Showing posts with label Singapore Trip. Show all posts
Showing posts with label Singapore Trip. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Singapore Trip (Day 3) - SEA Aquarium

Kata nak habiskan cerita pasal Singapore within 1 week kan? Konon! 

Anyhow, pagi on day 3 after siap2 packing semua, we checked out then jalan jauuuuuuh lagi untuk ke station MRT. Dari lawa2 terus berpeluh-peluh. Aku pun dah fade up. Pertengahan jalan, nak ambik teksi mcm rugi pulak. Jalan jela. Sampai MRT, 5rz menjalankan tugas tengok peta and beli ticket etc. Pagi tu itenary memang nak ke kawasan USS. Tapi kami x ke USS pun. We went to SEA Aquarium instead. Sebab Utama kami x ke USS sebab susah for us nak main game together with a toddler around. Karang siapa nak tengok kan Faris? 5rz kate ok je. Dia suruh Ayu main, biar dia je yang jaga Faris. Eh2. Aku nak naik roller coaster ke bagai dengan dia. Fefeeling time bercinta dulu la. Ni dia x mau plak. So sudahnya, next time jela ke USS. Insya-Allah ada rezeki time Faris dah besar and maybe pergi dengan family members ke so that we can take turn jaga Faris? Huhu.

Beli tickets untuk ke USS

Macam mane nak ke USS ni kita orang tanya2 jela dekat kaunter. Aku nak explain x ingat macam mane. But what I remembered was we went there by a train macam ERL tu. Kecik comel je train dia. Train tu memang khas untuk ke USS. SEA Aquarium semua around that area saja. Train ni akan stop dekat beberapa station, so make sure korang tau which station korang nak kena stop. Again, tanya kaunter ye. Aku lupa. 

Nah korang pilih la nak ke mana.

Harga pun ada dekat situ

Ni counter ticket nak masuk park yang mana korang berkenan
Sampai2 kami bergambar dekat globe yang famous amous tu. 



Akhirnya jejak juga ke sini, alhamdulillah
See our luggage? Kami usung ke sana kemari ye. Locker adalah sangat tidak berbaloi! Semua mahal!

Then kami isi perut dulu sebab takut nanti dalam SEA Aquarium tu makanan lagi mahal. Kami makan area situ2 jugak. 

5rz kate kedai ni dengan kedai sebelah tu je yang dia yakin nak makan. Yang lain peniaga cina




Dah kenyang perut senang hati bagai, kami terus menuju ke SEA Aquarium. Nak masuk sini punyalah panjang nak queue. 

Pintu masuk nun jauh di dalam!

Buang masa dekat queue. Dari awal pagi klua hotel, kul 12 tengah hari baru queue untuk masuk Aquarium. Imagine berapa banyak masa kami buang masa? Tula sebab nak jimat jalan kaki la bagai. Haish! 

So ape yang best dekat sini? Aku rasa yang bestnya bila Faris excited everytime nampak fish. Seronok bawak Faris jalan2 time ni sebab dia dah pandai and paham sikit2 ape yang kita orang cakap. Sepanjang dalam Aquarium tu Faris lansung x tdo. Nampak penat adalah tapi dia still menahan mata semata nak tengok fish. Time kami pergi tu, Aquarium sangat la sesak. Ada satu tempat where you can touch the fish tapi beratur punya panjang. Nak kasi Faris pegang je actually tapi x sanggup nak habis masa beratur lagi! 




Sini paling best sebab screen dia sangaaaat besar!


Terpegun Faris tengok shark









Bila dah klua dari Aquarium tu barulah Faris tdo sambil menyusu. Tapi kami x balik ke KL lepas2 tu, instead  kami lepak2 dulu. Dah puas lepak, klua balik ke globe yang famous amous tu and kali ni Faris dah celik mata. Sebab time kami sakan berposing mula2 tadi, Faris tdo kepenatan.

Sibuk tengok globe pusing2

Pandang sanalah Faris. Ayah nak snap picture

Lepas tu balik la kami ke KL. Sampai KL kul 11 malam. 

Overall Ayu rasa ni la percutian paling mahal tapi macam x de ape sangat pun yang kami dapat. Nak ke Singapore kena banyak belanja la. Otherwise end up macam kami. Terpaksa duduk hotel jauh2. Then nak ke attractive places plak banyak buang masa dalam train. Pastu makanan mahal macam ambik macam2 lauk padahal lauk ayam je. Kumpul duit banyak2 la dulu before ke Singapore next time. Kalau banyak duit x pela. Boleh stay dekat Hard Rock Hotel. Hotel tu betul2 dekat USS.


{From Ayu with ♥}

Wednesday, September 25, 2013

Singapore Trip (Another half of Day 2)

Continue from last entry. 

We parked our car dekat JB Mall. According to 5rz, dia baca satu blog ni, murah je park dekat sini. Tapi aku tak rasa murah sebab shopping mall kot. Ikut per hour la kan? Last2 kami parked jela dekat JB Mall tu sebab Ayu pun x tau nak park dekat mana. Ikut jela cakap 5rz. Then, korang masuk dalam JB Mall tu sampai la korang jumpa way to JB Sentral. Untuk senang, tanya dekat information counter, macam mane nak masuk Singapore by bus. 


Kita akan sampai imegresen Malaysia dulu. Check passport macam biasa. Then akan sampai ke terminal bus. Imegresen Malaysia dengan terminal bus dekat2 je. X payah risau. Dah sampai terminal, beli tiket bus. Kami naik bus nombor berapa tu lupa (adoi Ayu!) Tapi tiket bus tu less than RM 5 seorang je. Boleh bayar guna RM. Dah naik bus, jangan lupa ambik resit and simpan. Resit bus tu kita guna untuk naik bus yang sama after imegresen. Mula2 Ayu lupa nak ambik resit ni. Nasib baik 5rz yang remind kan Ayu. 

