Friday, July 29, 2016

Toy Muzium, Penang

Assalamualaikum.

Raya ke tiga, memang x de agenda ape2. I pasang angan2 nk ke Toy Muzium. Rupanya Toy Muzium ni jauh ok! Lebih jauh dari Batu Feringgi. Actually 5rz jenis malas nak layan jem. Nak ke Batu Feringgi tu memang memanjang jem! Tempat perlancongan, x leh nak buat ape. Bila mengajak ke Toy Muzium, terkejut jugak sebab 5rz agreed bila dapat tau muzium tu terletak dekat Tanjung Bungah. Bukan dekat. Atas lagi dari Batu Feringgi tu. Hajat dihati, nk happy kan Faris je sebab dalam tu ada macam2 replika superhero & kartun. Kami pergi lepas solat Jumaat. 

Percaya x, ini satu2nya sepasang baju raya yang I beli baru. Yg korang tgk dlm gambar2 sebelum ni semua recycle

Itu pun I ada beli tudung yg colour cam kain tu tp cam mana boleh terlupa yg ada beli tudung tu ntah. Pakai ape ada je. Dgn kisah rantai berjuntai tu pun sebenarnya dh patah tapi I pin sana sikit, ikat benang sana sikit. Gitu ha cheapsakte nak beli rantai baru kan? :p
Sebab perjalanan jem, so both kids tdo dulu,

Nak ke Toy Muzium ni, korang waze je insya-Allah jumpa. Dia terletak bersebelahan dengan sebuah sekolah cina. Muzium ni dalam beberapa buah kontena sahaja. Ramai review kata panas! Panas! Panas!!!! Nasib bila kami masuk tu x panas mana. Siap ada aircond lagi. Tapi, masuk2 je Faris terus Tarik tangan I suruh keluar. X dapat klua, dia berlari ke ayah dia minta di dukung. Takut dengan segala patung yang ada dalam tu. Sepanjang kami dalam tu, Faris memang x berenggang dengan ayah dia. Berdukung aja. Rugi bayar RM 11 untuk dia! 

Bayaran masuk utk dewasa with myKad is RM 16 & kanak kena RM 11. Bawah 2 tahun free. Masuk2 je terus Faris ajak klua. Dia takut rupanya. I lupa yg dia ni dulu memang takut ngan patung2. Dulu lagilah. Kalau pergi mall kan ada patung2 yang pakai baju semua tu kan? Nampak je terus minta dukung. X dukung, menangis-nangis. Tapi sekarang dh ok, so ingat bawa ke Toy Muzium ni oklah. Sekali x pulak. Sepanjang dalam muzium tu, asyik berdukung je dengan 5rz. Stroller, adik pakai sebab dia tgh tdo.


I'm a fan of Lara Croft 

X mau turun

Suruh senyum nak ambik gambar pun x nak











And saya suka Master Yoda too



Masih x nak turun mahupun senyum untuk bergambar


Dekat sini baru dia start to smile but still x nak jalan sendiri



Lara Croft lagi

Master Yoda lagi

Ok dekat sini Faris start takut balik. Siap 5rz kena pusing badan dia supaya Faris x tengok benda yang Faris x nak tengok tu

Terus tutup muka. Ape yang Faris takut tu?

Ini ha!

Kalau nak letak semua gambar memang banyak jadi cuckup2 la ye. Berbaloi x pergi dengan bayaran? Kurang berbaloi tapi sebab nak merasa punya pasal. Muzium ni masuk world record kalau x silap sebagai the biggest toy muzium in the world ok? Tapi kalau tanya I, besar ke? X la besar sangat tapi sebab rasanya x ada lagi orang yang buat muzium macam ni kot.

Sebelum balik rumah arwah tok, kami singgah ke satu lagi tempat untuk pembelajaran bersama, gitu. Next entry insya-Allah. 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, July 27, 2016

Jalan2 Raya di Penang.

Assalamualaikum.

Raya ke 2 memang kami plan nak ikut makcik pakcik 5rz berjalan raya. Punyalah semalam tu 5rz pesan,

'esok pukul 8 pagi dah kena sampai rumah sana. Kalau lambat2 nanti x boleh beraya plak takut tetamu datang.' 

