Birth story later. Hehe.
Potty train for Faris was not really a smooth sailing journey. Up until now pun masih belum berjaya. First time ajar dulu masa cuti panjang CNY yang lalu. Sebelum tu memang dah siap belikan sepender Baymax, seat toilet yang attach dengan toilet tu and also ada juga I did my research pasal potty train ni. Actually kita boleh ajar anak untuk potty train ni selama 3 hari berturut-turut and insya-Allah within 3 days tu dah boleh success dah. Providing within 3 days tu korang x keluar ke mana-mana. Duduk rumah je. Having fun dalam rumah je. Senang untuk ajar anak untuk potty train. So cuti CNY yang lepas, Ayu ambik peluang nak ajar Faris.
Day 1
Walaupun dah beli sepender kartoon yang dia nak, Ayu x pakaikan juga sepender tu. Ayu still pakaikan dia pampers. Ni sebab takut tercicir dekat karpet karang 1 hal pulak. Kalau dekat simen tu boleh tahan lagi. Ayu ni dah la menumpang rumah parents.
Walaupun pakai pampers, Ayu still monitor like every 15 minit, Ayu tanya 'Faris nak kencing x?' Sokmolah dia jawab x nak. Walaupun dia jawab x nak, Ayu still bawa dia pergi toilet. Biarkan dia dekat toilet tu dalam 5-7 minit. Kalau dia bosan, kita entertained dia like kasi dia tengok ipad etc. Ipad tu pun Ayu bukakan video budak2 pergi toilet untuk kencing etc. Ni nak kasi supaya dia faham.
Dari pukul 11 pagi sampai ke 2.30 petang, barulah dia kencing. Itupun dah terkucil dalam pampers. Ayu akan gap 15 minutes to 30 minutes sepanjang hari. Bawa je dia pergi toilet walaupun dia kata x nak kencing. Setiap kali buka pampers tengok pampers kering je, rasa best sangat. Tapi itulah pukul 2.30 petang tu, pampers dah basah. Itupun actually masa dia kencing dalam pampers tu, dia ada cakap dekat Ayu, 'Ha ibu! Ayish kencing.' Bila check, memang dia kencing. Maksudnya, masa dia kencing, dia cakap. X tau nak cakap before nak kencing tu. Well biasalah first timer kan? Day 1 masih tak berjaya walaupun malam tu same method jugak Ayu gunakan. Masih kencing and berak dalam pampers.
Day 2
Sama je method macam day 1 tapi masih x berjaya. Terkucil dalam pampers. Cuma day 2 ni dia dah faham kalau Ayu panggil tu dia dah tahu, ok it's time to go to the toilet. Kadang2 dia ok but kadang2 dia x nak. Ayu ada baca, kalau budak x nak pergi toilet, kita x boleh paksa. Nanti buat dia lagi takut nak pergi toilet. Kalau terjadi macam tu, kita kena stop potty train kejap then sambung balik next week. Tapikan, malam tu Faris berjaya poo poo dalam toilet. Actually Faris ni boleh rasa kalau dia nak berak. Selalu bila dia nak berak dia akan cakap, 'Ayish nak yak kejap' Lepas tu dia pergilah cari port kat mana dia nak berak. Malam tu, dia cakap nak berak, Ayu ajak dia ke toilet. Itu pun dia x nak sebenarnya. Ayu pujuk dia. Last2 dia ok. Tapi beraknya x banyak. Macam terbantut plak hasrat dia nak berak.
Tapi bila dia dah sudah tu, I let him flush the toilet and I reward him with ultraman sticker. Dia suka sticker by the way. So day 2 habis macam tu.
Day 3.
Ayu dah start x sihat sebab denggi. [post] So potty training untuk Faris serta merta hilang lesap begitu saja. Huwaaaaa....
Bila Ayu fikir balik, actually Ayu kena pakaikan sepender jugaklah untuk potty train Faris. Biar dia rasa x selesa setiap kali dia terkencing dalam seluar. So that he will learn. Well, I hope he learn lah. Ada juga Ayu baca anak lelaki ni memang tough sikit nak ajar untuk ke toilet berbanding anak perempuan. X pelah. Ini dugaan kan?
Sekarang ni tengah fikir juga, cara mana lagi nak ajar Faris ni. Bila tanya kecing yak dekat mana? Dia pandai jawab 'dekat toilet'. Tapi bila ajak ke toilet, terbantut hasrat atau lari x nak pergi toilet. Kadang bila dia cakap nak yak, Ayu fikir banyak kali, nak bawa ke toilet ke tak? Bawak tidak? Karang bawa, terus x jadi nak berak. But at the same time, nak ajar juga supaya dia faham fungsi toilet tu ha. Haish dugaan, dugaan. Any suggestion?
{From Ayu with ♥}
No comments:
Post a Comment