Friday, December 12, 2014

First Time in KLIA2 & Procedure to Fly When You are Pregnant

Kami bertolak ke Jogja pagi lepas Subuh hari Khamis walaupun flight tengah hari. Sebab ni first time guna KLIA2. Katanya kena sampai di KLIA2 3 jam awal. X taula betul ke x. Dari rumah ada pakcik 5rz hantar ke KL Central then dari sana naik bus RM 10 terus ke KLIA2. Sampai KLIA2 pun pagi dalam pukul 8 macam tu. 





Kagum I tengok KLIA2. Cantik dan besar sangat. Bilik air so far luas & besar cuma kalau toilet yang dekat dlm tempat menunggu tu kecik sikit. Kalau sesiapa yang kena catch up flight pagi2 or tengah malam pun, ada disediakan hotel like Tune hotel or Capsule. I suka konsep Capsule ni sebab dia x kira berapa malam kita nak stay tapi dia kira berapa jam kita nak stay berehat. Boleh google ye. I malas nak elaborate pasal Capsule ni sebab I x stay sini pun. Kalau korang nak lagi save, lepak je mana2 corner dekat KLIA2 tu. Banyak sangat tempat2 yang boleh kita selamber baring2. X yah malu sebab orang ramai pun buat macam tu jugak. Plug2 soket pun banyak disediakan untuk kita re-charged gadget kita.

Siap buka khemah. Bagus pelancong ni



Lepas check in all bags, we went for breakfast dekat food court. Best. Banyak sangat pilihan nak makan dekat sini. Kalau x nak makan dekat food court pun, ada restoran2 lain juga. Terpulang. Oh ye sebelum terlupa, nak mention untuk I yang pregnant, kena pergi kaunter check in then cakap yang kita pregnant. Nanti dia akan kasi kita 1 form suruh kita isi. Ada 3 salinan. 1 untuk kita. 1 time nak boarding & last one untuk diberi ke pramugari dalam flight nanti. Basically, kalau kandungan bawah atau 27 minggu, just isi form sahaja without surat pengesahan from Dr. Tapi at that time, I still bring the letter from Dr just in case. For details, you can click here.  

Contoh surat

Masa pergi kena isi form ni, nak balik pun sama juga procedure dia. Jangan lupa plak ye. Lepas settled, macam Ayu cakap tadi, pergi breakfast then lepak2 before masuk untuk boarding plak. Lepas check in, punyalah jauh nak berjalan ke pintu gate. Tapi, dekat sana ada disediakan buggy cuma masa tu I x terfikir plak nak gunakan buggy tu. 



Then kami tunggu di gate Q5. Dalam 15 minit macam tu, tiba2 ada seorang kakak ni cakap yang flight ke Jogja tukar gate ke P10 kot kalau x silap. And they don't even announced that important message? What if the kakak didn't came to us? Tunggu jela melanggok depan gate tu. So we have to patah balik to the other wing. Masya-Allah jauh kot. Tapi one thing, tempat menunggu KLIA2 memang sangat cozy. Dah macam dekat airport Korea pun ye gak. Incheon airport kan win the world's best airport for 9 consecutive years. Mana tau KLIA2 pun boleh setaraf dengan Incheon kan? Insya-Allah. 

Overal KLIA2 ni memang best sebab dia ada macam2. Shopping malls, food court, tempat rehat etc. Lepak lama2 sini pun x jemu. Best. Ok itu saja.    
 
{From Ayu with ♥}

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Bestnya nk g jogja..inshaAllah bulan 8 bru nk ke sana..sakan berjalan ibu mengandung ni ye

Ayuni said...

CHekgu Azrine: Oh selamat bercuti! Enjoy Jogja nanti yeah! Foods heaven sangat dekat sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...