Showing posts with label Ramadhan 2014. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2014. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

3rd Week of Ramadhan & Shopping Raya Part 2

Masa public holiday Nuzul Quran hari tu, Ayu cuti lama. Nuzul Quran hari Selasa tapi Ayu dah start cuti from Saturday - Tuesday. Kira Ayu tambah 1 hari (Isnin) kasi straight cuti. So, Isnin sebelum cuti Nuzul Quran tu, after 5rz went back from work, dia ajak cari baju raya. Dia suruh settle kan Faris punya dulu. Basically cari baju jalan jela. Kami pun x ke mana. Ke JJ dekat rumah tu je. Dapatlah 2 helai je. Yang lain x banyak choice. 

Oh before that 5rz pergi potong rambut. Rambut raya terus. 

Kalau pergi sini, Ayu prefer ambik that girl. Dia kalau massage rambut kita, best sangat tangan dia.

Selfie ibu dan anak sementara tunggu ayah gunting rambut



Lepas tu dah pukul 5. Hari tu jugaklah pertama kali kami plan nak berbuka di luar. Before this atas jemputan sahaja remember? Memang dah siap2 booked tempat dah. Pung pang pung pang jalan2 dah pukul 530 petang. Lepas tu kami dah x tau nak buat ape lagi. Suddenly, I gave him a suggestion. Jom pergi berurut? Kebetulan time tu Faris dalam stroller tengah tidur. Aaaa perfect! 

Ha perempuan yg pakai baju biru tu tukang urut aku. Tanga kuat tapi x tertahan dek kudrat aku ni ha. Walau ape pun ku telah berjaya mengharungi sakit bersalin. Nak menang jugakkkkk

Ayu ambik full body massage while 5rz ambik foot, shoulder and back massage. Memang murah spa tempat kami berurut tu. Orang yang urut Ayu time tu, orang Thailand. So I expect sedaplah dia urut macam ala2 time kami berurut time honeymoon di Krabi dulu. Sekali, ya Allah! Kuat gile tangan dia. Sakit. Berapa kali ntah Ayu jerit2 kesakitan. Tapi dia x delah sampai nak mendera cuma Ayu kot x tahan dengan tangan kuat dia? Dia punya tarik nak regangkan badan, masya-Allah macam terasa dah nak terpatah dua badan aku. Gitu tragis. Pastu tetiba terfikir sakit bersalin. Tetiba sangat fikir sakit bersalin aku pun x tau pasal ape. Bila massage for an hour settled, aku lega. While 5rz on the other hand, siap tanya siapa nama tukang urut dia sebab nanti2 bila dia nak datang lagi, dia akan ambik that guy. Ayu x nak la ambik perempuan tu lagi. Serik. Ok je tapi kuat sangat. Cukuplah sekali. Alhamdulillah selama 1 jam kami berdua massage, Faris tidur dengan lena dalam stroller dia. Good boy Faris. Kasi chance ibu ayah berehat.

Habis massage terus kami bergegas ke Sushi King untuk berbuka. Dah x tau dah nak berbuka mana so Sushi jela. Kebetulan Faris kalau sushi, memang dia berselera betul. 

Muka baru bangun tidur

Mine
His


Then after that balik rumah. X dela shopping mana pun kan? Jalan2 je lebih. Last weekend pun memang kami x ke mana. Sebab duit gaji masing2 x masyuk lagi so nak ke Sogo pun might be this weekend la kot. Banyak pending dengan baju 5rz and Ayu jela. Faris dah ok la kot? 

Oklah, later. 

{From Ayu with ♥}

Monday, July 21, 2014

2nd Week of Ramadhan

Dah masuk last week of Ramadhan dah Ayu oiiii! X pe x pe. Biar lambat asal selamat. Eh? Biar lambat asal masuk blog. Hehe.

Masuk second week of Ramdhan, barulah both of us berbuka puasa di luar. Itupun atas undangan. Kan dah kata. Atas sebab undangan je akan berbuka di luar. Iftar dekat Concorde Shah Alam. Aku follow je sebab company 5rz yang buat. After work, aku berlari ke rumah FIL ambik Faris. Jalan kaki tau from lrt ke rumah FIL! Dah biasa. Cewahhhh. Pastu patah balik ke lrt sebab 5rz tunggu dekat lrt Kelana Jaya. X kanlah dia dari Shah Alam nak patah balik ambik kami berdua di KL kan? Aku lah kena sacrifice. 

