Wednesday, July 23, 2014

3rd Week of Ramadhan & Shopping Raya Part 2

Masa public holiday Nuzul Quran hari tu, Ayu cuti lama. Nuzul Quran hari Selasa tapi Ayu dah start cuti from Saturday - Tuesday. Kira Ayu tambah 1 hari (Isnin) kasi straight cuti. So, Isnin sebelum cuti Nuzul Quran tu, after 5rz went back from work, dia ajak cari baju raya. Dia suruh settle kan Faris punya dulu. Basically cari baju jalan jela. Kami pun x ke mana. Ke JJ dekat rumah tu je. Dapatlah 2 helai je. Yang lain x banyak choice. 

Oh before that 5rz pergi potong rambut. Rambut raya terus. 

Kalau pergi sini, Ayu prefer ambik that girl. Dia kalau massage rambut kita, best sangat tangan dia.

Selfie ibu dan anak sementara tunggu ayah gunting rambut



Lepas tu dah pukul 5. Hari tu jugaklah pertama kali kami plan nak berbuka di luar. Before this atas jemputan sahaja remember? Memang dah siap2 booked tempat dah. Pung pang pung pang jalan2 dah pukul 530 petang. Lepas tu kami dah x tau nak buat ape lagi. Suddenly, I gave him a suggestion. Jom pergi berurut? Kebetulan time tu Faris dalam stroller tengah tidur. Aaaa perfect! 

Ha perempuan yg pakai baju biru tu tukang urut aku. Tanga kuat tapi x tertahan dek kudrat aku ni ha. Walau ape pun ku telah berjaya mengharungi sakit bersalin. Nak menang jugakkkkk

Ayu ambik full body massage while 5rz ambik foot, shoulder and back massage. Memang murah spa tempat kami berurut tu. Orang yang urut Ayu time tu, orang Thailand. So I expect sedaplah dia urut macam ala2 time kami berurut time honeymoon di Krabi dulu. Sekali, ya Allah! Kuat gile tangan dia. Sakit. Berapa kali ntah Ayu jerit2 kesakitan. Tapi dia x delah sampai nak mendera cuma Ayu kot x tahan dengan tangan kuat dia? Dia punya tarik nak regangkan badan, masya-Allah macam terasa dah nak terpatah dua badan aku. Gitu tragis. Pastu tetiba terfikir sakit bersalin. Tetiba sangat fikir sakit bersalin aku pun x tau pasal ape. Bila massage for an hour settled, aku lega. While 5rz on the other hand, siap tanya siapa nama tukang urut dia sebab nanti2 bila dia nak datang lagi, dia akan ambik that guy. Ayu x nak la ambik perempuan tu lagi. Serik. Ok je tapi kuat sangat. Cukuplah sekali. Alhamdulillah selama 1 jam kami berdua massage, Faris tidur dengan lena dalam stroller dia. Good boy Faris. Kasi chance ibu ayah berehat.

Habis massage terus kami bergegas ke Sushi King untuk berbuka. Dah x tau dah nak berbuka mana so Sushi jela. Kebetulan Faris kalau sushi, memang dia berselera betul. 

Muka baru bangun tidur

Mine
His


Then after that balik rumah. X dela shopping mana pun kan? Jalan2 je lebih. Last weekend pun memang kami x ke mana. Sebab duit gaji masing2 x masyuk lagi so nak ke Sogo pun might be this weekend la kot. Banyak pending dengan baju 5rz and Ayu jela. Faris dah ok la kot? 

Oklah, later. 

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...