Friday, June 5, 2015

Fesyen Baju Kurung Moden Terkini Sempena Raya

Insya-Allah tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan dan seterusya bulan Syawal. Korang dah tempah baju raya belum? Kalau belum, ada lagi ke tailor yang sudi terima order sekarang? As for me, insya-Allah akan beli yang ready made saje. Sekarang ni dah macam2 online shop or even kedai-kedai kat luar sana pun dah banyak jual fesyen baju raya yang cantik-cantik.

Untuk tahun ni, baju apa yang menjadi pilihan korang? Jubah ke, baju kurung ke, kaftan ke or kebaya? Selama 3 tahun berkahwin, semua baju raya Ayu pada hari raya pertama adalah baju kurung. For me, baju kurung tak pernah outdated. Cuma fesyen nya saja yang berubah-ubah mengikut peredaran masa.

Jom kita tengok fesyen baju kurung moden terkini yang ada di Malaysia ni. 

Peplum. Ayu pernah pakai peplum untuk hari raya pertama pada tahun kedua Ayu menjadi isteri. 



Baju kurung bermanik. Ini pun Ayu pernah pakai sewaktu tahun pertama Ayu beraya as a wife. Yela. Mana taknya. Recycle baju nikah sahaja. Selalunya beading atau manik banyak diletakkan di bahagian pergelangan tangan dan dada. 


Bilalah nak dapat balik body macam ni. Ini pun masa 3 bulan mengandungkan Faris dulu


Lastly, baju kurung moden lace. Ini pulak, baru raya last year Ayu pakai. Even without manik pun, kain lace tetap boleh menyerlah kalau kena dengan gayanya. 





Tambah butang2 macam ni, dah jadi cantik dah
 So, apa pilihan korang untuk raya tahun ni?

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...