Sampai2, Faris tdo la pulak. Kami memang dah lama x bawak stroller sebab most of the time pun bukan Faris duduk dalam stroller. Berlari sana sini. Tapi hari tu, terpaksalah aku dukung dia walaupun badan dah lenguh2. 5rz dah tentu sibuk dengan staff yang lain. X pe kasi chance dia enjoy2 dengan staff yang lain. Aku pun ikut je. Bukan buat ape pun.



Foods wise, serius last year lagi sedap. Last year, we have it at Blue Wave. Sedap. Concorde, x best and tempat dia susun like so sempit. Korang ingat kitaorang ni budget kurus macam model ke? 

X pernahnya nak betul ejaan nama 5rz ni ha




Dua makanan ni je yang aku tambah 2 kali. Ini je sedap. Lain biasa je.

Anyway Faris plak ada kawan. Not really kawanlah. Ada sorang staff ni bawak bini dengan anak twins dia. Suka betul si Faris melayan sampai x nak makan. Dok la banyak2 kali cakap 'Abu, baby ame. Baby ada uye' (Ibu, baby sama. Baby ada dua) Lepas tu mulalah semua pun mengusik cakap Faris nak adik bagai. Aku dalam hati amin kan jela. Hehehe. Faris punya suka dengan twins tu sampai time staff tu nak balik, dia dukunglah salah seorang twin tu, pastu si Faris boleh marah laki tu. Siap cakap 'Baby abu unye' (Baby ibu punya) Hehehe. Sampai dekat rumah dok tanya baby sama, baby sama. Haish lah Faris. Oklah aku pun x tau nak cerita ape lagi ntah tapi ringkasannya, Concorde x best, Blue Wave jugak best. Left Concorde at 1030 pm. Esok tu kerja macam biasa.


Budak ni semua benda boleh buat mainan


Weekend pulak, on Sunday, iftar di luar skali lagi. Macam biasa. Atas undangan juga. Reunion ex UiTM 5rz. Yeah it's all about him right? So far nothing from my side. X de orang nak anjur kot? Aku follow je malas nak anjur plak. Muahahaha. 

Reunion UiTM 5rz dekat Puchong. We had BBQ and pot luck. We bought pizza. Aku malas nak masak bulan2 Ramadhan ni. Maksud aku, malas nak masak dalam kuantiti yang banyak. Karang x sedap, malu laki aku jugak. So pizza will do. Mostly kawan2 dia, aku kenal jugak. Dah kate satu UiTM walaupun lain course. Bini2 yang lain pun bukan aku x kenal. Pernah attend kawin depa skali. Walaupun all the guys bz BBQ-ing dekat luar, semua bini2 hot pun sakan bersembang pasal anak2. Ngeh ngeh ngeh. We left from Puchong at 10 pm. Dah kenapa aku kena bagitau pukul brape balik dari tempat kejadian pun x taulah.

So, second week of Ramadhan, x de shopping part 2. Just iftar di luar sahaja. Itupun 2 kali je. The rest macam biasa, dekat rumah. Oh ye. Gambar time reunion ada tapi dalam hp 5rz. Malas nak suruh dia transfer so x pelah. Boring entry. Insya-Allah nanti sambung.

{From Ayu with ♥}

Wednesday, July 16, 2014

1st Week of Ramadhan & Shopping Raya Part 1

Aku x taulah cerita ni akan ada part lain2 ke tidak. Ada tu ada tapi x taulah sempat ke tidak nak menaip dalam blog ni. 

Ok so the first week of Ramadhan, macam biasa2 je. Weekdays akan berbuka di rumah FIL sebab Faris pun memang dihantar di sana. Weekend jela berbuka di rumah my family. So far memang kami x de plan nak ber iftar di luar pun lagi kecuali atas undangan. Gitu undangan macam retis kan? Bluwekkk muntah macam pregnant. Eh? Eh? Eh? 

I actually snap every meal time berbuka tapi hari ke 4 tu dah malas so automatically malaslah nak tepek dekat sini. Ok? 

Masa mula2 puasa dulu, 5rz plan nak shopping raya on the second week of Ramadhan tapi entah angin ape ntah masuk dalam tubuh dia, dia ajak shopping on the first week of Ramadhan. Walaupun aku malas pada mulanya, bila fikir balik, pergi jela sementara dia tengah ada semangat. Because you know why? Once dia dah hilang semangat, lansung dia x nak baju raya terus. 

