Wednesday, February 3, 2016

Parasailing! I've Done It! Yeay!

Assalamualaikum.

Banyaknyaaaa tanda seruuuu!!! Ini cerita last year lagi. Ayu buat aktiviti parasailing time Ayu balik Penang akhir tahun 2015. Unplanned. Kan ada cuti panjang Maulidur Rasul & Xmas. MIL ajak balik Penang. So kami follow. 5rz kata nanti dia bawa jalan2 again ke Bukit Bendera. Faris dah pernah pergi dulu. Kali ni nak bawa Faiz pula. 

Kami bertolak dari KL, hari Rabu malam after Insya. Khamis x de aktiviti pun. Just makan, makan & makan. Pagi tu late & heavy breakfast at Tesco Penang. Lepas tu balik rumah x de buat ape. Sembang2 then  tido. Malam keluar makan ramai2. Malam tu jugak aku & 5rz tukar tempat tidur ke rumah cousin 5rz, Endeng.

Sekarang ramai dah orang jual air macam ni ye?

X sedap. Sorry

Jumaat, breakfast dekat rumah Endeng je. Lepas tu lepak2 tengok tv. Sambil2 tu dok borak2 cakap ape nak buat. Aku tanya Eisya (wife Endeng) ada ape dekat Pulau Jerejak? Dia kata dulunya pulau tu tempat pesakit2 kusta. Sekarang dah x de. Aku pun x tau kesahihan cerita tersebut. Layan saja. Lepas tu Eisya cakap pasal dia ada buat parasailing. Tetiba ting dalam kepala otak. Ha why not buat parasailing? Eisya dulu cakap dia pernah naik RM 60 double belon tu. Kira RM 30/pax. Murah! 

So after Zohor lewat2 sikit, kami isi perut dulu. Then terus menuju ke Batu Feringgi. Jalan jem seperti biasa nak naik situ. Sampai dah petang around 5 almost 6. Eisya carikan tempat nak buat parasailing. Dung dang dung dang, aku dapat RM 120 untuk medium circle. Dah habis diskaun dah tu. Harga asal RM 150. Terkorek-korek mencari duit sebab teringin punya pasal. Aku sorg je buat since 5rz gayat. Aku pun gayat tapi aku suka aktiviti extreme gini. 5rz tu adventure tang lain. Aku adventure tang macam ni lah. Endeng ngan Eisya pun x join. Eisya pregnant by the way.

Chubby me!

Sebelum naik of coz dia kasi penerangan serba sedikit. Jangan risau. Aku x naik sorg. Ada sorang guide duk belakang aku. Masa dekat atas, angin kuat. Risau aku. Tapi guide tu lah yang tolong tolak2kan badan aku kasi aku selesa. Ntah macam mana aku nak explain pun I don't know why. Dua2 tangan aku yang pegang tali bukan main merah lagi sebab dok pegang kuat2. Takut jatuh dalam laut oii. Angin kuat. Tapi aku tengok jugaklah pemandangan masa aku di atas. Rugi tutup mata babe. Dah bayar mahal, bukalah mata tengok keindahan sekeliling. Masa di atas ada juga aku sembang2 dengan guide tu tanya itu ini. Guide tu cakap kalau buat parasailing dekat Langkawi lagi murah. And I'm sure the scenery lagi cantik too. Tup2 dah masa mendarat. I touched down 2 kali. Again aku x tau how am I going to explained it here. It's like dah cecah pasir then terbang lagi then baru betul2 landed safely. Syukurlah.



Itu jela gambar paling dekat/clear yang 5rz dapat tangkap. Nak nampak muka aku memang x de ye.

Sudah buat parasailing, aku cam nak naik jet ski pun ye gak. Nak naik banana boat pun ye gak. Seumur hidup aku x pernah ye naik banana boat tu. Padahal itu banyak kat PD. Tapi semua hasrat tu terpaksa dilupakan sebab duit cam x cukup. Musim cuti. Semua pun naik. So 5rz bawa Fariz & Faiz mandi laut. Aku duk tepi jela. Malas nak basah2kan pakaian. Malas nak bersalin baju pun ye gak.

Faiz 1st time mandi laut at 7 months. Lagi 2 hari nak masuk 8 months at that time. Takut dia. Hehe

Bila semua dah puas, kembalilah kami ke jalan yang benar. Haha. Before that sempat dinner tempat yang memang aku teringin sangat nak merasa since Eisya cakap tom yam situ memang sedap. So suruh Eisya tunaikan janji. Tempat makan tu nanti aku review kemudian.

Esoknya tu sebelum kami balik KL, aku jumpa my nyah plak. Ada something nak kasi dekat dia. Dia memang orang Penang. Senang. X dapat jumpa di KL, jumpa di Penang. Haha. 






Anyway, penutup 2015 yang ok bagi aku since tercapai hajat nak buat paraisaling. Next time nak cuba buat benda lain plak like sky diving ke or naik zip line dekat Cebu. Hahaha angan2 saja.    

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...