Friday, August 29, 2014

My Recipe : Baby Sawi with Oyster Sauce

Lama x post resepi2. By the way, ini favorite sayur 5rz. Kalau masak sayur je mesti dia suruh masak dengan sos tiram. 

Bahan-bahan.
  1. Baby sawi
  2. Sos tiram
  3. Cendawan. Aku x tau nama cendawan tu apa. Any cendawan will do as long as korang suka. Aku suka guna 2 jenis cendawan ni untuk masakan dengan sayur sawi ni. Nanti aku post gambar ye.
  4. Tepung jagung
  5. Air
  6. Tomato   
  7. Minyak masak
  8. Bahan menumis.  

Cendawan yang Ayu guna

Cara-cara. 
  1. Panaskan periuk dengan air sampai air mendidih.
  2. Bila air dah mendidih, celurkan sayur baby sawi tu. Jangan lama sangat supaya x layu. Agak2 jela.
  3. Dah selesai celur semua baby sawi, panaskan kuali. 
  4. Masukkan bahan menumis. Bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
  5. Masukkan oyster sauce and gaul sampai rata. 
  6. Masukkan tepung jagung yang dah digaulkan dengan air. Ikutla nak letak banyak mana tepung jagung ni. Makin banyak letak, makin pekat kuah sos tiram. Kalau terpekat sangat, tambah air.
  7. Masukkan cendawan and biar sekejap. Sekejap je jangan lama2 sangat.
  8. Last skali masukkan tomato. Tutup api.
  9. Baby sawi tadi, kita susun siap2 atas pinggan/mangkuk.
  10. Then tuangkan masakan dengan oyster sauce tu atas baby sawi tu.
  11. Siap.       
Ini contoh sayur yang dah dicelurkan dengan air yang dididihkan

Ok siap. Macam nilah rupa dia.

Terliur plak tengok ni.

I kalau masak anything yang guna kicap or oyster sauce memang x kan bubuh garam sebab kicap & oyster dah memang masin. Tapi ikut rasa masing2 la. Ok selamat mencuba.

ps://Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 kepada semua. 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, August 27, 2014

3 in 1 Event. Bertunang, Aqiqah & Open House 2014.

Kita mulakan dengan majlis pertunangan sebab dalam plan memang nak buat majlis pertunangan dulu. Ini last adik I. Kira lepas ni dah x kan ada kenduri tunang adik-adik belah I dah, insya-Allah, amin. Ain bertunang on last Saturday, hari yang sama aku bekerja. Yeah nak buat macam mane. Ain pun lambat inform. Mula2 dia nak bertunang on 9th August lepas tapi on that day memang kami dah lama plan nak balik Penang sebab ada cousin kawin [post] So I suruh dia tukar date. Lepas tu dapat tarikh 30 August ingat dah stick to that date sekali ayah plak x dapat. So sepakat ambik on 23 August. Aku dah memang kena kerja sebab exam memang kerja aku. Sudahnya, aku x terlibat sangat pun dengan pertunangan Ain. Dah x boleh nak anjak ke tarikh mana lagi yang sesuai dah. Cuti Ain pun almost finished. Lepas ni dia terus nak balik Terengganu plak. Ya whatever la.

Lepas je habis kerja pukul 5, terus cabut from office ke rumah. Sampai rumah terus siap segala. 

Mini pelamin buat sendiri. Simple je


Faris memang suka duduk atas buaian ni.

 
Budak2 yang lain tunggu masa je nak terjun pool. Amboi pakcik sebelah sana tu duk jaga budak2 dekat pool





Pihak lelaki sepatut datang lepas Asar berganjak ke pukul 6 sampai 615 pm macam tu baru sampai. Kejap je bincang2 then setuju.    

Yours truly selekeh je sampai Niza pun tanya kenapa pakai baju macam ni? Lantak situ!


She was recycling my e-day veil. My legend veil. =)




Bila dah sudah selesai majlis pertunangan, Faris x reti nak duduk diam. Tetiba dah melepas lari ke makchu dia siap jerit2 mak chu mak chu. Hadoi la anak aku ni. 