Dalam 15 mins perjalanan, kita akan sampai ke imegresen Singapore plak untuk check passport semua. Standard procedure. Dekat sini kami banyak buang masa sebab kami dah beratur dekat imegresen lepas tu bila dah sampai counter, lupa nak isi borang masuk negara orang tu. So kena ambik borang and isi borang then beratur la balik. Macam mane la aku boleh lupa. Nak masuk negara orang sure la kena ada form. Sebab rasa Singapore ni x macam oversea sangat kot kan?

Dah sudah tu korang turun escalator then akan sampai ke terminal Singapore plak. Korang tunggu bas nombor yang sama korang naik dekat terminal Malaysia tadi. Bus sentiasa akan ada tapi korang kena naik bus nombor yang sama saje. Sebab tu diaorang perlukan resit bus tadi tu. Paham ke x ape aku merepek ni? 

Bila dah naik bus, bus akan bawa kita straight masuk Singapore. Kat sini satu cabaran lagi. Korang kena tau which station korang nak kena turun untuk naik MRT plak. Yang ni kami hampir sesat. Maaf la aku lupa semua nama station and jalan bagai. Semua 5rz yang handle. Itu pun dia gamble je. Nasib betul. 



Jumpa station MRT, kami beli tiket untuk ke Geylang (yang ni aku ingat sebab kami punya hotel dekat area Geylang) Station MRT dekat sini lebih kurang macam yang ada di KL cuma sebab kami x biasa, itu yang macam susah sikit. Senang tanya counter je macam mana nak ke Geylang or kat mana korang nak stop by.

Contoh MRT Singapore
Kalau korang nak tau betapa jauhnya kami berjalan, tengok map ni. Kami dekat station ni (dekat tengah2 tu) Hotel kami bawah kiri skali (even dah terkeluar map pun) Jauh x jauh kami jalan kaki anak beranak?

Makcik ni dok cakap la jauh2 bagai


So, dalam pukul 8 malam baru kami sampai hotel! Bayangkan dari after lunch (lepas kenduri Ain) pukul 8 baru hengeh2 nak check in? So tiring you know! Lepas tu plak hotel adalah x seperti yang diharapkan dalam web. Oh sedih. Aku rela jela since nak hotel murah kan? Ambik kau. Aku x suka hotel tu so malas nak review!

Hotel ni macam rumah tumpangan pun ye gak. Orang jual2 body banyak kat sini......

Dah unpack mandi bagai, aku ajak 5rz g tengok Merlion after dinner. Kami dinner dekat kawasan2 sekitar hotel tu je. Makan nasi kosong dengan sup ayam je pun dah dekat RM 10. Biasala Singapore. Semua mahal! Lepas tu 5rz macam teragak-agak plak nak ke Merlion since kalau nak ke sana, naik taxi or MRT. Dah la naik MRT lambat sebab kami x tau. Nak naik taxi plak, kami kedekut. Mahal oiii. Last2 5rz kate, esok jela pagi2 klua jalan2. I was a bit upset sebab Merlion tengok waktu malam la yang lawa. Siang tengok buat ape kan? Tapi at that time pun aku dah letih jalan kaki tukar2 MRT bagai. So kami balik hotel and tdo.

Kesimpulannya, kami buang masa dekat imegresen sebab lupa isi borang. Then buang masa naik MRT sebab x biasa. Kalau dah study betul2 ok silakan naik MRT. Kalau duit banyak, sila la naik taxi. Kami duit cukup2 je. Tapi better nak ke Singapore, spent more la dari banyak buang masa macam kami. Huwaaaa :'(

Settled Day 2.  


{From Ayu with ♥}

Monday, September 23, 2013

Singapore Trip (Day 1 & half of Day 2)

Ayu kalau nak up entry trip2 bagai ni sure lamaaaa sangat nak habis. Since this Singapore Trip was a 2 days 1 night trip je, let's us hope that I can finish it by at least within a week. 

First of all, kami ke Singapore untuk menghadiri perkahwinan ex course mate 5rz during UiTM time. Eh silap. Kawan 5rz, Ain kawin in Johor. Dah alang2, Ayu ajak 5rz ke Singapore. So actually it's 3 days 2 nights punya trip. 1 night kami spent di JB and another night kami spent di Singapore. 

Jumaat after work, terus pick up Faris dekat in laws, then terus ke JB. Sampai mid night. Checked in then rehat and kiok terus. Hotel review semua will be shared in separate entry. Next day, we had a light breakfast dalam bilik je. Ala buat air panas je kot since kami x ambik package stay with breakfast. 

Posing dulu ye Faris



Duk dediam Faris, ibu nak ambik gambar bertiga ni

My happy family =)

After checked out, went to Ain's kenduri. Makan sementara tunggu pengantin datang.

Time ni pengantin x sampai lagi
Ok pengantin mai dah

Groom and bride
Bila pengantin dah sampai, tunggu turn nak ambik gambar dengan pengantin. 

May you both love each other every single minutes of your life and to my family too la :D

Then dah puas jumpa pengantin, we went straight to Singapore. Ok Singapore boleh masuk using 3 ways. By air, car or bus. We opt for bus since Ain cakap kalau nak masuk guna kereta, kena ada road tax kereta bagai. According to her, lagi complicated la kerjanya kalau nak masuk guna kereta. She said, better guna bus. So, bus it is.

Ok sambung next entry......


{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...