I dengan malam sebelum tu, ting tong sebab tdo almost at 2 am. Bangun pagi tu pun macam malas2. Plan nak klua pukul 8, terlajak klua kul 9. Sampai rumah arwah tok, semua baru bangun tdo ok? Kau rasa? Kami pun breakfast la dulu. Nak tau pukul berapa kami klua beraya? Pukul 11 lebih dekat pukul 12 tgh hari. Duhhhh. 

I punyalah menunggu bila si suami ni nak bawa bini dia jalan2 raya ntah



Ok at last berjalan juga kita!

Dua2 ni dok kunyah kuih bahulu je dalam kereta

Taken by Faris

Ajak 5r ngan Faris tangkap gambar skali tengah2 panas ni tapi semua x nak layan.


Hari tu saja dapatlah berjalan dalam 5 6 buah rumah. Sampai ke Maghrib jugak lah. X pe. Demi mengutip duit raya anak2. Kah ape punya alasan ntah! Best woooo jadi mak ni sebab tugas simpan duit anak2 jatuh kat kita. 

Lepas Maghrib, kami balik rumah arwah tok then lepak2 je sampai rasa ngantuk. Ngantuk je kami balik ke rumah cousin 5rz untuk tdo. Eh macam sikit sangat plak cerita raya day 2 kan? Lantaklah. Janji masuk blog. 

Till then.....

{From Ayu with ♥}

Monday, July 25, 2016

Kisah Raya Pertama 2016.

Assalamualaikum.

Kita start raya stories laju2 sebab dah masuk minggu ke 3 Syawal dah ha. Macam yg I cerita sebelum ni, raya pertama lepas solat, makan then tangkap gambar terus. Lepas tu baru bersalaman raya. Raya tahun ni 1st time 5rz bawa Faris ke masjid untuk sembahyang raya. For the 1st time jgk, Faris sembahyang dengan sempurna. Sempurna tu maksud I, x de rasa bosan, main2 etc. Selalunya klu Faris ikut 5rz solat, lambat sikit mulalah dia main2. Jalan2 dalam bilik. Tapi masa dekat masjid 5rz kata dia elok je follow sembahyang. Siap cakap 

'esok kita solat sini lagi eh?' 

Haha comel. Sembahyang raya time raya jela, aiyooo. 

Salam raya dulu


Si Faris nengok je ha. Lepas tu minta 'ibuuuu. Ayish nak duit raya jugak'

Nak bergambar lawa2 dengan anak2 mmg susah. Bkn dgn anak je, ayah anak pn samaaaa! Si adik cam confuse, si ayah x tau nape riak wajah gitu, pastu si faris dh kenapa? Mak je yg always jelitas, ahaks!

Adik masih confuse, 5rz dah macam patung sebab x de perubahan riak wajah & Faris getting better. Again, mak always ready for the camera =)

Cucu2 mak & ayah yang ada pada raya pertama

Inilah gambar paling decent kalau I nak put on frame nanti. Riak wajah semua ok kecuali si Faris yg macam boolayan disitu. 

Gambar ni senget sebab kamera x guna tripod. Letak atas sofa je. Jadilah semua yg patut ada, ada dalam ni

Anyway sambung cerita, lepas dah bersalaman, kami terus bertolak ke rumah in law untuk bersalam raya dekat sana plak. Lepas dah bersalam raya, terus ke kubur untuk ziarah. Lepas tu ke rumah makcik 5rz untuk makan laksa sebab sehari sebelum raya, makcik 5rz dah pesan suruh singgah sekejap. Lepas tu meneruskan perjalanan ke Penang. Ingatkan 1st raya x jem. Jem jugak. Tapi oklah kami sampai pukul 5 petang cam tu. Sampai2 terus bersalam mohon maaf dgn 5rz. Punyalah kelam kabut sampai terlupa nak salam raya suami. Sebelum klua dari kereta terus salam husband. Moga tahun depan x jadi macam ni lagi. Ape punya bini daaaa.....

On the way ke Penang


1st day raya rumah Penang memang tetamu non stop. Sampai ke tengah malam. Kami dah terlalu penat so kami balik dulu sebelum tetamu balik. X larat weh nak tunggu tetamu balik. Kami tdo rumah cousin 5rz. Ok stop sampai sini dulu. Nanti ada masa I update lagi, insya-Allah.

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...