Ok kejadian kelakar. Time baca doa, pak ngah tersalah sebut nama lelaki dengan Ayuni. Nama aku.... Terkejut semua orang. Ain pun was really shock. Cepat2 pak ngah betulkan, Sufian & Ain. Hehehe.

The hantaran

Then majlis aqiqah & open house dibuat serentak sebab aqiqah ni x de cukur jambul bagai. Terus makan, makan dan makan. 


Kambing golek yang menjadi rebutan.

Acara open house ni bermula after Maghrib tapi around 8.30 tu aku tengok kambing golek ni dah nak nampak tulang. Niza dengan FIL x sampai lagi. Kawan aku yang datang Niza je. Yang lain ada hal. Tapi alhamdulillah FIL sempat merasa kambing golek ni. Niza je x sempat. Tapi dia sempat merasa kari kambing. Anak buah baru ni lelaki. So ada 2 kambing la kan? Seekor buat bakar seekor buat kari. Memang sedap dia masak. Puas hati sebab ramai puji sedap.

My parent x sangka tetamu datang x henti2 until 11 malam ++. Makanan habis licin sampai kami hidangkan ape yang ada saje. Mak dengan ayah anggar adalah dalam 500 tetamu yang datang hari tu. Sampai 5rz siap cakap dekat my mum, better kawinkan terus Ain tu mak. Tetamu datang macam kenduri kawin. Hehehe.

Malam2 tu jugak budak2 yang sejak dari petang dok tunggu nak terjun pool, at last diberi kebenaran untuk terjun. Ini pun lepas tetamu dah berkurangan. Si Faris dengan baju merah & jeans dia terus terjun. Sempatlah si 5rz bukak pampers dia sebelum dia terjun.

Habis kemas2 sikit dalam pukul 12.30 pagi. Esok tu (Ahad lepas) macam biasa aku pergi kerja. Terpaksa. Tapi x pe sebab last Monday aku cuti. Memang every sem macam tu jela aku buat. Sabtu Ahad kerja, Isnin cuti. Eh ok so that's it about the 3 in 1 event.  

{From Ayu with ♥}

Monday, August 25, 2014

Raya di Penang

Assalamualaikum.

Syawal dah nak habis tapi x pe, gigihkan juga masuk blog. Anyway, I cuti today sebab last Saturday & Sunday kerja, ada exam. Penat!

Balik raya ke Penang on second week of Syawal. Kebetulan memang nak attend kenduri kawin cousin skali. Bertolak hari Sabtu and memang kami x sempat nak tengok majlis nikah. Kami ke kenduri kawin terus on Sunday tu. On the way ke Penang, jumpa kereta test drive berdekatan daerah Perak kalau x silap. 5rz kate mungkin kereta Proton yang belum reveal.


Ada 4 all together tapi yang sebuah lagi dah memecut laju

Haish aku malas betul nak menulis la sebab entahlah. X de mood. Meh paste picture jela. 

With the right wording, right timing, and the picture is PERFECT!

Sabar jela laki aku ni








Oh by the way, baju hitam tu, inner yang aku pakai buat badan aku rashes. Siap kena pergi klinik ambik ubat. After this x nak dah pakai inner tu. But now the rashes dah ok, alhamdulillah. Dewan kawin ni memang berdekatan dengan home stay yang kami duduk. Senang sangat. Faris nak tidur, I bawak masuk bilik. Sambil2 tu aku buat kerja office, boleh? Aku tau kerja memang x pernah habis tapi seriously work load terlalu banyak. Kerja yang aku buat pun bukan berpatutan dengan gaji yang aku dapat pun. Memang dah demotivated pun right now! Eh later la aku cerita pasal kerja.     

Aku x de gambar dekat pelamin sebab Faris tidur lama dalam bilik. So x kan aku nak pergi dewan and siapa nak jaga Faris kalau macam tu kan? 

Malam tu sempat cover beraya rumah sedara. Esok (Ahad) after check out, lepak2 rumah arwah tok 5rz then bertolak ke Kedah sambung beraya jugak. Sedap makan2. 


