or kat mana korang nak stop by.

Contoh MRT Singapore
Kalau korang nak tau betapa jauhnya kami berjalan, tengok map ni. Kami dekat station ni (dekat tengah2 tu) Hotel kami bawah kiri skali (even dah terkeluar map pun) Jauh x jauh kami jalan kaki anak beranak?

Makcik ni dok cakap la jauh2 bagai


So, dalam pukul 8 malam baru kami sampai hotel! Bayangkan dari after lunch (lepas kenduri Ain) pukul 8 baru hengeh2 nak check in? So tiring you know! Lepas tu plak hotel adalah x seperti yang diharapkan dalam web. Oh sedih. Aku rela jela since nak hotel murah kan? Ambik kau. Aku x suka hotel tu so malas nak review!

Hotel ni macam rumah tumpangan pun ye gak. Orang jual2 body banyak kat sini......

Dah unpack mandi bagai, aku ajak 5rz g tengok Merlion after dinner. Kami dinner dekat kawasan2 sekitar hotel tu je. Makan nasi kosong dengan sup ayam je pun dah dekat RM 10. Biasala Singapore. Semua mahal! Lepas tu 5rz macam teragak-agak plak nak ke Merlion since kalau nak ke sana, naik taxi or MRT. Dah la naik MRT lambat sebab kami x tau. Nak naik taxi plak, kami kedekut. Mahal oiii. Last2 5rz kate, esok jela pagi2 klua jalan2. I was a bit upset sebab Merlion tengok waktu malam la yang lawa. Siang tengok buat ape kan? Tapi at that time pun aku dah letih jalan kaki tukar2 MRT bagai. So kami balik hotel and tdo.

Kesimpulannya, kami buang masa dekat imegresen sebab lupa isi borang. Then buang masa naik MRT sebab x biasa. Kalau dah study betul2 ok silakan naik MRT. Kalau duit banyak, sila la naik taxi. Kami duit cukup2 je. Tapi better nak ke Singapore, spent more la dari banyak buang masa macam kami. Huwaaaa :'(

Settled Day 2.  


{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...