Monday, July 21, 2014

2nd Week of Ramadhan

Dah masuk last week of Ramadhan dah Ayu oiiii! X pe x pe. Biar lambat asal selamat. Eh? Biar lambat asal masuk blog. Hehe.

Masuk second week of Ramdhan, barulah both of us berbuka puasa di luar. Itupun atas undangan. Kan dah kata. Atas sebab undangan je akan berbuka di luar. Iftar dekat Concorde Shah Alam. Aku follow je sebab company 5rz yang buat. After work, aku berlari ke rumah FIL ambik Faris. Jalan kaki tau from lrt ke rumah FIL! Dah biasa. Cewahhhh. Pastu patah balik ke lrt sebab 5rz tunggu dekat lrt Kelana Jaya. X kanlah dia dari Shah Alam nak patah balik ambik kami berdua di KL kan? Aku lah kena sacrifice. 

Sampai2, Faris tdo la pulak. Kami memang dah lama x bawak stroller sebab most of the time pun bukan Faris duduk dalam stroller. Berlari sana sini. Tapi hari tu, terpaksalah aku dukung dia walaupun badan dah lenguh2. 5rz dah tentu sibuk dengan staff yang lain. X pe kasi chance dia enjoy2 dengan staff yang lain. Aku pun ikut je. Bukan buat ape pun.



Foods wise, serius last year lagi sedap. Last year, we have it at Blue Wave. Sedap. Concorde, x best and tempat dia susun like so sempit. Korang ingat kitaorang ni budget kurus macam model ke? 

X pernahnya nak betul ejaan nama 5rz ni ha




Dua makanan ni je yang aku tambah 2 kali. Ini je sedap. Lain biasa je.

Anyway Faris plak ada kawan. Not really kawanlah. Ada sorang staff ni bawak bini dengan anak twins dia. Suka betul si Faris melayan sampai x nak makan. Dok la banyak2 kali cakap 'Abu, baby ame. Baby ada uye' (Ibu, baby sama. Baby ada dua) Lepas tu mulalah semua pun mengusik cakap Faris nak adik bagai. Aku dalam hati amin kan jela. Hehehe. Faris punya suka dengan twins tu sampai time staff tu nak balik, dia dukunglah salah seorang twin tu, pastu si Faris boleh marah laki tu. Siap cakap 'Baby abu unye' (Baby ibu punya) Hehehe. Sampai dekat rumah dok tanya baby sama, baby sama. Haish lah Faris. Oklah aku pun x tau nak cerita ape lagi ntah tapi ringkasannya, Concorde x best, Blue Wave jugak best. Left Concorde at 1030 pm. Esok tu kerja macam biasa.


Budak ni semua benda boleh buat mainan


Weekend pulak, on Sunday, iftar di luar skali lagi. Macam biasa. Atas undangan juga. Reunion ex UiTM 5rz. Yeah it's all about him right? So far nothing from my side. X de orang nak anjur kot? Aku follow je malas nak anjur plak. Muahahaha. 

Reunion UiTM 5rz dekat Puchong. We had BBQ and pot luck. We bought pizza. Aku malas nak masak bulan2 Ramadhan ni. Maksud aku, malas nak masak dalam kuantiti yang banyak. Karang x sedap, malu laki aku jugak. So pizza will do. Mostly kawan2 dia, aku kenal jugak. Dah kate satu UiTM walaupun lain course. Bini2 yang lain pun bukan aku x kenal. Pernah attend kawin depa skali. Walaupun all the guys bz BBQ-ing dekat luar, semua bini2 hot pun sakan bersembang pasal anak2. Ngeh ngeh ngeh. We left from Puchong at 10 pm. Dah kenapa aku kena bagitau pukul brape balik dari tempat kejadian pun x taulah.

So, second week of Ramadhan, x de shopping part 2. Just iftar di luar sahaja. Itupun 2 kali je. The rest macam biasa, dekat rumah. Oh ye. Gambar time reunion ada tapi dalam hp 5rz. Malas nak suruh dia transfer so x pelah. Boring entry. Insya-Allah nanti sambung.

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...