Faris ni bergaduh la tu berebut mainan


Ok cuba tengok sequence gambar2 dekat bawah. Macam model budak tengah peragakan topi cina untuk dijual.









Lepas Asar bertolak ke KL dari Kedah. Overall, I enjoy the trip to Penang. Yeay! Cepatnya update kan? Kemalasan tengah melanda. Ok later.

{From Ayu with ♥}

Thursday, August 7, 2014

Beraya di My Kampung

Sambung cerita raya di kampung Ayu pula.

Dapat peluang beraya di kampung pada hari raya ke 3. Balik kampung belah Ayu di Negeri Sembilan. Kampung 5rz di Penang pun dah x macam kampung sebab di bandar. So suasana pun x berapa nak kampung lah. Tapi belah Penang, kami x beraya lagi. Insya-Allah hujung minggu ni turun beraya di Penang sebab kebetulan ada kenduri kawin sekali. 

Ooooo balik kampung. Yeay finally balik kampung!!!!!!!!!

 
Raya ke 3 tu, bertolak from KL around 9 am and sampai Rembau (belah ayah) by 11 am. Salam beraya dengan mak ayah, wan and sedara yang masih di kampung. Then lunch kejap, lepas tu sesi mengagihkan duit raya. Itu part aku jela since orang lain dah kasi on raya pertama and kedua. Sedih sebenarnya sebab ramai je sedara lain yang dah balik KL. X berapa meriah sangat. Tapi x pelah. Insya-Allah next year kalau umur panjang (amin), turn Ayu pulak. Yeay! 





Sabar ye anak. Kita bergambar dulu.
Tempat wajib bila bergambar raya. Dekat KL mana nak jumpa classic window like this kan? Very the kampung and I like it.
 
Lepas tu siap2 nak gerak ke Kuala Pilah pulak. Kuala Pilah belah mak. Sampai2 Pilah je terus continue beraya rumah sedara/jiran. Then rehat2 di rumah kampung. Aaaa rindu kampung halaman. Sejak arwah wan dengan atuk belah mak dah x de, sunyi je setiap kali balik kampung Pilah. Kalau x dulu, meriah je. Tapi, mati itu pasti kan? 


 
Selesai solat Zuhur and mandi2 sikit, bertolak ke KL semula tapi before that sempat la melawat pak ngah. Kebetulan pak ngah x de dekat rumah tapi dia ada dekat rumah adik ipar dia which was dekat2 situ jela. And kebetulan langkah kanan, diaorang tengah buat open house. Alhamdulillah rezeki. Pak ngah every year buat open house on 2nd day of raya, so obviously kami dah terlepas. Ayu paling suka sambal lontong yang mak ngah buat. Kalau dapat beraya dekat rumah pak ngah, sure dapat merasa lagi sebab selalunya ada lebihan from the open house. Tapi nak dijadikan cerita, Kak Wani (anak pak ngah) pergi jadi runner ambikkan sambal tu untuk Ayu. Auwwww terharu! Siap bawak bekal lagi. Memang every year pun macam tu. 

Faris, slamber dia je join abang2 yang lain main situ. Bukan kenal pun. Anak2 orang yang datang beraya.

Tapi seronok tengok dia main kejar2 dalam suasana kampung. How I wish to live in kampung.

Budak2 tu bukan kejar Faris pun. Dia yang over excited.


Lepas tu ingat nak singgah rumah mak long pulak tapi mak long x de dekat rumah sebab dia pergi beraya rumah orang. So x delah rezeki nak jumpa mak long. Then later on, balik KL. Sampai KL almost Maghrib and sempat beraya rumah mak teh belah ayah pulak. 

Honestly, aku x puas beraya di kampung sebab rasanya macam terlalu sekejap je masa aku dekat kampung. I prefer to stay at least 1 night di kampung tapi apakan daya. X de orang dah kat kampung and my parent memang nak balik KL dah. So, x kan aku dengan 5rz je nak duduk kampung? Memang x la kan? Tapi aku pujukkan hati bila aku fikir, next year will be my turn. Insya-Allah mudah2an umur panjang dan sihat, amin. 

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...