We went to Masjid Jamek. Mula2 cari baju melayu Faris dulu. Actually kalau ikutkan, baju aku kena siap dulu. Alah I think semua kaum ibu pun mcm tu kan? Selagi baju ibu x siap, selagi tu baju the rest of the family kena put on hold. For my baju, aku dah siap hantar ke tailor 2 pasang. Then ingat nak beli yang ready made lagi sepasang. Cukulah 3 pasang je baju raya. The rest maybe nak beli yang boleh pakai jalan2 or pakai ke office je. Senang. Berbalik kepada cerita di Masjid Jamek tu, jalan2 cari baju melayu Faris. Susah rupanya nak cari warna yang matching dengan baju aku. Huhu. At last jumpalah satu kedai ni. Tanya untuk ayah dia skali ada x? Dia kate ada tapi last2 cakap x de plak. Haiyoh! Lepas tu mulalah 5rz dah x de mood nak berbaju melayu. 5rz mmg kalau boleh nak pakai baju biasa je weh. Haish! Kalau ikutkan, dia bukan ada baju melayu banyak mana pun kalau nak di recycle kan. Bila aku merajuk, barulah dia lembut hati nak beli jugak. Itupun corak dia bukanlah menarik perhatian aku pun. Tapi oklah janji boleh masuk dengan warna tema raya pertama. Yang paling penting, janji dia nak berbaju melayu. Dia paling susah nak pakai baju melayu. At least pakailah pagi raya tu bagi puaskan hati aku banyakkkkkkk. Whatever lah. Janji raya pertama settled for three of us.



Baru ku tau ini Wisma Yakin kan? Selama ni jalan2 cari baju dekat depan tu je. X tau dekat belakang ni ada jugak. Belakang ni tu dalam Wisma Yakin la. Huwaaaa. Kuno....

After settled semua, balik rumah sebab x de maknanya nak berpusing-pusing buang masa dekat Jalan TAR tu dengan panasnya bagai. Buka puasa macam biasa di rumah saja. So that's it on our 1st week Ramadhan and about our shopping raya part 1. Orang dah masuk 3rd week of Ramadhan dah Ayu oiii. Lembab nau updatenyeeeee.... 

{From Ayu with ♥}

Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum. Lamanya x update blog. Malas la punca utama. Anyway, sebelum sambung balik trip to Sabah, nak cerita serba sedikit pasal Ramadhan la apa lagi?

Jumaat lepas ada Sogo Member Day Sale. After Maghrib pergi dengan bawa Faris. I'm not a member so I registered. Pergi susah2 semata nak beli botol Faris. It's time to tukar dah pun. Beli botol, puting dengan socks dia. Itu je. Baju semua memang murah tapi entah kenapa x mau beli. Lepas tu menyesal. Then we had dinner dekat Manhattan Fish Market. Pastu balik rumah. Nasib naik lrt. Kalau x memang jam sangat2.

Sabtu plak, macam biasalah, settle kan laudry and rehat tengok movie. Best layan movie berdua dengan suami. Horror movie plak tu. Kebetulan Faris tdo nyenyak petang Sabtu tu. Malam Sabtu did my ironing then bangun sahur next morning. Alhamdulillah pagi bersahur tu Ayu rasa tenang.

Hari Ahad, x de buat ape sangat. Mak buat rendang kerang. Yummy! Then Ayu sempat kemas sapu bilik sikit2.  Petang2 sikit, rasa macam best pulak Ramadhan start on weekend. Tiba sangat. Sure korang pening ape maksud aku kan? X pe x pe. Then my first nephew berjaya puasa penuh for the first time 1 Ramadhan lepas. He's only 6. Ke 5? Tahniah Iman. 

Malam tu berjaya settle kan jahit butang2 tertanggal dekat kemeja 5rz la, cardigan aku lah. Dah lama sangat tertangguh. So settled last night. Yippee! Pagi tadi bangun sahur pun rasa macam hmmm bestnya. X tau pasal ape. Then Subuh then off to work. Bulan Ramadhan ni working hours pun lain sikit. Need to be in the office early than usual. Tapi x pe sebab dapat balik awal, yeay!

Ayu pun x tau ape sebenarnya nak cerita ni. Muahahaha. Oklah just nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ayu harap dapat puasa penuh tahun ni, insya-Allah. No no belum pregnant lagi tapi my period lately sangat haywire, so mengharapkan kalau x de isi, harap next period datang lambat la sikit ye. Lepas dah settle puasa ke kan? Alhamdulillah, Ayu dapat permulaan yang baik dan positif mula2 Ramadhan tahun ni. Harap berpanjangan lah rasa positif ini, amin. 

Selamat menjalani ibadah puasa sekali lagi. 
{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...