Wednesday, January 18, 2017

3 Hari 3 Malam Di 3 Negeri: Manjung Night Safari.

Assalamualaikum.

Review tentang make up dengan hotel that we stayed in while in Penang later. Kita move on ke next destination that we want to go. Actually semua pun memang x plan. Dalam perancangan ada nak naik Cameron and stay 1 night dekat sana tapi Faiz selsema so lupakan. Nanti kalau naik then stay sana, takut sejuk lagi teruk plak selsema Faiz. So lupakan.  Lepas tu x tau nak pergi mana dah. X nak terus balik KL sebab I sibuk nak berjalan. Haha. So last2 kita singgah Manjung, Perak. Kenapa Manjung? Sebab nak pergi night safari dia. Macam yang I kata, semua pun memang last minute. Sebelum bergerak ke Manjung from Penang, I dah siap survey2 hotel mana, baca review semua then found this hotel then terus booked. Booked saja without payment. Selesai bab tu terus bergerak ke Manjung.

Sampai dekat Manjung, terus nak check in. Harga bilik sangat murah berbanding yang dipamerkan dekat web. Hotel x besar mana but good enough for 4 of us. Freshen up then lepas maghrib kami keluar untuk cara dinner. Fast dinner je sebab nak masuk night safari and x nak membazir masuk lambat2.

Yang bestnya night safari ni, kita boleh choose nak explore night safari by walking or by tram. We choose tram of course. Dah la kami x bawa stroller (sebab fikir susah je nak masukkan stroller dalam tram) Nak tunggu tram ni punyalah lama. Rasa sebab semua pemandu tram tgh having dinner. Bila tram tu sampai, punyalah sekali banyak. So betullah teori aku yg driver2 tram ni tgh having dinner. 

Zoo dia ni kira besarlah juga. Kalau berjalan kaki tu boleh berpeluh juga even jalan time malam. I nak berjalan dalam tu malam2 dengan 5rz dan anak2 pun takut kot sebab ada certain tempat memang gelap sangat. I guess memang pihak maagement pun sengaja x nak buka supaya haiwan2 yang lain x diganggu. Kan ada certain haiwan yang memang aktif waktu malam, tapi tidur waktu siang kan? Yang mana yang tidur waktu malam tu, tempat tu memang sengaja depa x bukakan lampu. 


Gelap gelita ha. Adik ada dalam gambar tapi dia tgh minum susu nak tidur.

Perjalanan dalam tram ni adalah setengah jam. Dengar penerangan lagi. Setiap kali penerangan, tram tu akan berhenti. Time tulah kita boleh tengok dengan lebih dekat haiwan2 tersebut. Kami naik tram ni 2 kali berturut sebab best kot. Dengan Faris yang excited tengok haiwan2. Si Faiz lena diulit mimpi. Zzzzzzzzz. Habis second round naik tram singgah kedai souvenier belikan Faris topi & spek mata. Murah2 je. Then balik hotel. 

Keesokkan harinya kami check out. Had lunch dekat Dolly kueh teow as suggested by Sk Adam (blogger yang I pinjam selendang dia untuk time nikah I) For me, biasa je kueh teow dia cuma yang menarik bagi I, dia punya kueh teow banyak udang kecik2 tu. I ordered nasi ayam for my kids and nasi ayam dia banyak. Cukuplah for both kids untuk makan. 

Habis makan, kami meneruskan perjalanan ke next destination. Itu next entry macam biasa. Bye2 Manjung. 

ps:// Harga masuk sini for adult RM 21.20 & child RM 10.60. Bawah 3 tahun free. 

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...